Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Saturday, June 30, 2012

Permintaan Tinggi Menjelang Ramadhan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, kali ini Ratu menerima banyak panggilan mengenai Al-Quran Digital. Memandangkan Ratu kini sudah ada menambah lagi 1 produk jualan Al-Quran iaitu yang bejenama Al-Razzaq. Kini banyak permintaan pula terhadap Al-Quran tersebut. Produk Al-Quran berjenama Khaleefa juga tidak kurang juga hebat permintaannya.

Pembeli-pembeli ini kebanyakkannya memberikan alasan ingin menggunakannya di bulan Ramadhan nanti. Ratu pun tidak sangka permintaan sebanyak ini. Ratu fikir mungkin permintaan menjelang Ramadhan dan sepanjang Ramadhan ini kurang akibat mereka mungkin ingin membuat persiapan Raya nanti. Tapi sangkaan Ratu meleset. Rupa-rupanya permintaan agak tinggi. 

Tidak kurang juga ada yang sanggup datang ke rumah untuk melihat sendiri bagaimana Al-Quran ini berfungsi. Ada juga yang sanggup datang ke pejabat, tempat kerja Ratu untuk melihat sendiri Al-Quran tersebut. Waktu rehat Ratu juga terganggu apabila ada pelanggan yang ingin berjumpa. Alhamdulillah, permintaan yang memang Ratu tidak sangka-sangka.

Banyak juga mesej yang Ratu terima melalui telefon bimbit daripada pelanggan setelah mereka membeli Al-Quran tersebut. Antaranya,
Puan Rina binti Ropa, dari Terengganu
Beli sebuah Al-Quran Al-Razzaq
Tidak rugi saya membelinya. Sesuatu yang berguna harus dimiliki. Nice berurusan dengan puan.

Nur Idayu Hanis binti Zullazzamar, dari Kuantan Pahang
Membeli 2 buah Al-Quran Khaleefa
Akak, terima kasih. Saya suka sangat Quran tu. Terima kasih sangat-sangat ye. Bolehlah bawa pergi mana-mana lepas ni dan dengar bacaan Al-Quran bila-bila je..Terima kasih sangat-sangat kak. Ada stok lagi tak kak. Ada orang nak beli.

Ustaz Zakaria, Melaka
Membeli sebuah Al-Quran Al-Razzaq
Ustaz ni sering menelefon Ratu kerana terlalu teruja menggunakan Al-Quran Digital Al-Razzaq. Segala apa yang dia tidak faham dalam penggunaannya dia sering menghubungi Ratu dan memaklumkan yang dia terlalu suka Al-Quran ni sampai mesej ni dihantarnya.
"Moga usaha suci awak Allah sediakan syurga.. baraka Allah"

Inilah bukti antara mesej yang Ratu terima daripada pelanggan Ratu,



Aduh hai, terharunya Ratu membaca mesej yang diberikan terutama sekali Ustaz Zakaria. Ada lagi mesej yang Ratu terima tapi Ratu tak dapat nak kongsikan kerana mesej itu sudah terpadam ketika Puteri Raja Ratu bermain dengan telefon bimbit Ratu.

Bagaimana pula dengan anda. TAK RUGI ANDA MEMBELI..
Sambil membeli sambil menderma..
Kerana RM5 setiap pembelian disumbangkan..
kepada Badan Kebajikan..

Untuk maklumat lanjut sila layari,
ataupun

boleh juga dihubungi melalaui talian telefon 012-6844870/ 017-6611202

Tatapan dari,

Sunday, June 17, 2012

Sukanya Puteri Raja Ratu Ni..

Pada hujung minggu Ratu mengajak Raja pergi ke Jaya Jusco untuk membeli barang keperluan harian terutama sekali barangan keperluan Puteri Raja Ratu seperti susu dan pampers. Bila sudah sampai di Jaya Jusco, Raja dan Ratu makan dahulu untuk mengisi perut. Tapi kami makan bergilir-gilir. Faham-faham jer lah kan kalau dah ada budak kecil ni. Sorang makan sorang jaga. Ratu pula sudah siapkan makan tengah hari untuk Puteri Raja Ratu dari rumah. Ratu minta Raja makan dahulu sementara Ratu menyuapkan Puteri Raja Ratu ni makan. Apabila Raja sudah habis makan, Raja pula sambung suap makan. Dah habis kami semua makan, Raja dan Ratu membawa Puteri kesayangan kami ni ke kawasan permainan kanak-kanak yang disediakan oleh pihak Jaya Jusco di kawasan 'Food Court' tu. Suka Ratu tengok Puteri Raja Ratu lekanya melihat kakak-kakak dan abang-abang bermain. Sekali sekala Puteri Raja Ratu ni menjerit keriangan.

Kemudian Raja pun meletakkan Puteri Raja Ratu tempat duduk budak di troli yang telah disediakan dan terus membeli barang keperluan harian. Selepas bayar, Raja Ratu pun naiklah ke tingkat atas sebab Ratu ingin mengeluarkan duit di mesin ATM. Sekali Ratu pun terpandanglah beberapa kereta mainan yang mana perlu menukar duit RM1 ke bentuk coin. Ratu pun berminat ingin mencubanya untuk Puteri Raja Ratu. Nanti pilih mainan yang mana yang diingini. Ratu pun letakkan Puteri Raja Ratu di dalam salah sebuah kereta mainan yang ada. Lepas tu masuklah coin tu di ruangan yang disediakan. Apa lagi kereta mainan tu bergerak lah seperti dalam video ni.

video

Bila kereta mainan tu berhenti. Raja Ratu tengok Puteri Raja Ratu ni seperti ingin main lagi. Ratu pun tukar lagi duit RM1 ke bentauk coin dan biarkan Puteri Raja Ratu menaiki kapal terbang pula.. Suka Raja Ratu tengok kegembiraannya bermain. Dah puas tu, Raja dan Ratu pulanglah.

Tatapan dari,

Wednesday, June 13, 2012

Usah Langgar Deadline Yang Ditetapkan

Membuat bajet kewangan bukannya mudah tetapi lebih menyukarkan apabila kita membuat bajet waktu. Betul tak !!!!! Selain asyik suka berlengah, kita juga sering melangsaikan perkara 'terbabas' dari melangsaikan perkara utama untuk disegerakan. 

Di sini disenaraikan beberapa tips untuk mengelakkan dri kita dari terbabas :-

1. KOTAK MASA
Peruntukkan bajet masa yang kecil dari 60 sehingga 90 minit untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Masa yang sedikit membuatkan kita lebih menghargai masa dan cuba sebaik mungkin menyelasaikan tugasan itu.

2. PROJEK vs DEADLINE
Semakin fleksibel projek diusahakan, semakin ketat deadline kita. Jika tugasan kita tidak terlalu fleksibel, panjangkan sedikit jangka masa deadline tu. Tetapi jika tugasan itu ringkas dan mudah, disiplinkan diri kita untuk menyelesaikan tugasan itu dengan lebih cepat supaya kita boleh melakukan tugasan lain.

3. SENARAIKAN TUGAS DAN DEADLINE
Jika kita bimbang akan deadline, senaraikan tugas sama ada di dalam komputer atau di atas sehelai kertas dan pastikan anda boleh melihat senarai itu.

4. PECAHAN MASA
Sekarang deadline lebih dari sehari boleh dibahagikan kepada bajet waktu yang lebih kecil. Deadline panjang gagal menjadikan seseorang itu lebih bermotivasi.

5. KENAL PASTI KELEMAHAN
Selidik perkara yang sering melengahkan masa kita dan selesaikan dahulu supaya tidak mengganggu kerja-kerja lain. Mengetahui perkara 'tersembunyi' membantu kita menjadual semula deadline tu.

6. ANDA BUKA ROBOT !!!!!
Jangan samakan diri kita dengan robot atau mesin yang boleh bekerja tanpa henti 24 jam sehari. Sewaktu membuat jadual kerja, ikut keupayaan diri dan berpijaklah di bumi nyata.

7. SEKAT SEMUA AKTIVITI
Tunda aktiviti bersama rakan ata keluarga buat sementara waktu sehingga tugasan kita diselesaikan. 

8. INTERNET DAN E-MAIL
Lupakan seketika laman web sosial yang biasa kita lawati. Masa yang diperuntukkan untuk melawati laman-laman web ini membuatkan kita 'hanyut' dan melambatkan tugasan. 

9. PERANCANGAN BERPANJANGAN
Jangan berhenti di tengah jalan. Teruskan perancangan kita dalam setiap kerja yang ingin dilakukan kerana ia membentuk disiplin yang lebih tinggi. 

10. IMBAS KEMBALI
Bagi deadline yang lebih dari sebulan, luangkan masa setiap minggu untuk mengimbas perkembangan tugasan yang diberi. Ini membantu kita untuk mengetahui cara yang paling berkesan untuk digunakan sebagai langkah mempercepatkan lagi tugasan kita dan memberi peluang kepada kita merancang dengan lebih baik masa akan datang. Bayangkan juga seronoknya bila semua kerja sudah siap.

11. CARI JALAN PINTAS
Boleh dikatakan apa-apa sahaja projek atau tugasan mempunyai jalan pintas untuk diselesaikan. Gunakan segala alternatif yang ada untuk menjimatkan masa dan tenaga.

12. PERINGATAN
Letakkan peringatan di setiap tempat. Di komputer atau di atas meja supaya kita sentiasa diingatkan dengan tugasan yang ditetapkan.

13. BELAJAR DARI KESILAPAN
Jika kita melepas deadline, renungkan beberapa minit dan kenal pasti di ana kesilapan kita dan bagaimana untuk mengelakkannya daripada berlaku lagi.

14. TIDUR LEWAT
Apa salahnya berjaga malam untuk melangsaikan tugasan yang ditetapkan. Selepas segalanya selesai, mungkin kita boleh mempertimbangkannya untuk mengambil cuti berehat dan menghabiskan masa bersama keluarga.

Tatapan dari,

Wednesday, June 6, 2012

Ingin Ubah Saliran Derma Utk Al-Quran Digital

Sebelum Ratu bercerita mengenai saluran derma untuk Al-Quran Digital ini, Ratu ingin ucapkan 'SELAMAT BERTUNANG' kepada salah seorang pelanggan Ratu iaitu Nur Idayu Hanis binti Zullazzamar yang yang mana Majlis Pertunangannya telah pun di adakan baru-baru ini. Apa yang menarik perhatian Ratu adalah salah sebuah daripada 2 buah Al-Quran Digital yang dibelinya telahpun digunakan untuk hantaran pertunangan.

Inilah antara gambar antaran Majlis Pertunangannya,


Terima kasihlah kepada Nur Idayu Hanis kerana mengirimkan gambar ini dan membenarkan Ratu untuk pamerkan di Teratak Istana Raja Ratu ni. Apa-apapun Ratu doakan agar Majlis Pertunangan yang diadakan baru-baru ni bakal disusuli dengan Majlis Perkahwinan pula. AMIN..

Ratu juga ingin maklumkan di sini berkaitan dengan saluran derma yang Ratu salurkan untuk setiap pembelian Al-Quran Digital. Memandangkan bulan Ramadhan bakal disambut pada bulan depan dan Ratu mendapat tahu ada 1 Pusat Jagaan Ummul Qura iaitu Rumah Kebajikan dan Pendidikan Untuk Anak-Anak Yatim, Miskin Dan Asnaf Zakat bertempat di Selangor yang memerlukan dana untuk aktiviti harian mereka terutama sekali sepanjang bulan Ramadhan nanti, Ratu ingin mengubah saluran derma tersebut kepada Rumah Kebajikan ini.

Kalau sebelum ini, Ratu salurkan derma untuk jualan Al-Quran ini kepada bayi yang dilahirkan pada bulan Februari 2012 yang mana dilahirkan mengalami masalah jantung dan usus kecil di Pulau Pinang. Kali ini Ratu akan alihkan saluran derma ini kepada Rumah kebajikan ini pula.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman ini. Klik je www.rumahamalummulqura.blogspot.com

Jadi, apa TUNGGU LAGIIII !!!!! Belilah Al-Quran Digital ini kerana RM5 setiap  satu pembelian akan disumbangkan kepada Rumah Kebajikan dan Pendidikan Untuk Anak-Anak Yatim, Miskin Dan Asnaf tersebut.

Untuk maklumat lanjut sila layari,
ataupun

boleh juga dihubungi melalaui talian telefon 012-6844870/ 017-6611202

Tatapan dari,

Friday, June 1, 2012

Tahniah kepada ZIZAN Pemenang Super Spontan

Pertama sekali Raja Ratu ingin ucapkan.. CEH !!!! Cam Raja Ratu pula yang menang.. Sebenarnya, Raja Ratu ingin ucapkan TAHNIAH kepada ZIZAN di atas kemenangannya dalam Rancangan Super Spontan. Rancangan ini di siarkan di saluran 132 Astro Warna pada setiap Hari Jumaat, pukul 10.00 malam. Ianya merupakan 1 pertandingan yang mana para peserta perlu melakukan secara spontan bagi setiap segmen yang diberikan. Kali ini peserta-peserta yang berjaya ke peringkat akhir dalam pertandingan Super Spontan ini adalah TAUKEH...  ZIZAN..  JOHAN..  RAHIM..  SUHAIMI..  ROPIE..

Kalau korang tak tahu macam mana cara permainannya, jom kita tengok video ni,


Ni salah satu contoh permainannya. Sebenarnya pada awal permainan ini, peserta terbahagi kepada 2 kumpulan yang dinamakan Kumpulan Beruang Comel & Angsa Ganas. Setiap minggu, Kumpulan mana yang kalah dalam pertandingan ini di kehendaki mengeluarkan salah seorang daripada ahli kumpulan mereka melalui undian setiap peserta dalam Kumpulan tersebut. Sebagai contoh, jika Kumpulan yang kalah pada minggu tersebut adalah Kumpulan Beruang Comel maka setiap ahli kumpulan Beruang Comel perlu mengundi siapa di kalangan mereka yang perlu disingkirkan. Ia dinilai melalui undian terbanyak. Oleh itu setiap minggu, mereka kena bergabung idea untuk memastikan Kumpulan mereka berjaya & tidak terlibat dalam proses penyingkiran. 

Walaubagaimanapun, di peringkat Final peserta akhir Super Spontan dikehendaki bergerak secara perseorangan & bukan secara berkumpulan seperti mana minggu-minggu sebelum ini. Di akhir rancangan diumumkan pemenang-pemenangnya. Ratu agak terkejut  melihat keputusan kedudukan undian sms yang mana undian sms yang nampak ketara perubahannya adalah undian sms bagi peserta ZIZAN & JOHAN. Undian sms bagi peserta TAUKEH pula tak banyak berubah manakala undian sms bagi RAHIM, ROPIE & SUHAIMI tak meunjukkan sebarang perubahan.


Tempat pertama dimenangi oleh ZIZAN dengan menerima wang tunai sebanyak RM100,000.00 beserta sebuah kereta Toyota Camry. Pehhh !!! Gempak beb. Tempat kedua pula dimenangi oleh JOHAN dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM50,00.00 manakala tempat ke tiga dimenangi oleh TAUKEH dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM25,000.00. SUHAIMI, ROPIE & RAHIM pula menerima hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.00 setiap seorang. Maknanya di sini, kesemua peserta akhir Super Spontan ini tidak pulang dengan tangan kosong. Apa-apapun tahniah diucapkan kepada semua para pemenang !!! Waaa.. ni kira ZIZAN dapat duit raya lah ni yek. Maklumlah bulan puasa & raya semakin hampir kan. Leh ker, 'sponsor' baju raya Raja Ratu sekeluarga untuk raya tahun ni ???? Macam lah ZIZAN kenal Raja Ratu lak kan.  Hehe..

Tatapan dari,

Produk Terbaru Al-Quran Al-Razzaq

Hari ini Ratu ingin memperkenalkan produk terbaru Al-Quran Digital yang mana secara rasminya Ratu mulakan jualannya kali ini iaitu Al-Quran Digital AL-RAZZAQ. Inilah gambarnya,



Dari segi fungsinya, ianya sama seperti Al-Quran Digital KHALEEFA, yang membezakannya dengan khaleefa adalah :-

1.  Al-Quran Digital Al-Razzaq ada berikan BARANGAN PERCUMA untuk promosi kali ini iaitu TASBIH DIGITAL..  KOMPAS..  BUKU MUQADDAM..

2.  Al-Quran Digital Al-Razzaq ini ada menyediakan program MUQADDAM dalam Al-Quran Digitalnya. Jadi, ianya sangat sesuai dengan kanak-kanak yang ingin belajar  mengaji. Mereka juga boleh merujuk kepada BUKU MUQADDAM yang diberikan secara percuma.

3.  Al-Quran Digital Al-Razzaq ini ada menyediakan ruangan  MULTIMEDIA yang mana ruangan ini menyediakan VIDEO untuk tontonan video klip.. AUDIO yang mana boleh mendengar pelbagai lagu yang disediakan.. RADIO yang mana boleh mendengar pelbagai siaran radio.. RECORDING yang mana kita boleh membuat pelbagai rakaman melaluinya..

4.  Al-Quran Digital Al-Razzaq ini juga mempunyai ruangan untuk kemasukan KAD MEMORI. Kad Memori ini penting untuk penambahan lagu dan video di bahagain MULTIMEDIA.

5.  Walaubagaimanapun, Al-Quran Digital ini agak terhad dari segi lokasi untuk mengetahui waktu solat dan ARAH KIBLAT berbandng Khaleefa yang meliputi arah kiblat  dan waktu solat untuk 101 bandar di Malaysia.

6.  Al-Quran Digital ini juga tidak mengandungi pelbagai KISAH TELADAN seperti mana yang tersedia pada Al-Quran Khaleefa yang mengandungi 102 kisah teladan.

Bagi fungsi-fungsi lain semuanya adalah sama dengan Al-Quran Digital Khaleefa. TERPULANGLAH KEPADA PEMBELI UNTUK MEMILIKINYA.

Harganya Ratu jual  pada harga RM280.00 (Termasuk kos penghantaran). Untuk makluman, RM5 setiap jualan untuk Al-Quran Al-Razzaq juga akan disumbangakan kepada Badan Kebajikan.

JADI, APA TUNGGU LAGIIII !!!! 

Untuk maklumat lanjut sila layari,
ataupun

boleh juga dihubungi melalaui talian telefon 012-6844870/ 017-6611202

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267