Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Tuesday, September 27, 2011

Mula Berpantang

Hari ini 23 September 2011, bermula pengalaman baru dalam kehidupan Ratu selama hampir 2 bulan iaitu berpantang. Seperti mana yang diketahui, inilah tempoh yang perlu dilalui oleh mereka yang menimang cahaya mata. Ia bermula dengan tempoh mengandung selama 9 bulan. Kemudian perlu melalui waktu bersalin dan akhir sekali tempoh berpantang selama 44 hari. Ratu rasa untuk melalui semua ini memakan masa hampir setahun kan.

Berpantang adalah satu tempoh untuk baikpulih kesihatan anggota badan setelah melalui proses mengandung dan bersalin. Ratu pun tidak tahu seronok ke tidak berpantang ni. Ada yang kata seronok.. Ada yang kata tidak.. Entahlah. Ratu baru merasainya. Tapi Ratu rasa macam tidak seronok je. Makan itu tidak boleh.. Makan ini tidak boleh.. Tidak boleh angkat benda berat.. Tidak boleh memandu.. Emm.. Ratu dapat MC 2 bulan.. Ini bermakna Ratu mula bekerja pada hujung bulan November 2011. Tu yang seronok tu.. Inilah MC yang Ratu terima.Raja Ratu mengambil keputusan untuk berpantang di rumah ibubapa Ratu. Dalam tempoh permulaan berpantang ini, ibubapa Ratu menguruskan tentang siapa yang akan mengurut Ratu.. Siapa yang akan membasuh uri.. Uri yang dibasuh itu nanti akan ditanam. Kemudian setiap hari sebelah petang akan dihidupkan bara api dan diletakkan di atas tanah di tempat di mana ditanam uri tersebut.

Apapun Ratu ucapkan SELAMAT BERPANTANG kepada semua ibu-ibu khususnya pengunjung TERATAK ISTANA INI yang turut sama berpantang bersama Ratu. Hehe.. Semoga Ratu dapat menjalankan tempoh berpantang dengan baik dan tidak mengalami sebarang bentan.. AMIN.. AMIN.. AMIN..

Tatapan dari,

Saturday, September 24, 2011

22 September 2011.. Detik Bermakna Raja Ratu..

Detik bermakna buat Raja Ratu? Emm.. Betul beb. Tarikh ini pastinya akan tersemat indah dalam hati sanubari Raja Ratu. Tarikh inilah Raja Ratu buat pertama kalinya bergelar ayah dan ibu.. Tarikh inilah Raja Ratu menimang cahaya mata.. Tarikh inilah kelahiran puteri kesayangan kami yang jadi pengikat kasih sayang Raja Ratu.

Akan tetapi, detik bersejarah ini awal seminggu dari tarikh yang sepatutnya. Mengikut jangkaan doktor, Ratu sepatutnya bersalin pada 30 September 2011. Oklah Ratu akan ceritakan pengalaman kami dalam melalui detik bersejarah ini. Seperti mana yang Ratu ceritakan sebelum ini, Ratu ingin mengambil cuti rehat sebelum Ratu bersalin. Kebetulan, Ratu ada memohon cuti selama 2 hari pada 20 September 2011 dan 21 September 2011. Pada 20 September 2011, Ratu bersama ibu Ratu merancang untuk membawa kucing kesayangan Raja Ratu, BABY ke klinik untuk suntikan ubat cacing. Selepas itu, Ratu hantar BABY ke rumah dan keluar semula menuju ke Jaya Jusco untuk makan tengah hari. Sebelum makan tengah hari, Ratu terasa ingin ke tandas untuk membuang air kecil. Maklumlah sudah hendak hampir bersalin ni, Ratu kerap batuk menyebabkan Ratu sering ke tandas untuk membuang air kecil. Dari situ, Ratu dapati ada tanda-tanda hendak bersalin seperti akhir bulan atau haid. Ratu sudah mula risau. Ratu memaklumkan kepada Raja dan minta Raja menemani Ratu ke Hospital Pantai. Ratu pun memang hendak ke hospital pada hari tersebut untuk mendapatkan ubat batuk bagi melegakan batuk ini. Ratu berdoa agar Ratu tidak bersalin dahulu memandangkan kesihatan Ratu yang tidak mengizinkan. Setiba di Hospital Pantai, Ratu mendapatkan nasihat doktor berkaitan tanda tersebut. Atas nasihat doktor, Ratu pun pulang.

Pada 21 September 2011, Ratu dapati tanda yang sama keluar lagi. Ratu bersama ibu Ratu pergi mendapatkan air selusuh menggunakan akar Fatimah. Selepas minum air selusuh itu, pada pukul 1.00 pg, Ratu sudah mula rasa sakit-sakit. Pada pukul 3.30 pg, Ratu dihantar ke kamar bersalin Hospital Pantai. Pada masa itu, Ratu difahamkan saluran peranakan Ratu telah Ratu telah terbuka sebanyak 2 ke 3 cm. Pada pukul 9.00 pg, selepas sarapan pagi, Ratu difahamkan saluran tersebut saluran tersebut telah terbuka sebanyak 5 cm. Diikuti dengan 8m cm pada pukul 11.00 pagi. Alhamdilillah, tepat pukul 12.35 tengah hari, Ratu selamat melahirkan bayi perempuan secara normal dengan berat badannya 3.2 kg. Ratu bagaikan tidak percaya. Betul ke Ratu sekarang sudah bergelar ibu? Lebih terperanjat lagi apabila Ratu difahamkan bahawa bayi yang Ratu lahirkan itu adalah perempuan. Memang asalnya, naluri hati Raja Ratu mengatakan bayi dalam kandungan ini adalah perempuan. Tapi memandangkan selepas 5 bulan, Raja Ratu lihat bentuk kandungan Ratu ni ke hadapan. Jadi, Raja Ratu ingat bayi ini lelaki. Tapi, alhamdulillah, Ratu selamat melahirkan secara normal. Inilah hospital yang menempatkan detik bersejarah buat Raja Ratu.Bila difikirkan kembali di saat-saat kelahirannya, Ratu difahamkan oleh jururawat bahawa masa yang diambil untuk kelahiran bayi Ratu agak cepat. Ya ke.. Ratu bukannya ada pengalaman. Inilah pertama kali. Yang Ratu tahu, doktor suruh teran, Ratu teran seperti mana yang Ratu belajar di kursus peneman di hospital kerajaan. Ratu tidak rasa pun seperti bola keluar seperti mana yang rakan Ratu ceritakan. Tahu-tahu sahaja Ratu sudah dengar bayi Raja Ratu menagis dan uri sudah dikeluarkan. Alhamdulillah, tiada sebarang komplikasi. Syukur sangat. Bayi Raja Ratu kemudiannya diletakkan di badan Ratu dan kemudiannya dibersihkan dan diazankan di bilik 'nursery'. Sementara itu, Ratu pula melalui proses jahitan. Selepas bayi Raja Ratu diazankan, Raja terus mendapatkan Ratu dan mencium dahi Ratu. Emm.. bahagianya. Hehe..

Akibat daripada wad bersalin sudah penuh, Ratu dipindahkan ke wad bersalin VIP yang Raja tempah untuk keselasaan Raja Ratu, ahli keluarga dan rakan-rakan yang ingin datang melawat. Bilik VIP ni 1 seorang pesakit untuk 1 bilik.

Di Hospital ini, Ratu dilayan seperti permaisuri. Ratu tidak perlu lakukan apa-apa. Semuanya diuruskan oleh jururawat hospital. Emm.. rasanya seperti tidak mahu balik pula. Keeseokkan harinya Ratu dan bayi dibenarkan pulang. Ratu difahamkan kos keseluruhan rawatan bersalin ini berjumlah lebih kurang RM2,500.00. Ratu terus mengucapkan terima kasih kepada Raja kerana menyediakan tempat yang selesa untuk Ratu.

TERIMA KASIH SAYANG..
TERIMA KASIH RAJA HATIKU..

Tatapan dari,

Saturday, September 17, 2011

Rawatan Sususlan Ke 2 Mengandung di Hospital Pantai

Pada 15 September 2011, Raja Ratu menghadiri rawatan susulan kali ke 2 di Hospital Pantai. Dalam rawatan ini, Ratu diminta timbang bagi mengetahui berat badan Ratu terkini. Kemudian Ratu menjalani ujian air kencing dan diambil tekanan darah. Akhir sekali Ratu menjalani ujian 'scan'. Dari situlah, Raja Ratu dapat mengetahui perkembangan bayi dalam kandungan Ratu ini.

1 perkhabaran gembira yang Raja Ratu terima hari ini. Hasil daripada ujian scan, Raja Ratu dapat tahu bahawa bayi dalam kandungan Ratu kini mencecah berat 3.1 kg. Alhamdulillah beb. Ratu memang inginkan bayi dalam kandungan Ratu ini lahir dengan berat 3 kg ke atas. Alhamdulillah tercapai juga akhirnya. Baru bulan lepas, ujian scan di Hospital Pantai menunjukkan berat bayi dalam kandungan ini mencecah 2.5 ke 2.6 kg. Tapi Raja Ratu masih belum lagi mengetahui jantina bayi ini. Walaupun sudah scan, jantina masih tidak dapat diketahui kerana terlindung dengan kaki bayi. Emm.. Bukan rezeki Raja Ratu lah nampaknya untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan ini.

Biar apapun, Raja Ratu berharap kandungan Ratu ini berada dalam keadaan sihat dan baik di hari kelahirannya. Cuma Ratu pula yang batuk di saat-saat hampir hendak bersalin ni. Ini yang merisaukan Ratu ni. Harap-harap batuk ini berkurangan dan kesihatan Ratu beransur pulih. AMIN.. AMIN.. AMIN..

Tatapan dari,

Monday, September 12, 2011

Mula Mengambil Cuti Rehat Sebelum Bersalin

Setelah disemak, Ratu dapati cuti Ratu masih banyak lagi. Emm.. 22 hari cuti tahun ini belum lagi berusik. Akan tetapi, cuti tahun ini yang tidak berusik ni boleh dibawa ke tahun hadapan dan perlu dihabiskan pada tahun hadapan. Selain itu, Ratu masih lagi ada cuti 12 hari lagi cuti tahun lepas yang perlu dihabiskan tahun ini. Jadi jumlah keseluruhan cuti yang Ratun ada adalah 34 hari (22 hari + 12 hari). Wow !!! banyak tu. Memandangkan keadaan kesihatan Ratu yang sering batuk selepas Raya ni merisaukan Ratu. Ratu pun mengambil keputusan untuk mengambil cuti rehat. Macam mana Ratu boleh kena batuk ??? Ni kira batuk raya lah ni. Tapi sebenarnya Raja yang kena dulu demam raya.. batuk raya.. Tak alih-alih Ratu pula berjangkit dengan Raja. Ratu pun dah mula rasa tidak larat badan. Maklumlah kandungan Ratu sudah hendak hampir mencecah 9 bulan. Jadi, Ratu rasa keputusan Ratu untuk mengmbil cuti dalah bersesuaian sebelum bersalin ini.
Ratu mula mengambil cuti selang 1 atau 2 hari mengikut keperluan. Ratu rancang nak habiskan baki cuti tahun lepas. Tapi Ratu tidak mengambil cuti panjang kerana banyak kerja pejabat yang perlu diselesaikan sebelum Ratu serahkan ke tangan pembantu Ratu untuk diambil alih sepanjang Ratu berpantang nanti. Cuti yang Ratu ambil ini bukan Ratu gunakan untuk berehat di rumah tapi bersiar-siar untuk selesaikan beberapa urusan luar termasuklah membawa kucing kesayangan Raja Ratu ke klinik untuk diberikan suntikan ubat cacing yang seperti mana yang dijadualkan dalam rekod klinik tersebut. Ubat cacing ini perlu disuntik 3 bulan sekali. Ratu juga membuat pendahuluan perbelanjaan tetap seperti ansuaran kereta, bil broadband, astro dan sebagainya sehingga hujung tahun ini. Nanti bila Ratu sudah bersalin.. Sudah berpantang.. Ratu sudah senang hati. Semua bil sudah selesai dibayar. Maklumlah Ratu nanti tidak boleh memandu ketika berpantang. Raja pula sibuk. Jadi, urusan sebegini menyenangkan Raja Ratu nanti.

Harapan Ratu agar batuk ini cepatlah reda dan tidak menganggu tempoh Ratu bersalin dan berpantang. AMIN.. AMIN.. AMIN..

Tatapan dari,

Sunday, September 4, 2011

Debaran Ratu Bermula..

Bila tibanya Hari Raya Aildilfitri, hati Ratu sudah mula berdebar. Mana tidaknya. Genap kini sebulan sahaja lagi daripada tarikh jangkaan doktor 30 September 2011, Ratu dijangkakan bersalin. Badan Ratu sudah mula rasa tidak larat dah ni untuk membuat kerja-kerja berat.

Ratu rasa bimbang pun ada.. Rasa risau pun ada.. Terfikir lak macam mana situasi Ratu di saat melahirkan bayi dalam kandungan Ratu ni.. Adakah Ratu bakal melahirkannya secara normal ataupun secara pembedahan.. ataupun dibantu dengan vacum.. Oleh kerana Raja telah menetapkan Ratu untuk bersalin di Hospital Pantai, Raja Ratu telahpun membuat penyelidikan dari segi budget kos rawatan bersalin di hospital tersebut. Ratu sudah bertanya doktor berkaitan dengan kos tersebut yang mana tidak termasuk wad:-

a) Bersalin normal RM1,800
b) Bersalin secara pembedahan RM5,000
c) Bersalin dengan bantuan vacum RM2,500

Ratu paling gerun bila dengar bersalin secara normal kerana ianya menelan belanja lebih kurang RM5,000 ke atas. Kebetulan jiran Raja Ratu telahpun bersalin secara pembedahan kerana komplikasi tertentu dan anaknya dilahirkan kurang dari 2 kg. Dalam situasi sebegini, kos bersalinnya termasuklah kos-kos lain seperti wad dan rawatan bayi menelan belanja lebih kurang RM7,000 lebih. Wow !!! Tinggi juga kosnya. Ini lagi merisaukan Ratu. Bila Ratu mengajukan kepada Raja berkaitan kos bersalin, Raja menenangkan Ratu supaya jangan berfikir tentang kos bersalin. Mungkin Raja telah menyediakan peruntukkan untuk menampung kos bersalin Ratu. TERIMA KASIH RAJA HATIKU KERANA MENYEDIAKAN TEMPAT BERSALIN YANG LEBIH SELESA UNTUK RATU.

Ratu juga berharap agar Ratu dapat bersalin dengan mudah tanpa sebarang komplikasi dan dapat bersalin secara normal. Emm.. Kaki Ratu sudah memang sembab dari bulan lepas lagi merisaukan Ratu tentang hari kelahiran bayi dalam kandungan ini yang bakal menjelang tiba.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267