Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Sunday, June 30, 2013

Kini Harga Emas Semakin Meningkat

Emas merupakan logam yang sangat istimewa. Warnanya yang menarik serta kesukaran mendapatkannya menyebabkan ianya di anggap bernilai oleh manusia. Selain daripada dijadikan barang kemas, ianya juga dapat dijadikan penyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini kerana ia tidak boleh dibinasakan dan tidak hilang nilainya.

Oleh itu, tindakan dengan menjadikan emas sebagai satu pelaburan merupakan pilihan yang bijak dan menguntungkan. Ini kerana nilainya sentiasa meningkat dalam jangka masa sederhana dan panjang. 

Ini adalah graf purata harga emas sepanjang 10 tahun mengikut harga pasaran dunia,



Jika dilihat graf di atas, kita lihat harganya akan naik. Melalui graf ini, harga pada bulan September 2002 adalah USD/ 310.20 Oz manakala pada bulan September 2012 harga emas adalah USD/1,744.45 Oz

Ini bermakna kenaikan harga emas adalah sebanyak 462.36 % setahun yang mana kenaikan harga setahun adalah 46.23%. Dimaklumkan di sini, pengiraan kenaikan harga emas yang dimaksudkan ini bermula dari bulan September hingga ke bulan September tahun seterusnya. 

Bukankah tinggi kenaikan harga emas ini ? Jika difikirkan kembali keuntungan yang kita boleh perolehi melalui pelaburan emas ini adalah lebih tinggi dari dividen di ASB. Dividen yang kita diterima adalah dalam sekitar anggaran 8.25% setahun,. Oleh itu, keuntungan yang boleh kita perolehi melalui pelaburan emas adalah 5 kali ganda dari dividen yang kita terima di ASB.

Ingin mengetahui lebih lanjut --> CALL/ SMS/WHATSAPP/WE CHAT ke 012-6844870 Erly Sharena binti Haron (PG 034100)

Keputusan terletak di tangan anda.
Boleh juga layari facebook saya RR Wealth Management

Antara topik lain :
Pelaburan Emas Menurut Islam
Produk Public Gold -Dinar
Mengapa Saya Memilih Public Gold ?

Tatapan dari,

Saturday, June 29, 2013

Akhirnya Dapat Juga Berjumpa Dr Azizan Osman

Emm.. Akhirnya ini lah yang Ratu nanti-nantikan. Seminar Luar Biasa 2013 bersama Dr Azizan dan Aflin Shauki. Kalau korang semua mengikuti perkembangan Ratu sebelum ini yang mana Ratu pernah menceritakan mengenai 1 seminar yang pernah Ratu hadiri. Dalam seminar itu Dr Azizan Osman tidak dapat menghadirinya kerana dia berada di Sabah.

Apabila Ratu mendapat tahu ada seminar seperti ini dianjurkan, pastinya Ratu tidak mahu ketinggalan. Lebih-lebih lagi pabila mengetahui bahawa Dr Azizan Osman dan Aflin Shauki akan turun sendiri untuk berkongsi tips-tips kejayaan. Sebenarnya, ada juga halangan untuk Ratu hadiri ke seminar ini. Tapi itu semua halangan kecil bagi Ratu dan Ratu berjaya atasinya dengan niat hendak menuntut ilmu dengan Dr Azizan. Mungkin tidak banyak yang dikongsikan, tapi ianya pasti amat bermakna.

Setiba Ratu ke kawasan seminar, Ratu amat terkejut melihat ramainya mereka yang ingin menuntut ilmu dengan Dr Azizan. Wow !!! Ramainya beratur. Ratu bergegas pergi isi borang dan turut sama beratur dengan mereka. Inilah seminarnya, 


Moga-moga ilmu yang Ratu perolehi ini dapat Ratu aplikasikan dalam kehidupan Ratu. Amin.. Amin.. Amin..

Tatapan dari,

Wednesday, June 26, 2013

Bergambar Dengan Bayi Lelaki

Emm.. Baru-baru ini, Ratu dikejutkan dengan kehadiran adik angkat Ratu ke rumah ibubapa Ratu. Adik angkat Ratu ini, Ratu kenalinya semasa arwah adik Ratu belajar dahulu. Namanya Suhara Mohamed atau panggilan manjanya Yaya. Ratu menjadi lebih rapat dengannya apabila ibu saudaranya merupakan jiran di rumah ibubapa Ratu. Baru-baru ini ibu saudara mengadakan kenduri di rumahnya. Jadi, dapatlah Ratu berjumpa dengannya.

Kali ini dia datang bersama suami dan anaknya yang pertama. Anaknya yang pertama adalah lelaki. Bila ibu Ratu mendukung anaknya dan mentidurkannya, Ratu mula terfikir. Aduh hai, Ratu pula terfikir Ratu sudah ada anak perempuan. Kalau boleh, Ratu ingin mempunyai anak lelaki pula. Emm.. Insya Allah, kalau ada rezeki dan di izinkan olehNya.

Keesokkan harinya, apabila Yaya hendak pulang ke rumahnya. Dia singgah ke rumah ibubapa Ratu. Jadi, Ratu mengambil kesempatan itu bergambar dengan anak lelakinya. Apa kata orang 'Hendak ambil Berkat' Inilah gambarnya,


Debab kan anaknya. Harap-harap anak Raja Ratu seterusnya dapatlah lelaki. Amin.. Amin.. Amin.. Hehe.

Tatapan dari,

Thursday, June 20, 2013

Zikir Munajat - Firdausi

Mengikut kebiasaan, Ratu selalu buka saluran 106 Astro Oasis untuk tontonan Puteri Raja Ratu setiap pukul 7.00 malam hingga 7.30 malam. Banyak zikir dan nasyid yang dinyanyikan termasuklah Asma Ul Husna (99 nama Allah). Kadangkala Puteri Raja Ratu juga ada menyanyi sama.

Antara zikir-zikir yang dipersembahkan di Astro Oasis itu, Ratu tertarik dengan zikir ini. Jom kita dengar sama-sama.


Sebenarnya, sudah lama Ratu cari zikir ini. Ratu mula tertarik dengan zikir ini semasa Ratu menonton drama bersiri 'Taubat'. Ratu hendak dengar zikir ini sampai habis. Cari punya cari., akhirnya Ratu jumpa juga zikir ini. 

Jom kita hayati zikir ini bersama.

Tatapan dari,

Sunday, June 9, 2013

Bersiar-siar di Zoo Melaka..

Di hujung minggu, Ratu mengajak Raja bersiar-siar di Zoo Melaka. Kebetulan, Raja pula pada ketika itu sudah mandi seawal pagi. Begitu juga dengan Puteri Raja Ratu. Hehe.. Ratu pun mengambil kesempatan ini untuk mengajak Raja. Raja pada mulanya mengeluh kerana dia agak keletihan. Tapi atas pujukan Ratu, akhirnya Raja akur jua. Ala bukannya selalu. Nanti cuti hujung minggu pada minggu hadapan, Ratu janji Ratu tidak Raja bersiar ya. Hehe..

Apabila Raja bersetuju, Ratu pun apa lagi. Terus siap-siapkan barang keperluan Puteri Raja Ratu dan seterusnya mandi. Kemudian, kami pun bergeraklah ke Zoo Melaka. Niat Ratu nak tunjukkan binatang yang selalu Puteri Raja Ratu lihat di buku ABC nya. Kali ini dia boleh lihat sendiri binatang-binatang tersebut di hadapan matanya. Inilah antara gambar-gambarnya, 


Bila nampak 'ngimau' sebut 'Aummmm'. Terus Puteri Raja Ratu sebut aummm. Gambar ke 2 pula,


Besarnya harimau ini ya sayang. Ratu ingat lagi, bila nampak gajah. Ratu mengingatkan Puteri Raja Ratu. A B C D  E  F  G.. G apa.. G Gajah. Dia pun sebut. Emm dah ingat lah tu dengan gambar gajah di buku ABC nya. Emm.. Bila pulang ke rumah, masing-masing keletihan dan terus tidur. Mana tidaknya, Raja dan Ratu bergilir-gilir dukung Puteri Raja Ratu ini berjalan di seluruh kawasan Zoo. Penat gila beb !!! Tapi memang seronok.

Tatapan dari,

Tuesday, June 4, 2013

Rakan-Rakan We Chatku Memberontak..

Emm.. topik yang agak menarik kali ini. Ratu bersama-sama rakan-rakan we chat yang lain termasuklah Marhana, Shidah, Linda dan Siti Nurbaya melalui kumpulan 'Wanita-wanita cantik' sudah bertemu sebelum ini dan Ratu telahpun menceritakan mengenai pertemuan Ratu dengan mereka dalam post cerita bulan lepas. Akan tetapi, rakan-rakan we chat Ratu ini menyatakan ketidakpuasan hati mereka terutama sekali Shidah atas alasan tidak meletakkan lebih banyak gambar-gambar pertemuan kami pada hari tersebut.

Baiklah Shidah.. Ratu layan lah karenah kau ya.. Ini kira sambungan dari episod pertamuan yang lepas.. Haha.. 


Gambar yang pertama ini, Ratu perkenalkan inilah dia rakan Ratu yang bernama Rasidah anak kepada encik Rusli.. Haha.. Nama panggilannya Shidah. Walaupun dia agak cerewet sedikit orangnya tapi sebenarnya hatinya baik. hUA.. hUA.. hUA.... Harapan Ratu agak rakan Ratu ini tidak memberontak sekali lagi dengan Ratu di we chat nanti. Hehe. Tapi apa yang menariknya di sini, Ratu bersama Rakan Ratu ini melahirkan anak kami di bulan yang sama iaitu bulan September 2011. Lebih menarik lagi Ratu bersama rakan Ratu ini, Shidah iaitu tarikh kelahiran kami juga di bulan yang sama dengan anak kami iaitu September.

Ratu : 17 September
Shidah : 7 September
(Beza 10 hari)

Puteri Ratu : 22 September
Puteri Shida : 12 September
(Beza 10 hari)

Haha.. Jadi, korang fikir sendiri la.. Kalau hendak sambut Hari Lahir ini, Ratu rasa memang kecoh lah kalau dibuat sekali kami berempat.. Ok habis cerita mengenai Shidah, Ratu beralih pula kepada rakan baik Ratu Marhana anak kepada encik Awaluddin. Hehe.. Nama panggilannya Marr. Aduh hai, sayangnya Ratu tidak dapat nak tunjukkan gambarnya kerana kami tidak sempat nak bergambar. Marr kena pulang awal atas perintah berkurung oleh suami. Haha.. Suaminya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Nanti tidak seronoklah pula, sekali balik isterinya tidak ada di rumah. Hehe.. Marr ini adalah rakan paling rapat dengan Ratu sewaktu kami belajar Diploma dahulu. Bak kata, susah senang bersama lah.. Berkepit ke sana ke mari berdua je.. Haha.. Cakap je hendak pergi shopping.. pergi makan.. pergi belajar.. emm, kami pergilah berdua.

Ok, sekarang beralih kepada rakan Ratu yang seterusnya Linda atau nama penuhnya Norhaslinda anak kepada encik Othman. Dia mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pengacara. Kononnya !!! sambil tangan letak kat dada. Haha.. Ada keinginan hendak belajar dengan Pak Nil. Tapi tu lah Pak Nil asyik sibuk jer.. Hehe.. Lantas, ini bukan menjadi kerjaya utamanya. Dia kini bakal menjadi seorang cikgu. Inilah orangnya yang dimaksudkan,


Sekarang Ratu beralih pula kepada rakan Ratu seterusnya iaitu Siti Nurbaya Hashim atau panggilan manjanya Abby. Walaupun, kami berempat tidaklah begitu rapat dengan Abby tapi kehadirannya dalam group we chat ini meriuhkan lagi suasana dalam we chat. Haha.. Abby, kali ini Ratu tidak letak gambar lah ya sebab sudah diletakkan pada post yang lepas. Hehe.. Kang Shidah terguling-guling dekat lantai mengamuk. Haha..

Akhir kata, Ratu sentiasa doakan semoga semua ahli-ahli we chat dalam kumpulan "Wanita-Wanita Cantik" berjaya capai apa yang diimpikan. Amin.. Amin.. Amin..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267