Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Wednesday, October 28, 2009

Adab-adab Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Kami ada tertarik dengan artikel di sebuah majalah berkaitan tajuk ni. Jadi, kami nak kongsikan bersama korang ilmu ini.

Hari Raya Aidilfitri merupakan 1 perayaan yang Islam anjurkan bagi meraihkan kejayaan umat Islam menyempurnakan ibadah puasa tanpa mengira bangsa, warna kulit & tempat. Masing2 ingin bergembira meraihkannya seperti yang telah dianjurkan oleh Allah S.W.T & RasulNya. Maka tidak hairanlah tarikh 1 syawal, Islam mengharamkan umatnya berpuasa. Walaubagaimanapun, adab2 menyambutnya juga kita perlu jaga. Antaranya:-

PERTAMA,
Bertakbir & bertahmid memuji Allah secara beramai-ramai/ individu, bermula ketika menjelang malam raya sehingga menjelang sembahyang sunat Aidilfitri. Takbir & tahmid dilaungkan dengan hati yang insaf & benar2 merasai kebesaran Ilahi. Ia digalakkan memperbanyakkan doa & memohon keampunan daripada Allah.

KEDUA,
Mengeluarkan zakat fitrah untuk diri serta tanggungan sebelum solat sunat Aidilfitri.

KETIGA,
Mandi sunat hari raya, memakai pakaian cantik & indah serta memakai bau-bauan harum agar kelihatan ceria & menyeronokkan di pagi Syawal.

KEEMPAT,
Menunaikan solat sunat Hari Raya secara berjemaah serta mendengar khutbah raya. Solat sunat ini digalakkan diadakan di tempat yang luas supaya wanita2 yang uzur pun dapat sama2 mendengar khutbah raya.

KELIMA,
Selepas mendengar khutbah, umat Islam bersalam-salaman & bermaaf-maafan antara satu sama lain tanpa memilih kedudukan, pangkat & jawatan. Ucaplah sesama umat Islam, "Semoga Allah menerima amalan kami & amalan kamu".

KEENAM,
Menjamu tetamu dengan makanan yang enak terutama golongan fakir miskin mengikut kemampuan masing2.

KETUJUH,
Eratkan siraturrahim dengan ziarah menziarahi antara satu sama lain. Utamakan menziarahi ibubapa, adik beradik & sanak saudara terlebih dahulu.

KELAPAN,
Hulurkan sedekah & bantuan kepada fakir miskin sama ada berbentuk duit raya atau barangan bagi menghiburkan hati mereka yang turut sama ingin merasai kegembiraan di Hari Raya.

KESEMBILAN,
Adakan Majlis Hari Raya seperti kebanyakkan kita mengadakan Majlis Rumah Terbuka mengikut kemampuan yang ada. Cara ini dapat mempertemukan & mengeratkan siraturrahim antara semua rakan2, saudara mara, muslimin & muslimat. Tapi tidak semestinya kita kena adakan Majlis Rumah Terbuka ini, kalau kita rajin pergi ke undangan Rumah Terbuka, ianya juga salah 1 cara mengeratkan siraturrahim antara kita sebagai tetamu dengan tuan rumah.

Kadangkala ada antara kita yang mengamalkan hanya sebahagian daripada adab2 ni. Cuba tanya pada diri kita, adakah kita mengambil peluang sebegini untuk bertakbir beramai2? ...mengerjakan solat sunat Hari Raya? Jadi renung2 kan lah & fikir2 kan. Haha. Cam pernah dengar je ayat tu kan.. Tapi jika kita dapat mengamalkan 90% daripada adab2 ni, tentu Hari Raya disambut dengan lebih seronok & menjadi kenangan setiap tahun.

Tatapan dari,

Monday, October 26, 2009

TIDAK!!! Kad CR dah nak tamat tempoh..

Dengan tangan di belakang, Ratu berjalan-jalan ke kiri & kanan tak berhenti.. Apa yang sedang Ratu fikirkan? Tengah kir Masalah Negara & luar Negara ni. Oh! TIDAK!!! Haha. Sebenarnya, kad ahli CARLO RINO nak tamat tempoh hujung bulan Oktoer ni. Setahu Ratu kalau nak ‘renew’ nak kena beli barang RM500 ke atas. Ratu dah semak, baki RM250 lagi Ratu kena belanjakan untuk dapat kad baru. Apa lagi. Masa untuk SHOPPING!! Inilah yang Ratu belanjakan. Ratu cuba2, Raja lak berkenan tengok Ratu pakai kasut tu. Ratu pun berkenan. Apa lagi ‘KEBAS’ lah. Dapat lak diskaun 50%... REZEKI.. REZEKI..
Tak cukup lagi jumlah yang dibelanjakan. Minggu tu, Ratu bershopping dengan rakan sekerja Ratu, Rozi di Jaya Jusco. Diam..Diam.. Raja tak tahu. Ish!! Ish!! Teruknya.. Ratu memang mencari bag tangan. Beg ni siap ada tali beg. Ratu beli saja beg ni, Ratu dapat hadiah beg duit kecil tu. Cantik juga kan. Dah butik tu nak bagi, Ratu terima saja lah.
Ratu sembunyikan beg ni dari Raja. Ingat Raja tak perasan. Tu la 'Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga'. Selepas 3 hari, Raja dah perasan. Habis Ratu disoal jawab. Haha. Padan muka.. Nasib baik Raja tak marah. SELAMAT!!! Sorry sayang..


Tatapan dari,

Tuesday, October 20, 2009

Motivasi: Rahsia tulisan

Kami tertarik dengan satu artikel yang didedahkan sendiri oleh pakar motivasi Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah. Ia berkaitan rahsia diri kita yang boleh kita kenali dari segi tulisan. Betul!! Kitaorang tidak tipu beb! Cam ner? ok, korang boleh tahu melalui beberapa aspek bentuk tulisan. Sekarang korang baca & kajilah sendiri.

Aspek pertama: Tekanan
a) Tekanan tulisan yang kuat
Situasi : Tekanan tulisannya sampai berbekas di belakang kertas itu.
Rahsia : Orang itu sihat, cergas, pantas & sedikit agresif.

b) Tekanan tulisan yang ringan
Situasi : Tulisannya ringan & tidak berbekas di belakang kertas itu.
Rahsia : Orang itu kurang bertenaga, kurang sihat & mudah sakit.

Aspek kedua : Bentuk tulisan
a) Bentuk tulisan yang bulat2
Situasi : Tulisan secara bulat2.
Rahsia : Orang itu lebih emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi & banyak memakai otak sebelah kanan (otak kreatif).

b) Bentuk tulisan yang tajam2 / leper2
Situasi : Tulisan yang angular & sharp.
Rahsia : Orang itu lebih bersikap rasional, bekerja dengan sistematik, pandai mengurus & banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical).

Aspek ketiga : Kecondongan
a) Tulisan condong ke kanan
Rahsia : Orang itu extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dengan orang lain, peramah, suka bercampur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani & pemurah.

b) Tulisan condong ke kiri
Rahsia : Orang itu introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi & negara tetapi tak suka bercampur orang.

c) Tegak

Rahsia : Orang itu systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tidak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah.

d) Campur2
Rahsia : Orang itu emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur /macam orang perempuan datang bulan (maaf).

Aspek keempat : Kerapatan

a) Tulisan yang jarang-jarang
Rahsia : Orang itu tak suka bercampur orang, kurang mesra & sedikit boros.

b) Rapat-rapat
Rahsia: Orang itu suka bercampur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat/ kedekut.

Aspek kelima : Pada palang huruf kecil T (t
)
a) Tinggi
Rahsia : Orang itu mempunyai tahap aspirasi tinggi

b) Rendah
Rahsia : Orang itu mudah berpuas hati & bercita-cita rendah

c) Tengah-tengah
Rahsia : Usaha & tahap pencapaian orang itu di tahap sederhana

Haha. Kaji la diri korang melalui tulisan. Betul tak seperti apa yang didedahkan ini. Kalau betul korang kena belanja kami makan. Hehe. Perut pun tgh lapar ni.

Tatapan dari,

Monday, October 19, 2009

Saadiah pergi utk selamanya...

Saadiah?? Tu la nama kucing kesayangan Raja. Ratu ada ceritakan kisahnya sebelum ni. Kali ni, kisah terakhirnya kerana selepas ini Ratu tak dapat menceritakan kisahnya lagi. Ratu & Raja dapat tahu dari mak Raja, Saadiah telah pergi untuk selamanya. Agak terkejut juga kerana tiada tanda2 dia sakit. Tapi apa yang leh dikatakan. Sudah termaktub, Tuhan bagi kami bermain & bergurau dengan Saadiah ni sampai setakat ni sahaja. Emm, sedihnya. Nak nagis tiada air mata. Waduh! bermadah la pulak.Ni la gambar terakhir yang sempat diambil sebagai kenangan. Saadiah ni tinggal di rumah mak Raja. Kini tinggal la 'Black' keseorangan. Tengok la..comel tak..cute kan.
Kalau dulu kucing kami Si 'Piyut' pergi meninggalkan kami. Kini Saadiah pula mengikut jejak si Piyut.

Tatapan dari,

Tuesday, October 6, 2009

Sambutan Hari Raya di pejabat Ratu bekerja

Bedal!!! Bedal!!! Raya kan sebulan. Betul Tak. Haha. Pejabat Ratu ni memang setiap tahun ada buat makan2 untuk semua pekerja sempena Hari Raya. Ni la masa nak memulau. Haha. Na buat kerja cam ner. Masa untuk makan.. layan tetamu makan.. pas tu berkemas lak..

Antara menu makanan ialah satay daging & ayam 1000 cucuk, rendang, nasi empit, cekodok, nasi lemak, sambal kerang & agar2 beserta air teh & air tembikai madu. Eee.. pe lagi Bedal la!! Melantak la!! Haha. Tetamu yang datang pun semuanya rakan sekerja di pejabat Ratu yang seramai lebih kurang 140 orang. eee, ramaikan. Tempat kerja Ratu ada beberapa cawangan. Tu yang nampak ramai pekerja tu. Majlis ni lak diadakan di Ibu Pejabat. Tapi masa ni hujan lebat lak. So, tetamu yang datang pun sikit2. Tu yang buat penat tu. Ni la antara menu2. Yang nampak licin tu dah kena bedal la, pe lagi. Makanan dah depan mata. Tul Tak!! Tak kan nak tengok lak. Haha. Tak ambil, MELEPAS..
Ni la antara tetamu yang hadir.

8 Oktober 2009 menjadi saksi Majlis Sambutan Hari Raya ni diadakan di Ibu Pejabat. Ratu & rakan sepejabat ketepikan sedikit satay untuk bekalan pulang sebelum satay ni dihidangkan untuk para tetamu. Takut jadi cam tahun lepas. Licin beb!! Tak dapat nak bawa balik. Bila dah bawa balik, Raja lak apa lagi. Bedal la!!!

Tatapan dari,

Thursday, October 1, 2009

Birthday Ratu...

Happy Birthday!! Happy Birthday!! Haha..Happy birthday to Ratu!!!! 17 September 2009, genapla umur Ratu yang ke xx tahun. Alamak!! Dah semakin tua dah rupanya. Sedar diri rupanya kan. Haaaa...korang kutuk la tu..

Birthday Ratu kali ni disambut lain sikit! Sebab Ratu & Raja kebetulan outstation. Outstation!!! Jangan jealous. Hehe. Ala Ratu ikut Raja atas atas urusan kerjanya. Hari kami pulang dari outstation tu adalah MY BIRTHDAY. So, Kami singgah Kuantan jap di butik Carlo Rino. Raja nak belikan kasut utk hadiah Hari Jadi Ratu. Leh pakai utk Raya yang nak disambut 2 hari lagi. Ni la kasutnya. cantik tak!!! Raja tengok Ratu pakai cantik di matanya, terus dia bayarkan. Ratu pun berkenan juga tengok kasut ni. Ok tak!!!
Eh, silap lak. Ni kotak kasutnya la. Haha. Saja nak wat lawak kan di saat2 cam ni. Korang nak tengok gak. Nah ambil ni. Cun tak..

Terima kasih Raja hatiku atas hadiah mu ini. TERIMA KASIH SAYANG. Nanti tahun depan bagi hadiah beg tangan ke.. gelang emas ke..Kereta BMW ke.. Haha.. Saja nak wat permintaan!!!


Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267