Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Thursday, February 27, 2014

Milikilah Aurawhite Yang Original

Di sini, saya ingin memaklumkan bahawa Aurawhite tampil dengan penampilan baru. Ini bagi mengelakkan timbul aurawhite tiruan.



Kini dengan setiap pembelian Aurawhite, anda akan mendapat PERCUMA Shaker dan Serum dari Aurawhite.

Pastikan Aurawhite terkini :-
a)  Ada 2 sekuriti Halogram Aurawhite pada label botol Aurawhite
b) Ada ambos pada shaker Aurawhite berwarna merah jambu (Shaker Aurawhite ada tertulis Aurawhite pada penutup botol Aurawhite)
c)  Ada menerima serum Aurawhite yanga mana serum ini adalah PERCUMA dan tidak dikenakan sebarang caj tambahan (serum ini bukan untuk dijual)
d)  Ada ambos pada penutup botol Aurawhite yang berwarna merah jambu
e)  Setiap botol Aurawhite ada mempunyai tarikh luput produk di bahagian bawah botol

Dapatkan AURAWHITE segera. Boleh menghubungi saya :
--> 012-6844870
--> Facebook : RR Raudah

Setiap pembelian dengan saya, anda akan mendapat 5 barangan PERCUMA,



KOS PENGHANTARAN juga adalah PERCUMA pada harga RM125.00 (Semenanjung) manakala RM135.00 (Sabah & Sarawak). Jadi apa tunggu lagi. Cepat dapatkan sekarang. Pastikan anda miliki yang original.

Tatapan dari,

Tuesday, February 25, 2014

Makan Di Soul Garden

Hari ini rakan-rakan Ratu terasa ingin makan di Soul Garden. Ratu tidak kisah, Ratu ikutkan sahaja kehendak mereka. Berbekalkan peruntukkan sejumlah wang untuk makan bersama pekerja syarikat yang telah diperuntukkan setiap bulan dan persetujuan kesemua pekerja untuk makan di sana, kami pun bertolak dengan 2 buah kereta ke destinasi kami.

Sampai sahaja di Soul Garden, Ratu membuat pembayaran terlebih dahulu untuk 8 orang makan. Emm, setelah pembayaran dibuat, kami duduk di kerusi yang telah disediakan dan makan semampu mungkin. Huhu. Sebab bayaran untuk makanan buffet ini telah pun dibayar kan. Jadi, apa tunggu lagi. Apa yang teringin nak makan di situ, dipersilakan masuk kedalam mulut. Hehe. Tapi kenalah masak terlebih dahulu. 

Inilah antara menu makanannya yang menggoda hati,



Peh !!! sedapnya. Ratu ambil makanan sedikit sedikit. Bila habis habis masuk ke dalam mulut, ambil lagi. Hehe.. Makanlah sepuas-puasnya.

Tatapan dari,

Friday, February 21, 2014

Intai-Inati Katil Baru

Emm.. Dalam minggu ini, Ratu tengah intai-intai untuk membeli tempat masak untuk ruangan dapur di rumah baru Raja Ratu. Intai punya intai Ratu terdetik di hati untuk singgah di salah sebuah kedai perabot ini. Maklumlah, kebetulan lalu kat kawasan situ. Nasib Ratu baik. Singah punya singgah  pula, rupa-rupanya kedai pebaot ini memang ada membuat promosi jualan penghabisan stok untuk kebanyakkan katil di dalam kedai tersebut. Ini kerana pihak kilang ingin memasukkan katil yang baru. Katil yang ada di dalam kedai tersebut dijual murah dan diberikan diskaun 50%. Wow, Raja dan Ratu memang tengah mencari katil bilik. Hehe.. Inilah yang dinamakan rezeki.

Tapi Ratu agak keliru mana yang hendak dipilih. Hehe.. Sebab semuanya memang cantik dan memenuhi citarasa terkini. Bayangkan katil yang berharga RM3,000 lebih dijual dengan harag RM1,000 lebih dengan potongan 50% diskaun. Huhu. Siapa yang tidak mahu, betul tak.

Ini adalah antara katil-katilnya. Katil ini sudah ada pembelinya.



Ini masih belum ada pembeli. Cantik kan. Ini katil Queen.


Begitu juga dengan katil ini. Aduh hai cantiknya katil King ini.


Ini pun cantik juga kan. Ini adalah katil king. Nampak besar.


Banyak lagi koleksi katilnya. Ratu tidak tahu mana nak pilih. Huhu. Ratu kena ajak Raja ni untuk datang sekali lagi. Pasti !!! Pasti !!! Pasti !!! Ratu akan datang untuk buat pilihan katil dan buat bayaran deposit. Katilnya ini semuanya diberikan jaminan selama 5 tahun bermula dari tarikh katil ini sampai di rumah. Alhamdulillah, inilah yang dinamakan rezeki.

Tatapan dari,

Thursday, February 20, 2014

Menjaga Cat Pada Kereta Baru

Saya ada terbaca mengenai tips penjagaan kereta. Saya tertarik dengan artikel ini dan saya ingin kongsikan di sini.

Bagaimana cara untuk menjaga cat kereta baru supaya cat dapat bertahan lama? Cat baru pada kereta lama berbeza dengan cat pada kereta yang baru keluar dari kilang. Cat pada kereta yang baru sudah menjalani proses penyembuhan atau 'curing' dalam kilang. Cat baru mengambil masa sehingga 30 hari untuk proses tersebut.

Antara tips menjaga cat pada kereta,
1.  Elakkan meletak kereta di bawah pokok kerana getah pokok, daun dan tahi burung boleh meninggalkan kesan pada cat.

2.  Jauhkan kereta dari terkena embun kerana embun mengandungi asid dan jika kereta terpaksa berembun bilas dengan air sebelum embun itu kering. 

3.  Cuci kereta dengan syampu yang berkualiti dan jangan cuci kereta di bawah matahari terik.

4.  Keringkan secepat mungkin dengan kain lembut kerana jika air dibiarkan kering pada cat baru ianya akan meninggalkan kesan pada cat.

5.  Enam bulan sekali 'wax' dan polish' cat tersebut dengan 'polish' yang berkualiti.

Apa perbezaan 'wax' dan 'polish' serta kegunaannya?

'Wax' atau lilin dalam bentuk semula jadi datang dalam pelbagai rupa seperti lilin sayuran, Carnauba dan lebah. Lilin yang paling popular digunakan dalam industri automotif adalah Carnauba. Ini kerana ia hampir tidak larut dalam air dan tidak cepat hilang selepas basuh atau terkena hujan serta mempunyai takat cair 82 hingga 86 darjah celcius.

Pengilap atau 'polish' adalah produk yang menggunakan tindakan kasar untuk membuang lapisan sangat halus bagi meratakan permukaan, sekaligus membuatkan ia berkilat. Bagaimanapun, produk itu didatangkan dalam pelbagai peringkat penghakisan daripada sederhana kepada ultra halus. Sebelum dipolish, kereta hendaklah dibasuh bersih dengan menggunakan shampu kereta dan dilap sehingga kering. Kereta jangan dipolish di tengah panas dan elakkan polish terkena pada bahagian cermin, krom dan plastik.

Diharapkan tips dapat membantu dan berguna kepada kita semua.

Tatapan dari,

Friday, February 14, 2014

Terpilih Menunaikan Umrah

Pada tahun ini, salah seorang rakan sekerja Ratu iaitu Kak Noriza terpilih dalam senarai nama pekerja yang ditanggung oleh pihak syarikat untuk menunaikan umrah. Ratu pula terfikir, bila pula Ratu dapat menunaikan umrah sekali lagi bersama-sama Raja dan Puteri Raja Ratu.

Sebenarnya, pihak atasan ada menawarkan kepada Ratu bersama-sama Kak Noriza. Tapi atas sebab kesibukan Raja dan ditambah lagi dengan wang yang tidak mencukupi kerana Raja Ratu telah banyak memperuntukkan sejumlah wang untuk ubahsuai rumah baru kami. Terpaksalah Ratu menolaknya. Memang Ratu akan ditanggung oleh pihak syarikat untuk menunaikan umrah tersebut. Akan tetapi, Raja Ratu perlu menyediakan sejumlah wang untuk Raja dan Puteri Raja Ratu untuk turut sama menunaikan umrah.

Kak Noriza bersama-sama pengarah syarikat akan bertolak ke tanah suci pada 17 Februari 2014 hingga 28 Februari 2014. Kali ini, kak Noriza perlu membawa suaminya sebagai muhrim yang mana itu adalah syarat-syaratnya. 


Ratu berharap ada rezeki Ratu untuk menunaikan umrah bersama-sama Raja dan Puteri Raja Ratu pada tahun hadapan. Insya Allah.

Tatapan dari,

Saturday, February 8, 2014

Selamat Bertunang Siti Raihan, Teja Atiqah

Pertama sekali, Ratu ingin mengucapkan Selamat Bertunang kepada rakan sekerja Ratu iaitu Siti Raihan dan Teja Atiqah. Pertunangan mereka diadakan pada minggu yang sama sempena cuti Tahun Tahun Baru Cina. Kebetulan Raja pula berada di sini. Ratu pun terus mengajak Raja menemani Ratu ke majlis ini bersama-sama Puteri Raja Ratu. 

Majlis Pertunangan Teja Atiqah diadakan pada sebelah petang Jumaat iaitu selepas solat Jumaat. Ratu pun bersiap-siap pagi tu. Ini lah Puteri Raja Ratu setelah bersiap-siap. Hehe. Sibuknya si kecil ini dengan cermin matanya tu. Comel tak.



Pada keesokkan malamnya pula, Raja Ratu bersama Puteri kesayangan kami ke rumah rakan sekerja Ratu, Siti Raihan bagi menghadiri Majlis Pertunangannya. Apa-apapun Ratu ingin mengucapkan Selamat menempuh alam pertunangan kepada kedua-dua rakan sekerja Ratu ini. Hehe..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267