Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Thursday, March 27, 2014

Al-Fatihah Untuk Semua Krew Dan Penumpang MH 370

Ratu agak tergamam seketika apabila mendengar pendapat dan pandangan di Astro Awani semalam. Mungkin  betul tanggapannya terhadap apa yang berlaku kepada MH 370. Pandangannya lebih kurang sama dengan apa yang dikongsi oleh seorang ustaz yang telah dihebahkan di laman sosial facebook.

Ini adalah antara petikan dari luahan ustaz Darul Manzil tersebut mengenai apa yang dimimpikan,


Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.


Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.

Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.

Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……

Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.

Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..

Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.

Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.

Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.

“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”

Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.

Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.

Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.

Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.

Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin.


Selepas membaca kisah mimpi ini, Ratu rasa sayup hati apabila mendengar bacaan ayat suci Al-Quran di Astro Oasis. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk semua penumpang dan krew MH370. Usahlah menunding jari kepada kapten Zaharie Ahmad Shah mahupun Fariq Abdul Hamid atas alasan kecuaian mereka kerana kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku kepada mereka. 

Sedih pastinya terasa dilubuk hati ini apatah lagi ahli keluarga krew dan penumpang MH 370 yang kehilangan orang yang mereka sayang. Pastinya semua orang tidak mahu pesawat ini terhempas di Lautan Hindi. Ini kerana Lautan Hindi adalah lautan yang agak luas dan dalam. Ditambah lagi ombaknya yang agak kuat. 

Harapan agar kita semua bersatu hati dan jangan berhenti berdoa pada Yang Maha Esa agar dipermudahkan proses pencarian MH370.

Tatapan dari,

Tuesday, March 25, 2014

Najib Umumkan MH 370 Berakhir Di Lautan Hindi

Hari ini, sepupu Ratu akan diterbangkan ke Jepun melanjutkan pengajiannya di sana. Akan tetapi, Ratu tidak dapat mengambil cuti untuk menghantar sepupu Ratu ini ke KLIA sebab banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum hujung bulan Mac ini. Jadi, Raja pergi bersama-sama Puteri Raja Ratu dan ibubapa Ratu ke KLIA. Sepupu Ratu perlu berada di KLIA sebelum pukul 6.00 petang. Emm, nampaknya tak seronok pula, Ratu balik tidak ada sesiapa di rumah. Selalunya Puteri Raja Ratu meriuhkan lagi suasana yang mana tatkala Ratu pulang ke rumah, Puteri Raja Ratu ini terus meluru ke arah Ratu minta didukung. Haishh..

Selepas pulang dari tempat kerja, setiba sahaja di rumah, Ratu buat kerja-kerja rumah seperti biasa sehingga tepat jam 10.00 malam. Ratu ingat hendak menonton drama bersiri 'Projek Memikat Suami'. Akan tetapi, siaran televisyen terus terhenti bagi memberi laluan kepada pengumuman Perdana Menteri mengenai perkembangan tekini MH 370. 

Inilah antara pengumuman yang ingin disampaikan,




Terasa sebak memikirkan bagaimana penerimaan ahli keluarga krew dan penumpang MH 370 dengan apa yang telah dimaklumkan ini. Mesti mereka memerlukan masa untuk menyendiri bagi menenangkan diri. Kalau memang ditakdirkan pesawat MH 370 terjunam di laut, kalau boleh janganlah di lautan Hindi sebab laut itu terlalu luas dan dalam. Memang sukar untuk mencari bangkai pesawat apatah lagi penumpang dan krew MH 370. Tapi, jika ini sudah tertulis kita semua kena pasrah dan redha dengan ketentuanNya.

Al-fatihah untuk semua krew dan penumpang MH 370.

Tatapan dari,

Thursday, March 20, 2014

Tahniah Aiman Atas Pencapaian 9A Dalam SPM

Hari ini, Raja dan Ratu mengambil keputusan untuk bercuti memandangkan ibubapa Ratu ingin mengikut bapa saudara Ratu ke Perak. Mereka ke sana bagi menemani sepupu Ratu Aiman untuk mengambil keputusan SPM di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak. Jadi, Ratu kenalah menjaga Puteri Raja Ratu yang sungguh comel ini. Hehe. Comel.. Tengok lah ibunya siapa kan. Hehe.

Kebetulan cuti yang diambil ini boleh Raja dan Ratu gunakan untuk urusan di rumah baru kami. Sebenarnya Raja dan Ratu ada membuat penambah baikan di ruang dapur rumah kami. Jadi, cuti yang diambil ini kami uruskan termasuklah pemilihan jenis 'tile' untuk lantai dan dinding rumah baru kami. Selesai urusan, kami pun pulang ke rumah. 

Ibubapa Ratu pula menelefon Ratu dan memaklumkan bahawa sepupu Ratu ini mendapat 9A dalam keputusan SPM nya. Waa !!! Tahniah. Inilah orangnya.


Akhir kata, tahniah Raja dan Ratu ucapkan. Teruskan perjuanganmu bagi mencapai impianmu.

Tatapan dari,

Tuesday, March 18, 2014

Kehadiran Bomoh Ini Ke KLIA

Raja dan Ratu amat terkejut dengan berita baru-baru ini mengenai kehadiran bomoh bersama orang-orangnya ke KLIA. Apakah tujuan mereka? Untuk mencari pesawat MH 370? Bukankah lebih baik mereka pergi mengerjakan sembahyang hayat beramai-ramai. Bukan ini caranya jika ingin membantu. Ini kerana KLIA kini menjadi tumpuan ramai khususnya wartawan dari luar negara yang ingin mengikuti perkembangan terkini kehilangan MH 370.

Tindakannya ini hanyalah mengaundang tanggapan negatif masyarakat luar terhadap agama Islam di negara kita. Lihatlah apa yang mereka ini lakukan.


Tindakan ini adalah syirik. Sedarlah bahawa tindakan ini adalah salah dan sungguh memalukan.

Tatapan dari,

Monday, March 17, 2014

Kemungkinan Kapal Terbang MH 370 Berpatah Balik

Pengumuman Perdana Menteri Kali ini lebih kurang jam 2.00 petang pada 15 Mac 2014 memaklumkan bahawa berkemungkinan besar pesawat MH 370 berpatah balik menuju ke Selat Melaka. Cuma ianya menjadi tanda tanya dan teka teki pelbagai pihak. 

Kenapa kapal terbang berpatah balik? 
Adakah kapal terbang ini dirampas atau disabotaj? 
Kenapa Kapten Zahari tidak menghantar isyarat? 

Ini adalah pengumuman yang disampaikan oleh Perdana Menteri,


Menurut Ketua Polis Negara, kemungkinan besar MH 370 hilang akibat,
a) Rampasan
b) Sabotaj
c) Masalah Psikologi Penumpang Dan Anak Kapal
d) Masalah Peribadi

Oleh itu, misi mencari dan menyelamat dipecahkan kepada 2 koridor iaitu:
a)  Koridor Utara yang meliputi perbatasan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga bahagian utara Thailand.
b)  Koridor Selatan yang meliputi Indonesia hingga ke bahagian Selatan Samudera Hindi.

Inilah antara gambar-gambar mereka yang berada di dalam pesawat MH 370.


Marilah kita sama-sama berdoa agar semua penumpang MH 370 selamat. Amin.

Tatapan dari,

Monday, March 10, 2014

Pesawat MH 370 Dari Malaysia Airlines Hilang

Hari ini kita semua digemparkan dengan kehilangan kapal terbang Malaysia Airlines MH 370. Ini pasti mengejutkan pelbagai pihak. Ratu difahamkan ini adalah kali ke 2 berlaku melibatkan kapal tebang milik Malaysia yang mana kali pertama kejadian seperti ini berlaku pada tahun 1977. Pada ketika itu rampasan ke atas kapal terbang berlaku dan menyebabkan kapal terbang terjunam ke darat.

Ini pula tidak tahu apa yang berlaku kepada kapal terbang MH 370. Pesawat ini terbang seperti mana mengikut jadual pada pukul 12.41 pagi Sabtu bertarikh 8 Mac dan dijangkakan tiba di Beijing China pada pukul 6.30 pagi. Walaubagaimanapun kapal terbang tersebut dikatakan terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang kira-kira 2.40 pagi.

MH 370 adalah sebuah pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines. Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuklah 2 bayi dan 12 anak kapal.

Ini adalah senarai penumpang MH370,

  1. Fariq Ab. Hamid
  2. Zaharie Ahmad Shah
  3. Foong Wai Yueng
  4. Goh Sock Lay
  5. Gomes Patrick Francis
  6. Mohd. Hazrin Mohamed Hasnan
  7. Junaidi Mohd. Kassim
  8. Andrew Nari
  9. Ng Yar Chien
  10. Tan Ser Kuin
  11. Tan Size Hiang
  12. Wan Syaid Wan Ismail
  13. Anne Catherine Daisy (MYS)
  14. Bai Xiaow (CAN)
  15. Beherey Usage Waitrelos Laurence Arlet (FRA)
  16. Biby Nazli Mohd. Hassim (MYS)
  17. Brooskii Nikolath (RUS)
  18. Burrows Rooney (AUS)
  19. Chan Huan Peen (MYS)
  20. Chen Weihoing (MYS)
  21. Chew Kar Mooi (MYS)
  22. Chng Mei Ling (MYS)
  23. Chuang Hsiu Ling ((TWN)
  24. Chustrak Oleg (UKR)
  25. Deineka Sergii (UKR)
  26. Dina Mohamed Yunus Ramli (MAS)
  27. Maria Mohamed Yunus Ramli (MYS)
  28. Gu Naijun (AUS)
  29. Guan Hua Jin (MYS)
  30. Huang Tianjui (CHN)
  31. Hue Pui Heng (MYS)
  32. Jee Jing Hang (MYS)
  33. Jiang Cuiyun (CHN)
  34. Koh Tiong Meng (MYS)
  35. Kolekar Chetana Vinod (IND)
  36. Kolekar Vinod Suresh (IND)
  37. Kozel Christian (AUT)
  38. Lawton Catherine (AUS)
  39. Lawton Robert (AUS)
  40. Lee Kah Kin (MYS)
  41. Lee Sew Chu (MYS)
  42. Li Hongjing (CHN)
  43. Li Yuan (AUS)
  44. Lim Por Chua (MYS)
  45. Lui Ching (CHN)
  46. Maraldi Luigi (ITA)
  47. Meng Leoinf (USA)
  48. Meng Nicole (USA)
  49. Mohamad Sofian Ibrahim (MYS)
  50. Mohd. Khairul Amril Selamat (MYS)
  51. Muhammad Drazahan Zamani (MYS)
  52. Mukherjee Muktesh (CAN)
  53. Muzi Yusop (MYS)
  54. Ng May Li (MYS)
  55. Noorida Mohd. Hashim (MYS)
  56. Nor Fadzillah Mat Rahim (MYS)
  57. Norliakmar Hamid (MYS)
  58. Ramlan Safuan (MYS)
  59. Sharma Chandrika (IND)
  60. Shirsath Kranti Pralhad (IND)
  61. Sim Keng Wei (MYS)
  62. Siregar Firman Chandra (IND)


Harapan Raja dan Ratu agar semua penumpang MH 370 berada dalam keadaan selamat.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267