Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Wednesday, September 30, 2009

Outstation untuk honeymoon ke urusan kerja?

Hari tu Ratu cuti 3 hari ikut Raja outstation. Kami ke Terengganu, Raja ada urusan kerja di sana. Masa tu Raja mengadu sakit kaki. Mungkin kesan dari jatuh pokok ketika diserang penyengat hari tu. Kami telah ke hospital untuk x-ray kaki Raja. Alhamdulillah, doktor mengesahkan tiada apa-apa berlaku pada kaki Raja. Lega rasanya kami masa tu. Tapi, Ratu risau melepaskan Raja keseorangan ke Terengganu dengan keadaan kakinya. Ratu pun ikut. Sayang punya pasal. Siapa tak sayang suami beb! Haha..

Di Terengganu, Raja dengan urusan kerja Raja & Ratu dengan urusan Ratu. Ada masanya Ratu lepak kat hotel jer, ada masanya Raja ada minta Ratu ikut. Raja kata kalau Ratu ikut, dia bersemangat sikit untuk wat urusan kerja. So sweet.. jangan jealous!! Muka Ratu dah malu2 merah2 padam ni. Haha. Raja ni cepat risau bila Ratu sorang2 kat hotel. Bila Ratu ikut Raja, habis urusan Raja bawa Ratu jalan2. Raja tunjukkan kawasan kerjanya di kilang minyak Petronas & Optimal. Jalan punya jalan, kami ternampak bangkai pelantar minyak. Ratu pun ambila la gambar. Mungkin bangkai ni dibawa dari tengah laut ke darat.

Pas tu Raja bawa Ratu pergi beli tudung. Mulanya, Ratu tak nak beli. Dah Raja suruh pilih, Ratu pun pilih la. Agak murah gak harganya di mata Ratu. Tudung yang harga RM75, kat Terengganu harganya RM55.00 2 pasang. Ratu pun pe lagi, dah Raja bagi 'lampu hijau' kan, Ratu pun pilih. Malam lak, rakan Raja belanja kami makan di Hotel di Awana Kijal. Ni lah pemandangan di hotel tu..

Pas tu Raja ada discussion kerja. Habis segala urusan, keesokkan pagi kami berangkat pulang. Dalam perjalanan, kami singgah jap di Kuantan. Raja nak belikan sesuatu untuk Ratu. Korang rasa apa? Hadiah?? hehe. Tul.. tul.. tul.. Hadiah birthday Ratu sebab hari tu birthday Ratu. Hadiah apa? Korang nyanyi lagu birthday dulu, baru Ratu tunjukkan. Birthday Ratu kali ni disambut masa kami outstation. Terasa lak outstation ni untuk honeymoon ke urusan kerja?

Tatapan dari,

Monday, September 28, 2009

Rezeki.. Rezeki.. Bulan Ramadhan & Syawal

Maafla, lama sangat Ratu tak update. Maklumlah sibuk sikit. Kali ni Ratu nak cerita pasal apa yang kami terima sepanjang bulan Ramadhan untuk menyambut Syawal. Rezeki..rezeki.. Haha.. Pertama, Ratu terima 10 botol air minuman, 2 darinya dari pembekal syarikat tempat kerja Ratu & 5 botol darinya pihak syarikat bagi untuk pekerjanya & 3 lagi kedai tempat selalu family Ratu beli barang dapur. Waa, rezeki..rezeki.. tak perlu Ratu beli air lagi.

Ratu juga ada terima hadiah pemberian Datuk Hamzah, telekung untuk semua pekerja perempuan di tempat kerja Ratu manakala pekerja lelaki pula menerima kain pelikat. Rezeki..rezeki.. Jangan jealous la beb.. Haha...


Ni pula hadiah pemberian Datuk Ghafar untuk Ratu. Ratu terima paper bag ni yang mengandungi sepasang kain, 1 botol jus besar air mangga & 1 kotak kurma. Rezeki.. Rezeki.. Ni yang Ratu fikir ni kain tu nak wat baju apa yek.. Baju kurung ker... Baju kebaya ker.. Baju kurung Pahang ker..emm, akan difikirkan..

Selain itu, Ratu juga terima 1 kotak kurma, duit raya dari pelanggan syarikat tempat Ratu kerja RM100 beb... Datuk Hamzah pun beri duit raya RM100. waa.. rezeki..rezeki..jangan jealous la beb!!!



Tatapan dari,

'Selamat Hari Raya'

Di sini kami dari teratak ini ingin mengambil kesempatan mengucapkan 'Selamat Menyambut Bulan Syawal' kepada semua pembaca & followers kami. Kami tahun ni sambut Syawal secara sederhana, sebab ada tanggungjawab yang perlu kami laksanakan tahun ini. Insya Allah. Biarpun sederhana tapi meriah. Inilah ucapan kami,

Seribu kemaafan diminta..
Jika ada tersalah kata...
Ketidaksopanan tingkah laku..
Terkasar bahasa...
Semoga lebaran disambut dengan penuh kegembiraan..
Sambil tidak lupa menziarah sanak saudara sambil bermaaf-maafan..
Serta ziarah pusara ahli keluarga kita yang pergi meninggalkan kita..
Sambil mensedekahkan al-fatihah..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
MAAF ZAHIR & BATIN..
DARI TERATAK ISTANA RAJA & RATU..

Ni antara kiriman yang kami terima dari followers kami. Antaranya Kak Azah Ahmad. Thanks kak atas kiriman kad ni & wish birthday Ratu. Tahun ini Ratu sambut birthday dalam bulan Ramadhan. Tapi tu bukan alasan Raja untuk tak celebrate birthday Ratu. Haha..Tul tak!! Hadiah!! Korang nak tau ker. Hehe. Nanti Ratu tunjukkan.

Ni lak dari kak Norli. Thanks la kak. Ni kami belum jalan ke laman followers kami. Kalau ada lagi kad, kami akan selitkan di sini.
Ni pula, antara sms yang kami terima,
Pertama,
Jambangan indah berseri,
Hiasan di hari Aidilfitri,
SUCI sms Pengganti diri,
Cerminan silaturahimi,
SELAMAT AIDILFITRI, 1 SYAWAL 1430,
MOHON MAAF ZAHIR BATIN..

Kedua,
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga kerterlanjuran kata,
Dalam guran & senda tentu ada khilaf & dosa..
"MOHON AMPUN & MAAF DIATAS SEGALANYA.."
SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI

Ketiga,
Setelah sebulan kita menahan lapar & dahaga..
Kini tiba 1 Syawal hari yang mulia..
Jika ada salah & silap..
Mohon maaf dipinta..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..

Keempat,
Dari ArAB PuLANG Ke Batu PaHaT..
iNGATkAN aRAB rUPANYA pAKISTAN!..
Sahabat & tAuLAn masih di IngaTAN..
Di Hari Mulia INI KU POHON KeMaaFan..
SELAMAT HARI RAYA..

Kelima,
Ketupat Pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
Sms dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di Aidilfitri.
SELAMAT HARI RAYA..
MAAF ZAHIR & BATIN..

Keenam,
Kalaulah ada sumur di ladang,
Boleh la kita menumpang mandi,
Ramadhan pergi Syawal mendatang,
Setahun sekali Aidilfitri kini kembali.
SELAMAT HARI RAYA..
MAAF ZAHIR & BATIN..

Ketujuh,
Enjin vtec pickup kuat,
Vtec turbo starting melompat,
Kad raya nak hantar dah tak sempat,
SMS je lebih cepat.
SELAMAT HARI RAYA..
MAAF ZAHIR & BATIN..

Kelapan,
Hidangan ketupat menjadi tradisi,
Penyeri sajian di Aidilfitri,
Kemeriahan dikongsi sudahlah pasti,
Semoga kemesraan ini kekal abadi.
SELAMAT HARI RAYA..
MAAF ZAHIR & BATIN..

Kesembilan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Semoga selamat & Berbahagia..
Bersama orang tersayang & keluarga tersayang..

Kesepuluh,
Tangan dihulur tak kesampaian,
Senyuman diukir tak kelihatan,
Sms kukirim tanda ingatan,
Di Aidifitri kita bermaafan.
SELAMAT HARI RAYA..
MAAF ZAHIR & BATIN..

Kesebelas,
Setitik embun dipohon rimbun,
Diatap nipah air bergenang,
Dosa tertimbun mohon diampun,
Salah & silap jgn dikenang.
SELAMAT SAMBUT LEBARAN 1 SYAWAL 1430H

Keduabelas,
Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa..
Dalam bergurau mungkin terlenajur senda..
Dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota..
Dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota..
Dalam berbicara mungkin ada yang menyinggung rasa..
Jika ada kemaafan..
Itu juadah yang dipinta..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..

Ketigabelas,
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Mohon ampun & maaf..
Kiranya terkasar tutur kata & tingkah laku di kala bersua..

Keempatbelas,
Masak lemang sambil berdiri,
Hendak dimakan di Aidilfitri,
Nak hantar kad posmen dah cuti,
Hanya sms pengganti diri.
SELAMAT HARI RAYA...
MAAF ZAHIR & BATIN..

Kelimabelas,
Akal kadang2 salah mentafsir..
Mata kadang2 salah melihat..
Mulut kadang2 lebih berkata..
Hati kadang2 salah menduga..
Kerna itu 1000 kemaafan dipohon..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..

Inilah antara kiriman sms yang dipilih yang kami terima..

Tatapan dari,

Friday, September 4, 2009

Raja diserang 'penyegat'...

Ratu dah tak tahu nak mula cerita dari mana? Emm..sedih gak ni. Apa leh buat? Nak dijadikan sebab. Jumaat lepas, Ratu dapat tahu bapa sedara Ratu (Alang) diserang 'Batu Karang' & ditahan wad di Hospital Muar. Alang mengadu tak boleh buang air kencing. Nak tunggu 'Ultrasound' 2 bulan lagi. Dah tak tahan, kami uruskan appointment dengan doktor pakar Sabtu pukul 7.00 pg di Putra Hospital. Hasil kepakaran doktor tu, batu karang berjaya dikeluarkan. Ahad, baru keluar hospital. Doktor sarankan beli 'Ural' bagi melawaskan air kencing. Ni Ratu nak bagi tips kit, pesakit batu karang ni kena yak mimum air barli & kurangkan makan petai, jering & rakan2 nya. Ratu nak tanya korang, BATU KARANG NI KETURUNAN KER sebab atuk Ratu & ayah Ratu pun kena.

Bila alang dah keluar hospital terus ajak kami ke rumahnya untuk petik buah duku. Kami pun pergi. Raja mula panjat pokok. Ratu, ayah, mak & alang petik di bahagian bawah pokok. Kami dapat hampir 2 baldi buah duku. waa..seronoknya. Tiba2..jen..jen..jen..baldi yang dipegang Raja di atas pokok jatuh ke bawah. Ratu gi menuju ke baldi tu. Tiba2 Raja jatuh di sebelah Ratu. Ratu TERPERANJAT. Alang jerit PENYEGAT!!! Ratu & ayah Ratu terus buang semua penyengat yang serang Raja tanpa pedulikan tangan kami juga disengat. Raja dah mengerang SAKIT sebab kaki kanannya terseliuh. Mak & alang terus ambil pucuk daun & sapukan dibahagian sengat. Raja di bawa ke rumah. Ratu sapukan minyak gamat di bahagian kaki & urut kit2. CAM LA TEROR URUT. Haha. Tiba2 Raja sesak nafas & muntah. Raja dah tak tahan sebab yak kali muntah terus buka puasa.

Malam tu Raja dibawa ke klinik. Ratu tengok tangan Raja tembam. Doktor keluarkan bisa penyegat tu mana yang boleh & berikan ubat. Doktor inform akan rasa sesak nafas kalau banyak bahagian badan disengat. Ni la ubatnya
Balik, Raja mengadu miang di bahagian yang kena sengat. SAYANG PUNYA PASAL. Ratu cari mana bahagian yang kena sengat & keluarkan bisanya. Pas tu sapu minyak gamat di kaki Raja yang terseliuh tu. Ni la sepit untuk keluarkan bisa tu.
Raja: Seprofessional mana Rigging di tempat kerja, akhirnya jatuh ke tanah jugak.
Ratu: Ala sayang, janji ayang cepat pulih.
Terus Ratu cium dahi Raja tanda SAYANG & semangat kat Raja.

Tatapan dari,

Wednesday, September 2, 2009

Pembaharuan diri ke arah positif

Ratu & Raja mula bermotivasi setelah lama menyepi dalam ruangan ini. Lama ke? Now, We’re back. Kembali.. kembali membawa kemenangan. Haha. Ingat nak berperang ke.. Sebelum memulakan khutbah hari ini, CEWAAH!! tanyalah pada diri apa pembaharuan yang nak dicapai?
Adakah kita nak jadi pelajar yang lbh cemerlang? Adakah kita nak naikkan CPA semester ini ATAU
Adakah kita nak jadi pekerja cemerlang untuk rebut pengalaman.. rebut jawatan tinggi. rebut pengiktirafan pekerja cemerlang? ATAU
Adakah kita nak jadi seorang yang berpesonaliti tinggi.. jadi idola orang lain.. berpandangan jauh?
Apakah pembaharuan yang dimahukan?

Kita semua manusia biasa. Betul tak? Bukan semuanya perfect. Betul tak? Adakalanya kita perlukan pembaharuan. Cam ungkapan ni.
Hari ini mesti lakukan yang terbaik dari semalam..
Hari esok mesti lakukan yg terbaik dari hari ni..

Betul tak? Hei, berapa banyak Betul tak da.. Haha. Pembaharuan diri ini melibatkan 4 item iaitu,
Pembaharuan dari segi Fizikal..
Pembaharuan dari segi Mental..
Pembaharuan dari segi Rohani..
Pembaharuan dari segi Jasmani..
Di sini disenaraikan 5 langkah iaitu:

1. KENAL DIRI SENDIRI
Di sini kita perlu kenal siapa diri kita. Apa kelebihan & kekurangan diri? Apa yang mampu & tidak mampu dilakukan? Dari situ kita belajar dari pengalaman lepas..belajar dari kesilapan lepas.. Kemudian, tanamkan semangat untuk mulakan kehidupan baru..

2. SAYANGI DIRI SENDIRI
Belajarlah hormat diri sendiri. Jangan jadi hipokrit & terimalah kekurangan diri seadanya. Dari situ, kita akan rasa selesa dengan apa yang kita ada. KITA BOLEH BERUBAH. Kita boleh buat pembaharuan diri tapi bukan HIPOKRIT.

3. FIKIRKAN APA PEMBAHARUAN YANG NAK DILAKUKAN
Kita bertanggungjawab ke atas diri kita. Jadi, ambilah ruang & sedikit masa bagi diri kita untuk merancang & membangunkan matlamat diri. Dari situ, fikirkan apa pembaharuan yang ingin dilakukan? Apa yang diinginkan? Jangan lupa tetapkan tempoh bilakah matlamat itu akan dicapai?

4. AMBIL TINDAKAN UNTUK PEMBAHARUAN
Sebelum tindakan mula diambil, jangan lupa setiap perkara perlukan perancangan. Dari situlah, kita aturkan tindakan supaya pembaharuan diri tidak menjadi mimpi. Tapi perancangan sahaja tidak cukup tanpa pengurusan masa yang betul & disiplin diri.

5. ADAKAH KITA MENCAPAI PEMBAHARUAN?
Kita perlu mengawal & mengawasi proses & pencapaian yang dibuat. Tindakan perlu dibuat untuk membetulkan keadaan jika ianya tersasar daripada pembaharuan seperti yang diinginkan. Ingat ya, tindakan yang perlu diubah BUKAN pembaharuan yang diinginkan itu diubah.

Waa..banyak tips yang Ratu & Raja bagi ini.. Semoga jadi panduan.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267