Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Wednesday, December 31, 2014

Musibah Banjir 2014

Di kala kesihatan Ratu yang agak terganggu ini, Ratu rasa tersentuh dengan musibah banjir yang melanda di negara kita ini khususnya di beberapa negeri termasuklah Kelantan.

Bagaimanalah perasaan kita kalau kita berada di tempat mereka ??? Rumah dah tenggelam. Bagaimana dengan perabot dan peralatan rumah mereka yang telah musnah ??? Tidak kurang juga ada yang terkorban ketika ingin menyelamatkan diri. Ada yang rumah mereka sudah tiada lagi akibat dibawa arus air banjir. Bagaimana dengan nasib mereka selepas ini ??? Bagaimana mereka hendak membuat persiapan persekolahan anak mereka yang bakal menjelang tiba ini ??? Bagaimana nasib peniaga-peniaga kecil dan sederhana apabila barang-barang punca rezeki mereka musnah ??? Bagaimana pula dengan kenderaan mereka ??? Bagaimana dengan pendapatan mereka bulan ini ??? 

Banyak sebenarnya yang bermain difikiran mangsa banjir ini. Betul tak ??? Ratu tersentuh dengan pandangan Dato' AC Mizal dalam temubualnya dalam rancangan Meletop.



Inilah antara gambaran apa yang berlaku di Kelantan.


Ini pula gambar ke 2,


Teruk kan. Sama-samalah kita membantu mereka apa yang terdaya untuk mengurangkan beban mereka melalui saluran-saluran tertentu.

Tatapan dari,

Sunday, December 21, 2014

Ratu Tidak Sihat

Baru seminggu Raja dan Ratu sekeluarga balik dari bercuti, Ratu pula sudah mula tidak sihat. Emm.. nampaknya Ratu berjangkit dengan ayah Ratu lah ni. Sebab ayah Ratu semasa bercuti tu tidak sihat. Batuk..

Ratu sudah mula batuk tapi tidak kerap seperti dahulu yang pernah Ratu kena. Ratu terus pergi ke klinik mengambil ubat. Inilah ubat yang Ratu ambil.



Dahulu Ratu pernah kena batuk. Tapi batuk Ratu seperti tidak lepas kahaknya. Sudah macam-macam Ratu cuba makan ubat, tapi kahaknya tidak lepas. Sakitnya perut bila batuk. Ratu mencuba ubat batuk ini. Alhamdulillah, kurang sedikit. Tapi tengok juga lah pada kesesuaian badan seseorang.

Ada juga Ratu baca pelbagai petua orang tua-tua termasuklah makan bawang putih bakar, Minum sesudu kicap yang telah diperahkan dengan limau dan sebagainya. Ratu pun ada mencuba makan bawang putih bakar. Rasa sedap seperti kentang goreng. Macam mana nak buat? Bakar bawang putih tu dengan kulit-kulitnya sekali atas dapur gas. Ratu letak atas jaring-jaring besi yang biasa diguna untuk bakar ikan tu. Ratu letakkan 2 ulas bawang atas tu. Bakar dalam 3 ke 4 minit. Bila kulit bawang tu pun dah hangus. Buangkan kulitnya dan bersihkan sedikit bekas-bekas bakar tu. Lepas tu makan. Rasa pedas bawang tu hilang. Rasanya macam kentang goreng. Lepas tu, Ratu kurang sedikit batuk. Masa tu Ratu rasa ok jer, Ratu boleh terus keluar cari barang-barang untuk rumah baru. Ya lah, kalau tak bila hendak beli barang rasa tidak selesa bila batuk ada. Ratu amalkan lagi makan bawang putih bakar ni. Ratu kurang sedikit berjaga malam. Kalau tidak tidur malam terganggu akibat batuk. Lendir atau kahak pun mudah dikeluarkan. Tapi Ratu tetap makan juga ubat batuk yang diambil di klinik. Tapi hendak katakan 100% baik terus tu tidak lah. Cuma ada kurang sedikit berbanding dahulu, Ratu tidak lagi sakit perut ini bila batuk. Tak sanggup !!!!

Kali ini Ratu rasa bukan batuk sahaja. Ratu terus kena demam, pening kepala dan Selsema. Haishh !!! Semua lah. Aduh hai, ini baru betul-betul suruh Ratu berehat ni. Raja suruh Ratu rehat je. Tapi tidak senang diam Ratu dibuatnya. Sebab ini kan sudah hujung tahun. Jadi, kebanyakkan kedai-kedai perabot ada membuat promosi hujung tahun. Jadi, Ratu ingin juga pilih perabot-perabot untuk rumah baru Raja dan Ratu. Tapi tu lah, keadaan Ratu yang tidak mengizinkan. 

Apa boleh buat..
Tahi ayam bulat..
Boleh buat Ubat..
Cap orang Kuat..
Huhu..

Moga-moga kesihatan Ratu ini cepat lah pulih seperti sedia kala. Di kala, Ratu tidak sihat ini, rezeki pula datang. Ada yang whatsapp hendak beli wallpaper dan aurawhite. Ratu sampai tidak terlayan jer ni. Aduh, cepatlah sembuh batuk ni. Banyak urusan yang perlu Ratu selesaikan. Huhu..

Tatapan dari,

Monday, December 15, 2014

Raja Ke Labuan

Emm.. Raja sudah habis cutinya. Kali ini Raja kena berangkat ke Labuan bagi menghabiskan tugasan di sana. Nasib baik lah Raja bercuti kali ini dapat kami meluangkan masa bercuti sama-sama ke Penang. Memang seronok !!!

Tiket penerbangan Raja adalah pukul 3.00 petang. Raja Ratu kini berada di rumah ibubapa Ratu. Kebetulan ada kenduri di rumah jiran ibubapa Ratu. Jadi, Raja Ratu singgah sekejap. Alang-alang dah singgah, terus makan tengah hari di sana. Huhu. Kang tak payah nak singgah makan lagi. 

Kemudian terus Ratu bersama-sama ibubapa Ratu menghantar Raja ke KLIA 2. Kali ini Raja menaiki kapal terbang Air Asia ke Labuan. Oleh kerana kami sampai awal sedikit. Dapatlah Puteri Raja Ratu melihat kapal terbang.

Selepas itu, Ratu mengajak ibubapa Ratu pergi Nilai 3 untuk membeli serba sedikit barang-barang keperluan untuk rumah baru Raja Ratu. Niat di hati ingin mencari meja tepi katil. Tapi Ratu terpandang bidai kayu di salah sebuah kedai. Ratu hanya bertanyakan harganya sahaja. Bukan niat hendak beli pun. Pemilik kedai tu seboleh-boleh minta Ratu beli bidai tu sehinggakan dia sanggup meletakkan harga terendah. Emm.. Ratu pula bertanyakan pendapat ayah Ratu. Bidai kayu tu ukuran lebih kurang 6 x 8 harga asalnya RM5++. Tapi harganya di tawarkan kepada Ratu RM180. Emm.. apa lagi kena kebas la bidai ni.

Terus tak jadi hendak beli meja tepi. Sebab takut tak muat kereta. Ini pun nak letak bidai ini pun kena letak memanjang. Nasib baik lah tempat duduk belakang ini boleh dibaringkan. 


Kenalah letak memanjang dari bonet ke dashboard kereta. Emm.. Lain yang Ratu hendak cari. Lain yang dibeli. Tapi tak per lah. Memang hendak pakai pun. Lagipun harganya murah.

Tatapan dari,

Friday, December 12, 2014

Bercuti Bersama Keluarga

Masih lagi Ratu bercerita mengenai aktiviti Raja dan Ratu di Penang. Kali ini Ratu ingin bercerita mengenai aktiviti kami di sebelah malam. Raja membawa Ratu bersama ibubapa Ratu ke Batu Feringgi. Di sini, susasana di sebelah malam seperti 'night market'. Berderet-deret gerai-gerai jualan pelbagai barang seperti pakaian, beg, cenderahati dan sebagainya. Boleh tahan jugalah harganya. Sempat pula singgah di Hard Rock cafe membeli pakaian yang dikirim oleh rakan Raja. Emm.. nak juga beli kat sini. Tempat sendiri pun ada Hard Rock tapi rakan Raja ini hendak juga minta Raja belikan pakaian di sini. Layan je la !!!

Keesokkan harinya, Raja dan Ratu ingin membawa Puteri Raja Ratu merasai menaiki feri. Waa.. suka lah Puteri Raja Ratu. Inilah feri yang kami naiki.


Sudah masuk ke dalam feri dengan vios yang kami bawa. Feri bergerak je, Raja dan Ratu pun keluar tengok pemandangan laut. Emm.. berposing jap.


Selepas itu, kami bergerak ke Padang Besar, Perlis. Tapi Ratu agak sedih sedikit sebab jalanraya yang menuju ke Padang Besar ini tidak berapa rata. Tayar kereta sering bersanggit. Emm.. diharapkan pihak-pihak tertentu di Perlis dapat memperbaiki struktur jalanraya tersebut sebab Padang Besar ini juga adalah salah satu tempat tumpuan utama para pengunjung yang datang ke Perlis.

Akhirnya sampai juga di Padang Besar. Emm.. sudah sampai sini. Lapar la pulak. Kenyangkan perut dulu. Huhu. Ambil tenaga dahulu, Sebab sekejap lagi nak memborong. Hehe. Sekali masuk. Mak oiii.. Rabun mata jap.. banyaknya pakaian yang dijual. Murah-murah pula tu. Maklumlah berdekatan dengan Thailand. Ini duit kat tangan ni boleh habis dibuatnya. Raja dan Ratu ada juga beli beberapa pakaian dan makanan ringan di sini. Makanan ringan pun tidak kurang hebat gak. Rasa macam nak rasa itu.. Hendak rasa ini. 

Inilah antara suasana di Padang Besar,


Mula-mula masuk tangan kososng. Sekali balik masing-masing penuh tangan. Huhu. Sudah penat berjalan. Raja mengambil keputusan untuk pulang. Atas sebab, kesihatan ayah Ratu yang kurang sihat.. Batuk.. kawan Raja pula sudah menunggu Raja kerana ingin meminta bantuan Raja untuk membeli enjin kereta. Geram pula Ratu dengan kawan Raja ini pun ada. Orang tengah bercuti. Dia sibuk ajak Raja untuk membeli enjin kereta. 

Perjalanan kami untuk pulang agak terganggu sedikit disebabkan kesesakan kenderaan di lebuh raya. Maklumlah cuti sekolah kan. Akhirnya, kami selamat juga sampai lebih kurang pukul 4 ke 5 pagi. Emm.. kami sampai Pulau Pinang pun pukul 4 ke 5 pagi, Kami sampai rumah pun pukul 4 ke 5 pagi. Huhu. Alhamdulillah, janji selamat sampai. Kecian Puteri Raja Ratu kepenatan dia. Hehe.

Tatapan dari,

Thursday, December 11, 2014

Bercuti Di Pulau Pinang

Alhamdulillah Ratja Ratu dan keluarga selamat sampai di Pulau Pinang. Tiba di hotel kami mengambil peluang berehat melelapkan mata seketika beberapa jam sebelum kami meneruskan aktiviti kami di sini. Maklumlah bergerak malam kan. Selepas badan sudah berasa segar sedikit, kami bersiap-siap untuk keluar makan tengah hari dan Raja Ratu menuju ke Bukit Bendera untuk menaiki kereta kabel.

Setibanya kami di sana, terperanjat juga tengok. Ramainya orang. Tempat letak kenderaan juga penuh. Rayau punya rayau. Akhirnya kami jumpa juga ruang kosong untuk meletakkan kenderaan. Tapi jauh sedikit la, kenalah berjalan kaki sedikit. Tidak mengapa semangat untuk menaiki kereta kabel yang berkobar-kobar mengatasi segala-galanya. Huhu.

Tengok la ni.. Betapa ramai orang yang beratur. Ini sudah tidak boleh beratur panjang, kena beratur cam ular. Belok sana, belok sini. 


Emm.. Hendak beli tiket kena tunjuk kad pengenalan ya. Ratu terpaksa call Raja dan bapa Ratu yang menunggu di luar bersama-sama Puteri Raja Ratu untuk menghulurkan kad pengenalan. Setelah kad pengenalan di kumpul dan tiket sudah dibeli. Emm.. kena beratur pula untuk menaiki kereta kabel ni. Beratur panjang daa..

Setelah menaiki kereta kabel. Kami naik ke atas Bukit Bendera. Pehhh !!! Curam juga ya bukit ni. Tiba di atas. Dapat tengok pemadangan Pulau Piang dari atas. Wah !!! Sungguh cantik.

Inilah posing kami,


Ratu sempat juga membeli cenderahati di atas Bukit Bendera ini. Setelah kepenatan merayau-rayau di dan menikmati keindahan alam melalui pandangan di bahagian atas Bukit Bendera ini. Kami pun turun kembali melalui kereta kabel. Sekali turun. Gerun dibuatnya. Terasa curam menurun bukit. Huhu..

Tatapan dari,

Wednesday, December 10, 2014

Bercuti Bersama Keluarga

Alhamdulillah, rezeki akhir tahun ini. Kalau hendak diikutkan, Raja dan Ratu fikir kami tidak perlu pergi bercuti hujung tahun ini. Sebab budget lari untuk keperluan rumah baru. Raja Ratu fikir tunggu rumah baru kami siap seperti mana yang Raja Ratu impikan, barulah nanti mula fikir untuk bercuti. Tapi.. Alhamdulillah.. Ratu dapat rezeki terpijak. Ratu dapat peruntukkan RM1,000 untuk bercuti. Kebetulan pula Raja balik bercuti. Alhamdulillah, memang kena lah pada masanya.

Raja dan Ratu berbincang ke mana arah tujuan kami untuk bercuti. Akhirnya, kami ambil keputusan untuk bercuti ke Pulau Pinang dan singgah di Padang Besar, Perlis. Raja dan Ratu membawa ibubapa Ratu untuk turut sama bercuti. Ratu pun mula mengambil cuti selama seminggu. Maklumlah cuti Ratu ada 15 hari lagi. Kalau Ratu ambil cuti 5 hari ini sekalipun cuti Ratu ada lagi baki cuti10 hari lagi. Emm.. kena habiskan ni. Kalau tidak rugi. Sebab baki cuti ini adalah baki cuti tahun lepas dan ianya tidak boleh dibawa ke tahun hadapan. Cuti Ratu pada tahun ini sebanyak 22 hari lagi tidak berusik. Huhu.

Ratu dan Ratu bergerak ke Pulau Pinang di sebelah malam. Sebelum bergerak, Ratu telahpun booking hotel untuk kami menginap apabila sampai di sana nanti. Kalau hendak diikutkan Raja perlu cukup tidur dan berehat sebab Raja akan memandu nanti. Akan tetapi, sebelah siang tu Raja dan Ratu ada urusan yang perlu diuruskan. Jadi, kami sampai di rumah lebih kurang 7 malam. Selepas mandi dan solat, Raja tidur sekejap manakala Ratu pula menyusun pakaian kami sekeluarga yang hendak dibawa ke sana. Ibubapa Ratu sudah bersiap-siap dah dari siang tadi. Emm.. berkobar-kobar nampaknya. Huhu..

Kami mula bergerak pukul 11.30 malam. Dalam perjalanan, Raja bergilir-gilir memandu bersama ayah Ratu. Ada masanya kami berehat dan tidur seketika di R & R. Ratu menidurkan puteri kami yang comel ini dalam kereta.



Sampai di Seberang Perai lebih kurang pukul 4 ke 5 pagi. Oleh kerana kami sampai di awal pagi ini, Ratu mengajak Raja mencari hotel yang masih kosong dan lebih selasa. Memang Ratu ada booking hotel. Tapi hotelnya itu adalah di Seberang Perai sebelum merentasi Jambatan Pulau Pinang. Kalau hendak pergi ke bandar agak leceh sedikit. Perlu bayar tol. Ratu pun mengajak Raja mencari hotel di kawasan bandar Pulau Pinang. Cari punya cari akhirnya dapat juga hotel iaitu Hotel Hong Ping. Ratu pun bayar bil bilik untuk menginap dan kami semua tidur seketika dan berehat. Maklum lah penat kan. 

Nanti Ratu sambung lagi untuk aktiviti kami di Pulau Pinang ini. Tunggu !!!!

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267