Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Tuesday, January 26, 2010

Shopping !!!!!!!

Inilah masa untuk bershopping. Ahad lepas, konon2 nak pergi bersiar-siar dengan Raja. Nak lepak di satu tempat untuk rehatkan minda. Maklumlah, menghabiskan masa bersama di hujung minggu. Tapi last2 tukar program lak, pergi 'BER SHOPPING'. Bukan beli baju ya.. Tapi beli barang keperluan harian yang telah habis. Maklumlah dah nak hujung bulan ni kan. Ada ajer barang yang dah habis.


Ayah Ratu lak ajak makan sama kat luar. Apa lagi, JOM BEDAL !!! Tapi sebenarnya ayah Ratu nak ajak temankan dia. Ayah Ratu nak beli TV baru. Waa.. ni lagi nak ajak lepak rumah sambil menonton TV baru lah ni. Tengah hari tu ayah Ratu plan nak makan KFC. Dia minta kami jumpa terus di Restoren KFC di Tesco. Dalam perjalanan nak pergi kedai makan untuk makan tengah hari bersama, ayah Ratu ternampak satu kedai menjual peralatan elektrik tengah buat promosi. Apa lagi, ayah Ratu terus call Ratu nak jumpa kami di kedai tu. Kami sampai saja, tengok kedai tu memang banyak promosi barangan elektrik. Maklumlah, nak sambut TAHUN BARU CINA ni kan. So, ni kira promosi TAHUN BARU CINA lah ni. Setelah bermesyuarat.. ditolak.. dicampur.. ditambah.. dibahagi.. Haha.. siap COMPLETE KIRAAN MATEMATIK, kami membeli TV LCD jenama LG 32 inci.

Lepas makan KFC, kami berpecah. Ayah & mak Ratu nak balik sebab TV baru nak pasang petang tu juga. Ratu & Raja pergi Jaya Jusco untuk bershopping beli barang keperluan. Habis bershopping.. Raja dah mengadu teringin nak makan 'mee kari'. Waa, Raja ni tadi makan KFC.. ni nak makan lagi. Tak per, KITA LAYAN.. Mula2 Ratu tak nak makan. Ya lah, JUAL MAHAL lah ni. hUA..hUA..hUA.. Bila dah tengok Raja makan.. dihasut lak Raja minta temankan dia makan. Peh, GUA CAKAP LU, perut yang kenyang boleh jadi lapar balik. Ratu yang agak JUAL MAHAL ni terpedaya juga makan mee kari. Tapi mangkuk kecil lah. Habis shopping, Raja ajak BALIK.. nak tengok TV baru. Kami pun pulanglah dengan perut yang kenyang.. LALALALALA..

Tatapan dari,

Thursday, January 21, 2010

Makan..Makan..Makan sampai kenyang..

Bukan niat Ratu nak bagi korang rasa LAPAR..
Bukan niat Ratu nak bagi korang TERCELUR..
Bukan niat Ratu nak bagi korang MELELEH AIR LIUR tengok menu tengah hari semalam..

Tapi tu lah. MC DONALD'S lagi. Bulan Januari 2010 ni, bulan Ratu dengan Mc Donald's kot. Hari tu Prosperity, Hari ni Mc Chicken.. esok Filet O Fish lak kot. Lusa, korang nak Ratu makan apa lak. Hua.. Hua.. Hua.. Kalau hari2 makan Mc Donalds muka pun cam Mc Donald's lak kan. Haa.. Haa.. Korang nak kutuk lah tu.. Please lah beb..

Maklumlah, pejabat Ratu ni dekat dengan Mc Donald's. Apa lagi.. MELANTAK lah. Tapi nak dijadikan cerita.. dengarlah ni Ratu nak cerita ni.. Tengah hari Ratu makan Mc Donalds, petang habis kerja kebetulan Raja ambil Ratu di pejabat.. Raja ajak lagi makan prosperity Mc Donalds. OOO..TIDAK!! Betul beb, Ratu tak tipu!!! Haha.. Conform tengah hari ni Ratu tak nak makan Mc Donald's lagi..

Tatapan dari,

Tuesday, January 19, 2010

Dah lambattttt !!!!

Hari ni Ratu & Raja dengan berbesar hatinya ingin menyatakan kami 'DAH LAMBAT !!!' Lambat? Ya beb.. LAMBAT KE TEMPAT KERJA.. kerana LAMBAT BANGUN.. Ratu dah set jam dah.. sedar2 dah pukul 7.30 pagi.. ooo TIDAK!!! Apa lagi KELAM KABUT AYAM lah..Haha.. Perkataan baru utk korang.. Ratu belajar perkataan ni pun daripada Raja. Ok anak murid sekalian Cikgu nak ajar ni, kelam kabut ayam di sini bermaksud BUAT KERJA DALAM KEADAAN TERLALU TERGESA-GESA. ok Ada Faham.. Korang semak lah dalam kamus kalau ada.. Haha. Ilmu ini hanya boleh dipelajari hanya di teratak ini sahaja. Haha..

Ok Cikgu berhenti pelajaran sampai setakat ini sahaja kerana cikgu nak sambung balik cerita yang tadi ya. Ratu sedar2 saja terus basuh baju kerja Raja, kejutkan Raja, siapkan sarapan dan macam2 lagi lah nak buat.. Raja dengan mata yang agak kesat pun bangun dari tidur. Kecian Raja, malam tadi balik pun dah lewat. Pukul 12.00 mlm baru sampai rumah. Ratu sampai terlelap mata menunggu Raja pulang rumah malam tadi sebab nak makan sama. Emm, kecian Ratu kan. Hua.. Hua.. Hua.. Tapi bukan kami sahaja yang dah terlambat bangun, 'SI BOBOY' pun sama ..tengok lah ni dia tidur.. alahai comelnya, kucingku sayangggg..

Dah siap2.. Raja & Ratu pun geraklah dengan 2 buah kereta. Kami 'drive' lah sama2. Tempat kerja kami di laluan yang sama, cuma Raja jauh sikit dari tempat Ratu bekerja. Bila tiba di office Ratu, Ratu pun lambailah pada Raja & Raja pun gerak lah ke tempat kerjanya. emm, begitulah ceritanya. Hehe.

Tatapan dari,

Tuesday, January 12, 2010

Petua mencuci hati..

Ni adalah petua dari pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah yang ingin Ratu amalkan & kongsi bersama.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdoa. Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa, doalah "Ya, Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat yang mana selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran yang mana selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif. Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka). Ini meransang keyakinan diri.

7) Program minda/cuci minda yang mana paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8) Berpuasa, Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan, jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Tatapan dari,

Iklan prosperity?

Dah sudah!!! Korang dah lapar ker tengok gambar ni. Hehe. Jangan lupa ajak Ratu Raja. Sebenarnya Ratu teringin nak makan 'Prosperity ayam Mcdonalds' dengan Raja. Permintaan Ratu ni dah 2, 3 hari lepas. Disebabkan Raja agak sibuk, Ratu pendamkan saja niat Ratu. Keciankan. Menangis Ratu di bawah meja. waaa..karut!! karut!! Tapi akhirnya Raja layankan juga kerenah Ratu ni. Hua..Hua..Hua.. Padan Muka Raja. Raja balik kerja saja terus bawa Ratu keluar.

Terus teringat iklan prosperity yang kat dalam TV tu.
A : Nak makan sini ker..drive thru..
B : Makan sini..

A : Makan atas ker bawah...
B : Atas

A : Makan kat tingkap ker playground
B : Playground

A : Nak ayam ker daging
B : Daging

Haha..ingat lagi tak..Ni Raja & Ratu lak ikut..
Ratu : Nak makan sini ker.. drive thru..
Raja : Drive thru la

Raja : Nak ayam ker..daging
Ratu : Ayam..

Dah sampai rumah lak,
Raja : Nak makan kat meja makan ker.. depan tv..
Ratu : Depan tv

Haha..Tapi tu la..nasib tak baik. Prosperity tu 'black pepper' nya banyak sangat. Sebelum ni makan tak der sampai cam ni.. Kentang putar pun masin tul. Garam dah banjir ker? Hei, TAK PUAS HATI TUL ..

Tatapan dari,

Monday, January 11, 2010

Buang tebiat ker?

4 Januari 2010 adalah tarikh yang bermakna buat Raja & Ratu. Kenapa? Ada apa dengan tarikh ini? Adakah ianya ADA APA DENGAN CINTA? Haha. Apa yang Ratu merepek ni.. Sebenarnya…sebenarnya.. Detik 4 Januari ni mengingatkan kami dengan detik pernikahan kami. Oooo, sekarang korang dah tahu apa maksud Ratu kan. 4 Januari 2010 adalah ulang tahun perkahwinan Raja & Ratu. Hehe.

Apa kaitan dengan tajuk ‘BUANG TEBIAT?’. Hehe. Mana tak nya. Di tarikh ini, Ratu rasa teringin nak PAKAI INAI. Tengoklah..

4 Januari 2010 jatuh pada hari Isnin. Ratu leh datang ke pejabat & mula memakai inai di pejabat.. Cam ner nak buat kerja kalau tangan dah penuh inai. Ratu pakai inai AL-Saudina. Haha.. KITA LAYAN..

Bukan apa.. saja nak mengingat kembali..
SAAT Raja & Ratu mula disatukan..
SAAT hati kami menjadi satu..
SAAT kami memulakan kehidupan baru..
SAAT kami mula mengecapi kehidupan bersama..
SAAT..hei, berapa banyak saat lah..

RAIHKAN? Perancangan tu ada. Tapi kesibukan Raja membatasi segala perancangan kami. Ratu tunggu Raja siapkan urusan kerjanya untuk projeknya ini.

Apa yang Ratu & Raja harap & doakan.. semoga jodoh kami kuat & berkekalan hingga ke akhir hayat kami.. semoga cinta kami terus mekar & indah seperti saat kami diikatkan di meja persandingan.. dan kami dapat menggapai impian bersama tahun ini yang masih lagi terkapai-kapai di angan sanubari kami.. Amin..


Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267