Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Tuesday, August 31, 2010

jalan-jalan di kedai COTTAGE

1 hari di waktu tengah hari, Ratu keluar bersama rakan sekerja pergi makan. Di hari Jumaat, waktu rehat panjang iaitu dari pukul 12.15 tengah hari sehingga 2.15 petang. Emm, apa lagi Ratu pun menghabiskan masa bersama rakan Ratu Rozie selepas makan, kami dah terpandang 1 kedai hiasan rumah yang menarik pandangan kami untuk mengunjunginya. Apa lagi, lepas makan, kami pun terus ke kedai tu.. peh, lawa-lawa barang-barang yang dijualnya.

Bagi kaum wanita khususnya yang menyukai hiasan dalaman rumah. Nah tengok apa yang sempat Ratu ambil gambarnya. Ratu tertarik dengan rekabentuk lampu bilik. Memang cantik, harga pun berpatutan.
Ni antara corak susunan bunga yang menarik. Memang cantik. Bakul hijau tu pun sesuai untuk hiasan. Leh letak bunga atau apa sahaja yang terfikir di minda kita. Yang menariknya, bakul hijau ni diperbuat daripada himpunan rumput2. Ala rumput yang biasa orang potong tu bila dah panjang. Memang kreatif. Ratu suka..
Ni pula susunan hiasan di bahagian sudut ruangan rumah. Agak menarik juga. Tapi ni terpulang lah kepada kita nak susun ikut pilihan bunga yang mana kita gemari. Ni hanya sample pelbagai bunga. Terpulang kepada daya kreativiti kita. Ni kalau diletakkan kerusi untuk berehat. Memang menarik
Sudah semestinya kedai ini menjadi pilihan kami untuk membeli keperluan hiasan dalaman rumah kami nanti. Hehe..

Tatapan dari,

Tuesday, August 24, 2010

Langkah utk Hadapi Kelahiran Orang Baru..

Di sini Raja Ratu ingin kongsikan antara tips yang menarik perhatian kami iaitu bagi mempersiapkan diri terutama sekali bagi ibu yang hamil. Ini amat sesuai bagi mereka yang baru pertama kali menyambut kedatangan orang baru.

1. TAHU APA YANG PERLU DILAKUKAN
Adakah bakal ibu telah bersedia untuk bersalin? Kenal pasti siapa yang akan membawa bakal ibu ke hospital & siapa yang akan menjaganya di sana nanti.

Sekiranya kita mengambil keputusan untuk melahirkan di hospital swasta, kita perlu tahu apakah kemudahan yang disediakan & kos rawatan yang dikenakan. Tak kiralah sama ada mahu melahirkan di hospital kerajaan ataupun swasta, pendaftaran awal perlu dilakukan sebelum tiba tempoh masa untuk bersalin. Sekurang-kurangnya kita tidak perlu lagi berhadapan dengan masalah apabila mahu segera melahirkan di hospital berkenaan.

2. KENALPASTI SIAPA YANG LAYAK UNTUK BERADA DI SAMPING BAKAL IBU TERSEBUT
Sekiranya bakal ibu ingin melahirkan di hospital swasta, bakal ayah boleh memohon kebenaran daripada doktor untuk menemani isterinya di bilik bersalin. Walaubagaimanapun, keputusan tersebut bergantung kepada persetujuan doktor.

Sekiranya suami dibenarkan menemani isteri ketika berada di bilik bersalin, isteri tersebut perlu memaklumkan kepada suami keinginan isteri dari segi sokongan apabila suami berada di sebelah. Tujuannya utk mengelakkan ketidaksefahaman antara isteri dan suami ketika berada di bilik bersalin. Suami perlu banyak memainkan peranan ketika menemani isteri di saat-saat sebegini.

Sekurang-kurangnya kehadiran suami membolehkannya memaklumkan kehadiran bayi yang comel itu kepada saudara mara yang lain. Diingatkan di sini bahawa proses bersalin membuatkan si ibu keletihan. Lawatan demi lawatan yang dilakukan oleh saudara mara ada kalanya memenatkan. Oleh itu, si isteri perlu bersedia dari segi mental & fizikal untuk menanganinya.

3. SUSUN BEG
Apabila semakin menghampiri waktu hendak melahirkan, beg hendaklah di susun supaya tidaklah kelam kabut nanti. Barang-barang keperluan yang perlu di susun adalah seperti barangan keperluan bayi & isteri termasuklah tuala. Sesetengah hospital swasta ada menyediakan keperluan untuk bayi seperti selimut & lampin pakai buang. Walaubagaimanpun, adalah lebih baik, kita perlu mendapat kepastian daripada pihak hospital mengenainya terlebih dahulu. Tapi untuk keselesaan, bawalah juga barangan keperluan tersebut sendiri. Sekurang-kurangnya persediaan awal tidak akan membuatkan suami atau saudara mara perlu berulang-alik semata-mata mahu mengambil & menghantar barang keperluan tersebut.

4. DAPATKAN KEPERLUAN BAYI
Sudah semestinya bakal-bakal ibu & ayah akan mengeluarkan sejumlah wang bagi menyambut kedatangan orang baru meraka. Namun, mereka perlu memastikan apakah keperluan yang benar-benar diperlukan untuk si bayi. Misalnya kerusi bayi, tisu basah, baju dan sebagainya.

Mungkin bagi pasangan suami isteri yang telah mempunyai anak telah biasa dengan tips ini. Tapi bagi mereka yang baru menyambut kelahiran orang baru, diharapkan tips ini dapat membantu.

Tatapan dari,

Monday, August 16, 2010

Ingin jadi si 'BABY' seperti 'SI MARU'

Haha.. Mesti korang tertanya-tanya siapa BABY?.. Siapa MARU? Betul tak? 'BABY' adalah kucing kesayangan Raja Ratu. hehe. si 'MARU' lak kucing yang agak top gak di Jepun. Ni yang Ratu tengah berusaha nak bagi si BABY gemuk cam si MARU. CAIYOK !!! CAIYOK !!!

Ni lah gambar si BABY ketika tengah timbang berat badan dia yang comel ni. Tapi tengok lah ni. Aduh hai BABY, Ratu nak timbang badan ko lah.. Bukan suruh ko tidur lah sayang.. Tapi Ratu rasa gembira dan khabar gembira ini Ratu ceritakan kepada Raja bahawa berat badannya sudah naik. emm.. Makan banyak-banyak lagi BABY.. Leh jadi macam MARU OK..
Tapi si Baby ni berat badan dia naik ketika bulan ramadhan ni.. Sah la dia tak puasa kan. hehe. Hei, BABY apa nak jadi dengan ko ni. Orang semua puasa, ko lak MAKAN.. TIDUR.. MAKAN.. TIDUR.. pas tu MAIN-MAIN dengan kucing-kucing lain kat luar rumah. Tu jer lah kerja ko.. emm, tak per.. janji ko bertambah COMEL.. SIHAT.. TEMBAM.. DEBAB.. ya BABY.. hehe.. Tapi si BABY ni masa orang berbuka dia pun nak makan gak.. ADUH HAI.. pas makan, apa lagi tidur lah.. Cam dalam gambar ni..
Ni dia tengah khayal nak tidur.. Bila tengok muka dia yang comel tu.. terus Ratu ambil hand phone untuk ambil gambar. ok BABY senyum.. mata jangan tutup.. ok 1.. 2.. 3.. SNAP !!! Sama macam bapa dia juga si BOBOY. Pantang kata nak ambil gambar, terus berposing.. LIKE FATHER.. LIKE SON.. emm, comel tak dia berposing. Bagi mereka yang ingin meminang si BABY dengan anak kucing mereka. Silalah hubungi Raja Ratu di talian 1234 call-call tak dapat.. haha.. Kalau si MARU, dia pantang tengok kotak.. kalau BABY lak pantang tengok bakul. Nampak jer, terus dia masuk. Walaupun bakul tu kecil, dia boleh kasi muatkan badan dia yang tembam tu. hehe.

Ni lak tengok lah gaya si BABY tidur di atas lantai.. ada macam MARU tak? haha
Kalau korang nak tahu siapa MARU.. Cam ner rupa dia. Korang layan video ni. Wahai pengemar kucing.. Jom kita tengok pelbagai gelagat si MARU yang sungguh tembam ni.

Lepas tengok video ni lagi bersemangat Raja Ratu untuk jadikan si BABY seCOMEL MARU seperti dalam video ni.

Tatapan dari,

Friday, August 13, 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..

Walaupun kita baru beberapa hari berpuasa.. Raja Ratu tak nak lepaskan peluang ini untuk mengucapkan 'SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN'. haha. Jangan gelak tengok gambar di atas ya kerana Ratu dah gelihati setelah pertama kali melihatnya. Tak tahulah. orang ni MAKAN KER.. MELANTAK KER.. MENCEKIK KER.. Ratu nak nasihatkan jangan bersikap begini bila berbuka ya. Nanti malu orang sebelah tengok. INGAT YA. USAH BIARKAN DIRI ANDA DISELUBUNGI MISTERI KETIKA BERBUKA. hUA.. hUA.. hUA..

Nasihat Raja Ratu di bulan Ramadhan ni, JANGAN PONTENG PUASA.. Rebutlah keindahan bulan Ramadhan ni dengan:-
1. Banyakkan sedekah..
2. Banyakkan mengaji AL-QURAN..
3. Banyakkan berzikir.
4. Banyakkan amalan-amalan sunat seperti solat sunat & terawih dll.

kerana pahala di bulan MULIA ini sangat banyak.

Macam ner dengan persiapan raya korang? Bagi Raja Ratu, kami dah siapkan dari segi baju raya .. kasut.. tudung.. untuk mak, ayah Ratu & mak Raja. Waa.. puasa tak habis lagi, dah fikir RAYA kan. Kami dah sediakan sebelum puasa lagi. Haha. JANGAN JEALOUS OK. Tapi kami bukan beli baju yang dah siap. Kami beli kain & terus menempah. Maklumlah takut nanti tempahan tu tak dapat siap lak. Lebih-lebih lagi bulan puasa ni lagi banyak orang dah tak terima tempahan baju raya lagi. hehe.

Akhir kata, bulan puasa sebegini lagi dapat mengeratkan hubungan siraturrahim dalam keluarga kerana di bulan inilah kita dapat berkumpul makan bersama-sama menikmati juadah berbuka & bersahur. Bagi mereka yang SENGAJA PONTENG puasa tu RUGI tak puasa tau.


Tatapan dari,

Thursday, August 12, 2010

Makan tengah hari sebelum sambut bulan Ramadhan..

Sebelum nak sambut bulan Ramadhan tahun ni. Ratu dan rakan-rakan pun pergi makan di salah sebuah hotel. Maklumlah sebelum puasa ni kenalah Makan SEPUAS-PUASNYA.. MAKAN YANG BEST-BEST.. haha.. RAJA HATIKU JANGAN JEALOUS OK. Sebab ada orang nak belanja Ratu hatimu makan. haha.. Sorry kerana Ratu tak ajak Raja makan. Tu lah.. Siapa suruh outstation kan. hehe. Nak tahu makan kat mana? haa.. kat PHILEA RESORT ok. Sekali Ratu masuk. Peh, boleh tahan jugak tempat ni. Bilik penginapannya cun gile tu. Macam kat negara ORANG PUTIH la pulak. haha.. Nak tengok bilik penginapannya. Nah tengok ni.
Ratu difahamkan rumah ni diperbuat dari kayu yang tahan lasak & tak mudah dimamah anai-anai. Nak tahu berapa harga penginapan 1 malam. Jangan tercekik leher bila Ratu inform ni. haha. Nak tahu jugak. Nak ambil ni. Untuk 1 hari 1 malam, korang di caj RM750.00. Emm, kalau ditambah sikit leh bayar loan bulanan kereta kan. Tapi kalau nak jugak duduk di tempat sebegini & tak kisah tentang cajnya. SILAKAN LAH. Tu hak masing-masing. tul tak. Sekali tengok rupa-rupanya Raja & Ratu lak menginap di resort ni 1 hari 1 malam kan. siapa sangka.. AHAKS.

Ni lak menu makanan nya yang dipilih untuk menu tengah hari tu..
Best gak rasanya. haha. Tapi lama gak menunggu makanan ni siap. Adik-adik.. Abang-abang.. Akak-akak.. Air liuh yang meleleh tu. Tolong kesat ya. Nanti malu orang sebelah perasan. hUA.. hUA.. hUA..

Ni lak.. Sebahagian rakan-rakan sepejabat Ratu ok. Ha.. tengok ni. semua tengah MELANTAK LAH.. Haha.. Apa lagi BEDAL lah..
Dah habis makan. Kami pun berjalan lah pulang ke pejabat. Tapi sempat gak rakan-rakan Ratu merayau di kawasan resort ni. Siap berposing. emm, SUKA HATI KAU LA NAK. Janji ko pulang ke pejabat. hehe..

Tatapan dari,

Monday, August 9, 2010

Matlamat bulan Ogos 2010..

CAK !!!! Agak lama gak Ratu tak update Teratak istana ni. emm. seperti biasa Ratu akan buat LAPORAN.. haha.. Perlu ker buat laporan untuk korang.. hehe.. Tapi sebelum nak laporan ini dipaparkan.. Ratu nak nangis dulu... korang sediakan lah tisu untuk Ratu.. nak nangis ni.. Bukan sahaja bukan nangis sebab Raja outstation dan tiada di sini Ratu ketika ini.. hehe.. RAJA HATIKU.. SAYANG DAH LAH OUTSTATION.. TAK TELEFON 1 HARI PUN RATU AKAN NANGIS TAU.. RAJA HATIKU.. SILA AMBIL PERHATIAN YA.. hehe.. ditambah lagi dengan matlamat bulan lepas tak tercapai.. ish !!! ish !!! ish !!! Kecian kan.. Raja hatiku... cam ner ni.. WAA !!! Rasa-rasa Raja tahu ker Ratu menangis ni.. Tapi betul ker Ratu nangis ni.. hehe.. APA MATLAMAT BULAN LEPAS ? .. emm, Ratu agak sibuk sikit.. jadi tak banyak lah nak 'BERBLOGWALKING'. Jadi jumlah pengunjung yang datang tak seperti mana yang Ratu ingin capai.. Tapi melalui rekod Ratu dapat lah juga 1,000 orang datang menjengah sepanjang bulan Julai 2010.

Apa yang Ratu nak capai sepanjang bulan Julai iaitu jumlah pengunjung mencecah 9,000 orang. Tapi jumlahnya hanya dapat mencecah 7,861. Tengok lah ni... Ni diambil pada 2 Ogos 2010. Harapan Ratu pada hujung bulan ni dapatlah jumlah ini mencecah lebih 9,000 orang..
Walaubagamanapun, Ratu tak perlu kecewa.. KEGAGALAN BULAN LEPAS AKAN MENJADI SEMANGAT UNTUK BULAN NI.. HAHA.. Ok tak.. kata-kata semangat ni..ya, CAIYOK !!! CAIYOK !!! Dan ni pula jumlah 'followers' Ratu.. Pada awal bulan Julai, jumlahnya hanyalah 256 orang dan ianya meningkat menjadi 283 orang.. wow, 1 perkembangan yang baik..
Setakat ini sahaja lah laporan Ratu.. Akhir kata terima kasih kepada semua pengunjung yang sentiasa support Raja Ratu di teratak istana kami ini.. Tak lupa juga ucapan terima kasih ini kami ucapkan kepada pengunjung yang sudi jadi rakan kami di 'followers'. ok tak ucapan Ratu ni.. ADA MACAM PENYANYI TERIMA TROFI DI MANA-MANA ANUGERAH TAK.. haha.. Moga korang sentiasa support Raja Ratu di istana ini ya.. Jangan lupa klik iklan di Teratak Istana Raja Ratu ni.. Dan moga tercapai hasrat Raja Ratu untuk bulan ini.. Amin..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267