Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Sunday, May 24, 2015

Empayar Nurita Harith

Dikenali sebagai Queen of drape, Nurita Harith bukanlah suatu nama yang asing dikalangan penggiat fesyen tanah air. Menambah populariti beliau selepas menyertai pertandingan Project Runaway Malaysia beberapa tahun yang lepas, rekaan Nurita seringkali menghiasi dada-dada majalah fesyen serta digayakan oleh para selebriti di karpet merah.


Turut dirundum kontroversi pada tahun lalu dengan seorang selebriti cantik terkenal, Nurita lebih banyak berdiam diri dan memfokuskan sepenuh perhatian kepada bidang fesyen yang diminati beliau sejak di bangku sekolah lagi. Tidak hairanlah jikan rekaan pakaian hasil sentuhan Nurita Harith kelihatan amat elegen dan mempuyai kelas tersendiri kerana beliau telah melanjutkan pendidikan di peringkat yang lebih tinggi di London setelah tamat tempoh persekolahan.


Kini Nurita semakin dikenali dan rekaan yang dihasilkan beliau sering mendapat perhatian ramai. Dengan pembukaan butik pertama beliau di Jalan Telawi Bangsar, beliau kini setanding dengan pereka-pereka fesyen Malaysia hebat yang lain. Sempena Raya 2015 yang bakal menjelang tidak lama lagi, Nurita Harith turut mengeluarkan koleksi baju raya Nurita Harith atau nh by Nurita Harith yang boleh korang miliki dengan tawaran harga yang menakjubkan.  Sememangnya terkenal dengan penggunaan warna-warna pastel, koleksi baju raya tahun ini juga masih mengekalkan konsep yang sama. 

Koleksi by Nurita Harith membariskan beberapa rekaan baju kurung moden yang sememangnya menepati citarasa terkini dan masih mengekalkan ciri-ciri ketimuran. Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan hasil karya pereka fesyen kesayangan anda sempena Aidilfitri tahun ini !!!

Tatapan dari,

Saturday, May 23, 2015

Sarapan Pagi Yang Enak

Hari ini, Ratu dan rakan-rakan sepejabat berpakat untuk membawa makanan sebagai sarapan kami bersama-sama. 

Ada yang membawa kuih.. roti canai.. nasi lemak.. rendang.. Ini pun sudah banyak menu. Takut tidak habis sahaja. 

Inilah dia santapan kami pada pagi ini,


Ini pula menu yang seterusnya,


Seronok sebenarnya makan ramai-ramai ini. Rasa laju jer makan. Malah bertambah lagi. Hehe. Cara sebegini pun dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita. Jempu makan semua.

Tatapan dari,

Tuesday, May 19, 2015

Lima Tips Tona Kulit Tidak Sekata

Kali ini Ratu ingin kongsikan di sini beberapa tip yang Ratu baca dari sebuah majalah. 

Kulit yang berbalam-balam atau tidak sekata membuatkan keyakinan diri kita sebagai wanita berkurangan. Ia sering terjadi akibat pendedahan secara berterusan di bawah cahaya matahari. Pemilihan produk yang tidak tepat juga antara punca yang merosakkan kulit. Jom kita baca beberapa petua ini:-

1. UBI SENGKUANG MENCERAHKAN
Kupas ubi sengkuang, sagat isinya. Jadikan sebagai masker, sapukan pada seluruh wajah dan leher. Biarkan sehingga masker ini kering.

Khasiat yang terkandung di dalam ubi sengkuang membantu menyejukkan kulit di samping menyegarkan dan menjadikan kulit cerah sekata. Ubi sengkuang juga boleh dimakan sebagai snek ringan bersama kuah rojak. Ia dikatakan mampu menyejukkan badan.

2. PUTIH TELUR MELEMBUTKAN KULIT
Ubi telur mempunyai khasiat yang tinggi kepada kesihatan dan membantu merawat pelbagai jenis kulit. Caranya sangat mudah, sapukan putih telur pada seluruh wajah dan leher. Biarkan ia kering. Kemudian bilas dengan air suam. Putih telur membuatkan kulit menjadi lebih lembut dan sekata.

Jika kulit kita mengalami masalah noda hitam pada wajah terutama sekali di bahagian hidung. Rendam kapas muka di dalam mangkuk yang mengandungi putih telur. Kemudian tempek kapas ini pada bahagian yang bermasalah. Biar sehingga kering. Selepas itu tarik kapas secara perlahan-lahan. cara ini dapat membersihkan wajah secara mendalam. Anda akan dapat melihat kotoran yang melekat pada kapas.

3. MASKER TEH HIJAU
Untuk mengekalkan awet muda, ramai wanita di Jepun, Korea dan China mengamalkan teh hijau sebagai minuman harian. Teh hijau ini tinggi kandungan antioksidan dan dapat merawat kulit dari dalam serta menjadikan kulit lebih cerah dan berseri. Secara perlahan-lahan kulit yang berbalam menjadi sekata.

4. RAMUAN AIR KELAPA
Air kelapa antara ramuan yang sangat efektif dalam membantu kita sebagai wanita memiliki kulit wajah yang sihat dan menawan. Basuh wajah dengan air kelapa setiap pagi dan biarkan kering sendiri pada wajah. Kemudian, baru dibilas dengan air bersih. Air kelapa dikatakan dapat mencerahkan kulit, mengatasi wajah kusam, melicinkan kulit dan mengecutkan jerawat.

5. MADU SEGARKAN WAJAH
Wajah yang lesu, kusam dan kulit berbelak menghakis kecantikan wanita. Jika kita yakin dengan keajaiban bahan alami, apa kata kita cuba petua ini.

Sapukan wajah dengan madu secara nipis. Biarkan ia kering. Kemudian bilass wajah dengan air perahan limau nipis atau lemon. Madu dapat membantu melembapkan kulit, menjadikan wajah lebih cerah dan berseri.

Madu juga digunakan untuk membantu wanita memiliki bibir yang merah. Caranya, sapu bibir dengan madu sebelum tidur setiap hari. Sebaik sahaja bangun pagi, bilas dengan air bersih. Bibir akan beransur merah dan semakin menawan.

Semoga tips ini membantu. Selamat mencuba !!!

Tatapan dari,

Sunday, May 10, 2015

Ratu Berjaya Menukar Basikal Baru Puteri Raja Ratu

Ratu agak sibuk sedikit beberapa hari ini. Banyak hal yang hendak diuruskan dalam 1 masa. Rasa hendak jerit sahaja .. AAAAAAAAAA

Tapi, kali ini Ratu kena selesaikan urusan pertukaran basikal baru Puteri Raja Ratu yang telah dibeli oleh Raja beberapa hari lepas. Basikal itu Ratu hendak tukar kepada yang lebih besar sedikit. Pada mulanya, Ratu datang ke kedai itu bersama-sama Puteri Raja Ratu dan Ratu tidak membawa basikal yang dibeli oleh Raja. Ratu datang untuk melihat basikal yang lebih besar dan ingin bertanyakan harga terlebih dahulu. Intai punya intai Ratu sudah jumpa. Kecek punya kecek, Ratu dapatlah harga yang lebih murah sedikit.

Ratu pun pulang ke rumah dan mengambil basikal yang telah dibeli oleh Raja. Huhu.. Ratu terus membawa basikal itu ke kedai dan pertukaran basikal telahpun di buat. Selesai urusanku. Huhu..

Ini dia basikal barunya,


Emm.. Baju oren.. Basikal pun oren.. Hehe..


Kalau hendak diikutkan basikal yang ini, kaki Puteri Raja Ratu memang tidak jejak lantai. Tapi Ratu sudah cuba tengok Puteri Raja Ratu naik basikal ini di kedai. Ratu tengok dia boleh berdikari naik basikal ini sendiri tanpa bantuan Ratu dan turun basikal ini dengan baik. 

Akhirnya, dapatlah Puteri Raja Ratu basikal barunya. Bukan apa. Basikal yang lebih besar ini senang sedikit. Pakai lebih lama sedikit. Betul tak ????

Tatapan dari,

Wednesday, May 6, 2015

Cuti 4 Hari Sempena Hari Buruh

Wow, cuti lama sikit kali ini sempena Hari Buruh kerana Hari Buruh jatuh pada hari Jumaat manakala Hari Wesak pula jatuh pada hari Ahad. Emm.. Cuti umum hari Ahad pindah ke hari Isnin.. Huhu.. 4 hari bercuti.. Emm.. Raja dan Ratu tidak tahu hendak ke mana.. Tiada perancangan..

4 hari cuti ini Ratu rasa seperti hendak berehat kerana selalunya bila hujung minggu Ratu banyak habiskan masa bersama Puteri Raja Ratu di rumah baru Raja Ratu untuk urusan mengemas, pengubahsuaian atau kemasukan barang baru ke dalam rumah kami.

Emm.. Jumaat Ratu habiskan masa di Jaya Jusco untuk membeli barangan elektrik seperti peti ais untuk rumah baru Raja Ratu kerana cuti Hari Buruh ini Jaya Jusco ada buat promosi. Kebetulan peti ais rumah ibubapa Ratu juga telah rosak. Emm, memang kenalah pada masanya. Gabak duitku !!!

Hari Sabtu pula, Ratu banyak habiskan masa menemani Raja dengan urusan kerjanya. Emm.. Tapi hari ini berlaku 1 peristiwa yang menjadikan Ratu teringat sampai ke hari ini. Puteri Raja Ratu terjatuh ke dalam kolam renang di kondominium tempat rakan-rakan sekerja Raja menginap. Hendak dijadikan cerita, Raja ada urusan kerja di kondo ini. Sementara Raja selesaikan urusannya, Ratu bersama-sama Puteri Raja Ratu bekelah di tepi pantai berhampiran dengan kondo ini sambil menjamu selera. Kemudian. Raja mengajak Ratu membawa Puteri Raja Ratu berjalan-jalan di sekitar kolam dalam kawasan kondominium ini. Tiba-tiba, telefon bimbit Ratu berbunyi. Rupa-rupanya ayah Ratu call. Kemudian setelah habis berbual Ratu ingin memasukkan telefon bimbit ke dalam beg tangan Ratu. Tangan Puteri Raja Ratu yang Ratu pegang dari tadi, Ratu lepaskan seketika sambil memintanya memegang baju Ratu kerana Ratu ingin memasukkan telefon bimbit ke dalam beg tangan. Emm.. Puteri Raja Ratu ini seperti burung yang baru lepas dari sangkarnya. Dia pun berlari masuk ke dalam kolam. Ratu pun dengan tidak menanggalkan kasut bergegas masuk ke dalam kolam menyambut Puteri Raja Ratu. Tercungap-cungap Puteri Raja Ratu ini dibuatnya. Terus Ratu memeluknya. Semasa kejadian, Raja tiada bersama kami.

Inilah kondominium nya,


Inilah kolam Puteri Raja Ratu terjatuh itu. Semalaman Ratu tidak dapat melelapkan mata. Terkenang kejadian yang berlaku di hadapan mata. Haishhh !!! Wahai anakku. Lain kali jangan buat macam ini lagi. Selalunya bila Ratu minta dia buat sesuatu dia ikut kata. Kali ini sebaliknya. Nasib baik tidak apa-apa. Tapi selang 2 hari Puteri Raja Ratu ini ada muntah-muntah la. Mungkin dia ada terminum air kolam itu. Tapi Raja Ratu telahpun membawanya ke klinik. Sekarang Puteri Raja Ratu telah kembali pulih seperti sedia kala. Alhamdulillah.

Tatapan dari,

Puteri Raja Ratu Dapat Basikal Baru

Kali ini Raja telahpun membelikan basikal baru untuk Puteri Raja Ratu. Pada mulanya, Raja tidak terfikir untuk membeli basikal baru untuk Puteri Raja Ratu. Akan tetapi, bila berlaku perebutan basikal beberapa hari lepas. Masa itu, Ratu mengajak Raja untuk mengambil rod langsir yang telah siap ditempah. Sibuk Ratu bercakap dengan tukang kayu itu, Raja pula sibuk melayan karenah Puteri Raja Ratu yang tengah berebut basikal yang ada di situ. 

Akhirnya, semalam Raja pulang dari kerja dengan membawa basikal baru. SURPRISE !!!!!


Emm.. Bukan main suka lagi Puteri Raja Ratu dapat basikal baru dari ayahnya.


Tapi ada masalah sikit la dengan basikal ini. Basikal ini memang sesuai dengan Puteri Raja Ratu. Tapi bagi Ratu, lebih baik beli yang lebih besar sedikit. Nanti Puteri Raja Ratu ini boleh gunakan sampai dia tadika nanti. Jiran Ratu pun ada membeli basikal untuk anaknya. Basikal itu agak besar sedikit. 

Emm.. Ketidakpuasan hati Ratu melanda. Huhu. Ratu teruslah bertanya kepada Raja di mana dia membeli basikal ini.  Nanti boleh tukar kepada yang lebih besar sedikit. Hehe..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267