Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Thursday, December 30, 2010

Selamat Datang 2011.. Selamat Tinggal 2010..

Kali ini Raja Ratu ingin menjemput kehadiran TAHUN 2011 ke dalam kehidupan kami. Cewahhh !!!! Power tak ayat tu.. Haha.. Tapi bagi Raja Ratu kehadiran tahun 2011 tidak lengkap kalau kita tidak sertakan dengan AZAM / MATLAMAT di tahun baru. Betul tak? Apa matlamat korang wahai pengunjung Teratak Istana Raja Ratu.

Sebelum tahun 2011 melangkah masuk ke kehidupan kita, matlamat yang ingin dicapai perlu diletakkan sebagai semangat kita dalam menempuh tahun baru disamping menjadikan tahun baru ini lebih bermakna. Semestinya itu bukan sahaja harapan Raja Ratu tapi harapan korang semua betul tak?

Alhamdulillah, tahun 2010 ini ada beberapa matlamat Raja Ratu tercapai. Tapi ada juga yang tak tercapai akalmu.. Eh, salah pulak.. Tu tajuk lagu ELYANA. Hehe. Tersasul lak.. Bukan tak tercapai akalmu, tapi tak tercapai oleh Raja Ratu sepanjang tahun 2010. Tapi alhamdulillah, dengan izin YANG MAHA ESA.. Tahun 2010 ini lebih baik dari tahun 2009 dan ini yang kami harapkan supaya tahun 2011 ini adalah lebih baik dari tahun 2010. Semoga Allah membuka ruang untuk Raja Ratu mencapai matlamat kami yang ingin kami gapai sepanjang tahun baru ni. Amin.. Amin.. Amin..

Ini Raja Ratu ingin memberikan tips serba sedikit MATLAMAT/ AZAM. Kita perlu letakkan MATLAMAT di minda kita.. atau pun secara bertulis sama ada di buku ker.. diari ker.. organizer ker.. apa-apa yang memudahkan kita. MATLAMAT ini perlu diselitkan di dalam minda kita sebagai panduan supaya kita tidak tersasar dari apa yang kita ingin capai. Kita juga perlu sentiasa mengingatkan diri kita tentang matlamat tahunan. MATLAMAT ini bukan semestinya 1 perkara sahaja. Kita boleh letakkan 5 ker.. 10 ker.. 15 ker.. perkara yang ingin di capai. Terpulang kepada keinginan kita tapi pastikan ianya termampu yang kita lakukan. Selebihnya kita berserah & bertawakal, kadangkala kita berusaha untuk mencapainya tapi kalau tanpa IZINNYA pun susah juga kan. Tapi kita tak boleh terus meletakkan MATLAMAT tanpa USAHA. Sebab tanpa usaha, macam mana nak tercapai MATLAMAT tu. Nanti pastinya tahun 2011 tak memberi apa-apa makna kalau kita tak berusaha untuk mencapainya & membiarkan matlamat tu hanya untuk ditulis atau dijadikan igauan di minda kita. Betul tak? Bila di hujung tahun, kita imbas balik.. Adakah matlamat kita tahun ini tercapai?

Semoga tips ini berguna untuk korang. Akhir kata, semoga kita menyambut tahun 2011 ini dengan semangat baru.. harapan baru.. matlamat baru.. dan menjadikan inya lebih bermakna.. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011 DARIPADA RAJA RATU DI TERATAK ISTANA RAJA RATU.

Tatapan dari,



Friday, December 24, 2010

Cantiknya Tarian Air Ni..



Inilah yang dikatakan tarian air.. Peh, catntik betul.Inilah yang dikatakan teknologi kini. Bukan sahaja manusia, binatang, robot.. yang tahu menari.. Air pun tahu menari tau, ikut irama lagi.. Harap- harap kat Malaysia adalah tarian air seperti ini. Mesti ramai yang datang menonton. Boleh jadi tarikan pelancong. Idea gila Raja Ratu sudah sampai. Apa kata Raja Ratu buat tasik kecil di halaman rumah kami dan buat tarian air cam ni.. Haha.. Memang hari-hari la lepak rumah je. Tak ke mana-mana. Hehe. Tapi rakaman atas ini Ratu rakam dari facebook. Memang tak cantik sikit lah. Ratu rakam melalui handphone untuk dikongsikan dengan pengunjung semua. Cantik tak tarian air tu.. Cantik kan air tu menari.

Ini pula rakaman kedua yang Ratu ambil tapi rakaman ni tak cantik kerana rakaman ini diambil bukan dari pandangan atas seperti video di atas.



Tatapan dari,



Tuesday, December 21, 2010

Kena Habiskan Cuti Tahunan..

Emm, di hujung tahun ni Ratu memang orang yang paling sibuk di pejabat. Hehe.. Sebab apa? Cuba teka? Siapa yang menang Ratu hadiah kuaci matahari.. Emm, sedap tu. Nak ker? Hehe. Oklah Ratu beritahu Ratu sibuk sebab hujung tahun Ratu nak tutup akaun. Emm, nampaknya tiada pemenang untuk CUBA TEKA kali ini.. kWANG.. kWANG.. kWANG..


Tapi dalam kesibukan Ratu ni, Ratu perasan dari bulan lepas lagi, Ratu tengok cuti tahunan untuk tahun lepas ada 11 hari lagi. Waa, banyaknya. Kena habiskan cuti ni. Cuti tahun lepas boleh di bawa ke tahun ini. Tapi cuti tu tak boleh pula dibawa ke tahun hadapan. Jadi, kenalah habiskan cuti tu tahun ini. Begitu juga dengan cuti tahun ini yang mana ianya boleh dibawa ke tahun hadapan. Tapi perlu dihabiskan cuti tu pada tahun hadapan. Emm, cuti-cuti ni Ratu banyaklah habiskan masa bersama Raja. Tapi kami tak pula rancang hendak pergi melancong.. CUTI-CUTI MALAYSIA.. Bulan lepas, ibubapa Ratu menunaikan Haji. Jadi Raja Ratu perlu menjaga rumah mereka semasa ketiadaan mereka. Bulan ini pula, Raja pula outstation. Jadi, cuti pun Ratu banyak habiskan masa di rumah sahaja.

Apa yang Ratu buat untuk habiskan cuti tahun ni, Ratu rancang mengambil cuti seminggu 1 hari atau 2 hari bergantung kepada keadaan. Kalau tak terlalu sibuk, Ratu ambillah cuti 2 hari. Bila Ratu dah cuti dan Raja pula ada bersama, kami banyak habiskan masa dengan program masak-memasak. Emm, sampai naik juga badan kami sekejap. Mana taknya, asyik makan saja. Hehe.

Sekarang ni cuti Ratu ada lagi 2 hari lagi. Emm, Ratu perlu habiskan pada minggu terakhir tahun ini. Korang yang masih ada cuti lagi yang perlu dihabiskan, Ratu nasihatkan baik habiskan cuti yang telah diperuntukkan kepada kita. Lagipun, tahun 2010 dah nak sampai ke penghujungnya. Emm, nanti dah nak sambut tahun baru kan. Kena set kan matlamat baru ni untuk tahun baru. Nampaknya, Raja Ratu perlu menghabiskan sisa-sisa cuti yang ada bersama sisa-sia hari yang masih tinggal untuk tahun ini sebelum melangkah ke tahun baru. Akhir kata, rancanglah cuti sebaik-baiknya. Hehe.

Tatapan dari,

Thursday, December 16, 2010

Selamat Pengantin Baru Pengapit Ratu..

Emm, Ratu mendapat undangan perkahwinan daripada seseorang yang dikenali.. haha.. Seseorang yang yang dikenali ya.. emm, lain macam pulak bunyinya. ok tukar-tukar.. tukar ayat jap. ok. Ratu ada mendapat undangan perkahwinan daripada seorang kenalan yang merupakan pangapit Ratu semasa Raja Ratu melangsungkan perkahwinan kami. Namanya perlu ker dipaparkan. Emm, perlu ker ya.. na naa na na na na.. Ok lah setelah ditimbang-timbangkan.. ditolak.. dicampur.. didarab.. dibahagi.. Ok lah Ratu paparkan nama pengapit Ratu ni. Namanya KHALIJAH atau nama samarannya IJA. hehe. Waaa, akhirnya kahwin juga pengapit Ratu ni. Baru Raja Ratu nak kenalkan Ija dengan seseorang. Tup-tup dah tunang dan dah nak kahwin dah.

Ratu pun hadirlah diri semasa hari persandingan pengapit Ratu ni. Dah dijemputkan. Betul tak? Tapi Raja tidak dapat ikut sama. Raja outstation lak. Emm, apa leh buat. SEDIHNYA.. Tapi apapun Ratu tengok berseri-seri pengantin baru ni dengan baju pilihan hatinya. Terus teringat masa persandingan Raja & Ratu dulu. Waa, tiba-tiba leh tangkap lentuk lak mengingatkan memori lepas kan. Haha. Pengantin berarak lebih kurang dalam pukul 2.30 petang. Dah penat tengok mereka berarak, rakan Ratu Rosie pula sampai. Ratu dan Rosie pun melantak lah. Lepas melantak, kami lepak jap untuk melihat acara seterusnya di rumah pengantin iaitu sesi mencampak gula-gula yang dilekat dengan duit syiling. Haha. Seronok tengok gelagat budak-budak merebut gula-gula. Terus mengimbas semasa Raja Ratu bersanding. Haha. Akitiviti yang sama juga dilakukan. Hehe. Memang seronok. Tengok tu, teringat lagi memori semasa persandingan Raja Ratu. SUDAH RATU!!! Cukup.. cukup.. cukup.. Hehe. Dah puas Ratu lepak, Ratu terus pulang ke rumah.

Akhir kata, Selamat Pengantin Baru Ija & Selamat Menempuh ke alam perkahwinan. Semoga hubungan kalian berkekalan hingga ke akhir hajat. hehe.

Tatapan dari,

Saturday, December 11, 2010

Dahsyatnya Sakaratul Maut, bersediakah kita untuk menghadapinya?

SESI MOTIVASI BERMULA !!!! Kali ini Raja Ratu nak kongsikan apa yang Ratu terima dari rakan facebook kami untuk korang. Ini berkaitan sakaratul maut..

"Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata, "Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar." (nescaya kamu akan merasa sangat ngeri) (QS. Al-Anfal {8} : 50).

"Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya (sambil berkata), "Keluarkanlah nyawamu !" Pada hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan, kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan kerana kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya". (Qs. Al- An'am : 93).

"Sakitnya sakaratul maut itu, kira-kira tiga ratus kali sakitnya dipukul pedang". (H.R. Ibnu Abu Dunya).

Cara Malaikat Izrail mencabut nyawa tergantung dari amal perbuatan orang yang bersangkutan, bila orang yang akan meninggal dunia itu derhaka kepada Allah, maka Malaikat Izrail mencabut nyawa secara kasar. Sebaliknya, bila terhadap orang yang soleh, cara mencabutnya dengan lemah lembut dan dengan hati-hati. Namun demikian peristiwa terpisahnya nyawa dengan raga tetap teramat menyakitkan.

Di dalam kisah Nabi Idris a.s, beliau adalah seorang ahli ibadah yang kuat mengerjakan solat sampai puluhan raka'at dalam sehari semalam dan selalu berzikir di dalam kesibukannya sehari-hari. Catatan amal Nabi Idris a.s yang banyak di mana setiap malam naik ke langit. Hal itulah yang sangat menarik perhatian Malaikat Maut, Izrail. Maka bermohonlah ia kepada Allah Swt agar di perkenankan mengunjungi Nabi Idris a.s. di dunia. Allah Swt, mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka turunlah ia ke dunia dengan menjelma sebagai seorang lelaki tampan, dan berkunjung ke rumah Nabi Idris.

"Assalamu'alaikum, yaa Nabi Allah". Salam Malaikat Izrail,

"Wa'alaikum salam wa rahmatullah". Jawab Nabi Idris a.s.

Beliau sama sekali tidak mengetahui, bahawa lelaki yang di hadapannya itu adalah Malaikat Izrail.

Seperti tetamu yang lain, Nabi Idris a.s. melayani Malaikat Izrail, dan ketika tiba saat berbuka puasa, Nabi Idris a.s. mengajaknya makan bersama, namun di tolak oleh Malaikat Izrail. Selesai berbuka puasa, seperti biasanya, Nabi Idris a.s mengkhususkan waktunya "menghadap" Allah sampai keesokan harinya. Semua itu tidak lepas dari perhatian Malaikat Izrail. Juga ketika Nabi Idris terus-menerus berzikir dalam melakukan kesibukan sehari-harinya, dan hanya berbicara yang baik-baik saja. Pada suatu hari yang cerah, Nabi Idris a.s mengajak tetamunya berjalan-jalan ke sebuah perkebunan di mana pohon-pohonnya sedang berbuah.

"Izinkanlah saya memetik buah-buahan ini untuk kita". pinta Malaikat Izrail (menguji Nabi Idris a.s).

"Subhanallah, (Maha Suci Allah)" kata Nabi Idris a.s.

"Kenapa ?" Malaikat Izrail pura-pura terkejut.

"Buah-buahan ini bukan milik kita". Ungkap Nabi Idris a.s. Kemudian Beliau berkata: "Semalam anda menolak makanan yang halal, kini anda menginginkan makanan yang haram".

Malaikat Izrail tidak menjawab. Nabi Idris a.s perhatikan wajah tetamunya yang tidak merasa bersalah. Diam-diam beliau mencurigai pada tetamu yang belum dikenalinya itu. Siapakah gerangan ? pikir Nabi Idris a.s.

"Siapakah engkau sebenarnya ?" tanya Nabi Idris a.s.

Aku Malaikat Izrail". Jawab Malaikat Izrail.

Nabi Idris a.s terkejut, hampir tak percaya, seketika tubuhnya bergetar tak berdaya.

"Apakah kedatanganmu untuk mencabut nyawaku ?" selidik Nabi Idris a.s serius.

"Tidak" Senyum Malaikat Izrail penuh hormat.
"Atas izin Allah, aku sekedar berziarah kepadamu". Jawab Malaikat Izrail.

"Aku punya keinginan kepadamu". Tutur Nabi Idris a.s

"Apa itu ? katakanlah !". Jawab Malaikat Izrail.

"Kumohon engkau bersedia mencabut nyawaku sekarang. Lalu mintalah kepada Allah SWT untuk menghidupkanku kembali, agar bertambah rasa takutku kepada-Nya dan meningkatkan amal ibadahku". Pinta Nabi Idris a.s.

Tanpa seizin Allah, aku tak dapat melakukannya", tolak Malaikat Izrail.

Pada saat itu pula Allah SWT memerintahkan Malaikat Izrail agar mengabulkan permintaan Nabi Idris a.s. Dengan izin Allah, Malaikat Izrail segera mencabut nyawa Nabi Idris a.s. sesudah itu beliau wafat.

Malaikat Izrail menangis, memohonlah ia kepada Allah SWT agar menghidupkan Nabi Idris a.s. kembali. Allah mengabulkan permohonannya. Setelah dikabulkan Allah Nabi Idris a.s. hidup kembali.

"Bagaimanakah rasa mati itu, sahabatku ?" Tanya Malaikat Izrail.

"Seribu kali lebih sakit dari binatang hidup dicabut kulitnya". Jawab Nabi Idris a.s.

"Caraku yang lemah lembut itu, baru kulakukan terhadapmu". Kata Malaikat Izrail.

Masya Allah, lemah-lembutnya Malaikat Maut (Izrail) itu terhadap Nabi Idris a.s. Bagaimanakah jika sakaratul maut itu, datang kepada kita ?

Bersediakah kita untuk menghadapinya ?

Tatapan dari,

Monday, December 6, 2010

Ibubapa Ratu pulang dari tanah Suci..

Setelah sebulan lebih ibubapa Ratu melangkah ke Tanah Suci untuk menunaikan Haji, Kini tiba lah masanya mereka berangkat ke Tanah Air yang tercinta, Malaysia. Rindu pada mereka? Peh, tak usah kata. Pastinya semakin menebal sehingga duduk bawah kerusi menangis bersama-sama SI BABY kerana rindu pada mereka. ish !!! ish !!! ish !!! Boleh percaya ker dengan cerita karut ni. Mana taknya, kalau sebelum ni Raja Ratu hanya bertanya khabar melalui panggilan tel sahaja.

Sepatutnya ibubapa Ratu dijangka sampai pada 1 Disember 2010 seperti yang dijadualkan. Tapi penerbangan mereka tertangguh lebih kurang 12 jam lebih. Emm, Ratu dah siap rancang nak buat itu ini. emm, itu ini? Perancangan Raja Ratu ingat nak masaklah sedikit untuk mereka sebab mereka sampai malam tu. Ratu pun kerja ambil setengah hari sahaja masa tu. Pukul 10.00 pg ayah Ratu call menyatakan penerbangan mereka ditunda beberapa jam. Emm, Ratu yang sepatutnya cuti setengah hari terus tak jadi cuti masa tu sebab ada kerja-kerja yang perlu disiapkan cepat lak. Emm, macam tahu-tahu lak kapal terbang ni ya. Di saat-saat macam ni.. ya lah.. Ratu lak tiba-tiba ada kerja yang perlu disediakan cepat di pejabat... penerbangan yang membawa pulang ibubapa Ratu pula tertangguh. Kalau tidak.. kelam kabut juga Ratu masa tu. Tapi Ratu telah mengambil 2 hari cuti untuk habiskan masa bersama-sama ibubapa Ratu. Emm, so sweet !!! Tapi sedihnya Raja lak dapat panggilan untuk bertugas di Kuantan. ish !!! ish !!! ish !! Nak nagis ni.. Dah nak penuh dah air mata secawan. hUA.. hUA.. hUA..
Tepat pukul 10.00 malam, ayah Ratu call memaklumkan kapal terbang sudah mahu berangkat. Waa, Ratu kena bangun seawal mungkin keesokkan harinya sebab Ratu difahamkan penerbangan mengambil masa 8 ke 9 jam. Faham-faham sajalah waktu mereka sampai di KLIA tu orang tengah sibuk nak pergi kerja kan. Akhirnya, ibubapa Ratu tiba di KLIA pada pukul 8.30 pagi. 2 Disember 2010.

Berseri-seri Ratu tengok wajah mereka. Ratu jumpa sahaja mereka, terus Ratu memeluk dan mencium pipi mereka. Rindu Ratu pada mereka dah terubat.. Raja masa tu tunggu di kereta, kerana kenderaan terlalu banyak. Selepas barang-barang Ibubapa Ratu dimasukkan ke dalam kereta, terus kami semua pulang ke rumah. Pastinya, sedara-mara dan jiran-jiran menunggu kami di rumah untuk menyambut kepulangan ibubapa Ratu.

Tatapan dari,

Sunday, November 21, 2010

Taman Rama-Rama lagi..

Pergi Taman Rama-Rama lagi. Emm, beberapa bulan yang lepas Raja Ratu ada pergi ke Taman Rama-Rama di Kuala Lumpur untuk mengisi masa lapang. Mengisi masa lapang? Emm, ok tak jawapan tu.. hehe. Ini kes dah tak tahu nak buat apa. Apa yang Raja Ratu suka ialah berjalan-jalan. Ahaks. Tapi kali ini kami bukan pergi ke tempat yang sama, tapi lokasi kami kali ini adalah di Taman Rama-Rama di Melaka.

Kali ini Raja Ratu bukan pergi berdua tapi berempat iaitu bersama-sama dengan sepupu Raja. Sepupu Raja juga sudah tak tahu nak buat apa di masa lapang. Emm, jadi kami berempat bercadang ke Taman Rama-Rama di Melaka. Dalam perjalanan kami ke sana, kami singgah dulu makan Mc Donalds. Hehe. Kena lah kenyangkan perut dulu sebelum berjalan.

Sampai di sana, beli tiket dan lekatkan di baju. Seronok juga tengok landskap & pelbagai binatang di dalam kawasan Taman Rama-Rama ni. Tapi sayangnya, makanan ikan telah habis dijual. Baru ingat nak bagi ikan-ikan ni makan. Inilah antara binatang yang sempat diambil.
Ini pula gambaran yang kedua.
Pelbagai jenis ular juga ada di paparkan di taman ini dari pelbagai jenis dan kategori bisanya. Setelah penat berjalan. Kami pun pulang dengan hati yang girang. Ingatkan nak rayau ke zoo ker.. Taman Buaya ke.. Emm, nampaknya masa telah mencemburi kami. Tak kasi kami merayau lagi. Kenalah kami balik. Emm, Ratu terfikir juga ni, ada ker Taman kucing yek. Kalau ada, pastinya Raja & Ratu akan habiskan masa kami di Taman ini. Pastinya kami akan bawa Si BABY kesayangan kami ini.MEOW !!! MEOW !!! MEOW !!! hehe.. Tapi memang ada ker Taman Kucing?

Tatapan dari,

Sunday, November 14, 2010

Aktiviti di malam minggu..

Malam minggu ni, Raja dan Ratu rancang nak masak TOMYAM, IKAN SIAKAP MASAK STIM dan ditambah dengan AIR BUAH-BUAHAN iaitu "CARROT". Sebenarnya Ratu yang teringin nak makan tom yam. Raja pula tahu masak tom yam. Jadi, Ratu cadangkan pada Raja untuk masak tom yam. Raja pun setuju dengan rancangan Ratu hatinya ni. Hehe. Kami pun bergeraklah ke hypermarket MYDIN untuk membeli barang keperluan untuk masak menu minggu ni.

Petang tu, kami pergi beli dan malam kami mula masak. Tapi Raja yang sebenarnya masak sepenuhnya. Hehe. Ratu masa tu basuh baju dan selepas tu banyak membantu Raja dalam penyediaan bahan-bahan untuk memasak termasuklah penyediaan ikan SI BABY kami. SI BABY kami pun nak makan juga. Jadi, kenalah sediakan makanan dia. Ratu pun sianglah ikan dia.. Rebus ikan dia.. Lepas tu gaulkan ikan tu dengan nasi. Waa, berselera dia makan. Maklumlah ikan panas2 suam. Lebih kurang pukul 1.00 pg kami siap semua tugas. Penat? Tak usah cakaplah. Tapi walaupun kami rasa penat, kami gembira sebab kami lakukan kerja tu bersama-sama. Lepas makan, kami rehat dan terus terlelap kekenyangan. Hehe. TERIMA KASIH RAJA HATIKU KERANA MEMASAKKAN TOM YAM UNTUK RATU. hehe..


Tatapan dari,

Saturday, November 13, 2010

Bicara Santai bersama Irfan Khairi...

Ratu & Ratu mendapat tahu Irfan Khairi ada membuat bicara santai bersamanya di setiap negeri. Bila Ratu dapat tahu Irfan Khairi ada membuat program ini, Ratu pun join lah di lokasi yang berhampiran dengan Ratu. Rasa seronok juga bila dapat berjumpa dengannya. Pada mulanya ingatkan dia tak datang. Ini kerana permulaan program ini dikendalikan oleh orang lain. Bila jam menunjukkan pukul 3.00 petang lebih, Irfan Kahiri muncul. Waa... bestnya.
Raja & Ratu ingin mendengar antara tips dan pengalaman dirinya dalam bidang perniagaan. Tapi sayangnya, Irfan Khairi masa tu sakit tekak. Jadi, dia tak dapat bercakap lama. Emm, sayangnya. isk !!! isk !!!! Ratu dah nak menagis dah ni. Nasib baik Raja pujuk Ratu. Kalau tidak, sebaldi air mata Ratu, Raja tadahkan. Ditambah lagi.. SI BABY kat rumah sempat memujuk Ratu dengat gelagat yang comelnya bila Raja Ratu sampai di rumah. Hehe.. Tu yang buat Raja Ratu sangat sayang pada si BABY. Di akhir program ini dengan keizinan Raja, sempat juga Ratu mengambil gamber bersama Irfan Khairi. Tapi sayang, gambar tu tak cantik. Raja yang ambil gambar tu.. Ratu nak marah dengan Raja ni. RAJAAA !!!!!!!!!!!!!! Aduh hai, dah tak dapat nak masukkan gambar yang cute tu dalam sebagai penghias TERATAK ISTANA RAJA & RATU ini. Emm, sedihnya kan. Cepatlah korang pujuk Ratu. Masalahnya, sudi ke korang hendak pujuk Ratu yang cute ni.. hUA.. hUA.. hUA.. Walaubagaimanapun, Raja dan Ratu dapat 2 DVD percuma daripada Irfan Khairi. Terima kasihlah Raja Ratu ucapkan atas pemberian DVD tersebut.

Tatapan dari,

Friday, November 12, 2010

Langkah-Langkah Menyelesaikan Masalah..

Kita berjumpa lagi kali ini dalam bulan ini dalam rancangan "JOM BERMOTIVASI".. hehe. Seperti biasa topik kali ini yang Raja Ratu nak kongsi mengenai tips dalam menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Topik ini Raja Ratu perolehi dari rakan facebook. Inilah yang kami hendak kongsikan kepada pembaca semua serta peminat "TERATAK ISTANA RAJA RATU" ini.

Biar apapun yang berlaku, terimalah masalah tersebut dengan penuh rela dan tabah seperti kata pepatah Inggeris, "If you can't fight them, accept them, join them". Jangan kita berdolak-dalik lagi. Jangan sekali-kali cuba lari daripada masalah ataupun memendamkannya. Kemudian cari jalan atau cara-cara penyelesaian yang paling berkesan, di samping berazam kita sememangnya boleh menyelesaikannya. Fikirkan `BOLEH'.

PERTAMA:
Tuliskan apa masalah kita sebenarnya. Jangan hanya fikir dalam kepala, sebaliknya jelaskan atau tuliskan.

A problem wellstated is a problem half-solved.

KEDUA:
Tuliskan apakah punca sebenar berlakunya masalah tersebut. Dapatkan semua fakta yang jelas dan tepat bukannya berdasarkan anggapan atau fikiran fakta. Kebanyakan kebimbangan yang berlaku dalam dunia ini kerana orang cuba membuat keputusan sebelum mereka mempunyai pengetahuan dan fakta yang cukup untuk memutuskannya. Oleh itu, pastikan kita mendapat fakta, sebab dan punca masalah tersebut berlaku, sebelum kita cuba menyelesaikannya.

KETIGA:
Tuliskan setiap kemungkinan jalan penyelesaian yang berkesan. Misalnya
(a)Kalau kita buat begini, apakah kesannya? Dan kalau kita buat
(b)Apakah akibatnya kelak? Kita senaraikan sebanyak mungkin jalan penyelesaian dan akibatnya.

Langkah seterusnya kita lakukan sumbangsaran (brainstorming) dengan sahabat karib kita dan meminta pendapat rakan-rakan yang kita rasa dapat membantu. Sekiranya masalah itu rumit dan memerlukan kepakaran, kita perlu meminta nasihat perunding atau kaunselor.

KEEMPAT:
Kemudian kita buat keputusan jalan penyelesaian yang mana kita pilih. Setelah dianalisis kebaikan dan keburukannya secara teliti, ambillah secukup masa untuk berfikir. Kita masukkan semua kemungkinan jalan penyelesaiannya ke dalam komputer mental kita yakni pemikiran separuh sedar kita. Biarkan komputer mental kita bertugas selama beberapa hari.

KELIMA:
Setelah mengambil keputusan untuk memilih salah satu jalan penyelesaian, kita akan terus kekal dengannya dan mula bertindak. Kita jangan fikir yang lain-lain lagi. Kita terus mencari jalan menyelesaikannya sehingga berjaya, insya-Allah.

Begitulah lima langkah bagaimana hendak mengendalikan masalah, tidak kiralah masalah di tempat kerja, peribadi, rumah tangga dan sebagainya. Kita mestilah menganggap ia adalah perkara biasa dan kita berupaya untuk menyelesaikannya.

Kita akan mencari punca dan kita akan selesaikan kerana segala kelengkapan minda, pengetahuan dan jawapan berada di tangan kita sendiri, cuma kita perlu berikhtiar secara kreatif.

Kita lakukan segala yang terbaik dan kemudian yang lainnya kita serahkan kepada Tuhan. Setelah berusaha sedaya upaya kita bersembahyang dan berdoa:

Ya Tuhanku, hamba Mu telahpun berusaha sedaya upaya. Rasanya tiada apa lagi yang dapat hamba Mu lakukan, berilah petunjuk Mu, Ya Tuhan. Kasihanilah hamba Mu, Ya Tuhan.

Pokoknya kita mestilah berusaha sebaik mungkin terlebih dahulu dan kemudian barulah serahkan kepada kekuasaan Tuhan dan bukan sebaliknya, kerana Tuhan hanya akan menolong hamba Nya yang berusaha menolong dirinya sendiri.

"Pastikan kita mendapat fakta, sebab dan punca masalah tersebut berlaku, sebelum kita cuba menyelesaikannya".

Emm.. Harap-harap maklumat yang Raja Ratu terima ini dapat membantu korang dalam menyelesaikan masalah. INGATLAH TIADA MASALAH YANG TAK BOLEH DISELESAIKAN. Serumit manapun, Insya Allah kita boleh selesaikan. TENANGKAN DIRI.. PASTI TIMBUL PENYELESAIAN DI MINDA KITA. Akhir kata, selesaikan masalah yang dihadapi dengan bijak. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA. Ops! Lari dari topiklah pulak. hehe..

Tatapan dari,

Monday, November 8, 2010

Si Baby kesayangan kami buat pembedahan..

Si 'Baby' adalah kucing kesayangan Raja Ratu. Hendak dijadikan cerita. Satu hari si Baby ni tak ada selera makan. Makan pun macam nak tak nak sahaja. Ratu pun beli ubat untuk selera makan di klinik Haiwan (kerajaan). Masa Ratu membeli ubat untuk si Baby supaya dia KUAT, SIHAT & CERGAS.. hehe, Ratu baru dapat tahu bahawa kucing boleh dimandulkan. Ratu bertanya dengan pihak klinik tu. Ratu tanya macam ni ya.. emm.. emm..

Ratu : Boleh saya bertanya? Salah ke dalam Islam kalau kita nak mandulkan kucing? (sambil Ratu membaca senarai nama yang inginkan kucing mereka dimandulkan)

Kerani klinik : Tak salah. Jangan risau. Kalau berminat, letak lah nama & no tel untuk memudahkan pihak pengurusan menghubungi awak untuk tetapkan tarikh pembedahan. Kalau kucing Jantan bayarannya RM30.00, kalau kucing Betina pula bayarannya RM60.00.

Ratu pun gembiralah rasa di hati. Terus Ratu letakkan nama Ratu & no tel untuk memudahkan pihak pengurusan klinik menetapkan tarikh dengan Ratu bagi membuat pembedahan. Pada mulanya Ratu risau juga takut ianya memudaratkan si BABY. Tapi setelah diberi penerangan dengan lebih lanjut dari pihak klinik. Ratu tak rasa risau sangat. Maklumlah ini baru pertama kali Ratu mencubanya & si BABY menjadi sasarannya. hehehehe.. Takut.. gementar.. eee, semualah. Buatnya lepas wat operation si BABY jadi macam HARIMAU. kang susah lah pulak kan. hUA.. hUA.. hUA.. Masalahnya boleh ker kucing jadi HARIMAU? kUANG.. kUANG.. kUANG..

Masa yang ditunggukan sudah tiba. Satu hari Ratu menerima panggilan dari pihak klinik minta hantar si BABY ke klinik untuk buat pembedahan. Tapi pihak klinik memaklumkan BABY kena mula berpuasa pada pukul 10.00 mlm sampai waktu dia dibawa ke klinik pada kesesokkan hari. Alamak BABY pun kena puasa. Biar betul !!!! kUANG.. kUANG.. kUANG.. Untuk kebaikan Si BABY Ratu ikutkan sahaja.

Pada keseookan hari Ratu pun bawalah si BABY ke klinik & tinggalkan dia di sana. Pukul 4.00 ptg, Ratu ambil lah dia di klinik. Si BABY diberi ubat tidur selama 12 jam. Semasa Ratu mengambil dia, dia tengah tidur di dalam sangkarnya sampailah lebih kurang pukul 3.00 pg. Sungguh comel Ratu tengok dia tidur. Sehari selepas dia buat operation, dia kelihatan sungguh lemah. Ratu kesian tengok dia. Rasa sedih pun ada... Menyesal pun ada.. Ala BABY, Ratu minta maaf.. Raja & Ratu nak pastikan BABY sihat... tak mahu jadi seperti si BOBOY..

Beberapa hari selepas BABY melakukan pembedahan, dia mula bertenaga. Selera makannya bertambah. Satu hari 2 ekor ikan dia makan. Ratu gaulkan ikan tu dengan nasi. Fiskies, 1 paket kecil 1 hari habis dia makan. Berat badannya sudah bertambah. Raja Ratu gembira tengok perubahan dirinya. Tengoklah keadaan dirinya sekarang.. eeee... geramnya..

Tatapan dari,

Monday, November 1, 2010

Si Boboi pergi meninggalkan Raja Ratu selamanya..

Inilah kisah sedih yang Ratu terpaksa terima.. isk !!! isk !!! sedihnya.. BOBOI yang dibela dari kecil telah meninggalkan hanya kenangan semasa hidupnya kepada Raja Ratu. Mesti korang tertanya-tanya siapa BOBOI yang sebenarnya. Bagi mereka yang selalu mengikuti perkembangan Raja Ratu di teratak ini pastinya mengetahui siapa BOBOI. BOBOI adalah kucing kesayangan kami. Semasa kecilnya, dia sungguh comel & menjadi pengubat kami tatkala kami berada dalam kesedihan.. dalam tekanan.. eee semua lah..

CAM NER BOLEH BERLAKU? OK Ratu akan ceritakan segalanya.. CEWAHH !!! Nak ker korang tahu? Sedih-sedih pun leh buat lawak lagi kan.. Ceritanya macam ni. Pada suatu hari... JEN !!! JEN !!!! JEN !!! Ok.. ok Ratu serius bercerita ok.

BOBOI bersama-sama dengan seekor lagi kucing Raja Ratu si BABY, memang setiap malam kalau boleh Raja Ratu tak kasi kucing-kucing ni tidur di luar rumah. Bila malam mereka memang akan tidur di dalam rumah. Tandas mereka semuanya Ratu dah sediakan. Nak dijadikan cerita, bangun pagi sahaja.. BOBOI dah bising sibuk hendak keluar rumah. Pada mulanya Ratu tak kasi sebab dia belum makan lagi. Tambahan lagi baru pukul 6.00 pagi. Tapi oleh kerana keinginannnya ingin keluar memuncak, Ratu pun buka lah pintu & membiarkan dia keluar. Tapi Ratu sempat berpesan pada BOBOI, "BOBOI, nanti balik ya... Balik tau." Ratu pun mulakan tugas harian Ratu di rumah.

Dalam pukul 7.00 lebih, BOBOI pun balik. Tapi Ratu tak perasan BOBOI balik dalam keadaan luka sehinggalah Ratu tengok kesan tapak kaki berdarah menitik-nitik di atas lantai. Ratu pun pelik.. mana datangnya kesan darah ni. Terus Ratu teringat si BOBOI yang keluar tadi. Adakah dia luka? Bergegas Ratu pergi mendapatkan BOBOI. Alangkah terperanjatnya Ratu melihat keadaan si BOBOI yang mengerang kesakitan dengan mulut berlumuran darah. Ratu terus menjerit, "BOBOI, APA DAH JADI NI.. TADI KO KELUAR OK.. NI KO BALIK LUKA-LUKA NI.." Ratu dah buntu. Ketika kejadian ni, Raja pulak tiada di rumah. Dia outstation. Ratu bertambah buntu. APA YANG HARUS DIBUAT? Ratu teringat sangkar kucing. Ratu dengan perasaan sedih terus menyambar sangkar yang ada di tingkat atas. Ratu alaskan kain & terus latakkan BOBOI dalam sangkar tu. Badannya Ratu urut dengan harapan dapat membantu mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Ratu terus mandi.

Pada mulanya BOBOI meronta-ronta semasa di dalam sangkar tu. Jenuh jugak Ratu mententeramkannya. Dah siap hendak ke tempat kerja, Ratu bawa BOBOI ke dalam kereta. BABY, Ratu tinggalkan di rumah.. siapkan dengan makanannya & tandasnya.. BOBOI Ratu letakkan di kerusi di sebelah Ratu. Ratu pun pandu kereta ke tempat kerja. Sampai di tempat kerja, Ratu PUNCH CARD & memaklumkan rakan Ratu bahawa Ratu ke klinik sebentar membawa kucing Ratu. Nasib baik lah rakan sepejabat memahami. Ratu terus masuk ke dalam kereta & bergegas ke klinik. Dalam perjalanan Ratu mententeramkan BOBOI yang masih menahan kesakitan. "Sabar ya sayang, kita sampai kat klinik sekejap saja lagi."

Sampai di klinik Kerajaan Haiwan (Veterinar), Ratu bawa BOBOI untuk dirawat. Sambil dirawat Ratu membelai BOBOI supaya dia tidak meronta. Difahamkan gigi bawahnya patah sedikit & gusi bawahnya bengkok sedikit. Kemungkinan dia dipukul.. atau dilanggar. YA ALLAH.. Kesiannya kucingku. BOBOI di suntik ubat untuk mengurangkan kesakitannya.

Ratu serba salah. Nak bawa BOBOI balik rumah, siapa pula yang hendak menjaga dia. Nak bawa pergi pejabat, takut mendatangkan ketidakselesaan pada staf-staf yang lain. Akhirnya setelah mendapat keizinan pihak klinik, mereka bersetuju untuk menjaga BOBOI hingga petang. PEH, LEGA RASANYA. Tapi makanan Ratu kena sediakan, Ratu bergegas ke kedai untuk membeli FISKIES sebagai makanannya.

Tapi selepas dari rawatan tu.. pada mulanya BOBOI berselera sedikit makan. Tapi beberapa hari selepas itu, BOBOI sudah mula kurang selera makan sehinggalah pada suatu hari semuanya dia tak nak makan. Nasi digaulkan dengan ikan tak nak.. ikan pun tak nak.. air tak nak minum. Mulutnya sudah berbau sedikit. Raja Ratu nak bawa ke klinik.. tapi hari Ahad klinik tutup. Akhirnya, badannya terkulai layu di sebelah kereta. Ratu terus memberitahu Raja. Kami terus membalut badan BOBOI dengan suratkhabar setelah kami dapati badannya sudah keras. Raja terus membawa kereta dan menanam mayat BOBOI di tepi sungai.

Ada macam novel tak cerita Ratu ni. Walaubagaimanapun, Ratu sudah cuba melakukan yang terbaik untuk si BOBOI. Tapi apa yang boleh dikatakan. BOBOI pergi jua. Apa yang mengecewakan Raja Ratu.. jika benarlah BOBOI dipukul.. siapa lah yang TERGAMAK melakukannya. SUNGGUH KECEWA !!!!

Tatapan dari,

Sunday, October 31, 2010

8 Sebab kenapa doa kita tidak dimakbulkan..

Lama sudah Raja & Ratu tidak bersiaran di laman kami ni. Hari-hari kami singgah teratak istana ni tapi kesibukan datang berkunjung, terus menyebabkan tak cukup kaki tangan kami hendak uruskan semua tugas. Hehe.. EMM, ADAKAH INI NAMANYA MENCARAI ALASAN UNTUK TAK UPDATE TERATAK INI.. KWANG !!! KWANG !!! KWANG !!! TAPI BETUL BEB.. WA TAK TIPU.. WA BUSY BEB !!! HEHE..

Hari ini Ratu singgah teratak ini lagi lalu mengemaskan sedikit habuk2 yang bersarang dalam 'TERATAK ISTANA RAJA & RATU' ini. Dan kali ini kami hendak berkongsi dengan korang semua berkaitan 1 topik yang agak menarik. Emm, lama juga Raja & Ratu tak bermotivasi. Korang baca tajuk pun dah nampak menarik kan. Inilah yang Ratu hendak kongsikan.

Kata Ibrahim Bin Adham : Doa kamu tertolak kerana hati kamu mati. Hati kamu mati kerana 8 sebab iaitu :

1. Kamu mengetahui hak-hak Allah tetapi kamu tidak menunaikannya.
2. Kamu selalu membaca Al-Quran tetapi tidak mengamalkan isi kandungannya.
3. Kamu mengaku mencintai Rasulullah tetapi kamu tidak mengikuti sunnahnya.
4. Kamu mengatakan takut kepada kematian tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.
5. Allah s.w.t memberitau bahawa syaitan itu musuh kamu yang nyata tetapi kamu bersahabat dengannya.
6. Kamu mengaku takut dimasukkan ke dalam neraka tetapi kamu masih melakukan sesuatu yang menyebabkan kamu dicampak ke dalamnya.
7. Kamu mengaku kamu suka masuk ke dalam syurga tetapi kamu tidak pernah berusaha membuat amal-amal kebaikan supaya kamu dimasukkan ke dalamnya.
8. Setiap hari kamu berusaha menutup aib kamu tetapi dalam masa yang sama kamu tidak bosan-bosan membuka aib orang lain.

"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka Dia Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA ingin MengujiMu,
Bila DIA tidak Makbulkan Doamu, Maka DIA Merancang Sesuatu yang lebih baik untukmu."

Marilah kita RENUNG-RENUNGKAN & FIKIR-FIKIRKAN..

Tatapan dari,

Wednesday, October 20, 2010

Keberangkatan Ibubapa Ratu ke Tanah Suci..

Tanggal 16 Oktober 2010 bersamaan dengan hari Sabtu, Raja Ratu bersiap-siap untuk menghantar ibubapa Ratu ke Kelana Jaya. Jauh di sudut hati Ratu, rasa sedih pasti mula terasa. Sebulan lebih pasti Ratu akan merindui mereka biar pun Ratu akan kerap menghubungi mereka. Pada tarikh ini, Raja outstation pulak di Johor Bharu. Pagi Sabtu tu baru sampai dari Johor Bahru. Mengikut perancangan, Raja Ratu akan menghantar ibubapa Ratu pada pukul 3.00 petang. Tapi imam yang datang untuk mengazankan ibubapa Ratu minta bertolak awal sedikit. Jadi kami pun bertolak lah pada pukul 2.00 petang. Disebabkan awal kami berangkat, sudah pasti ada jiran-jiran yang tidak dapat bersalaman dengan ibubapa Ratu sebelum kami berangkat.

Ibubapa Ratu akan daftar masuk di Kelana Jaya pada pukul 9.30 malam. Kemudian kira-kira pukul 10.00 malam berangkat ke KLIA. Pada pukul 1.30 pagi pula berngkat ke Madinah. Inilah gambar yang sempat diambil sebelum ibubapa Ratu daftar masuk.
Peh, sebak di hati Raja Ratu ketika kami berpelukan sebelum ibubapa Ratu daftar masuk.

Semoga mereka selamat mengerjakan ibadat Haji..
Semoga mereka dapat melakukan yang tebaik sepanjang mengerjakan ibadat tersebut..
Semoga mereka mendapat Haji yang mabrur..
Semoga mereka selamat pulang ke Tanah Air..
Amin.. Amin.. Amin..


Tatapan dari,

Saturday, October 16, 2010

Al-Fatihah untuk mereka yang terlibat 10.10.10 ..

Tarikh 10 Oktober 2010... Membawa detik suka & duka.. Ada apa dengan tarikh 10.10.10? Bagi mereka yang ingin meletakkan tarikh ini sebagai tarikh istimewa dalam hidup mereka, mereka akan mengambil tarikh ini untuk melangsungkan perkahwinan mereka.. majlis pertunangan.. merisik dan sebagainya. Semuanya kerana tarikh 10.10.10. Betul tak?

Tapi tidak kurang juga tarikh 10.10.10 membawa kisah duka.. sedih.. meninggalkan detik hitam dalam kehidupan mereka yang terlibat. Inilah yang dikatakan takdir. Betul tak? Mungkin agak terlambat untuk Ratu paparkan kisah ini kerana kesibukan Ratu sejak kebelakangan ini. Tapi apa yang Ratu ingin sampaikan di sini..

Raja & Ratu ingin mengucapkan takziah kepada mereka yang terlibat..
Mengajak sama-samalah kita mensedekahkan al-fatihah kepada mereka yang terlibat..
sambil memberi kesedaran kepada kita semua ketika memandu..
supaya beringat kepada mereka YANG TERSAYANG..

Apa yang Ratu maksudkan di sini ialah kemalangan ngeri yang berlaku pada tarikh ini di km 223 lebuh raya UTARA SELATAN BERDEKATAN DENGAN PLAZA TOL SIMPANG EMPAT. Bagi mereka yang kehilangan anak, tunang, kakak, abang, suami, isteri, adik.. Tentu akan terasa kesedihannya bila mengenangkan apa yang berlaku labih-lebih lagi bila menyambut Hari Raya Korban yang akan disambut tidak lama lagi.

Inilah gambaran kemalangan tersebut. Bas yang terlibat ialah bas Delima. Ratu memberanikan diri melihat rakaman di facebook mengenai kejadian tersebut. Sungguh sedih.
Kemalangan ini melibatkan 2 buah bas, 1 van, 2 buah kereta. Ini pula gambaran plan ketika kejadian berlaku. Bas Delima ini dari Melaka menuju Kuala Lumpur.
Kemalangan ini menyebabkan lalulintas di lebuh raya tersebut terlalu sesak. Ratu mendapat tahu kemalangan ini pada sekitar pukul 7 lebih. Cam ner Ratu dapat tahu. Ceritanya begini.. CEWAH !!! Keluarga Ratu ada membuat kenduri sempena ibubapa Ratu ingin menunaikan Haji tahun ini. Keluarga Raja ingin datang ke rumah berjumpa ibubapa Ratu. Mereka pun ikutlah lebuh raya. Tiba-tiba.. jen.. jen.. jen.. lalulintas sangat sesak. Ingatkan kesesakan itu seketika sahaja. Rupa-rupanya lama. Masa tu lah kami dapat tahu ada kemalangan yang teruk di lebuhraya tersebut menyebabkan semua kenderaan tidak boleh lalu jalan tersebut.

Masa itu Raja Ratu & keluarga Ratu tidak tahu kemalangan apa yang berlaku di lebuh raya tersebut. Keluarga Raja terkandas dari pukul 7 lebih hingga lebih kurang pukul 11.00 malam. Kesesakan tersebut menyebabkan keluarga Raja terpaksa berpatah balik & tidak dapat lah datang ke rumah ibubapa Ratu. Raja Ratu & ibubapa Ratu dapat mengetahui lebih lanjut mengenai kemalangan tersebut melaui berita pukul 11.00 & 12.00 malam.

Mengikut rekod polis, pemandu bas Delima itu mempunyai rekod yang bersih. Ini termasuklah syarikat Delima tersebut. Inilah takdir. Dah tertulis kemalangan akan berlaku di situ. Ada yang mengatakan bas tu laju. Ada yang mengatakan ada 2 buah kereta berlumba memotong bas tersebut, mungkin menyebabkan bas itu tidak dapat mengawal kenderaan tersebut. Entahlah. Ratu pun tak tahu yang mana satu yang betul. Apa pun, Raja & Ratu doakan roh mereka yang terlibat ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Amin.. Al-Fatihah..

Tatapan dari,

Tuesday, October 12, 2010

Sekitar kenduri 10 Oktober 2010

Oleh kerana ibubapa Ratu akan berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadat Haji, maka keputusan telah sebulat suara untuk mengadakan kenduri pada 10 Oktober 2010.. KENAPA 10 OKTOBER 2010? Sebab tarikh ni bertuah.. emm, 10.10.10.. KENAPA 10 OKTOBER 2010? Sebab ni sahaja tarikh yang sesuai, seminggu lepas tu dah nak berangkat. Tapi ramai yang membuat keputusan untuk memilih tarikh ini untuk membuat majlis keramaian termasuklah majlis perkahwinan. ANGKASAWAN NEGARA pun mengambil tarikh ini sebagai detik bersejarah mereka melangsungkan perkahwinan & menamatkan zaman bujang mereka. Mungkin ramai juga yang melangsungkan perkahwinan pada tarikh ini.

Kami pula membuat kenduri bukan berdasarkan tarikh.. atau ingin mengejar 'GLAMOR' 10.10.10. Tarikh ini cuma kebetulan sahaja. Kenduri ini perlu diadakan pada tarikh itu kerana tarikh ibubapa Ratu yang akan berangkat ke Tanah Suci tu semakin hampir iaitu 16 Oktober 2010. Kenduri diadakan selepas Asar. Mengikut perancangan kenduri tersebut, kami ingin mengadakan sekali tahlil untuk ahli keluarga kami yang telah meninggal dunia termasuklah arwah adik Ratu & arwah bapa Raja.

Tarikh ini pun sesuai untuk sanak saudara yang ingin bertandang di rumah ibubapa Ratu ni. Inilah gambaran kenduri tersebut.
Untuk keselesaan tetamu menjamu selera kami memasang 1 khemah.
Ratu bersyukur kerana kenduri tersebut berjalan lancar. Terima kasihlah pada jiran-jiran Ratu yang sudi meringankan tulang membantu dari awal kenduri tersebut sehingga habis. Terima kasih banyak-banyak. Dan tak lupa juga kepada bapa sedara Ratu dan isterinya BUSU SAMAD & BUSU ANI yang banyak membantu. Peh, ada tak macam ucapan ketika terima AUGERAH. hUA.. hUA.. hUA.. Terima kasih juga kepada mereka atas derma/sumbangan yang diberikan kepada ibubapa Ratu sepanjang kenduri tersebut. Terima kasih lah kepada semua. Sudah habis kenduri ini, penatnya mula lah terasa. Tapi tak per. Janji kenduri tersebut berjalan lancar.

Tatapan dari,

Monday, October 11, 2010

Ibu bapa Ratu Mendapat Tawaran Haji..

Alhamdulillah syukur nikmat.. Kepada tuhan yang memberi rahmat.. Haha.. Ada tokoh jadi penyanyi nasyid tak.. Hehe. Hari ini Ratu ingin berkongsi kegembiraan bersama korang semua. Syukur ke hadrat Illahi, bapa Ratu teringin sangat nak menunaikan Haji pada tahun ini. Akhirnya dapat juga tawaran ibubapa Ratu untuk menunaikan Haji tahun ini. Memang tak di sangka berita ini. Tawaran ini diterima secara mengejut.

Sebenarnya, Ibubapa Ratu ada mengajak Raja & Ratu pergi menunaikan Haji pada awal tahun 2010 ini. Insya Allah kalau ada rezeki apa salahnya. Betul tak. Kami pun mula mengatur strategi dengan menghadiri kelas kursus menunaikan Haji. Selepas itu, ibubapa Ratu membuat surat rayuan ke Tabung Haji dengan harapan agar kami tersenarai dalam senarai mereka yang akan pergi menunaikan Haji pada tahun ini. Dari segi simpanan Raja & Ratu mungkin tak cukup sikit kerana untuk pergi menunaikan Haji melalui Tabung Haji simpanan kami mesti ada RM20,000.00. Tapi masih lagi ada masa untuk menyimpan. Kalau ada rezeki tak ke mana kan.

Beberapa bulan selepas itu, ibubapa Ratu termasuk Ratu menerima surat tawaran bahawa kami berada dalam senarai 'MENUNGGU'. Raja lak Ratu daftarkan Haji melalui buku Tabung Haji selepas kami bernikah. Ratu & ibubapa Ratu pula telah mendaftar Haji sebelum Raja & Ratu bertunang. Jadi, mungkin Raja tidak tersenarai dalam 'MENUNGGU' kerana baru mendaftar Haji. Tapi Ratu boleh tarik Raja pergi bersama atas alasan MAHRAM. Sementara urusan penarikan Raja sebagai Mahram Ratu berjalan, Ratu & ibubapa Ratu diarahkan untuk membuat pemeriksaan di Klinik Kesihatan yang telah ditetapkan melalui buku kesihatan yang diberikan. Biasanya senarai 'MENUNGGU' ini, kalau ada mereka yang tersenarai untuk menunaikan Haji tahun ini tapi tidak dapat pergi, maka peluang mereka yang tersenarai dalam 'MENUNGGU' ini akan dipilih.

Akhirnya Ratu dan ibubapa Ratu menerima surat memberitahu bahawa kuota Haji melalui Tabung Haji untuk tahun ini sudah penuh dan jikalau ingin pergi juga menunaikan Haji boleh memohon melalui pakej Haji di agen-agen yang telah disenaraikan di bawah naungan Tabung Haji. Jadi, ibubapa Ratu pun memohon lah melalui salah satu agen yang tersenarai itu. Raja & Ratu pula terpaksa menangguhkan sahaja niat kami untuk menunaikan Haji itu memandangkan kos di bawah agen ini tinggi sedikit berbanding jika pergi melalui Tabung Haji. Ibubapa Ratu pula tak fikir permohonan mereka akan diluluskan memandangkan masa yang suntuk dan agen tersebut juga tidak boleh sesuka hati mengambil keputusan selagi Tabung Haji tidak meluluskan senarai nama yang mahu memohon itu.

Agen pakej Haji yang dipohon oleh ibubapa Ratu itu adalah RAYHAR TRAVELS SDN. BHD. Satu hari, bapa Ratu menelefon pejabat RAYHAR ini untuk mengetahui keputusan permohonnya tapi hampa. Mungkin sudah tiada rezeki mereka tahun ini. Sekali bapa Ratu membuat semakan di Tabung Haji, agak terkejut rupanya-rupanya dalam rekod Tabung Haji nama ibubapa Ratu sudah tersenarai di bawah agen RAYHAR. Bapa Ratu pun terus menelefon pihak pengurusan RAYHAR. Rupa-rupanya keputusan itu mungkin baru lagi dan belum dimaklumkan kepada RAYHAR. Apa lagi bergembira lah ayah Ratu & terus memberitahu ibu Ratu mengenai berita tersebut.

Ratu difahamkan ibubapa Ratu akan berangkat pada hari Sabtu 16 Oktober ini. Dah tak lama lagi dah ni. Inilah gambar barang-barang yang diberikan oleh Tabung Haji. Barang-barang yang diberikan termasuklah uncang kasut, berus gigi beserta ubat gigi, sabun, syampoo, kain ihram, telekung dll.
Ini pula sebahagian sumbangan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri yang sempat diambil.
Akhir kata, jutaan terima kasih atas sumbangan yang diberikan baik dari segi barang seperti kain ihram & telekung mahupun dari segi duit untuk perbelanjaan. DOA-DOAKAN SEMOGA IBUBAPA RATU MENDAPAT HAJI MABRUR.. SEMOGA MEREKA SELAMAT PERGI KE TANAH SUCI & SELAMAT PULANG KE TANAH AIR.. AMIN.. AMIN.. AMIN..

Tatapan dari,

Wednesday, October 6, 2010

Kena pergi Kursus ISO

Alamak Ratu pun terlibat sama lah kena pergi kursus ISO 9001:2008 yang diadakan di Ancasa Hotel. Aduh hai !!! Ingatkan nak lari tadi. Lari punya lari tersangkut juga. Nama sudah tersenarai dalam kursus tu. Kursus ini bertajuk "AWARENESS TRAINING". Tak per lah, dapat makan percuma kan untuk PAGI.. TENGAH HARI.. PETANG.. Peh, kenyang perut.. Ni sebelum pergi ni kena laparkan perut dulu ni. Haha. Ni nak pergi kursus ni untuk tambahkan pengetahuan ker untuk makan. Hehe. Tapi bila nak dapat Sijil ni. hehe. Layak ker Ratu dapat sijil. haha.

Ini adalah gambar kaum-kaum ADAM ya yang hadir semasa kurus tersebut. Kaum HAWA duduk di belakang tabir. Bukan MALU untuk bergambar. Tapi kami kaum HAWA boleh jadi pemerhati dan tengok siapa yang perut tak dapat dikempiskan semasa berposing.. gaya berposing.. control MACHO ke tidak kaum ADAM ni kan.. hUA.. hUA.. hUA..

Ratu difahamkan gambar ini akan digantung nanti di pejabat. Emm.. Tapi tak nampak kelibat gambar ni pun.. Emm, siapa nak jawab ni. HEHE. Apa-apa pun makanannya memang best. Menu petang dan paginya licin Ratu dan rakan Ratu kerjakan. hehe.. kursus.. kursus jugak.. tapi perut perlu diisi juga kan.

Tatapan dari,

Wednesday, September 29, 2010

Pergi ALAMANDA..

Di bulan syawal.. di hujung minggu.. di dalam bulan September.. di pertengahan bulan.. EHH!!!! Berapa Banyak DI Lahhh.. HEHEHE.. Raja & Ratu singgah sebentar di rumah Ibu Raja. Dalam perjalanan kami mendapat panggilan telefon dari sepupu Raja, katanya ingin berjumpa sebelum dia berangkat ke INDONESIA. Bila dah sampai rumah, nah ambil ko berbual cam 10 tahun tak jumpa.. sedangkan baru Hari Raya Pertama mereka jumpa.. hehe.. Bila Ratu mengajak Raja untuk ke ALAMANDA.. Raja pun 'AJAK-AJAK AYAM' lah dengan sepupunya ni. Rasa-rasa nak letak ker nama dia.. haha. Rasa-Rasa tak perlu kot.. Tapi kalau tak letak MENAGIS LAK KAN.. hUA.. hUA.. hUA.. Tak pun duduk bawah kerusi merajuk.. hehe. Jangan marah haa.. Nama dia SARUL RIZAL. Ok.. dah letak nama dah kan.. Kalau korang nak mengorat dia pun dah tak boleh ok.. Dia dah berkahwin ok. haha..

Ajak punya mengajak terus sepupu Raja ni setuju nak ikut. Apa lagi berangkat lah kami ke ALAMANDA petang tu. Kalau pergi ALAMANDA tak sah kalau tak singgah kawasan Masjid Putrajaya. Terus mengingatkan zaman muda-muda Raja & sepupunya semasa menyiapkan Masjid Putrajaya tu. Tengok pemandangannya yang cantik ni, terus Ratu mengambil gambar Raja dan sepupunya.. haha.. Ok tak mereka berposing.. Control MACHO ok.. Walaupun masing-masing dah berkeluarga.. hehe..Dah sampai ALAMANDA.. Ratu nak tengok hand bag CARLO RINO. Tapi bukan Ratu yang beli, sepupu Raja tu yang beli untuk isterinya. haha. Habis bershopping Raja & Ratu singgah di rumah sepupu Raja ni untuk beraya. Berbual punya berbual.. dah tak ingat nak balik lak Raja ni. Sekali tengok jam dah pukul 1.00 pagi. Tu lah Ratu dah cakap.. mereka ni macam tak jumpa 10 tahun kan. Dah sedar jam menunjukkan pukul 1.00 pagi Raja & Ratu pun beransur pulang walaupun kena meredah hujan.. hehe..


Tatapan dari,

Saturday, September 25, 2010

Taman Rama-Rama Kuala Lumpur..

Sepatutnya, bulan Syawal Raja & Ratu pergi beraya. Tapi kami boleh sempat singgah Taman Rama Rama Kuala Lumpur. Raya tahun ini pula jatuh pada hari jumaat 10 September 2010. Hari Isnin pejabat Ratu diistiharkan tutup 1 hari. HOREY !!!! Perlu ker Ratu melompat kegembiraan. Ratu lak mohon cuti 2 hari iaitu hari Selasa & Rabu. Hari Khamis dah cuti 1 Malysia. Jadi Ratu mulakan tugas pada Jumaat 17 September 2010. Haha. Saja hendak menempelkan muka kat pejabat, sedangkan lepas tu Hari Sabtu & Ahad dah cuti. haha. Ops!!! 17 September tu bithday Ratu. hehe. Boleh lak birthday tu pergi kerja, tak mohon cuti lak sedangkan cuti tahunan ada lagi & boleh mohon lagi.. hehe.

Ratu ajak Raja pergi Taman Rama-Rama ni hari raya ke 4. Sekali ajak Raja setuju saja. Macam Ratu jugak yang pantang diajak berjalan. Haha. Masa tu kami di rumah keluarga Raja dan ingin pulang ke rumah ibubapa Ratu. Lepas Ratu membuat 'ajak-ajak ayam' kepada Raja untuk ke Taman Rama-Rama Kuala Lumpur. Terus kami buat perancangan drastik, kami bersiap dan bergerak ke Taman Rama-Rama dulu. Lepas tu kami pulang ke rumah ibubapa Ratu lak. Barang semua dah siap tersusun dalam kereta. Hehe. Rumah bapa sedara kami belum habis beraya lagi. Tapi leh curi-curi pergi jalan-jalan lagi. hehe. Tak per cuti masih ada lagi. Raya pun 1 bulan kan.

Inilah gambar kumpulan serangga di dalam kawasan Taman Rama-Rama
Ini pula gambar yang ke 2 dari kumpulan serangga yang dipamerkan..
Ini pula gambar ke 3 yang dapat kami ambil
Tapi bagi pendapat Raja Ratu, kami lebih suka pergi Taman Rama-Rama di Melaka. Rasanya lebih menarik. Landskapnya pun lebih cantik & banyak binatang yang dikumpulkan. Tapi ini adalah pendapat & pandangan kami sahaja.

Tatapan dari,

Thursday, September 16, 2010

Hanya untuk RENUNGAN..

Ni Ratu dapat dari FACEBOOK.. Lantas terfikir untuk dikongsikan kepada semua...

Dalam sehari ada 24jam..

Setiap manusia ada rutin tersendiri.

Cuma, di dalam kita sibukkan diri dalam urusan seharian dalam dunia yang sementara ni.. pernah tak kita fikir sesaat tentang nasib kita di Akhirat.. negara yang kekal abadi..

Pernah tak kita amik berat benda benda yang kat bawah ni :-

1 ) Berapa kali dalam sehari kita ada rasa takut pada Allah hingga menggeletar tubuh badan kita?

Alim ulamak rah.a serta para sahabat ra berpendapat bahawa, disaat tubuh menggeletar ketakutan kepada ALLAH, itu adalah masa yang terbaik untuk berdoa.. kerana ALLAH akan kabulkan doa .

2) Berapa minit dalam sehari, kita duduk, fikir, perah otak, macammana nak hidupkan Rumah Allah dikawasan kita, 24jam setiap hari? sampai semua lelaki yang akil baligh datang sembahyang jemaah?

Tak semua orang ada duit yang banyak untuk disumbangkan pada tabung masjid.. tapi..
semua orang ALLAH bagi masa yang sama dalam sehari.. iaitu 24jam untuk tunduk.. patuh dan amal perintah ALLAH..
jika takda duit untuk disedekah kepada pembangunan masjid..kita boleh guna masa dan tenaga yang ALLAH anugerahkan kepada kita untuk jumpe orang setiap hari untuk ajak orang kepada rumah ALLAH...
jika orang tu datang ke rumah ALLAH..dan ajak orang lain jugak ke rumah ALLAH untuk hidupkan Rumah ALLAH...maka sudah pasti Rumah ALLAH akan makmur dengan amal solat jemaah serta amal amal masjid yang lain..
dan jika berterusan hingga kiamat..inikan sejenis pelaburan yang kekal untuk akhirat ?

3) Berapa banyakkah dlm sehari, kita cakap, sembang tentang kebesaran ALLAH pada kawan2,ahli keluarga, isteri, anak2 kita? & kita mengajak mereka turut sama memuji Allah? malah kita mengajak mereka bersama sama bercakap tentang kebesaran ALLAH pada kawan kawan diorang ?

Kita boleh cakap yang ringkas ringkas.. sebagai contoh..ALLAH MAha Kuasa, Makhluk tak berkuasa... ALLAH menghidupkan.. ALLAH yang mematikan.. ALLAH berkuasa menjadikan sesuatu itu dari tiada kepada ada... dan dari tiada kepada ada.. ALLAH yang memanaskan api.. ALLAH juga yang berkuasa mutlak untuk menyejukkan api.. seperti kisah Nabi ALLAH Ibrahim dicampak ke dalam api tetapi api itu tak membakar.. Sebaliknya memberikan kedamaian kepada baginda..
Bukan garam yang bagi masin. Bukan gula yang bagi manis. Bukan ubat yang bagi sembuh. Setiap apa di atas muka bumi ni perlukan keizinan ALLAH untuk berfungsi.
Sesungguhnya ALLAH tak memerlukan makhluk sebaliknya makhluk yang mengharapkan pada ALlah..
Cuba fikir kalau Allah tarik nikmat kelazatan bernafas.. makan..tido...?
Jadi.. kita kene sentiasa bercakap tentang kehebatan dan kebesaran ALLAH tiap masa.. tiap waktu...


4) Berapa banyakkah dalam sehari, kita amal sunnah Nabi Saw dalam hidup kita?a Adakah kita ada ajak org lain pun turut sama amalkan sunnah Nabi Saw?

Adakah kita sudah selawat kepada Baginda Nabi saw yang kita cinta hari ni?
Disebut dalam kitab Iman al Termizi, tentang kisah seorang lelaki yang bermimpi berjumpa Nabi saw.. tetapi Nabi saw memaling tubuh dari dia. Lalu lelaki ni pun tanya, kenapa Rasulullah palingkan tubuh dari dia.. lalu BAginda saw memberitahu...l elaki ni tidak cintakan Baginda.. sebab lelaki ini tak pernah selawat pada baginda.. selawat tanda ingat pada BAginda.. lalu lelaki ni terjaga dari tidur.. dan terus selawat 100 kali sehari...
pada suatu malam.. dia bermimpi sekali lagi jumpa Baginda saw.. dan Baginda saw memberitahu.. Baginda saw mensyafaati lelaki tadi...

Akhir kata.. RENUNG-RENUNGKAN.. FIKIR-FIKIRKAN..


Tatapan dari,

Memancing.. memancing !!!!

Satu hari di Hari Raya.. Haha.. Hari2 pergi jemputan rumah terbuka.. Seronok memang seronok sebab perut terisi tapi rumah saudara mara terdekat jangan dilupakan. Betul tak !!!.. Nak dijadikan cerita.. satu hari, Ratu beraya di rumah Pak long Ratu, Raja mula menyatakan minatnya untuk memancing. Tak sangka lak Pak Long Ratu suka memancing. Terus diberikan beberapa tips yang diketahuinya untuk dikongsikan bersama Raja. Raja apa lagi.. keinginan untuk terus mencuba tips yang diberikan membuak-buak.. semangat untuk memancing berkobar-kobar..

Malam tu juga Raja ajak Ratu temaninya memancing di satu kolam yang baru pertama kali kami kunjungi. Kolam ni dah lama buka tapi Raja belum pernah mencuba nasib di sini. Ratu lak bila Raja dah ajak menemaninya, Ratu pun bersiap lah.. Kalau Raja tak ajak pun Ratu tetap nak pergi gak menemani Raja. haha..

Raja rancang nak memancing selama 3 jam sahaja. Kami pun bayar lah deposit RM50.00 dahulu. Memancing ni perlukan kesabaran, kerana kalau nasib baik cepat lah dapat ikan. Kalau tak lama gak dapat ikan. Lama gak kami menunggu. Mula-mula tengok umpan dah kena makan sikit tapi tiada reaksi ikan terkena pada mata kail Raja. Tunggu punya tunggu. Raja tengok pancingnya mula menunjukkan tanda-tanda yang positif. Alamak ada ikan dah terkena mata kail. Raja tarik punya tarik, Ratu tengok ikan ni mula meronta melarikan diri di dalam kolam. Sekali bila dapat dibawa ikan ni di tebing kolam. Ratu tengok. peh.. besar gak..
Timbang punya timbang.. beratnya 3 kg. Waa.. lagi bersemangat Raja nak memancing lagi ni sampai 4 jam lebih dah masa dihabiskan di kolam ni. Apa tah lagi kali ke 2 mata kail Raja mula dimakan ikan lagi. Raja jenuh juga menarik pancingnya tatkala ikan tu meronta-ronta melarikan diri di dalam kolam tu. Ratu pun terus memberi kata-kata semangat kepada Raja.. YA !!! MALAYSIA BOLEH.. hUA.. hUA.. hUA.. Tapi inilah yang dikatakan tiada rezeki. Ikan tu berjaya melarikan diri apabila tali pancing tu putus. Emm.. apa leh buat. Tapi rasa seronok juga bila dapat ikan besar ni.

Pastinya jika ada masa terluang lagi, kolam ini akan kami kunjungi untuk kali ke 2. Haha.. Nantikan kehadiran kami nanti.. Hehe..

Tatapan dari,

Thursday, September 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..


KAMI RAJA RATU DAN KELUARGA DARI TERATAK ISTANA RAJA RATU INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
Jikalau ada terkasar bahasa..
Jikalau ada ketidaksopanan tingkah laku kami..
Mohon kiranya dimaafkan..
Kosong.. kosong ya..

Raya tahun ini Raja Ratu sambut dengan agak meriah. Baju raya semua di tempah.. Kasut serba baru.. Raya kali ini pun banyak Rumah Terbuka.. Boleh dikatakan hari-hari ada.. hehe.. Masa kami pun terus terisi dengan aktiviti Rumah Terbuka.. Perut kami pun terisi juga.. Tapi biar apa pun.. apa yang ingin Raja Ratu nyatakan di sini. Biarpun kita bergembira di Hari Raya.. janganlah lupa pada yang TIADA.. Akhir kata SEMOGA LEBARAN TAHUN INI KITA SAMBUT DENGAN PENUH KEGEMBIRAAN.. Mari kita bertakbir..

اللّهُ أكبر اللّهُ أكبر
Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allah is Great, Allah is Great

اللّهُ أكبر
Allahu Akbar
Allah is Great

لا إلَهَ الا اللّه
La illaha il Allah
there is no God, but Allah

اللّهُ أكبر اللّهُ اكبر
Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allah is Great, Allah is Great

و لِلّه الحمدَ
walilahil Hamd
to Him belongs all Praise

اللّهُ أكبرُ كَبيِرَا
Allahu Akbaru Kabeera
Allah is the Greatest

وَالحَمدُ لِلّهِ كَثِيرا
wal-Hamdulilahi katheera
And all Praise is due to Him

وَ سُبحَان اللّهِ
wa Subhan allahi
And Glory to Allah

بُكرَةً وَأصْيِلا
bukratan wa aseila
eventide and in the morning

لا إلَهَ الا اللّه
La illaha il Allah
there is no God, but Allah the Unique

صَدَقَ وَعدَه
sadaqa wa'dah
He has fulfilled His Promise

وَنَصَرَ عبده
wa nasara abda
and made Victorious His servant

وأعزَ جُنَده
wa a'azza jundahu
and made Mighty His soldiers

وَهزم الأحْزَابَ وحْدَه
wa hazamal-ahzaaba wahdah
and defeated the confederates

لا إلَهَ الا اللّه
La illaha il Allah
there is no God, But Allah

وَلا نَعبُد الا أياه
wa laa na'budu illa iyyah
He alone we worship

مُخلِصِّينَ لَهُ الدّيِنَ
mukhlessena lahud-deena
with sincere and exclusive devotion

وَلوْ كَرِهَ الكَافِروُن
walaw karehal-Kafeeroon
even though the idolaters hate it

اللّهمَ صَلِّ على سيْدنَا مُحَمد
Allahumma salli ala sayyedna Muhammad
O Allah, have Mercy on our Prophet Muhammad

وَعَلى آلِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala aalie sayyedna Muhammad
and on the family of our Prophet Muhammad

وَعَلى اصْحَابِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala as-haabie sayyedna Muhammad
and on the companions of our Prophet Muhammad

وَعَلى أنصَارِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala ansari sayyedna Muhammad
and on the helpers of our Prophet Muhammad

وَعَلى أزوَاجِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala azwajie sayyedna Muhammad
and on the wives of our Prophet Muhammad

وَعَلى ذُرِّيَةِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala dhurreyatie sayyedna Muhammad
and on the progeny of our Prophet Muhammad

وَ سَلّم تَسْلِيماَ كَثّيرا
wa sallim tasleeman katheera
and Bestow upon them much peace.

Layanlah takbir ini dengan penuh kesyahduan.. hehe..

Tatapan dari,

Thursday, September 2, 2010

Rezeki Raya Tahun ini..

BULAN RAMADHAN BULAN YANG MULIA.. Cehhh, pembuka ayat TAK TAHAN. Di saat2 Ramadhan mula meninggalkan kita tahun ini, Ratu ingin berkongsi kegembiraan di hari Raya yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Inilah yang dinamakan rezeki Raya tahun ini.
YANG PERTAMA, pihak syarikat bersetuju memberi bonus 1 bulan gaji. Jadi, apa lagi.. kita ENJOY!!!

YANG KEDUA,
Ratu dapat beberapa botol air minuman daripada pihak syarikat & kedai yang biasa Ratu beli. Raja pun ada beli air minuman ini di MYDIN. Nasib kami memang baik. Masa tu lak ada promosi kami dapat 1 kotak lebih air minuman dari pelbagai perisa.

YANG KETIGA, duit raya daripada pelanggan kami RM200.00. Selain itu, Ratu juga ada terima saguhati Raya. Alhamdulillah.. rezeki.. rezeki..

YANG KEEMPAT, Ratu menerima sepasang kain ela. Cantik juga coraknya. Kalau nak dibuat baju Raya tahun ni semestinya dah tak sempat. Tapi pastinya Ratu akan gunakannya nanti bila Raya Haji.. BETUL TAK !!!!

Tentang persiapan Raya Ratu & Raja sudah siapkan sebelum Ramadhan lagi. Bukan apa.. takut terkejar-kejar nanti. Tapi kami beli kain ela sahaja sebelum Ramadhan & terus hantar untuk tempahan untuk dibuat Baju Raya mengikut citarasa kami. Dari segi kasut, beg & pakaian raya untuk ibubapa Raja & Ratu.. semuanya telahpun kami sediakan sebelum menjelang Ramadhan lagi. Rasa seronok juga wat persiapan awal... tak lah terkocoh-kocoh nak mengemas rumah.. mengecat rumah.. nak beli itu.. nak beli ini.. BETUL TAK !!!! Akhir kata.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dari kami RAJA & RATU. Semoga Ramadhan tahun ini akan bertandang lagi di tahun depan. Amin..

Tatapan dari,

Tuesday, August 31, 2010

jalan-jalan di kedai COTTAGE

1 hari di waktu tengah hari, Ratu keluar bersama rakan sekerja pergi makan. Di hari Jumaat, waktu rehat panjang iaitu dari pukul 12.15 tengah hari sehingga 2.15 petang. Emm, apa lagi Ratu pun menghabiskan masa bersama rakan Ratu Rozie selepas makan, kami dah terpandang 1 kedai hiasan rumah yang menarik pandangan kami untuk mengunjunginya. Apa lagi, lepas makan, kami pun terus ke kedai tu.. peh, lawa-lawa barang-barang yang dijualnya.

Bagi kaum wanita khususnya yang menyukai hiasan dalaman rumah. Nah tengok apa yang sempat Ratu ambil gambarnya. Ratu tertarik dengan rekabentuk lampu bilik. Memang cantik, harga pun berpatutan.
Ni antara corak susunan bunga yang menarik. Memang cantik. Bakul hijau tu pun sesuai untuk hiasan. Leh letak bunga atau apa sahaja yang terfikir di minda kita. Yang menariknya, bakul hijau ni diperbuat daripada himpunan rumput2. Ala rumput yang biasa orang potong tu bila dah panjang. Memang kreatif. Ratu suka..
Ni pula susunan hiasan di bahagian sudut ruangan rumah. Agak menarik juga. Tapi ni terpulang lah kepada kita nak susun ikut pilihan bunga yang mana kita gemari. Ni hanya sample pelbagai bunga. Terpulang kepada daya kreativiti kita. Ni kalau diletakkan kerusi untuk berehat. Memang menarik
Sudah semestinya kedai ini menjadi pilihan kami untuk membeli keperluan hiasan dalaman rumah kami nanti. Hehe..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267