Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Sunday, October 30, 2011

Kereta Tolak Untuk Puteri Raja Ratu

Emm.. Raja Ratu memang ada merancang untuk membeli kereta tolak untuk puteri Raja Ratu ini selepas Ratu habis berpantang. Nanti lebih mudah untuk membawa puteri Raja Ratu ini bersiar atau membeli belah nanti. Tak lah sentiasa hendak dukung dia je kan. Mengikut perancangan, selepas Raja Ratu habis berpantang nanti, Raja akan bercuti dan membawa Ratu serta puteri kesayangan kami bersiar-siar. Tapi selepas Raja Ratu membeli kereta tolak lah nanti.

Emm, baru-baru ini nak dijadikan cerita.. Pada hari Sabtu 29 Oktober 2011, ibubapa Ratu hendak pergi ke Jaya Jusco. Ratu tidak kisahlah kerana Ratu boleh menjaga puteri kesayangan Ratu ini. Tapi kalau Ratu sudah habis berpantang lah kan.. Sudah tentu Ratu tidak akan melepaskan peluang untuk ikut sama. Haha.. Pulang sahaja dari Jaya Jusco, ayah Ratu membuka bonet kereta dan mengeluarkan kereta tolak yang baru dibelinya di Jaya Jusco. Apa lagi terperanjat lah Ratu. Aik, dah beli dah. Ni betul-betul puteri kesayangan Raja Ratu ni menjadi cucu kesayangan ibubapa Ratu. Baru bulan lepas, ayah Ratu belikan katil untuk puteri kami tidur. Kali ini belikan kereta tolak pulak. Inilah kereta tolak yang dibelinya.
Ratu memang suka kereta tolak seperti ini sebab disediakan ruang untuk letak beg di bawahnya. Dalam beg tu nanti boleh letak barang keperluan puteri kami tu. Jadi, ianya lebih memudahkan puteri Raja Ratu dibawa ke mana sahaja. Emm.. habislah lepas ni. Baru Ratu nak cium pipi puteri Ratu.. Tak alih-alih, dah ikut atuknya pergi jalan-jalan. Hehe..

Tatapan dari,

Thursday, October 27, 2011

Puteri Raja Ratu Genap Sebulan Kini

Tanggal 22 Oktober 2011, genaplah sebulan umur puteri Raja Ratu. Dengan erti kata lain, Ratu sudah sebulan berpantang. Emm.. lagi 14 hari lagi nak habis berpantang ni. Ratu sudah tidak sabar menunggu hari kebebasan Ratu.. Hari Kemerdekaan Ratu.. Haha.. Selepas itu, Ratu boleh la makan apa sahaja.. Boleh bersiar ke mana sahaja.. Hehe.. Tidak sabar rasanya. Oklah, kita berbalik semula kepada tajuk asal kita. Hehe.. Sudah terpesong dah ni.

Sebenarnya, jururawat dari klinik kerajaan yang berhampiran dengan rumah ibubapa Ratu ada datang ke rumah untuk membuat lawatan kesihatan ke atas Ratu dan puteri Ratu pada hari Jumaat, 14 Oktober 2011. Alhamdulillah, kesihatan Ratu dan puteri Raja Ratu baik. Dari situ, jururawat itu menetapkan tarikh 24 Oktober 2011 sebagai tarikh yang mana Ratu dan puteri Ratu perlu datang ke klinik untuk rawatan susulan. Sepatutnya, Ratu perlu hadir ke klinik pada 22 Oktober 2011. Tapi memandangkan tarikh ini jatuh pada hari Sabtu, jadi tarikh rawatan ini dipinda dari hari Sabtu ke hari Isnin.

Macam mana Ratu nak ke sana? Mestilah Raja yang bawakan. Ratu kan dalam pantang lagi. Jadi, tidak boleh memandu kereta dahulu. Ratu pula pada hari tersebut dilayan bagaikan permaisuri oleh Raja. Hehe.. Tolong bukakan pintu kereta bila Ratu hendak keluar dan masuk kereta. Itu jer.. Sebab Ratu masa tu tengah peluk puteri Raja Ratu. Inilah gambar puteri Raja Ratu. Ketika ini puteri Raja Ratu berusia lebih kurang 2 minggu lebih.

Tiba di klinik, puteri Raja Ratu:-

a) Ditimbang berat badannya. Waduh, bajunya dibuka semuanya. Kemudian diletakkan di tempat timbang. Ratu tengok berat badannya sudah naik dari 3.2 kg semasa lahir kepada 4.3 kg. Waa !!! Bagus tu SAYANGKU.. Sudah naik lebih 1 kg.

b) Diukur panjang badannya.. lilitan kepala dan badannya.

c) Diberi suntikan 1 bulan.

d) Diperiksa dari segi anggota badan..
*** Tengok tangannya boleh genggam ke tidak bila jari kita diletakkan di telapak tangan bayi. KEPUTUSAN : PUTERI RAJA RATU GENGGAM
*** Tengok ada ruam ke tidak di seluruh anggota badan. KEPUTUSAN : PUTERI RAJA RATU TIADA RUAM

e) Diperiksa kepekaan organ deria badan..
*** Dicampakkan barang mainan untuk lihat adakah mudah terperanjat ke tidak. KEPUTUSAN : PUTERI RAJA RATU TIDAK TERPERANJAT
*** Digerakkan mainan di hadapan matanya untuk lihat adakah matanya tunjukkan tindak balas. KEPUTUSAN : PUTERI RAJA RATU PANDANG MAINAN TU
*** Digerakkan mainan di sebelah telinganya untuk lihat adakah bayi akan menoleh ke arah mainan. KEPUTUSAN : PUTERI RAJA RATU MENOLEH

Alhamdulillah, puteri Raja Ratu menunjukkan perkembangan yang baik. Kemudian, Ratu pula diperiksa dari segi tekanan darah.. berat badan.. HB darah.. dan ujian air kencing. Setelah semuanya selesai, Raja pun membawa Ratu dan puteri kami pulang.

Tatapan dari,

Sunday, October 16, 2011

Aduh Hai !!! Laptop Problem La..

Sedihnya rasa di hati.. Pilu rasa di hati Ratu apabila membaca tajuk di atas. Bukan kehendak Ratu.. tapi mungkin ini sudah nasib. Emm.. Sedihkan. Korang nak tahu cerita ??? Macam ni cerita dia. Pada suatu hari, Sang Kancil.. Eh ! Silap cerita lak. Hehe.. JANGAN MARAH HAA..

Oklah, ceritanya macam ni.. Bulan lepas, Ratu sudah hendak bersalin. Jadi, Ratu fikir dalam tempoh berpantang ni.. Bila ada kesempatan.. Ratu nak juga kemaskini TERATAK ISTANA ini yang dah bersawang dah ni.. Yang sudah lama tidak berkemas ni.. Menggunakan laptop Sony Vaio yang baru Raja Ratu beli awal tahun ni. Tapi hajat Ratu tidak kesampaian apabila laptop Raja Ratu bermasalah.

Sebenarnya, di pejabat Ratu masa itu antivirus yang digunakan semua komputer di pejabat sudah tamat tempoh dan perlu dibeli antivirus yang baru. Semasa salah seorang rakan sepejabat membeli antivirus yang baru, Ratu bersama 2 orang rakan sepejabat ingin berkongsi membeli antivirus yang sama untuk dipasang di komputer peribadi kami kerana antivus tersebut boleh dipasang di 3 komputer atau laptop. Antivirus yang dibeli itu adalah antivirus KASPERSKY. Ratu rancang nak letakkan antivirus tu pada laptop Sony Vaio Ratu. Bila sudah pasang, Ratu pun suka lah hati. Mana tidaknya.. tidaklah Ratu risau laptop Ratu diserang virus.

Kini tibalah masanya, Ratu ingin menggunakan laptop. Tiba-tiba.. JEN.. JEN.. JEN.. Laptop Ratu tidak boleh digunakan. Apa lagi, terkejutlah Ratu. Ratu juga mendapat tahu bahawa hampir semua komputer pejabat mengalami situasi yang sama. Aduh hai.. Sedihnya Ratu. Macam mana nak 'update' blog ni.. Macam mana nak 'update' facebook ni.. Rakan sepejabat Ratu menasihatkan agar Ratu menghantar semula laptop ini ke kedai yang Ratu beli tu untuk dibaiki memandangkan laptop Ratu ni masih lagi 'under warranty'. Ini kemungkinan besar disebabkan oleh antivirus KASPERSKY yang dipasang pada laptop ini. Dengan perasaan sedih, Ratu menyimpan kemas laptop ini di dalam beg dan menunggu masa untuk dihantar ke kedai untuk dibaiki.

Nampaknya, tertangguh lagi lah untuk Ratu mengemaskini TERATAK ISTANA RAJA RATU ini .. Penuh bersawanglah Teratak ini.. Emm.. Apa boleh buat.. Sudah nasib badan.. Hehe.. Tapi tak per lah, nasib baik laptop ini 'under warranty'. Kalau tidak lagi pening lah kepala Raja.

Tatapan dari,

Friday, October 14, 2011

Alhamdulillah, Sepupu Raja Ratu Telah Selamat Melahirkan Cahaya Mata

Di awal kandungan Ratu, Raja Ratu mengetahui bahawa bukan Raja Ratu sahaja yang bakal menerima cahaya mata kami. Rupa-rupanya 3 orang daripada sepupu Raja dan Ratu turut sama bakal menerima cahaya mata mereka. Yang seronoknya Raja Ratu bersama sepupu-sepupu kami bakal menerima cahaya mata sekitar bulan September dan Oktober 2011. Sepupu Raja Ratu yang dimaksudkan di sini iaitu sepupu Raja SARUL RIZAL yang bakal menerima cahaya sekitar hujung bulan September 2011 saing dengan Ratu.. Sepupu Ratu FAIZAL yang juga dijangkakan bakal menerima cahaya mata sekitar hujung bulan September 2011.. Seorang lagi sepupu Ratu AZREEN yang dijangkakan bersalin pada bulan Oktober 2011.

Raja Ratu tertanya-tanya juga antara Raja Ratu dengan sepupu-sepupu kami, siapa yang bakal menerima cahaya mata terlebih dahulu. Tidak sangka pula, Raja Ratu yang terima cahaya mata dulu. Kemudian diikuti dengan sepupu Raja iaitu SARUL RIZAL yang menerima cahaya mata kedua selang beberapa hari selepas Ratu bersalin. Raja Ratu difahamkan, isteri SARUL RIZAL telahpun dimasukkan ke hospital pada hari yang sama Ratu dimasukkan ke Hospital untuk bersalin. Pada ketika itu, isterinya belum boleh bersalin lagi. Jadi, mereka mengambil keputusan untuk pulang dahulu. Selang beberapa hari selepas itu, isteri SARUL RIZAL selamat melahirkan bayi perempuan.

Selepas itu, sepupu Ratu AZREEN pula selamat bersalin pada awal Oktober 2011. Ratu difahamkan AZREEN selamat melahirkan cahaya mata keduanya secara pembedahan. Dia dan suaminya menerima cahaya mata lelaki. Disebabkan semasa mengandung sepupu Ratu didapati ada kencing manis, berat bayi yang dilahirkan adalah 3.95 kg. Emm.. lebih berat dari puteri Raja Ratu sewaktu dilahirkan. Hehe..

Selang 2 hari kemudian, sepupu Ratu FAIZAL pula menerima cahaya mata perempuan. Isterinya selamat melahirkan bayi tersebut secara pembedahan dan berat bayinya adalah 3.1 kg. Eh, kurang 100 gram daripada berat Puteri Raja Ratu. Ratu difahamkan jangkaan bersalin ialah hujung bulan September 2011. Tapi akhirnya mereka menerima cahaya mata pada awal bulan Oktober 2011. Walaubagaimanapun, Ratu ucapkan tahniah kepada sepupu-sepupu Raja dan Ratu yang telah menerima cahaya mata masing-masing. Tak kisahlah, bersalin secara normal mahupun pembedahan. Yang penting ibu dan bayi selamat. Itu yang penting.

Tatapan dari,

Kecian Budak 2 Tahun Dilanggar Kenderaan

Inilah kisah benar yang menyentuh hati Raja Ratu. Betul-betul tersentuh hati Ratu la beb apabila menonton video yang merakamkan budak yang berusia 2 tahun ni dilanggar 2 kenderaan. Terus Ratu memandang puteri Raja Ratu yang masih kecil. Peh !!! YA ALLAH YA TUHANKU.. MINTA DIJAUHKAN KEJADIAN SEPERTI INI !!!!! AMIN.. AMIN.. AMIN.. MANA PERGINYA PERIKEMANUSIAAN MEREKA SEBAGAI SEORANG MANUSIA. Nah !! Korang saksikan video yang menyayat hati ini dan korang nilaikannya sendiri.



Kejadian ini berlaku di negara China. Ratu rasa MARAH pun ada.. Rasa PELIK pun ada..
KENAPA ORANG YANG LANGGAR TU TIDAK BERHENTI???
KENAPA ORANG YANG LALU LALANG TU TIDAK TOLONG ANGKAT BUDAK TU???
DIAORANG TIDAK FIKIR KE YANG KENA LANGGAR TU BUDAK???
BAGAIMANA PERASAAN MEREKA KALAU BUDAK YANG MEREKA LANGGAR TU AHLI KELUARGA MEREKA???
MANA SIFAT PERIKEMANUSIAAN MEREKA???
KENAPA KENDERAAN YANG KEDUA TU TERUS MELANGGAR BUDAK TU???
DIA TIDAK NAMPAK KE YANG DIA LANGGAR TU BUDAK???
BUTA KE MATA DIA???

Ratu pun dapat tahu berita ini melalui BULETIN UTAMA TV3. Video ini dirakamkan dan Ratu dapat lihat bagaimana kejadian ini berlaku. Hampir menitis air mata Ratu menontonnya. Ratu rasa kalau korang tengok pun memang akan menangis juga lah. Ibubapa budak itu menangis tidak henti seperti tidak boleh terima apa yang telah berlaku.

Dalam video tu, Ratu lihat akhirnya tukang sapu yang melihat budak itu terus menarik budak tu. Kemudian budak itu dihantar ke hospital. Ratu dapat tahu budak itu ditahan di ICU (Unit Rawatan Rapi). Selang beberapa hari, Ratu dapat tahu melalui berita BULETIN UTAMA bahawa budak itu telahpun meninggal dunia. Harapan Raja Ratu.. Janganlah ada sikap sebegini dalam masyarakat kita. Fikirlah bagaimana jika yang kena langgar itu adalah ahli keluarga kita. Sememangnya budak itu tidak sepatutnya dibiarkan sebegitu. Semoga kejadian seperti ini dapat dijadikan pengajaran buat kita semua.

SESUNGGUHNYA RAJA RATU TIDAK SANGGUP MENONTON VIDEO INI LAGI.

Tatapan dari,

Saturday, October 1, 2011

Katil Puteri Kesayangan Raja Ratu Dibeli

Sudah seminggu usia puteri Raja Ratu. Di usianya ini, Ratu tidak menyangka menerima hadiah katil untuk puteri Raja Ratu daripada ibubapa Ratu. Mungkin ibubapa Ratu melihat Raja tidur bawah manakala Ratu dan puteri Raja Ratu tidur di atas katil dengan selesanya. Haha.. Maklumlah Ratu berpantang di rumah keluarga Ratu. Jadi ibubapa Ratu terpandang kedudukan Raja tidur. Dalam keadaan Ratu berpantang ni, Raja Ratu memang tidak tutup pintu bilik ketika tidur. Takut apa-apa hal yang berlaku. Maklumlah Raja Ratu bukan ada pengalaman dalam penjagaan bayi.

Oleh kerana ibubapa Ratu kecian tengok menantu kesayangan mereka tu tidur bawah, maka dibelikan katil bayi untuk cucu mereka. Cewah.. Inilah katil yang dibeli untuk puteri Raja Ratu. Jadi Raja Ratu boleh tidur di atas katil manakala puteri Raja Ratu boleh tidur di katil barunya.

Pada ketika ini, Ratu memang tidak terfikir langsung untuk meminta Raja membeli katil seperti ini untuk puteri kami. Dalam fikiran Ratu, Ratu hendak berehat sahaja. Maklumlah, Ratu baru lepas bersalin. Sudah pastinya badan Ratu berada dalam keadaan yang tidak selesa sedikit.

Apapun, Ratu ucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa Ratu atas pembelian katil bayi ini. Kebetulan, katil yang dibeli ini beroda, jadi ianya memudahkan lagi katil ini digerakkan ke mana-mana.. Ke dalam bilik.. Ke dapur ataupun.. Di ruang tamu..

TERIMA KASIH..
TERIMA KASIH..
TERIMA KASIH RAJA RATU UCAPKAN..

Tatapan dari

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267