Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Tuesday, February 28, 2017

Rindu Mekah & Madinah Masih Mendalam

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Walaupun sudah hampir sebulan masa berlalu tatkala bulan lepas Raja Ratu dan keluarga menunaikan umrah, tapi kerinduan pada Raudah dan Kaabah.. Masya Allah tidak dapat terungkap dengan kata-kata. Betapa Ratu rindu dan berharap dapat ke sana lagi bersama-sama keluarga Ratu lagi. Insya Allah. 

Apa yang Ratu buat untuk hilangkan kerinduan ini seketika. Ini yang Ratu ingin kongsikan pada semua.

Ini adalah video secara live di Masjidil Haram,



Ini pula adalah video secara live di Madinah. Ini bukan rakaman ya.



Ratu rindu hendak melihat kaabah..
Ratu rindu saat berada di Raudah..
Ratu rindu mendengar suara imam khususnya Syeikh Juhany ketika solat di Masjidil Haram..
Ratu rindukan suasana kemeriahan semasa bersaie di Masjidil Haram..
Ratu rindukan suasana ketika berada di Mekah dan Madinah.. 

Moga perkongsian ini membantu korang semua.
Mana yang belum pergi, Insya Allah moga perkongsian video ini membantu korang meningkatkan semangat mengumpul wang untuk menunaikan umrah / Haji bersama keluarga.

Mana yang sudah pergi, Insya Allah moga perkongsian video ini membantu korang sedikit sebanyak hilangkan sedikit kerinduan sekaligus mengingatkan kembali detik ketika kita berada di sana kan. eMM..


Tatapan dari,

Friday, February 24, 2017

Pengeposan Acuan Simen

Alhamdulillah.. Perniagaan RR Raudah berjalan dengan baik sehingga hari ini. 

Apa itu Acuan Simen ??? 
Acuan simen ini adalah 1 bentuk design acuan bercorak yang mana ianya digunakan khusus untuk bancuhan simen. Hasil dari penggunaannya simen anda kelihatan lebih unik dan menarik. Designnya nampak lain dari yang lain. Anda boleh menggunakannya dan mencorakkan lantai simen anda mengikut kreativiti anda sendiri.

Apa yang boleh dibentuk menggunakan acuan simen ini ???
Acuan simen ini boleh membantu anda membuat pejalan kaki.. kaki lima keliling rumah mahupun ruang rehat.. lantai untuk porch kereta.. lantai tangga.. lantai di ruang berehat.. dan sebagainya..

Tiada apa yang menggembirakan kami dari RR Raudah apabila melihat pelanggan-pelanggan kami menghantar gambar hasil kerja mereka yang sangat kreatif. 

Inilah design acuan simen tersebut,


Ini antara hasil kreativiti pelanggan-pelanggan RR Raudah dari pelbagai negeri,


Ini adalah hasil kerja En Othman dari Kedah untuk acuan bulat.

Ini pula hasil kerja En Danny dari Melaka,


Ini pula hasil kerja tangan En Syukran dari Perlis,






Kami mengalu-alukan para-para kontraktor untuk memiliki acuan simen RR Raudah ini bagi menambahkan daya kreativiti anda mencantikkan lagi rumah pelanggan anda.

Kami juga mengalu-alukan para-para peminat halaman rumah rumah yang menarik untuk memiliki acuan simen RR Raudah ini dan boleh melakukannya sendiri (DIY) di rumah.


Kami bantu anda merealisasikan impian anda..
Anda puashati, kami senanghati..

Layari ruang facebook kami --> RR Raudah
Untuk melihat lebih banyak hasil kerja daripada pelanggan-pelanggan kami.

Boleh hubungi kami --> 012-6844870 Ely
Boleh


Tatapan dari,

Thursday, February 16, 2017

Aktiviti Si Comel Membina Rumah

Kali ini Ratu nak kongsikan aktiviti Puteri Raja Ratu di tadikanya. Nampaknya rancak pula akviti gunting menggunting bulan ini. hUHU.. Tak per, janji Puteri Raja Ratu ini seronok mengikuti aktiviti sebegini..

Inilah antara gambar di kelasnya,


Kena mewarna dahulu sebelum gunting,


Dah siap rumah tu,


Bila balik rumah dari tadikanya, bukan main bersemangat bercerita mengenai aktiviti di kelasnya bersama-sama rakan-rakannya.



Tatapan dari,

Melawat Jiran Rapat Ratu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..

Hari ini selepas kerja Ratu bergerak melawat jiran ibubapa Ratu Pakcik Saadon di Hospital. Ratu tengok sudah beberapa hari dah rumahnya tidak berpenghuni. Jadi, Ratu terus mengambil keputusan untuk melawatnya di hospital. Jiran Ratu ini memang rapat dengan keluarga Ratu. 

Inilah hospitalnya,


Sebelum bergerak, Ratu memang ada menelefon isterinya untuk mengetahui lokasi wad dan no katil. Setelah mengetahuinya, terus Ratu bergerak ke sana.

Alangkah terkejutnya Ratu melihat kaki Pakcik Saadon dan dia ada mengadu sakit di bahagian pergelangan kakinya. Allahu Akbar. Lama juga kami berborak. Berborak punya berborak sudah hampir sejam Ratu di hospital. Jiran Ratu ini mengidap kencing manis. Tapi Ratu tengok jiran Ratu sebelum ini amat menjaga pemakanannya dan dia agak aktif dengan aktiviti hariannya. kadangkala dia berkebun dan sering berbasikal ke surau. Tapi tak boleh nak kata bila penyakit ini datang kan.

Allahu Akbar. Minta dijauhkan dari keluarga Ratu dan minta disembuhkan penyakit jiran Ratu ini agar penyakitnya tidak bertambah teruk. Moga-moga jiran Ratu ini cepat pulih, kakinya cepat kering dan boleh kembali aktif seperti sediakala.

Marilah kita sedekahkah FATIHAH agar penyakitnya cepat sembuh. Amin..


Tatapan dari,

Tuesday, February 14, 2017

Aktiviti Si Comel Di Kelasnya..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua..

Kali ini Ratu ingin kongsikan aktiviti Puteri Raja Ratu di sekolahnya. Bila Ratu pulang sahaja dari tempat kerja, Puteri Raja Ratu mengingatkan Ratu bahawa dia kena bawa gam dan gunting untuk aktiviti di sekolahnya. Ratu pun ada menerima info dari guru kelasnya melalui group whatsapp kami mengenai keperluan membawa gam dan gunting ni.

Nasib baik Ratu tergerak hati ingin membeli gam dan gunting untuk Puteri Raja Ratu setelah pulang dari tanah suci. Semasa Ratu berada di Tanah Suci bersama-sama keluarga Ratu, Ratu perasan tentang aktiviti menggunting rakan-rakan sekelas Puteri Raja Ratu dalam group whatsapp kami. Jadi, bila Ratu pulang ke tanah air, sementara Puteri Raja Ratu masih dalam tempoh bercuti ini Raja Ratu terus mencari dan membeli gunting dan gam kanak-kanak untuk aktiviti mengguntingnya nanti di kelas.

Inilah antara gambar yang Ratu terima untuk aktiviti menggunting Puteri Raja Ratu pada minggu ini.. Huhu..


 Ini gambar ke dua,


Inilah hasil kerja mereka,



Ini gambar seterusnya,


Ratu suka Puteri Raja Ratu terlibat dalam aktiviti sebegini. Dengan cara ini, ianya dapat meningkatkan daya perkembangan dan kreaviti anak-anak kita kan. Tak de lah kotak fikiran tu tertumpu pada mengenal huruf dan tulisan sahaja. Seronok melihat hasil kerjanya. Alahmdulillah..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267