Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Tuesday, April 30, 2013

Dapat Kupon Percuma Jaya Jusco RM1,000

Adakah anda semua terkejut membaca tajuk di atas ? Jaga-jaga mulut itu nanti lalat tumpang menyinggah di dalam mulut nanti. Sebenarnya, Ratu sendiri pun agak terkejut dengan berita ini. Sebenarnya, Kupon Jaya Jusco ini diterima oleh Raja dari majikannya sebagai bonus projek yang telah berjaya disiapkan baru-baru ini. Raja yang menerimanya terus memaklumkan kepada Ratu. Maklumlah, Ratu hatinya ini memang 'kaki shopping' terutama sekali di Jaya Jusco.

Terfikir juga Ratu bahawa kupon ini boleh digunakan untuk perbelanjaan Raya yang bakal menjelang tiba nanti sekitar bulan Ogos 2013. Alhamdulillah.. Inilah dia 1 buku kupon bernilai RM1,000.00


Pada awalnya, Raja juga agak terkejut menerimanya. Raja fikir, mungkin dia dipanggil untuk membincangkan hal-hal kerja. Rupa-rupanya Raja diberikan kupon ini. Hehe. Raja gembira menerimanya. Bila kami pulang ke rumah, kami mula terfikir ingin membelikan Puteri Raja Ratu basikal menggunakan kupon ini. 

Syukur Alhamdulillah. Lagi menggembirakan Ratu apabila Ratu melihat kupon ini tiada tarikh luput. Ini bermakna, kupon ini boleh digunakan pada bila-bila masa walaupun dalam tempoh promosi yang diadakan oleh pihak Jaya Jusco. Itu yang membuatkan lagi seronok untuk membeli belah. Sudah tentu jika barang-barang yang dibeli ada diskaun, maka boleh beli lebih banyak barang keperluan yang lain. Ditambah lagi, Ratu difahamkan hari J-Card akan diadakan tidak lama lagi. Bolehlah Ratu gunakan kupon ini nanti.

Tatapan dari,

Thursday, April 25, 2013

Demam Pilihan Raya Umum ke 13

Hari ini pengumuman pembubaran Parlimen Malaysia pada 3 April 2013 yang lepas, kini diumumkan tarikh mengundi bagi seluruhan rakyat Malaysia adalah pada 5 Mei 2013. Sekarang ni, kalau kita jalan-jalan mana, kita akan dicuci pandangan mata kita dengan pelbagai jenis bendera dan poster di merata-rata tempat.

Inilah buktinya,
Gambar ini diambil semasa Ratu sedang memandu kereta diikuti dengan kereta yang dipandu oleh Raja di belakang Ratu. Kami dalam perjalanan dari tempat kerja pulang ke rumah. Asalnya, pada sekitar awal bulan April 2013 kawasan ni kurang bendera dan poster. Akan tetapi, selepas hari penamaan calon pada sabtu lepas bertambah-tambah bendera dan poster dipasang. 

Tahun ini Raja Ratu difahamkan bahawa jari para pengundi akan dikenakan dakwat kekal. Dakwat ini kekal dan tidak boleh dipadam sepenuhnya dalam masa 1 hari. Ini bermakna ianya mengambil masa untuk dipadamkan sepenuhnya dari jari kita. Ada kebaikan dan keburukkannya. Kebaikkannya, kita sendiri dapat mengenalpasti siapa orang sekeliling kita yang yang tidak keluar mengundi. Kita dapat membuat andaian betapa ruginya mereka ini. Ini kerana, sikit-sikit mereka yang tidak keluar mengundi ini sekali dikumpulkan jumlahnya memang ramai. Bukan kah rugi kerana undian mereka ni penting dalam menentukan tunjang kepimpianan negara kita. Dengan penggunaan dakwat kekal ini, kita dapat mengenalpasti jari siapa yang tidak dikenakan dakwat kekal ini mereka itulah tidak keluar mengundi. Keburukkannya, jari kita comot lah sedikit jari kita dan ianya mengambil masa untuk dihilangkan.

Di bulan ini iaitu bulan 'Demam Pilihan Raya' Ratu tertarik dengan lagu ini,


Harapan Ratu agar kita semua dapat keluar mengundi pada 05 Mei 2013. Undi kita adalah rahsia dan kita semua berhak menentukan siapa yang berhak mempimpin nagara kita. Ratu juga tertarik dengan salah seorang penonton televisyen yang memberikan pendapat bahawa 'kita semua adalah pemimpin di negara kita sendiri. Pemimpin negara sebenarnya hanyalah seorang pemegang amanah yang mewakilkan kita dalam meminpin negara. Tanpa undian kita siapalah mereka. Jadi, marilah kita sama-sama sebagai pemimpin negara, kita keluar mengundi dan pilih siapa yang layak memegang amanah yang kita berikan ini dalam memimpin negara.'

JOM KITA MENGUNDI DAN RATU PILIH MALAYSIA !!!

Tatapan dari,

Monday, April 22, 2013

Harga Emas Turun

Tutup mulut kamu semua.. Tenganga mulut tu takut dimasuk lalat. Jangan terkejut. Tapi kalau berita-berita sebegini mesti ramai yang tahu akan kedudukan harga emas kini. Apa kita nak buat ? Bagi mereka yang ingin melabur boleh gunakan masa itu untuk melabur. Bagi Ratu pula yang baru sahaja menghabiskan sejumlah wang untuk urusan pembelian rumah. Jadi, Raja Ratu perlu menghadkan jumlah pengeluaran wang dulu buat masa ini.

Bagi mereka yang ingin membeli emas untuk tujuan hantaran perkahwinan, pertunangan ataupun merisik. Ratu cadangkan masa ini adalah sesuai untuk membeli. Sebab harganya memanglah murah. Bagi mereka yang ingin membeli untuk bergaya di Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma nanti, ambil lah peluang ini untuk membeli. Tak rugi beb !!!

Kenapa harga emas turun ???? Ratu difahamkan ianya berpunca :-
1. Apabila Cypus mengambil keputusan untuk menjual kira-kira 13.9 tan rizab emas milik negara itu sebagai dana suntikan untuk pemulihan ekonomi semasa negara tersebut.

2. Lantas ekoran kebimbangan para pelabur setelah melihat tindakan Goldman Sachs menurunkan paras harga ramalan prestasi purata harga emas bagi tahun ini, maka pelabur-pelabur jangka pendek yang lain (trader) turut menjual rizab emas milik mereka.

3. Pelabur-pelabur ini yang telah menjual pegangan ekuiti dalam pelaburan emas ini difahamkan mereka terus membeli Bond sebagai langkah menyelamatkan nilai Dollar dari terus merundum ekoran laporan mengenai sentimen pengguna yang buruk pada 12 April lepas.

Jadi, apa yang berada dalam kotak fikiran kita? Apa yang dijangkakan di sini. Faktor ini boleh menyebabkan harga emas boleh jatuh lagi. Tapi, ianya boleh naik laju selepas ini. Jadi, gunakan kesempatan ini.

Inilah gambar jongkong emasnya. Siapa NAK !!! Angkat tangan ??? SAYA !!!!!











Tatapan dari,

Wednesday, April 17, 2013

Orang Yang Mati Hati Lebih Bahaya Dari Mati Jasad

Amat menarik tajuk ini untuk dikongsikan kepada semua. Tajuknya pun sekali baca sudah rasa takut. Betul Tak ??? Ok Ratu mula kongsikan petikan yang Ratu baca ini.

Suatu hari, Imam Fath Al-Musili berkata kepada anak-anak didiknya, "Bukankah seorang pesakit jika tidak diberi makan, minum dan ubat selama 3 hari ia akan mati?' Anak didiknya menjawab "Ya." Guru yang bijak ini melanjutkan: "Begitu juga hati kita. Jika tidak diberikan ilmu dan dan hikmah selama 3 hari, ia akan mati."

Setiap amalan bersumber daripada hati. Hati yang baik akan melahirkan perbuatan yang baik. Dan hati yang rosak akan melahirkan perbuatan yang buruk. Meskipun ia melakukan kebaikan, namun tersimpan niat buruk di sebaliknya. Oleh itu, hati sangat menentukan kualiti amalan seseorang. Rasulullah SAW bersabda: Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad. Dan apabila ianya rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, daging itu adalah hati (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hati manusia sangat ajaib. Ia selalu berubah-ubah dan sangat mudah dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran. Apa-apa yang dilihat ataupun didengar ianya mampu merubah suasana hati. Sebagaimana tubuh badan, hati boleh sihat ataupun sakit. Tanda hati yang sihat adalah ia giat melakukan ibadat dan amalan kebajikan. Setiap amalan ibadah dan zikir terasa nikmat untuk dikecapi. 

Bagaimana pula hati yang tengah sakit?  Hati yang tengah sakit, ia tidak merasakan manisnya ibadat. Ia tidak tahan berlama-lama dalam aktiviti ibadah. Sebaliknya, ia sangat seronok melakukan maksiat. Imam Tabiin di Basrah yang bernama Hasan Al-Basri pernah mengajarkan teknik semak kesihatan hati. Beliau berkata: "Rasakanlah kemanisan dalam 3 perkara : ketika melakukan solat, membaca Al-Quran dan ketika berzikir. Jika engkau merasakannya, maka bergembiralah. Namun, jika kau tidak merasakannya, maka ketahuilah bahawa pintu hatimu telah tertutup".

Hati orang kebanyakan seperti kita tidak berapa sihat. Kita sedari ataupun tidak, pelbagai penyakit tersimpan di dalam hati kita seperti hasad dengki, dendam, tamak, kedekut, meragukan janji Allah dan lain-lain. Tingkatan sakit itu berbeza-beza mengikut situasi. 

Oleh itu, kita perlu segera mengubati hati kita. Ubat hati adalah hikmah dan ilmu yang memperkenalkan tuhannya, hakikat dirinya dan tugasan yang mesti ia lakukan di dunia sebagai hamba Allah. Semua itu boleh didapatkan apabila kita bercampur dengan orang-orang yang "berhati sihat."

Berkata Ibrahim Al-Khawas, "Ubat hati 5 perkara: Membaca Al-Quran sambil memahami maknanya, mengosongkan perut, solat malam, berdoa pada waktu fajar dan bergaul dengan orang-orang yang soleh"

Jika kita tidak segera mengubati hati yang sakit, ia akan terus sakit. Suatu hati nanti, ianya bahkan boleh mati. Ianya bersesuaian dengan tajuk kali ini yang mana orang yang mati hati lebih berbahaya daripada mati jasad. 

Sebab orang yang mati jasad boleh dikuburkan. Orang yang mati hati akan menjadi sampah masyarakat. Ia menganggu kehidupan masyarakat dan tidak boleh dibuang ataupun ditanam.

Tatapan dari,

Tuesday, April 16, 2013

Puteri Raja Ratu Tidak Sihat

Sejak akhir-akhir ni, Puteri Raja Ratu tidak sihat. Dia mengalami demam panas. Mungkin demam hendak tumbuh gigi geraham bongsu ataupun sekarang ni memang musim kanak-kanak mengalami demam? Entah lah Ratu pun tidak pasti. Tapi apa yang pasti, sekarang ni memang ramai kanak-kanak mengalami demam panas dan batuk. Ratu juga baru teringat, baru-baru ini Raja dan Ratu ada pulang ke kampung halaman Raja. Pada ketika itu, kakak ipar Ratu tidak berapa sihat . Dia mengalami demam panas. Sekali dia nampak Puteri Raja Ratu terus dia peluk dan menciumnya. Pada awalnya, Ratu tidak mengetahui bahawa kakak ipar Ratu itu tidak sihat. Selepas dia mencium Puteri Raja Ratu, Ratu terdengar suaranya serak-serak. Masa itulah, baru Ratu mengetahui bahawa kaka ipar Ratu itu demam panas. ALAMAK !!!! Puteri Raja Ratu telah diciumnya. Dalam hati Ratu sudah terdetik, "alamak !!!! Jangan Puteri Raja Ratu akan demam panas pula nanti" Adakah dia berjangkit ?? Tapi tidak mungkin sebab 3 hari lepas tu, barulah Puteri Raja Ratu demam panas.

Pada awalnya, Puteri Raja Ratu ini sihat seperti biasa. Pada waktu malam dia tidur dengan nyenyaknya. Lebih kurang jam 12.00 tengah malam, Ratu ingin menukar lampin pakai buang. Masa itulah, Ratu terdengar, Puteri Raja Ratu mengerang. Tapi waktu itu, Ratu tidak mensyaki apa-apa. Lebih kurang, pukul 3.00 pagi, Ratu tersedar dan mendapati Puteri Raja Ratu mengalami demam panas. Keesokkan harinya, Ratu meminta bantuan ibubapa Ratu untuk membawa Puteri Raja Ratu ke klinik. Kali ini, Ratu tidak dapat menemani Puteri Raja Ratu kerana kesibukan kerja. Nasib baiklah ibubapa Ratu membantu. Kalau tidak, tertekan Ratu dibuatnya.

Ratu juga agak terkejut apabila menerima panggilan telefon dari ibubapa Ratu yang mengatakan Puteri Raja Ratu sentiasa nagis dan badannya sangat panas. Ratu jadi serba salah. Dalam situasi sebegini dengan keadaan Ratu yang sibuk kerana sebentar lagi Ratu ada terlibat dengan perbincangan. Begitu juga dengan Raja. Nasib baiklah ibu bapa Ratu menghulurkan bantuan terus membawa Puteri Raja Ratu ke Poliklinik yang berhampiran.

Dalam kesibukan nak kejar sana sini.. Raja dan Ratu boleh tidak terfikir pula tentang kegunaan 'COOL FEVER' di waktu-waktu sebegini. Terus Ratu tepuk dahi. Kenapa la boleh tak terfikir. Sekurang-kurangnya ianya boleh mengurangkan panas badan sedikit. Nasib baik jiran mengingatkan. Tanpa berlengah masa terus Raja dan Ratu membelinya di kedai yang berhampiran.



Moga-moga Puteri Raja Ratu cepat sembuh dari demamnya. Ubat telahpun diberikan mengikut waktunya. Ayah dan Ibu minta maaf tidak dapat menemanimu ke klinik untuk kali ini. Emm..

Tatapan dari,

Friday, April 12, 2013

Promosi Di Laman Mudah.my

Sejak kebalakangan ini, Ratu sering meninjau ke mudah.my untuk melihat pelbagai barangan yang dijual di laman ini. Dari situlah, Ratu terfikir untuk meletakkan Al-Quran Digital yang Ratu jual ini untuk dimuatkan di laman ini. Seperti biasa, Ratu melengkapkan keperluan yang diperlukan termasuklah gambar. Akhirnya kelulusan diterima.

Inilah gambarnya di laman mudah.my,


Di laman mudah.my, klik perkataan ini, Ratu sudah link kan dengan lamannya. Tapi ruangan yang diberikan ini tidak lama kerana ianya mempunyai tempoh 2 bulan sahaja.

Tak rugi memiliki Al-Quran Digital ni.. Ini kerana Al-Quran Digital ini mempunyai pelbagai fungsi. Antara kandungannya:
1.         Al- Quran 30 juzuk, 114 surah
Beserta dengan TERJEMAHAN, TEKS & AUDIO
Teks Al-Quran menggunakan Resam Uthmani
Bacaan oleh Shaikh Abdul Rahman Al-Suddais & Shuraim
Terjemahan Al-Quran : Bahasa Melayu, Indonesia, Urdu, Turkish dan lain-lain
2.         Panduan solat & taharah
3.         Asma Ul-Husna
4.         Waktu solat & azan automatik beserta arah Kiblat
5.         74 Doa Haji dan Umrah beserta TEKS dan AUDIO. Memudahkan mereka yang ingin mengerjakan umrah & haji.
6.         14 Doa selepas solat beserta TEKS dan AUDIO
7.         81 Doa harian
8.         Radio.fm 
9.         Mempunyai ruangan untuk MEMORY CARD,  VIDEO              
            KLIP, NASYID, RECORDING
10.       Belajar Muqaddam
Pembelajaran KESELURUHAN Muqaddam beserta TEKS & AUDIO 

JADI, APA TUNGGU LAGIIII !!!! 
HARGA PROMOSI RM285.00 (TERMASUK KOS PENGHANTARAN)
Untuk makluman, RM5.00 setiap pembelian akan disumbangkan kepada Badan Kebajikan.

Untuk maklumat lanjut sila layari,
ataupun

boleh juga dihubungi melalui talian telefon 012-6844870/ 017-6611202

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267