Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Monday, November 30, 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Korban..

Tahun ni tahun ke 2, Raja Ratu sambut bersama sebagai suami isteri. Sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ni 26 November 2009 disambut sederhana. Seperti biasalah hari Khamis hari memantai ni, semua orang akan sibuk nak masak itu..nak masak ini. Raja & Ratu pun tak lepas peluang dengan kesibukan tu. Kecoh dibuatnya. Ratu sibuk kat rumah ibu Ratu & Raja di rumah ibunya. Masing2 dengan tanggungjawab masing2 menolong ibu di dapur. Bila Raja dah habis membantu ibunya, Raja akan ke rumah ibu Ratu.

Pagi raya tu di rumah ibu Ratu macam biasalah, bermaaf-maafan dengan keluarga & solat sunat Hari Raya di surau. Lepas tu ziarah kubur arwah adek Ratu. Dah selesai segala urusan, Raja Ratu bertolak ke rumah ibu Raja & ziarah kubur arwah bapa Raja. Adik-beradik Raja ramai. Jadi di rumah ibu Raja lah tempat adik-beradik Raja berkumpul. Inilah antara menu di Hari Raya Aidiladha.
Dah berkeroncong ker tengok makanan ni. Hehe. Akhir kata dari Raja Ratu, 'Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha'. Semoga bergembira bersama keluarga tersayang di Hari Mulia ini. Kalau dah masak daging korban tu, jangan lah lupa bagi kami sikit. Apalah salahnya buat amal jariah sikitkan. Kami terima saja, dah orang nak berikan. Haha.

Tatapan dari,

Saturday, November 21, 2009

Nak hujung tahun lagi sibuk…

Ratu bangun pagi dah menangis cam budak kecil. Uhuk! Uhuk! Mana Raja ni tak pujuk Ratu ker. Haha. Bukan menangis kerana jatuh katil ya / bangun2 tengok Raja tak de kat sebelah Ratu. Tapi sedih kerana banyak kerja yang perlu diuruskan di hujung tahun ni. Kerja pejabat pun banyak, nak uruskan hal itu..ini..Tengoklah, siapa nak jawab ni..

Help!! Help!! Bertimbun fail & dokumen di meja Ratu. Sesiapa yang sudi membantu, bantulah Ratu bak kata pepatah ‘Hulurkan bantuan, ringankan beban’. Emm, betul ker pepatah ni yek. Haha. Dah nak hujung tahun ni, semua bahagian kewangan syarikat akan sibuk nak tutup akaun. Betul tak. Begitulah juga dengan Ratu. Tak terkecuali sibuk nak tutup akaun syarikat bersama dengan anak2 nya. Ditambahkan lagi dengan urusan lain.. Biasalah dah nak hujung tahun & sambut awal tahun dengan azam baru kan. Waduh!! Waduh!! Pening!! Pening!!..Raja tolong Ratu..


Tatapan dari,

Tuesday, November 17, 2009

Masa untuk memanjakan kereta...

Ratu tengok meter kereta Vios dah 56000 km. Jadi, kena lah hantar ke Toyota Service Centre untuk 'service' 10,000 km. Maknanya, service akan datang 66,000 km. Aduh!! Aduh!! Aduh!! Ratu call Toyota untuk buat appoinment, jadual service penuh sepanjang minggu lepas. Minggu ni, Isnin sampai Rabu pun penuh. Petang Khamis ada kosong, Ratu pun tempah lah petang ni untuk 'service' kereta ni. Tak sangka lak penuh jadual Toyota kali ni. Selalunya senang nak tempah untuk 'service'. Inilah tempat Ratu memanjakan kereta Vios ni.
Raja lak tak dapat temankan Ratu kerana tugas pada Negara. Cewah!! Sementara tunggu kereta Vios ni siap di servis, Ratu pun layanlah internet.. layanlah blog.. layanlah facebook.. Nak hilangkan boring. Seronok juga, dari buang masa kan. Betul Tak. Service kali ni, tukar minyak hitam, gasket & filter. Bila dah siap 'service', senang sikit kalau nak jalan jauh.

Tatapan dari,

MELEPAK..MELEPAK..

Masa di hujung minggu yang indah dihabiskan dengan MELEPAK di Melaka. Waa, sedap bunyi perkataan tu. Haha. Raja ajak Ratu pergi MELEPAK kat sungai tengok bot lalu-lalang di Sungai Melaka. Sambil MELEPAK, boleh bercerita tentang hal2 politik & ekonomi negara. Haha. Nak masuk Dewan Rakyat tak dapat, jadi berceritalah di dewan kecil Raja & Ratu. Hehe. Sambil bercerita bot lak lalu. Apa lagi, Ratu ambil lah gambar..

Ratu tak suka sangat MELEPAK ni. Tapi sekali sekala aktiviti seperti ini mengeratkan lagi ikatan Raja & Ratu. Masa inilah kami dapat habiskan masa bersama sambil bercerita tentang masalah yang dilalui & perancangan tahun depan. Perancangan kami di dalam & di luar negara. Haha. Macamlah ada business luar negara kan. Hehe. Ratu gurau saja. Maklumlah dah nak hujung tahun ni kan. Fikirlah azam tahun depan..

Ini bangunan MERAH. Di sini, Ratu tengok ramai orang naik beca. Dah MELEPAK, perut lapar la pulak. Apa lagi, pergi cari kedai makanlah nak BEDAL!!!

Tatapan dari,

Tuesday, November 10, 2009

Selamat Hari Lahir Raja..

Hari ni genap lah 17 November 2009 & tahun ni adalah tahun kedua Ratu sambut sebagai isteri. Hehe. Hadiah? Perlu ke belikan hadiah untuk Raja? Tak baik..tak baik.. Jadilah isteri yang baik. Nak jadi isteri yang baik & soleh kena beli hadiah. Peh!! mesti korang BERBULU bacakan. Haha.

Untuk Raja tersayang, Ratu belikan hadiah istimewa untuknya. Raja ada cakap keinginannya nak pakai baju kemeja TAK BERPOKET. Ratu pun jalan2 lah dengan Raja. Singgah di Jaya Jusco tengok jenama 'POLO', cantik tapi tak ada saiz. Singgah di Dataran Pahlawan sebab kat situ ada butik POLO. Jalan punya jalan, kami ternampak 1 butik menjual baju kemeja tak berpoket. Ratu carikan & berkenan satu. Raja pun pakai & berkenan. Tapi Ratu buat2 kata tak cantik & ajak Raja pergi ke butik POLO. Tiba kat POLO, ingatan Raja dah terbayang kat baju tadi tu. Ratu buatlah tak perasan. Teruk kan Ratu ni. Haha. Saja nak kenakan Raja. Ratu buat2 lah nak tengok ke butik lain lak. Tapi kaki menghala ke butik yang pertama tadi, Raja tak perasan sebab 'shop lot' kat situ dah banyak. Tiba kat butik pertama tadi, terus Ratu tarik tangan Raja & tunjukkan baju yang berkenan tadi. Raja nak bayar, Ratu tolak & bayarkan. Inilah bajunya.
Inilah design baju tu..Memang cun pun tengok Raja pakai. Tapi Ratu inform, Raja pakai baju ni masa keluar dengan Ratu saja. Hehe.. CEMBURU KUAT!!!

Inilah hadiah utama Ratu untuk Raja. Beg duit 'CARLO RINO'. Tengok rekaannya cantik beserta dengan ruang simpan duit syiling.

Tiba di rumah, Raja ucapkan terima kasih kat Ratu & terus cium tangan kanan Ratu. Waduh! bergegar jantung dibuatnya.

SELAMAT HARI LAHIR SAYANGKU..

SEMOGA SAYANG SIHAT & GEMBIRA SELALU..

APA YANG SAYANG INGINKAN DIHARAPKAN AKAN TERCAPAI..

SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR & DIMURAHKAN REZEKI..

AMIN...AMIN...AMIN...

Tatapan dari,

Friday, November 6, 2009

Jalan2 Cuci Mata..

Malam minggu yang tenang. Cis! Nak bermadah ke apa ni. Haha. Kalau nak bermadah, nyanyilah lagu 'MADAH BERHELAH'. Ya tak. Raja ajak Ratu jalan2 malam minggu kat KL. Ratu ni pasal berjalan NO 1. Dah diajak, Ratu pun menjerit keriangan nak ikut. Haha. Sapa yang tak tahan dengar jeritan Ratu tu letaklah kapas di telinga ya.

Raja : Jom, jalan2 KL nak..
Ratu : Biar betul ayang ni..
Raja : Betul..Saja jalan2 tengok kesibukan kota..

Ratu pun siap2 la. Dah siap2, kami pun bergerak lah pergi. Ni pandangan 'Menara Berkembar Petronas' KLCC yang dapat Ratu ambil secara dekat.

Raja bawa Ratu di pelbagai tempat di KL. Ni lah pandangan kesibukan kota Metropolitan. Tapi malam tu nak kata sibuk sangat pun tak lah. Kalau nak tengok kesibukan KL ni masa orang tengah sibuk nak balik kerja & pergi kerja. Betul tak orang KL. Tapi tu tak penting, apa yang penting 'KITA ENJOY!'. Haha. Macam pernah dengar ayat tu kan.

Dah penat berjalan, lapar lah pulak. Kami pun makan la di Mc Donalds semasa perjalanan balik. Thanks Raja hatiku, bawaku berjalan2 di malam minggu. Meh pantun ni diciptakan khas untukmu Raja,

Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh lain kali bawalah Ratu jalan2 lagi...Hehehe

Tatapan dari,

Sunday, November 1, 2009

Aktiviti harian 'Si Boboy'

Hari ini ya anak2..cikgu Ratu nak ceritakan kisah si Boboy kucing kesayangan Ratu ni. Haha. Ada tokoh cam cikgu tak. Hehe. Boboy ni setiap hari bila dah bangun tidur jer, dia nak keluar berjalan. Yala, dia boringla asyik duduk rumah jer kan. Sekali dia kuar..alamak dia ternampak musuh dialah.
Terus dia tak jadi keluar la. Terus duduk depan pintu. Waduh, comelnya tengok si Boboy ni. Rasa nak balik kerja cepat, nak peluk dia. Tapi Ratu & Raja tak pernah cium kucing. Orang tua2 kata tak elok.
Ini lak 'tandas' si Boboy. Masa dia kecil2, manja sikit. Nak berak ker, kencing ker.. Tak nak kat luar. Malula orang tengok kan. Waduh, Macam manusia DA. Haha. Bila dah berak ker, kencing ker.. kenalah tukar pasir tu. Sekarang dah besar sikit..dah remaja..Hehe. Tandas ni digunakan pada waktu malam kerana waktu malam si Boboy ni tidur dalam rumah. Gambar bawah tu lak, gambar rakan2 si Boboy. Hei, masa makan pun ajak kawan datang rumah ke Boboy!! Nak kawan pun, nak sama warna ker kucing Ratu ni. Haha. Korang teka yang mana satu Boboy.
Bila dah petang kalau Ratu balik kerja tengok si Boboy tak balik lagi, Ratu kenalah cari dia sampai dapat. Boboy!!! Balik dah nak senja ni. Balik!! Balik!! Haha. Tu pun jiran2 mana yang nampak Ratu jalan petang2 dah tahu lah cari siapa. Dah tahu dah apa yang diaorang cakap "Ni mesti cari kucing ni."
Bila dah bawa Boboy ni balik, kalau Ratu rajin Ratu lapkan badan dia/ mandi kai syampoo khas untuk kucing supaya bulunya cantik. Bila dia dah makan..dah kenyang..apa lagi tidur la. Mula2 tidur kat depan almari. Kalau dah terjaga dalam pukul 11.00 mlm lebih, Boboy ni ubah posisi tidur. Nak tidur atas bantal..MANJA BETUL!!

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267