Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Sunday, November 25, 2012

Beli Mainan Lagi

Baru hari tu Ratu belikan mainan telefon bimbit untuk Puteri Raja Ratu. Kali ni Ratu nak belikan lagi mainan untuknya. Hehe.. Pada awalnya, Ratu tak terfikir nak belikan mainan untuk Puteri Raja Ratu ni. Ratu bersama ibu Ratu pergi ke Mydin untuk membeli barang keperluan harian. Pada ketika itu, Raja bekerja. Sekali Ratu terpandang seorang kanak-kanak kecil berjalan mengusung sebuah mainan. Ratu tertarik dengan mainan tu. Terus terbayang di kotak fikiran Ratu bagaimanalah agaknya gelagat Puteri Raja Ratu bila dia dapat mainan ni agaknya ya ???

Dah habis bayar barang yang dibeli tu, Ratu bersama ibu Ratu bergeraklah pulang ke rumah. Sekali Ratu ternampak ada kiosk di luar Mydin yang yang menjual mainan kanak-kanak. Dan Ratu ternampak satu mainan yang menarik kehadiran Ratu ke kiosk tersebut. Mainan itu adalah mainan yang Ratu nampak sebentar tadi. Tanpa berlengah masa Ratu pun terus bertanyakan harganya dan terus membelinya.

Inilah mainannya,



Mainan ni menarik perhatian Ratu kerana warna warninya.. Siap ada bunyi apabila di tolak.. Ditambah lagi dengan sayapnya yang berpusing apabila kapal terbang ni bergerak.. Kapal terbang ni pula bergerak apabila kita gerakkan rodanya atau tolakkan rodanya di atas lantai.. Ratu ingatkan kapal terbang ni gunakan bateri. Rupa-rupanya tidak. Ratu rasa mainan ini juga sesuai bagi kanak-kanak kecil yang baru bertatih.

Baru beberapa hari lepas, Ayah Ratu pula belikan mainan masak-masak ni,


Beli mainan ni saja suka-suka. Ratu suka tengok Puteri Raja Ratu bermain. Kadang-kadang kecian tengok dia macam boring jer dia main mainan yang sama. Ditambah lagi, Ratu tengok sejak kebelakangan ni Puteri Raja Ratu ni suka main telefon bimbit. Mungkin dia tengok ibu dan ayahnya gunakan telefon bimbit, dia pun nak juga pakai. Bila Ratu berikan telefon bimbit, dia pun letaklah kat telinga dia dan cakap bahasa budak kecil yang kita sendiri pun tak faham.. Haha.. Tu yang beberapa minggu lepas Ratu belikan mainan telefon bimbit sebagai permainannya.. Kalau Ratu atau ibu Ratu tengah suapkan makanan dari pinggan ke mulutnya, dia pun sibuk nak suapkan makan. Tu yang ayah Ratu belikan mainan masak-masak tu. Bulan lepas juga Ratu ada belikan mainan drum dan trompet bila Ratu tengok Puteri Raja Ratu ni suka dengar muzik. Emm.. Ditambah dengan mainan-mainan yang pernah Raja Ratu belikan sebelum ni, dah naik penuh dah bakul mainan Puteri Raja Ratu ni.. Emm..

Apa-apa pun moga-moga Puteri Raja Ratu bergembira dengan mainan baru yang terlah Ratu belikan.. Hehe. Pastinya Ratu akan belikan mainan lagi nanti bagi menambahkan lagi koleksi mainan Puteri Raja Ratu.

Tatapan dari,

Friday, November 16, 2012

Maharaja Lawak Mega 2012 Sudah Kembali..

Maharaja Lawak Mega telah kembali lagi. Tapi yang menjadi PELIKNYA.. Semua pemenang-pemenang yang pernah menang dalam pertandingan Maharaja Lawak dan Maharaja Lawak Mega sebelum ini kembali beraksi lagi. Setahu Ratu, berdasarkan kepada pengalaman lepas.. mana-mana pertandingan yang pernah dijalankan, pihak penganjur tidak akan mengambil peserta yang telah menang dalam pertandingan yang sama konsepnya pada tahun-tahun lepas. Emm.. biasanya mereka mengambil peserta baru untuk bertanding. Berbeza pula dengan pertandingan kali ini, pihak Astro membuka ruang kepada peserta-peserta yang pernah menang pada tahun-tahun lepass untuk kembali bertanding. Emm.. mungkin pihak Astro takut RATING penonton untuk rancangan ini akan menurun jikalau mereka mengambil peserta baru kot. Hehe..

Apa-apapun, Raja Ratu suka juga jika mereka kembali bertanding seperti kumpulan SAEHU.. BOBOI.. SABUN (OSBON).. JOZAN.. Kehadiran mereka dapat mengamatkan lagi pentas pertandingan. Pertandingan ini ditayang secara langsung melalui siaran Mustika 132 di saluran Astro setiap Hari Jumaat pada pukul 10.00 malam. Pengacaranya macam biasalah Datuk AC Mizal,


Pertandingan ini sama seperti mana dalam pertandingan tahun lepas yang mana ianya melibatkan para peserta dari 3 negara iaitu MALAYSIA.. INDONESIA.. SINGAPURA.. Cuma bezanya kali ini jurinya telah berubah konsepnya pemilihannya. Pihak Astro telah memilih seorang juri yang datangnya dari INDONESIA.. seorang juri yang datangnya dari SINGAPURA.. dan 2 orang juri dari MALAYSIA..

Akhir kata, agak-agak korang siapa yang akan menjadi JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 ni ya ????? Tunggguuuuuu !!!!!!! Yang pasti Raja Ratu akan sokong kumpulan JOZAN.. Hehe..

Tatapan dari,

Thursday, November 15, 2012

Selamat Menyambut Awal Muharam

Hari ni hari Rabu.. Esok sudah hari Khamis.. Esok, semua orang yang beragama Islam akan menyambut Awal Muharam. Alhamdulillah, kita akan memasuki tahun baru dalam kelendar Islam. Muharam adalah bulan pertama dalam kalendar Islam (Hijrah). Apa yang ingin Raja Ratu kongsikan di sini ialah doa Akhir Tahun, Doa Awal Tahun serta amalan-amalan sunat di bulan Muharam.

DOA AKHIR TAHUN
Doa ini perlu dibacakan sebanyak 3 kali pada waktu Asar atau sebelum Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku & sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku dalam satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

Inilah doanya,

DOA AWAL TAHUN
Doa ini perlu dibacakan sebanyak 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharam.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan 2 Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan"

Inilah doanya,

Di sini Raja Ratu senaraikan pula amalan-amalan sunat pada bulan Muharam :
 a)  Berpuasa.
Maksud hadis : Barang siapa berpuasa 1 hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun
Maksud hadis : Barang siapa yang berpuasa selama 3 hari dalam bulan Muharam, Allah akan tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
b)  Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir & sebagainya.
c)  Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar selama 3 kali
d) Berdoa awal tahun pada 1 Muharam selepas Maghrib sebanyak 3 kali.

 14 Perkara sunat dilakukan pada Hari Asyura iaitu 10 Muharam :
a) Melapangkan masa/ belanja anak isteri. Fadilatnya Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
b) Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
c) Menahan marah. Fadilatnya Di akhirat nanti, Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
d) Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
e) Menyapu/ mengucap kepala anak yatim. Fadilatnya Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
f) Bersedekah. Fadilatnya Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tanpa berhenti-henti dari kecil hingga ia mati. Diberikan pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
g) Mememihara kehormatan diri. Fadilatnya Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
h) Mandi sunat. Fadilatnya Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat, " Sahaja aku mandi sunat Asyura kerana Allah Taala."
i) Bercelak. Fadilatnya Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
j) Membaca Qulhuwallah sehingga 1,000 kali. Fadilatnya Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
k) Sembahyang sunat 4 rakaat. Fadilatnya Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat, 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura 4 rakaat kerana Allah Taala'. Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Quhuwallah sebanyak 11 kali.
l) Membaca 'has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannasser. Fadilatnya Tidak mati pada tahun itu.
m) Menjamu orang berbuka puasa. Fadilatnya Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
n) Puasa niat. 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat Hari Asyura kerana Allah Taala' Fadilatnya Diberi pahala 1,000 kali Haji, 1,000 kali umrah dan 1,000 kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Tatapan dari,

Wednesday, November 7, 2012

Raja Menang Pertandingan Go Kart..

Pertama sekali, Ratu ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Raja hatiku kerana telah berjaya menjadi JUARA dalam perlawanan Go Kart beberapa hari lepas. Ratu pada asalnya tidak mengetahui bahawa Raja akan menyertai perlawanan Go Kart tu. Sehingga lah Raja pulang ke rumah dan menceritakan kepada Ratu bahawa Raja telahpun memenangi perlawanan Go Kart yang diadakan lebih kurang pukul 2.00 petang, Sabtu lepas. Pertandingan ini melibatkan rakan-rakan sekerja Raja. 

Ratu pada asalnya marah juga dengan Raja. Mana tidaknya, Raja tidak maklumkan pada Ratu pun sebelum perlawananan tu bermula. Ratu pula pada ketika itu memang berada di sekitar tempat perlawanan bersama dengan Puteri Raja Ratu serta ibubapa Ratu. Jadi, boleh Ratu menonton perlawanan tu. Tapi bila Ratu fikirkan balik, pada ketika itu Ratu pun tidak berapa sihat dan cuaca petang tu dengan hujan turun gerimis. Jadi, Ratu rasa seperti tidak sesuai untuk bawa Puteri Raja Ratu untuk menonton sama. Kalau korang ada baca cerita Ratu sebelum ini bertajuk Tersentuh Dengan Gelagat Puteri Raja Ratu yang mana pada hari tersebut Ratu rasa tidak berapa sihat. Tapi dalam keadaan tak sihat pun, Ratu bersama Puteri Raja Ratu turut serta bersama ibubapa Ratu pergi ke jemputan Majlis Perkahwinan. Sebenarnya, itulah hari Raja menyertai perlawanan Go Kart tersebut. Jadi, Ratu rasa tak kisahlah tak dapat melihat perlawanan tu pun.

Sehari selepas Raja memenangi perlawanan tu, Raja membawa Ratu bersama Puteri Raja Ratu termasuklah ibubapa Ratu makan tengah hari di salah sebuah Restoren. Emm, belanja makan je ker sayang oi.. Ingat nak belikan Ratu iPad ker.. Haha.. Sempat lagi Ratu ni berangan kan.Hehe.. Akhir kata, TAHNIAH kepada Raja. Lain kali, kalau menang leh belanja Ratu lagi ya..


Tatapan dari,

Sunday, November 4, 2012

Tersentuh Dengan Gelagat Puteri Raja Ratu,,

Hari ni Ratu mula rasa tak sedap badan. EMMM.. Hahaha... Jangan korang fikir yang bukan-bukan lak ya.. Jangan korang fikir Ratu berbadan dua lak ya.. Hahaaa.. Cuaca sejak kebelakangan ni tidak menentu.. Pagi panas.. Petang lak hujan.. Ratu pulak hari ni rasa seperti hendak DEMAM.. Pagi ni badan Ratu dah mula seram-seram sejuk.. RAJAAAAA !!!!! TOLONG BAWA RATU PERGI KLINIKKKK..

Ibubapa Ratu pula ajak temankan mereka pergi ke 2 jemputan Majlis Perkahwinan. Pada asalnya, Ratu malas nak ikut ibubapa Ratu. Tapi, kebetulan Ratu ada keinginan hendak beli mainan Puteri Raja Ratu dan android tablet yang kebetulan berhampiran dengan kawasan Majlis Perkahwiinan tu. Jadi, Ratu gagahkan diri untuk temankan ibu bapa Ratu sambil membawa Puteri Raja Ratu ni. Raja pula hari ni bekerja. Jadi, Raja tidak dapatlah menemani Ratu. Kalau duduk rumah pun belum tentu Ratu dapat berehat. Maklumlah sudah ada anak yang masih kecil ni.. Faham.. Faham je lah kan. Kalau Ratu ikut pun sekurang-kurang Ratu dapat juga belikan sesuatu untuk Puteri kesayangan Raja Ratu ni.

Tiba di salah sebuah Majlis Perkahwinan tu, Ratu suka melihat gelagat Puteri Raja Ratu ni yang suka mendengar persembahan nyanyian yang kebetulan pada ketika itu pihak tuan rumah memang ada menjemput sebuah Kumpulan Nasyid untuk membuat persembahan nyanyian di Majlis Perkahwinan anak mereka. Ratu difahamkan bahawa kumpulan nasyid tersebut adalah bekas finalis salah sebuah rancangan pertandingan nasyid yang pernah di siarkan di tv9 tahun lepas. Jadi, tak perlulah Ratu ceritakan bagaimana persembahan kumpulan nasyid tersebut. Korang sendiri pun sudah boleh bayangkan bagaimana persembahan mereka. Maklumlah finalis lah katakan..

Sedang seronok melihat persembahan Kumpulan Nasyid tersebut, hujan pula turun dengan lebatnya. Apa lagi... Berlari lah Ratu mendukung Puteri Raja Ratu ni lari masuk ke dalam khemah. Bila hujan agak reda sedikit, Ratu bersama ibubapa Ratu berangkatlah pulang ke rumah. Tapi, dalam keadaan cuaca hujan sebegitu sempat lagi Ratu membelikan mainan untuk Puteri Raja Ratu yang terletak berhampiran dengan rumah pengantin tu. Bukan beli mainan apa pun, Ratu belikan Puteri Raja Ratu mainan trompet beserta 2 telefon bimbit. Inilah mainannya..

Cuma hajat Ratu untuk membeli android tablet tu tak kesampaian apabila hujan semakin lebat.

Sampai di rumah selepas Ratu mandikan Puteri Raja Ratu, Ratu rasa badan cam dah tidak selesa. Ratu pun baringlah sekajap. Nasib baiklah ibubapa Ratu ada. Bolehlah, tolong tengok-tengokkan Puteri Raja Ratu ni. Tiba-tiba Ratu rasa agak tersentuh hati apabila melihat Puteri Raja Ratu datang dekat Ratu dengan kereta 'Walker'nya. Dia tengok Ratu terbaring terus dia salam dan cium tangan Ratu. Selepas tu, dia pergi main pusing-pusing kat depan. Kemudian datang balik pada Ratu.. Salam dan cium tangan Ratu. Kemudian dia pergi pusing-pusing kembali ke depan. Bergitulah gelagatnya yang dilakukan berulang-ulang kali. Tersentuh hati Ratu melihatnya.

Wahai puteriku sayang, doakan ibu cepat sembuh dari demam ni.. Nanti boleh kita main sama-sama ya sayang.. Hehe..

Tatapan dari,

Thursday, November 1, 2012

Belikan Kereta Mainan Untuk Puteri Raja Ratu

Baru-baru ini, ibubapa Ratu ada menceritakan kepada Raja Ratu mengenai gelagat Puteri Raja Ratu di kampung. Puteri Raja Ratu memang dijaga oleh ibubapa Ratu. Kebetulan, ayah Ratu ingin berhenti kerja awal tahun lalu. Raja Ratu pun sokong sahaja keputusan ayah Ratu. Memang sepatutnya pun Ratu perlu menyara kehidupan ibubapa Ratu sekarang ni. Lagipun, Raja Ratu sudah ada cahaya mata. Jadi, ayah Ratu bolehlah bermain dengan cucunya ni. Emm.. Bila boring leh pergi ke jalan-jalan bawa cucunya ni. Kebetulan baru-baru ni atuk Ratu bermalam di rumah ibubapa Ratu. Jadi, atuk Ratu ingin pulang ke kampungnya. Tu yang ibu bapa Ratu bawa Puteri Raja Ratu ni sekali. Tak kan nak tinggalkan pulak kan. Raja Ratu pula pada ketika itu bekerja. 

Alhamdulillah, atuk Ratu ni memang kuat lagi. Ratu bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi dipanjangkan usia atuk Ratu dan dapat melihat kehadiran moyangnya dalam kehidupan Raja Ratu. Bila atuk Ratu ni boring, dia tidurlah di rumah-rumah anaknya termasuklah rumah ibubapa Ratu. Bila atuk Ratu ni pulang ke kampung, dia tinggal bersama bapa sedara Ratu di sana. Nak dijadikan cerita.. Ketika ibubapa Ratu ni menghantar atuk Ratu ni ke kampung, Puteri Raja Ratu ni sudah terpandang ada kereta mainan milik dua pupunya yang kebetulan dijaga oleh bapa sedara Ratu. Apa lagi, ibubapa Ratu pun meletakkan Puteri Raja Ratu tu di kereta mainan tersebut dan biarkan dia bermain. Sesekali jatuh juga Puteri Raja Ratu ni ketika bermain. Tapi dia tak serik-serik. Dah jatuh pun nak main lagi. Tapi emm.. Bila nak balik, Puteri Raja Ratu ni menagis tak mahu balik. Dia dah leka dengan kereta mainan tersebut. Emm.. Nampak gayanya Raja Ratu kena belilah kereta mainan ni kan.

Pada hari Sabtu lepas, Ratu mengajak ibubapa Ratu untuk menemani Ratu membeli barang keperluan harian di Jaya Jusco. Kebetulan pula pada ketika itu, Jaya Jusco memang ada membuat promosi. Emm.. Bila dah sampai susah nak cari parking daa. Nasib baiklah pusing punya pusing ada kereta nak keluar. Ratu pun rebutlah parkingnya. Seperti biasa sampai saja, perut perlu diisi dahulu. Selepas makan, barulah Ratu dan ibubapa Ratu mula bershopping. Ratu pun mencarilah sekali kereta mainan untuk Puteri Raja Ratu.

Inilah kereta mainannya,

Bila Ratu tengok harganya, Ratu pun menelefon Raja yang sedang bertugas dan memaklumkan harganya. Bila Raja kata ok. Ratu pun belilah. Bila bawa baik rumah bukan main suka lagi Ratu tengok Puteri Raja Ratu ni bermain. Hehe.. Mainlah sayang oi.. Mainlah puas-puas.. Hehe..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267