Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Thursday, January 24, 2013

Januari 2013 Al-Quran Mendapat Tempahan

Pertama sekali, di awal bulan di tahun baru ini Raja Ratu ingin mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada salah seorang daripada pelanggan Ratu yang mana pernah membeli Al-Quran Digital dan jadikannya sebagai hantaran pertunangan. 

Inilah orangnya bersama suaminya, 

Ratu ingin ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU. Semoga mahligai perkahwinan yang dibina ini berkekalan hingga ke akhir hayat.. hingga ke anak cucu.. AMIN..

Pada bulan ini juga Ratu menerima beberapa tempahan Al Quran Digital Digital Al-Razzaq termasuklah tempahan online ini daripada Dzul Fazlan Izzat bin M. Fadzil dari Batang Kali, Selangor. Dzul Fazlan membeli sebuah Al-Quran Digital. Stok Al-Quran Digital kali ini telah habis dan Ratu sedang menunggu stok baru yang dijangka sampai hari ini. BAGAIMANA PULA DENGAN ANDA ?????

Antara kandungannya:
1.         Al- Quran 30 juzuk, 114 surah
Beserta dengan TERJEMAHAN, TEKS & AUDIO
Teks Al-Quran menggunakan Resam Uthmani
Bacaan oleh Shaikh Abdul Rahman Al-Suddais & Shuraim
Terjemahan Al-Quran : Bahasa Melayu, Indonesia, Urdu, Turkish dan lain-lain
2.         Panduan solat & taharah
3.         Asma Ul-Husna
4.         Waktu solat & azan automatik beserta arah Kiblat
5.         74 Doa Haji dan Umrah beserta TEKS dan AUDIO
6.         14 Doa selepas solat beserta TEKS dan AUDIO
7.         81 Doa harian
8.         Radio.fm 
9.         Mempunyai ruangan untuk MEMORY CARD,  VIDEO              
            KLIP, NASYID, RECORDING
10.       Belajar Muqaddam
Pembelajaran KESELURUHAN Muqaddam beserta TEKS & AUDIO 

JADI, APA TUNGGU LAGIIII !!!! 
HARGA PROMOSI RM280.00 (TERMASUK KOS PENGHANTARAN)
Untuk makluman, RM5.00 setiap pembelian akan disumbangkan kepada Badan Kebajikan.

Untuk maklumat lanjut sila layari,
ataupun

boleh juga dihubungi melalui talian telefon 012-6844870/ 017-6611202

Tatapan dari,

Monday, January 21, 2013

Hadir Kursus Di Hujung Minggu

Semalam Ratu terlibat dengan kursus yang diadakan pada hari Sabtu dan Ahad iaitu pada 19 Januari 2013 dan 20 Januari 2013. Yang paling menyedihkan bagi Ratu, kali ini Ratu kena pergi kursus seorang diri. Selalunya, Raja akan meluangkan sedikit masa untuk menemani Ratu. Maklumlah, kursus yang diadakan ini pun dibuat pada hujung minggu. Tapi apa boleh buat, pada kali ini Ratu perlu hadiri seorang diri. Raja pada ketika ini sangat sibuk dengan tugasnya sampai Sabtu dan Ahad pun kena bertugas. Emm..

Rasa-rasanya, sudah lama Ratu tidak menyertai mana-mana kursus sebelum ini. Tapi bila Ratu kena hadiri kursus kali ini, Ratu rasa macam malas nak datang pun ada. Emm.. Mana tidaknya, Raja pula tidak dapat temani Ratu. Kalau Raja temani Ratu, Ratu rasa seronok dan bersemangat sedikit. Emm.. Tak boleh macam ni Ratu.. Ececeh !!!! Cakap dengan diri sendiri nampak. 

Pada mulanya, Ratu rasa seperti agak boring sedikitlah kursusnya. Tapi bila dah lama tu.. Emm.. Rasa seronok pula dengan pelbagai aktiviti yang diadakan. Program-program seperti ini sudah semestinya menambahkan lagi pengetahuan dalam diri kita. 

Inilah antara aktiviti yang dijalankan,


Seronok pula dengan aktiviti-aktiviti macam ni. Terasa hilang stress bekerja seketika. Hehe.. Kursus seperti ini sedikit sebanyak memberikan motivasi kepada diri Ratu sendiri. Banyak jugalah ilmu-ilmu yang dapat Ratu kutip melalui kursus ini. Moga-moga ada lagi kursus-kursus seperti ini lagi nanti untuk menambah ilmu di dada di masa hadapan. Hehe..

Tatapan dari,

Thursday, January 17, 2013

Selamat Hari Lahir Datuk Hamzah

Pada awalnya, Ratu juga tak teringat mengenai Hari Lahir Datuk Hamzah semalam. Apa ???? Siapa Datuk Hamzah ????? Kalau korang nak tahu Datuk Hamzah ni adalah salah seorang daripada pengarah syarikat tempat Ratu bekerja. Ratu baru teringat setelah rakan sekerja Ratu keluar dengan niat untuk membeli kek di Secret Recipe. 

Ratu bersama rakan-rakan Ratu ada merancang ingin membuat kejutan untuk Datuk Hamzah. Datuk Hamzah memang tidak mengetahui kehadiran kek ini di pejabat Ratu sempena Hari Lahirnya tahun ini. Sebenarnya, Datuk Hamzah ni jarang berada di pejabat Ratu. Dia akan singgah di pejabat Ratu jika ada beberapa dokumen yang perlu di tandatangan atau terlibat dengan mesyuarat-mesyuarat tertentu termasuklah menyuarat Lembaga Pengarah syarikat di pejabat Ratu. Kebetulan semalam, Datuk Hamzah memang ingin singgah ke pejabat Ratu untuk tandatangan beberapa cek. Jadi, Ratu dan rakan-rakan Ratu merasakan inilah masa yang sesuai  untuk membuat kejutan kepada Datuk Hamzah nanti.

Ratu dan beberapa rakan Ratu rancang.. Setelah Datuk Hamzah selesai menandatangani beberapa cek syarikat, Ratu bersama rakan-rakan Ratu akan nyanyikan sama-sama lagu Selamat Hari Jadi sambil membawa kek tersebut. Kini tibalah masanya seperti masa yang dijanjikan, Datuk Hamzah tiba di pejabat Ratu lebih kurang pukul 5.00 petang. 

JEN !!! JEN !!! JEN !!!! SELAMAT HARI JADIIIII.. SELAMAT HARI JADI.. SELAMAT HARI JADI DATUK HAMZAH.. SELAMAT HARI JADIIII.. Inilah gambarnya yang diambil,

Akhir kata, Ratu ingin ucapkan SELAMAT HARI LAHIR DATUK HAMZAH yang ke.... tutttt !!!! Semoga dipanjangkan umur, disihatkan tubuh badan dan dimurahkan rezeki. Semoga kita dapat sambut lagi Hari Jadi Datuk pada tarikh yang sama di tahun hadapan. AMIN !!!

Tatapan dari,

Sunday, January 6, 2013

Puteri Raja Ratu Menerima Hadiah Tahun Baru

Pada hari Jumaat ni, Ratu mengambil keputusan untuk bercuti memandangkan Raja juga turut mengambil cuti untuk berehat selama 2 hari. Kira-kira pukul 10.15 pagi selepas Ratu memandikan Puteri Raja Ratu, pintu rumah Ratu diketuk. Alamak !!! siapa tu ???? Bila diintai, rupa-rupanya jiran belakang rumah Ratu. Ratu pun buka pintu. Sekali tengok, rupa-rupanya jiran Raja Ratu tu ingin memeberikan hadiah kepada Puteri Raja Ratu ni. Haha.. Waaaaa !!!! Puteri Raja Ratu ni terima hadiah sempena tahun baru ni ya.. Ish !!!!! Tak aci macam ni. Ratu pun nak juga la.. Tapi minta hadiah daripada Raja la.. hAA.. hAA.. Raja jangan nak mengelat atau melarikan diri HAA..

Sebenarnya, jiran Raja Ratu ni memang rapat dengan Raja Ratu. Ditambah lagi, dengan kehadiran puteri bongsu mereka yang sebaya dengan Puteri Raja Ratu. Cuma bezanya Puteri Raja Ratu muda sebulan berbanding dengan anak mereka. Jadi, kalau mereka ada belikan sesuatu yang istimewa untuk anak mereka, pasti mereka mesti belikan untuk Puteri Raja Ratu sekali. Raja Ratu pun turut sama mengingati puteri mereka apabila ingin membelikan sesuatu untuk Puteri Raja Ratu. Tak sedap pulak la kan. Tapi tidak selalulah. Kalau selalu, pengsan laaa..

Inilah hadiah yang Puteri Raja Ratu terima,


Apa-apapun, terima kasihlah Ratu ucapkan kepada jiran Raja Ratu tu yang daripada kaum India iaitu Shanti. Terima kasihlah atas pemberian ini. Bolehlah Puteri Raja Ratu gunakan nanti sebagai bantal peluknya apabila tidur.. BUKAN BANTAL BUCUK YA... Hehe..

Tatapan dari,

Friday, January 4, 2013

Ulang Tahun Perkahwinan Raja Ratu Ke 5

Hari ni di hari Jumaat.. Penghulu segala hari.. Hari ini genap lah Ulang Tahun Perkahwinan Raja Ratu yang ke 5. Pejam celik.. Pejam celik sudah 5 tahun Raja Ratu mengharungi bahtera perkahwinan kami bersama.. Susah senang bersama.. Alhamdulillah.. Di hari ini.. Di tahun ini.. Di waktu dan ketika ini.. Kalau diulang kembali 5 tahun lalu.. Ketika ini Raja Ratu sibuk dengan persiapan untuk Majlis Pernikahan Raja Ratu yang berlangsung selepas solat Jumaat. Tahun ini Ratu rasa bertuah kerana tarikh ulang tahun perkahwinan Raja Ratu jatuh pada hari Jumaat bersamaan dengan hari pernikahan Raja Ratu 5 tahun lepas.. Hehe.. Nak jugak hari yang sama tu.. Jangan jealous !!!!!

Hari ini hari yang paling bermakna buat Raja Ratu dan tahun ini Raja Ratu rasa sangat-sangat bersyukur kerana banyak perkara yang Raja Ratu impikan bersama selama ini tercapai. Raja Ratu ni bukanlah orang dari golongan orang berada. Tapi Raja Ratu cuba bangkit untuk majukan diri untuk kami sekeluarga. Cuba lakukan yang TERBAIK untuk masa depan kami sekeluarga. Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan dengan lancar. Selama 5 tahun Raja Ratu hidup bersama sebagai suami isteri. Walaupun masih baru lagi usia perkahwinan kami, tapi kalau nak diikutkan perkenalan kami sudah menjangkau lebih 10 tahun. Raja Ratu rasa bersyukur dengan semua rezeki yang Allah berikan kepada kepada kami di sepanjang perkahwinan kami. Syukur sangat.

Apa-apa pun di kesempatan ini Ratu ingin ucapkan jutaan terima kasih lah kepada RAJA HATIKU.. kerana begitu sabar dalam melayan karenah Ratu selama ni. Hehe.. Terima kasih sanggup susah senang bersama.. Saat-saat getir.. Saat-saat sukar.. Saat-saat sedih sehingga menitiskan air mata.. Saat indah.. Saat-saat tatkala kita tersenyum lebar.. Semuanya tersusun kemas dalam kotak lipatan memori Ratu dan pastinya Ratu tidak akan lupakan.


Apa yang Raja Ratu harapkan semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Semoga kita dapat mengecapi apa yang kita impikan nanti.  Amin.. Amin.. Amin.. Sesungguhnya wahai Raja hatiku.. Ratu amat menyayangi dirimu.. ceh !!! ceh !!!! Jangan nak berjiwang lak kat sini ya.. Hehe..

Tatapan dari,

Wednesday, January 2, 2013

Selamat Datang Tahun 2013

Di awal tahun 2013 ini, Raja Ratu ingin memulakan semangat baru di tahun baru ini. Raja Ratu mengharapkan sinar kegembiraan yang tak sabar menanti dan menyambut kedatangan kami sekeluarga. Itulah harapan kami. Raja Ratu ingin jadikan tahun 2012 adalah tahun yang terindah dalam hidup kami sekeluarga setakat ini dan kami jadikan ianya sebagai pembakar semangat untuk terus bekerja keras untuk mengejar impian kami yang telah berada di hadapan mata. Raja Ratu memang bersyukur sangat dengan pemberian yang Maha Esa yang memudahkan segala urusan kami sepanjang tahun 2012. Syukur Alhamdulillah.. Ada beberapa perkara yang Raja Ratu tak sangka kami dapat kecapinya. Semuanya bagaikan sebuah mimpi. Seperti tidak percaya kami dapat mencapai apa yang diimpikan sepanjang tahun 2012.

Di awal tahun 2012, Raja Ratu berjaya mengumpul sebuah aset untuk masa hadapan kami iaitu sebidang TANAH. Alhamdulillah syukur sangat. Biar pun agak sukar untuk kami memiliki aset sebelum ini. Ratu nak ceritakan pun bagaimana ianya terjadi, biarlah ianya menjadi rahsia Raja Ratu. Biarlah Raja Ratu dan keluarga kami sahaja yang tahu. Tapi kali ini Alhamdulillah, Raja Ratu berjaya memilikinya. Apa yang akan Raja Ratu buat pada tanah ini, Raja Ratu tidak terfikir lagi buat masa ini. Pada awalnya, mungkin tanah ini Raja Ratu boleh bina rumah impian kami. Emm..

Kemudian sekitar bulan Februari 2012, Ratu ada menerima sepucuk surat dari Tabung Haji mengenai tawaran yang diberikan kepada Ratu untuk menunaikan Haji. Kalau nak diikutkan walaupun Raja tidak menerima tawaran ini, Ratu boleh mengajak Raja sebagai mahram Ratu untuk turut sama menunaikan Haji. Tapi setelah perbincangan dibuat dan Raja Ratu telah fikir sedalam-dalamnya, Ratu terpaksa menolak tawaran ini. Lagipun, Raja Ratu baru sahaja melaburkan sejumlah wang untuk membeli tanah. Ditambah lagi dengan kehadiran Puteri Raja Ratu yang masih kecil yang tidak sampai setahun umurnya dan beberapa perkara lagi yang perlu fikirkan menyebabkan Ratu terpaksa menolak tawaran itu. Ratu telahpun mengutarakan kepada Tabung Haji mengenai keputusan Ratu. Hasil perbincangan antara Ratu dan pihak Tabung Haji dibuat, satu tahun telahpun diputuskan untuk Raja Ratu menunaikan Haji. Bilakah tahun itu ??? Akan Raja Ratu umumkan apabila sampai masanya nanti.

Dalam pertengahan tahun 2012, Raja pula menerima tawaran kerja di tempat baru dengan dengan gaji baru. Alhamdulillah, Ratu bersyukur dengan dengan berita gembira ni sebab tempat kerja Raja tidaklah jauh sangat dengan tempat kerja Ratu. Jadi, walaupun waktu kerja kami berbeza.. Bila kami balik.. Boleh balik kerja sama-sama.. Atau makan tengah hari sama-sama. Raja Ratu juga bersyukur dengan tawaran gaji yang ditawarkan kepada Raja. Alhamdulillah..

Raya tahun 2012, Raja Ratu sambut dengan meriah dengan kehadiran Puteri Raja Ratu tercinta. Alhamdulillah, dapatlah kami gayakan pakaian baru.. kasut baru.. beg baru.. Alhamdulillah, rezeki kami murah pula di bulan Ramadhan tu. Raja Ratu bersyukur sangat. Dapatlah Raja Ratu menyediakan kelengkapan Raya dengan serba sederhana tapi meriah untuk keluarga kami termasuklah ibubapa kami. Dari segi jualan Al-Quran Digital yang baru Ratu lancarkan pada tahun 2012 juga mendapat sambutan baik. Alhamdulillah..

Hujung tahun 2012, Ratu mula menggorak langkah menambah satu lagi aset untuk masa depan kami iaitu RUMAH. Sebenarnya,ini adalah antara perancangan Raja Ratu pada tahun hadapan. Tapi memandangkan ada beberapa rumah yang Raja Ratu ingin miliki terlepas. Ada salah sebuah rumah ni Ratu baru dapat tahu sudah tinggal 2 buah sahaja. Jadi, Ratu berbincang dengan Raja dan hasil daripada perbincangan ini, Ratu mengambil keputusan untuk mencuba nasib untuk memiliki rumah terbabit daripada pemaju. Sebelum ini Raja Ratu pernah mempunyai keinginan untuk memiliki sebuah rumah. Tapi, atas sebab-sebab tertentu Raja Ratu terpaksa melepaskan peluang untuk memilikinya. Tak perlah.. yang penting kami sudah berusaha. Kali ini Raja Ratu ingin mencuba nasib kami sekali lagi. Kami tidak boleh berputus asa. Pada mulanya, Ratu rasa seperti kami tidak dapat memilikinya. Tapi bila betul-betul pada hari terakhir di tahun 2012, Ratu menerima panggilan telefon dari 2 buah bank yang menyatakan loan Ratu lulus, Ratu yang pada ketika itu sedang memandu menitiskan air mata gembira. Ya Allah.. Akhirnya.. Akhirnya.. Akhirnya, Raja Ratu sudah ada rumah idaman. Memang Ratu betul-betul tak sangka. Mana dengan tindakan syarikat pemaju yang agak memberikan tekanan kepada Raja Ratu. Pada ketika itu, memang Ratu rasa tertekan. Tapi, akhirnya dapat juga Raja Ratu memiliki rumah. Bila dapat tahu loan Ratu sudah lulus, menitis laju air mata Ratu. Ya Allah terima kasih banyak di atas restuMu mengizinkan Raja Ratu memiliki sebuah rumah idaman kami. Nak tahu rumah apa yang kami miliki. Tunggulah.. Bila sampai masanya nanti Raja Ratu akan umumkan juga.

Inilah yang dikatakan rezeki anak. Tahun 2012 memang banyak memberikan kenangan manis buat Raja Ratu. Ditambah lagi  baru-baru ni Raja Ratu baru mendapat tahu bahawa gaji Raja dan Ratu juga akan naik. Alhamdulillah.. Bila difikirkan kembali memang menitis air mata Ratu ni dibuatnya. Rasa seperti tidak mahu meninggalkan tahun 2012. Tapi itu memang pasti tidak boleh dilakukan. Masa berlalu pantas dan Raja Ratu tidak boleh terpesona dan khayal dengan apa yang kami dapat miliki sepanjang tahun 2012. Kami perlu bekerja keras lagi demi masa depan kami dan anak. Lantas, kami perlu mencapai impian kami yang sudah berada di hadapan yang menunggu untuk dicapai.


Tidak kurang juga Raja Ratu ada menerima tamparan hebat. Masa ni lah Raja Ratu baru kenal yang satu SAHABAT yang mana satu KAWAN. Yang paling Ratu sedih, ada rakan yang mana Ratu pernah membantunya dalam banyak hal. Tapi, bila dia sudah dapat apa yang hendak dimilikinya, kita ditolak ketepi. Peh !!!! Ni memang Ratu tak boleh terima. Depan kata lain. Belakang kata lain. Ratu memang rasa kecewa dengan apa yang berlaku. Tidak mengapalah sesungguhnya Allah sudah tunjukkan kepada Ratu kebenarannya dan menjadikan Raja Ratu lebih matang dalam memilih kawan dalam erti kata yang sebenar.
Apa-apapun, Raja Ratu benar-benar mengharapkan apa yang Raja Ratu berjaya kecapi kali ini TIDAK MELALAIKAN RAJA RATU. Itu adalah harapan Ratu. AMIN.. AMIN.. AMIN..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267