Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Wednesday, March 31, 2010

Kelas belajar Haji..

emm, hari tu ayah & mak Ratu ajak Raja & Ratu bermesyuarat sekejap. Haha. waa, apa nak bentang ni.
Apa agendanya meeting?
Siapa pengerusi majlis?
Siapa pencatit minit mesyuarat? Haha.. penting tu..

Rupa-rupanya ayah Ratu bercadang hendak mengerjakan haji bersama-sama. Ratu tak kisah kalau ada rezeki & diizinkan ALLAH menjadi tetamunya. Setelah berbincang, memandangkan semuanya telah mendaftar Haji di Tabung Haji, kami sebulat suara pergi menunaikan haji melalui Tabung Haji. Tapi sama ada dapat menunaikannya tahun ni ke tak.. itu kami berserah & bertawakal. Kalau nama naik ALHAMDULLILLAH lah kan. Sebenarnya, Ratu & ibubapa Ratu telah mendaftar Haji dah lama dah. Rasanya sebelum Ratu bertunang dengan Raja. Raja lak Ratu dah daftarkan pada tahun 2008. Nak daftar Haji dengan Tabung Haji ni kena buka buku simpanan Tabung Haji. Betul tak.

Tapi itu tak penting, yang penting ilmu mengerjakan Haji. Surat permohonan telah pun dihantar ke Tabung Haji. Buatnya, nama kami naik tahun ni lak kan.. mana tahu. Ilmu tak diisi, dah tak tahu macam mana hendak mengerjakannya. Kang dah susah. Jadi kami pun pergilah ke kelas Haji yang telah ditetapkan oleh pihak Tabung Haji. Jadual kelas kami ambil di Tabung Haji.

Kelas ni diadakan pada hari Sabtu & Ahad. Tapi ianya terpulang kepada kita. Kalau kita bekerja pada hari Sabtu.. datanglah kelas pada hari Ahad. Tak semestinya kena datang ke dua-dua kelas. Kalau hendak hadir kelas hari Sabtu, kena bayar RM30 seorang. Tapi sekali bayar lah. Kalau hari Ahad pun sama. Ratu & Raja memilih kelas pada hari Ahad. Ada dijual juga buku nota Tabung Haji. Ratu & Raja berminat nak beli sebab notanya lengkap & mudah difahami. Ia ditunjukkan satu-persatu apa yang hendak dilakukan. Harganya RM20 sebuah.
Inilah ustaz yang mengajar kami dalam kelas. Moga-moga ilmu yag diajar berguna untuk kami. Nanti kalau ada kelapangan masa Ratu akan ceritakan serba sedikit ilmu tu di blog ini ya.

Tatapan dari,

Malam yang Indah !!!!!!


Pada suatu malam.. Cewahhh.. Raja ajak Ratu jalan-jalan melihat keindahan pemandangan di waktu malam. JALAN-JALAN LAGI.. haha. Jangan jealous. Hari tu melihat pemandangan pantai di waktu malam. Tapi pandangan telah beralih kepada kejadian KEDAI TERBAKAR. Kali ni melihat pemandangan di udara lak. UDARA? Yup.. Mana taknya.. Jalan punya jalan, pandangan kami terpukau dengan percikan bunga api. Lihat lah ni. Kami yang berada di dalam kereta boleh berhenti seketika melihat percikan bunga api & Ratu lak boleh mengambil kesempatan ini mengambil gambar ini. Cantik tak..


Tapi sebenarnya, nak katakan ada persembahan ker.. pertunjukkan ker.. tak ada pulak.. Rupanya orang ni saja-saja nak habiskan bunga api yang ada dalam simpanannya. Tapi cantik.. Nak tengok lagi.. Nah ambil ni..

Dah puas ambil gambar.. dah habis sampai habis percikan bunga api ni kami pun pergi makan malam dan pulang ke rumah.

Tatapan dari,

Tuesday, March 30, 2010

Kedai TERBAKAR.. Kedai TERBAKAR..

Semenjak 2, 3 menjak ni kan.. hehe.. Raja & Ratu pergi kerja pakai 1 kereta sahaja. Haha. Ni lah yang dikatakan NAK JIMATKAN MINYAK.. LEBIH EKONOMI.. LEBIH JIMATKAN BELANJA.. Mana taknya, Raja nak ke tempat kerja lalu pejabat tempat Ratu bekerja. So, lebih baik pakai 1 kereta kan. Ingin diingatkan di sini, kepada pasangan suami isteri yang memandu sendiri ke tempat kerja jangan JEALOUS ok.. jangan CEMBURU ya.. hUA.. hUA. hUA.. Jangan marah!!! Jangan baling selipar lak. Kang ada yang bersepah lak teratak ni. Korang juga yang jalan kaki ayam. Haha. Kang ada si Jawa a.k.a. USERMODE salah seorang followers kami kena tolong sapu di teratak istana kami ni lak kang. Haha. Saja nak sakat korang. Jangan marah ya Jawa a.k.a USERMODE..

Ni pun sementara Raja belum outstation lagi. Dah outstation nanti sama cam korang gak kan. Drive sendirian. Kan dah sedih. ish! ish! ish! Sebenarnya, Ratu pun suka Raja hantar Ratu ke pejabat. Siapa yang tak seronok kalau suami/ isteri ambil kita kat tempat kerja. Betul tak. Hilang rasa penat, bila tengok orang yang tersayang di depan mata.. Betul tak.. Waaa.. sudah.. sudah.. cukup.. cukup.. Kang ada betul2 teratak ni penuh dengan selipar kang. Kalau baling duit tu tak per juga kan. Boleh JOLI!!!!

Selepas Raja mengambil Ratu di tempat kerja, Raja pun ajak Ratu ronda-ronda hilangkan rasa PENAT.. TENSION bekerja.. Tapi kami pulang dulu sekejap, selesaikan apa yang patut. Selepas itu, kami bergerak lah menaiki kereta jalan-jalan melihat pemandangan pantai di waktu malam. Tiba-tiba.. jEN!! jEN!! jEN!!. Nak tahu apa yang berlaku. Saja nak bagi korang 'suspen'. Tiba-tiba Raja teringin nak makan makanan ringan di 'warung bergerak' di tepi jalan. Haha. Tertipu ya. Masa Ratu nak beli makanan itu, tiba-tiba Jurujual itu menjerit!!! Nak tahu kenapa dia menjerit. Ni yang 'suspen' ni.

ALAMAK KEDAI PAPAN TERBAKAR!!!! TENGOK NI.. Asap dah penuh dah..


5 -10 minit selepas dengar bunyi letupan kecil.. DENTUM!!! Haha.. Lebih kurang cam tu lah bunyinya.. Api makin marak.. Yang paling takut ada rumah berhampiran dengan kedai tu.. Orang ramai di kawasan itu, cepat-cepat minta penghuni rumah tu semua keluar rumah. Ala keciannya, penghuni rumah tu. Mana nak tidur kalau rumah mereka habis dijilat api. Tapi nasib baik lah, bomba datang tepat pada waktunya. Penghuni rumah tu rasa lega sebab rumah mereka dapat diselamatkan. Tapi kena bergelap lah.. sebab tiada elektrik. Bagi Ratu elektrik tak ada tak per kerana itu hanya sementara. Nanti pihak TNB akan pulihkan balik bekalan elektrik tu. Apa yang penting, tempat kita berteduh tak terbakar sama. Betul tak..
Ramai juga lah yang membantu. APA YANG PENTING.. KERJASAMA.. Betul tak. Macam kartun WONDER PETS. Haha. Tapi tak kurang jugak ramai yang melihat.. Tapi tu semua tak penting. Janji semua selamat. Tiada yang terkorban. Alhamdulillah..

Tatapan dari,

Tuesday, March 9, 2010

Ada yang dapat datang.. Ada yang tidak..

Bulan Mac ni kebetulan ada 2 jemputan yang Raja & Ratu terima. JEMPUTAN APA? Haha.. Jemputan perkahwinan dari rakan sekerja Ratu. Ada 2 jemputan di minggu berturutan. Yang pertama, jemputan dari Rozi untuk Majlis Perkahwinan adiknya pada 27 Februari 2010. Tapi tu lah. Ratu minta maaf lah Rozi, kami tak dapat datang ke Majlis Perkahwinan adik Rozi kerana keadaan kesihatan. Yaa, ampun Rozi.. Haha.. Apa leh buat, bukan kehendak kami. Dah siap rancang kami nak berkonvoi dengan azhar, rakan sekerja Ratu. Tapi akhirnya, Azhar pergi seorang diri. PADAN MUKA DIA.. hUA.. hUA.. hUA.. Taik baik Ratu ni. Dah lah tak datang, leh kutuk orang lak kan. TAK PATUT.. TAK PATUT.. Inilah gambar perkahwinan mereka, Ratu minta dari ROZI. waa, seronok menyanyi nampak..

Minggu seterusnya, jemputan untuk Majlis Perkahwinan rakan sekerja Ratu sendiri Firdaus pada 06 Mac 2010. Di majlis ini, Ratu & Raja dapat meluangkan sedikit masa untuk menghadirinya. Raja lak masa tu kerja. Tengah hari Raja bertolak dari tempat kerja untuk menghadiri Majlis Perkahwinan ni. Ya lah nak tengok Firdaus berarak. Ratu lak bertolak dari rumah. BERTOLAK? Bertolak tak sampai beb. Betul tak? Haha. Leh loya buruk lak kan. Kami jumpa di kawasan berhampiran dengan rumah pengantin sebab kad jemputan berserta plan rumah pengantin ada pada Ratu. Di kawasan pertemuan Raja & Ratu tu, terperanjat lak Ratu tengok kenderaan di sebelah kami ialah kenderaan pengantin. HAI, APA PENGANTIN WAT KAT SINI.. Rupa-rupanya tunggu kompang. Ya lah, cam ner nak berarak kalau kompang tak ada. Betul tak. Akhirnya, kami ikut sekali pengantin ke rumahnya. Maklumlah, kami ni tak tahu sangat rumah pengantin ni. Dah pengantin ada kat sebelah kereta kami. Kami pun ikut saja lah pengantin bersama rombongan keluarga sebelah isterinya kini dari Perak. Ni dah kira kami ni tergolong dalam golongan rombongan isterinya lah ni. Haha. Lupa diri jap. Hua.. Hua.. Hua..


Akhir kata,
SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA
FIRDAUS & PASANGANNYA FAIZAH,
SERTA
MASAYU (ADIK ROZI) & PASANGANNYA AMIRANSUHADIR.
SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE ANAK CUCU.
SELAMAT MENEMPUH KEHIDUPAN BARU.

Tatapan dari,

Thursday, March 4, 2010

Kehadiran anak SI BOBOY

Kali ini Raja & Ratu dikejutkan dengan kehadiran kucing kesayangan kami yang baru. Kami namakan 'BABY'. ok ker. Nanti dia dah besar pun panggil dia BABY ker. Whatever !!! Walaubagaimanapun, BOBOY tetap di hati kami. Haha. Si BOBOY ni memang kuat merajuk bila kitaorang belai BABY ni. Maklumlah dari kecil sampai besar BOBOY seekor sahaja kucing kesayangan kami. Bila dah besar, dia tengok ada kucing lain, apa lagi.. CEMBURULAH dia. Tapi perlu ker pujuk si BOBOY ni bila merajuk. Haha. Jangan buat hal. Kang dia lari dari rumah, menagis tak berlagu lak karang.

Nak tengok rupa si BABY kesayangan kami ni. Nah ambil ni.. APA KOMEN KORANG.. COMEL TAK..

BABY ni sebenarnya seekor anak kucing. Matanya berwarna biru. Bulu badannya berwarna kuning dan putih. Tapak kakinya merah. Tengoklah cara BABY tidur. Comel tak. Macam2 gelagat dia tidur.

Ratu rasa BABY ni anak si BOBOY. Korang tak percaya? Ok Ratu ceritakan kenapa Ratu cakap BABY ni anak si BOBOY. Pertama, ekornya sama dengan si BOBOY. Kedua, perangainya 80% sama dengan si BOBOY masa kecil-kecil dulu.. Betul beb. Sebelum ni pun Ratu ada juga bela kucing dari kecil sampai kucing tu mati dengan pelbagai jenis penyakit. Ada yang mati kena langgar.. mati kerana sakit.. mati kerana bengkak di leher, cam beguk la.. mati terkena 1 penyakit tapi Ratu dah lupa nama penyakit tu. Bila kucing tu terkena penyakit ni, perut dia akan besar macam tengah bunting sedangkan kucing tu jantan. Macam2 lagi lah. Tapi perangai kucing yang Ratu jaga sebelum ni semuanya berbeza.

Tapi Ratu tak leh lupa sampai sekarang 1 kenangan masa bulan puasa. Dulu Ratu ada bela 3 ekor kucing. Kucing-kucing ni, bila kita puasa dia pun nak puasa. Siang tiga-tiga ekor ni tidur je sama-sama. 1 kerusi 1 ekor. Tiga ekor kucing ni tidurlah kt kerusi meja makan. Masa Ratu & family berbuka baru 3 ekor kucing ni nak makan. Masa sahur pun nak makan sama. Nak jadikan cerita. Kami hampir terlajak untuk bersahur. Terlupa kunci jam. Masa tu kucing ni kejutkan arwah adek Ratu tidur. Terus kami semua bangun bersahur. Betul beb. Ratu tak tipu.

Tu lah, seronok jaga kucing ni. Tapi tengoklah ada orang minat bela kucing. Tak kurang juga ada yang tak minat. Betul tak. Moga-moga kehadiran BABY ni membawa keceriaan kepada si BOBOY & Raja Ratu kan.

Tatapan dari,

Wednesday, March 3, 2010

Panduan Memulakan Azam

Setiap kali menyambut tahun baru, perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah apakah azam tahun lalu sudah tercapai & apakah azam tahun ini. Firman Allah dalam surah Al-Asr yang bermaksud:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-rang yang beriman & mengerjakan amal salih & nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran & nasihat-menasihati dengan kesabaran"

1) MULAKAN DENGAN NIAT
Masa itu ibarat emas. Setiap sesuatu perkara yang ingin dicapai perlu dimulakan dengan niat yang tepat & ikhlas. Niat yang betul membuatkan seseorang melaksanakan azamnya dengan cara yang betul. Memasang niat ni amat penting yang mana ianya merupakan tunjang utama agar diri tidak tersasar dari landasan yang sepatutnya. Jangan sesekali meletakkan niat yang negatif kerana secara tidak langsung niat itu akan mempengaruhi kehidupan kita sepanjang tahun itu.

2) KESUNGGUHAN MELAKSANAKAN AZAM
Setelah memasang niat yang betul, serahkan setiap perkara yang kita lakukan kepada Yang Esa. Tidak bermakna kita perlu menetapkan azam/ matlamat yang terlalu besar sehngga tidak tercapai oleh fizikal & emosi kita. Tetapkan azam mengikut kemampuan & keupayaan kita. Kesungguhan melaksanakan azam perlu dilakukan dengan perancangan yang kemas. Ini termasuklah membuat jadual kerja yang terancang & melaksanakannya mengikut waktu yang ditetapkan.

3) BERSERAH DIRI
Sepanjang melaksanakan impian, jangan sesekali lupa untuk meletakkan 100% penyerahan diri kepada Yang Maha Esa. Ingatlah, kita hanya insan yang mampu merancang. Ketentuan perjalanan hidup kita terletak di tangan Yang Maha Esa. Tapi jangan lupa memanjatkan doa tanpa jemu juga boleh mendorong kita mencapai impian yang dihajatkan. Usahalah dengan mengatur segala perancangan untuk mencapai impian beserta doa. Kalau kita berusaha tapi tak berdoa pun tak guna juga. Betul tak. Elakkan melakukan pembaziran sepanjang usaha kita termasuklah wang ringgit, tenaga & masa. Kawal segala-galanya dengan kebijaksanaan. Minta bantuan teman/ ahli keluarga sekiranya menghadapi kebuntuan.

4) PANJATKAN KESYUKURAN
Seharusnya kita memanjatkan kesyukuran kerana diberi peluang untuk terus bernafas & memasang azam baru. Dalam pada itu, cubalah munasabah/ menilai kembali apa yang telah dilakukan sebelum ini. Apakah ianya memberi manafaat kepada diri/ sebaliknya. Cubalah perbaiki kelemahan yang ada & menjadi manusia yang terbaik tahun ini. PASTINYA AZAM ITU DAPAT DILAKSANAKAN SEKIRANYA KITA BERUSAHA KE ARAH KEJAYAAN.

Panduan ini Ratu petik dari sebuah majalah tempatan. Diharapkan ianya dapat membantu kita untuk membina kejayaan. Tapi azam ni tak semestinya dipupuk secara tahunan. Cam Ratu, Ratu ada azam tahunan & azam bulanan. Azam bulanan ni lebih memudahkan kita merancang apa yang kita capai sepanjang bulan tu berpandukan azam tahunan kita.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267