Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Sunday, March 27, 2016

Kami Sekeluarga Tidak Sihat

Cuaca 'El Nino' yang melanda negara kita telah menyebabkan ramai di kalangan kita yang terkena tempiasnya dari segi kesihatan. Raja dan Ratu sendiri juga tidak terlepas. Kami anak beranak kena demam, selsema dan batuk. Emm..

Suhu badan cecah antara 37 ke 38 darjah celcius. Tapi kami tidak kena serentak. Mula-mula Puteri Raja Ratu kena terlebih dahulu. Inilah akibatnya apabila dia bermain air hujan. Tanpa Ratu sedari Puteri Raja Ratu ini bermain air hujan panas. Masa tu Ratu tengah mengambil barang dari dalam kereta dan bawa masuk ke dalam rumah. Sekali Ratu sedar Puteri Raja Ratu bermain air hujan, Apa lagi. Memang Puteri Raja Ratu kena marah la. Kesan dari kejadian itu, dia terus kena demam, batuk dan selsema.

Kemudian berjangkit pula dengan Ratu. Teruk juga Ratu kena terutama sekali batuk. Emm, Raja pula terkena tempias batuk dan selsema. Demam Raja tidak kuat. Bersyukur juga Ratu ke hadrat Tuhan kerana sepanjang tempoh Ratu tidak sihat ini, Raja banyak mengambil alih tugas Ratu terutama sekali aktiviti memasak.

Inilah ubatnya,


Antara ubat lain,


Moga-moga kami sekeluarga cepat sembuh. Amin.. Amin.. Amin


Tatapan dari,

Tuesday, March 22, 2016

Hasil Wallpaper Dari Pelanggan RR Raudah

Apa khabar semua.. Kali ini Ratu ingin kongsikan salah satu gambar dari pelanggan Ratu yang menggunakan wallpaper yang di beli melalui RR Raudah. Terima kasih kepada En Azman dari Gua Musang, Kelantan.

Dia telah membeli sebanyak 3 roll wallpaper untuk dinding di ruang tv rumahnya. Inilah gambarnya hasil dari pemasangan wallpaper,


Wallpaper yang digunakan adalah wallpaper 3D pvc kod 6183.


Jika anda berminat boleh menghubungi ely --> 012-6844870
Boleh < whatsapp > < call >
Singgah la & LIKE page facebook Ratu RR Raudah
Boleh tengok pelbagai gambar wallpaper dan photomural di ruangan page ini.

Tatapan dari,

Saturday, March 19, 2016

Antara gambar hasil guna Acuan Simen RR Raudah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Teratak Istana Raja Ratu ini. Kali ini Ratu ingin kongsikan gambar yang dikongsikan oleh salah seorang pelanggan Ratu En Hasif yang membeli acuan simen RR Raudah. 

En Hasif telah kongsikan 3 keping gambar berperingkat ketika proses penyiapan acuan simen tersebut.

Ini gambar yang pertama semasa permulaan proses penggunaan acuan simen ini,


Ini pula gambar ke dua,


Inilah hasilnya


Cantikkan. Terima kasih kepada En Hasif kerana sudi kongsi gambar. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan acuan ini boleh menghubungi Ratu. Harga untuk acuan yang bulat (sebelah kanan) itu berharga RM70 manakala acuan 4 segi yang besar itu (sebelah kiri) berharga RM85. Ini adalah harga PROMOSI !!!


Jika berminat boleh menghubungi Ratu --> 012-6844870
Boleh < whatsapp > < call > < mesej >
Boleh singgah ke page facebook Ratu --> RR Raudah
Boleh tengok lebih banyak lagi gambar hasil  guna acuan simen ini.
Sudi-sudilah LIKE page ini supaya anda tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan produk ini di sini.

Tatapan dari,

Wednesday, March 16, 2016

Makan Bersama Rakan-Rakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung Teratak Istana Raja Ratu ini. Hari ini Ratu sudah mula rasa tidak sihat. Mungkin berjangkit dengan Puteri Raja Ratu. Tatkala sebegini, rakan-rakan Ratu pula mengajak Ratu untuk makan bersama-sama. Emm.. Ratu mula terfikir hendak pergi atau tidak. Emm.. pergi je la..

Kami singgah di salah sebuah Restoren Cibiuk. Masakannya ala-ala masakan Sunda yang banyak terdapat di Indonesia. Emm.. sedap juga masakannya. Tapi masakannya lebih pedas sedikit. Tapi tidaklah semua masakannya pedas. 

Ini antara menu makan tengah hari kami,


Jangan cemburu ya. Jemput makan semua,


Sudah makan, perut pun kenyang. Mata pun mengantuk !!! Huhu..

Tatapan dari,

Tuesday, March 15, 2016

Acuan Simen RR Raudah

Alhamdulillah, kali ini Ratu menerima panggilan telefon daripada pelanggan Ratu yang ingin membeli acuan simen RR Raudah. Dalam keadaan Ratu yang kurang sihat ini ada rezeki datang berkunjung. Sesungguhnya rezeki datang tidak salah alamat. Syukur Alhamdulillah.

Terima kasih kepada En Razin dan isteri Puan Erny yang membeli 2 acuan simen iaitu 1 acuan simen berbentuk bulat dan 1 acuan simen berbentuk 4 segi.


Terima kasih juga Ratu ucapkan kepada puan Siti @ Puan Jaja di atas pembelian 1 unit acuan simen bulat.


Sekarang masih lagi berjalan PROMOSI untuk acuan simen ini.


Harga untuk acuan simen yang bulat (sebelah kanan)
BUKAN RM90
BUKAN RM80
TAPI RM70

Harga untuk acuan simen yang 4 segi besar (sebelah kiri)
BUKAN RM95
BUKAN RM90
TAPI RM85

Cepat promosi ini masih berjalan. Cepat dapatkannya sebelum kehabisan stok. Harga ini tidak termasuk pengeposan.

Berminat, boleh menghubungi Ratu --> 012-6844870
Boleh < whatsapp > < call > < mesej >
Boleh singgah ke page Ratu --> RR Raudah
Boleh tengok pelbagai gambar yang dikongsikan daripada pelanggan RR Raudah
Sudi-sudilah LIKE supaya tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan produk ini di facebook.

Tatapan dari,

Wednesday, March 2, 2016

Gelagat Puteri Raja Ratu Ketika Majlis Perkahwinan Sepupu Ratu

Emm.. Masih lagi cerita di majlis perkahwinan Sepupu Ratu. Tapi kali ini Ratu geram tengok Puteri Raja Ratu ini. Masa ini adalah hari Ratu menyertai rombongan cik kiah ke rumah pengantin lelaki di Johor Bahru. Tapi yang mencuit hati Ratu melihat gelagat Puteri Raja Ratu ketika menaiki kenderaan sepupu Ratu.

Inilah antara gelagatnya,


Ini gambar ke dua,


Ini pula gambar ke tiga,


Masa ni Ratu tengah sibuk layan whatsapp pelanggan Ratu yang bertanyakan mengenai acuan simen, Puteri Raja Ratu ini pula sibuk dengan tab nya. Tak mahu berenggang. Tak alih-alih disuruh Ratu mengambil gambarnya. Emm.. Layan je la.. Hehe.. Janji dia gembira.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267