Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Tuesday, December 29, 2015

Penghujung Tahun 2015

Seperti mana yang diketahui, sekarang sudah jejak ke bulan Disember 2015. Bulan depan sudah tahun baru 2016. Bagaimana perjalanan korang di sepanjang tahun ini? Ada yang mengharunginya dengan penuh kegembiraan. Tak kurang juga ada yang mengharungi detik yang paling sukar dalam tahun 2015. Ada juga yang mengharungi kesedihan dan kegembiraan di sepanjang tahun ini. Itulah lumrah kehidupan. Benda yang baik kita jadikan panduan dalam perjalanan kehidupan kita dan yang buruk kita sempadan agar kita selalu beringat dan berharap ianya tidak datang kembali. 

Bagi Raja dan Ratu, kami bersyukur apa yang ada dalam kehidupan kami sekarang. Alhamdulillah dari 3 impian Ratu, dua darinya sudah tercapai. Alhamdulillah. Tapi untuk mencapai kejayaan impian itu, pasti ada cabaran yang perlu diharungi. Yang penting USAHA + DOA + TAWAKAL. Kejayaan tidak akan capai tanpa usaha dan usaha itu tidak bermakna jika tidak di alaskan dengan doa. Yang pasti sampai ke satu tahap apabila bila semua usaha dan doa kita sudah dilaksanakan semampu yang mungkin, kita perlu tawakal agar apa yang kita buat diizinkan olehNYA untuk tercapai apa yang diinginkan. Insha Allah. Jika tergelincir di tengah jalan, jangan bersedih. Pasti ada hikmah. Mungkin akan berlaku sesuatu yang buruk jika kita teruskan. Cuba yang lain. Jangan berputus asa.

Bagaimana dengan tahun hadapan ? Apa impian korang ? Setkan dalam minda kita apa yang ingin dicapai. Ratu juga sudah letakkan 3 impian yang ingin dicapai. Salah 1 impian yang tidak terlaksana tahun ini akan Ratu bawa ke tahun hadapan dan Ratu akan pastikan ianya tercapai. Insha Allah. Kumpulkan semangat, rancang strategi untuk gapainya. 


Harapan Ratu agar tahun hadapan bukan sahaja Raja dan Ratu tapi semua pembaca dan pengunjung teratak ini agar tahun depan impian kita semua terlaksana. Di bulan ini.. Di waktu ini.. Rehatkan minda seketika.. Renungkan apa yang hendak digapai di tahun hadapan. Renungkan kembali apa yang telah kita harungi tahun ini. Bila sudah ada impian di tahun hadapan, perjalanan hidup kita akan datang akan mula teratur bila kita tahu apa yang kita inginkan. Moga tercapai semua impian. 

Bermadah pula Ratu kali ini. hEHE..

Tatapan dari,

Wednesday, December 23, 2015

Apa Yang Puteri Raja Ratu Buat Tu

Tatkala Ratu sedang sibuk di dapur, Ratu tidak sedar bahawa Puteri Raja Ratu ini sedang bermain dengan telefon bimbit Ratu. Masa tu sudah malam.. Sudah mahu masuk tidur. Ratu minta Puteri Raja Ratu ini baring atas katil terlebih dahulu sementara Ratu buatkan susu, basuh muka dan ambil air sembahyang. Bila Ratu sudah selesai segala urusan, Ratu masuk bilik dan Ratu tengok Puteri Raja Ratu tengah membelek telefon bimbit Ratu. Pada mulanya, Ratu tidak sedar apa yang dibuatnya. Ratu ingatkan dia membelek gambar atau video yang ada dalam simpanan telefon bimbit tu.

Ratu pun solat la Isyak telebih dahulu dan Puteri Raja Ratu ingin ikut sama solat. Oklah, kami pun solat sama. Apa yang Ratu buat semasa solat, Puteri Raja ratu ikut. Alhamdulillah. Selesai je solat, kami pun baring lah atas katil. Sekali Ratu belek telefon bimbit. Erk !!! 

Tengok lah apa yang dibuatnya ini,


Gambar kedua,


Gambar seterusnya,


Bertuah betul. Ratu tengah sibuk kat dapur tadi. Rupa-rupanya dia buat ekperimen kat telefon bimbit ni ya. hUHU..

Tatapan dari,

Saturday, December 19, 2015

Apabila Kaum Ibu Mahu Ingin Jadi Sempurna

Ratu terleka membaca petikan di salah sebuah majalah dan Ratu ingin kongsikan di sini. Mungkin ada di kalangan kaum ibu termasuklah Ratu sendiri yang merasainya. 

Sebaik sahaja kaum ibu terjaga dari tidur, sudah pasti ada sahaja tugasan yang menanti dan perlu dibuat seperti mahu membasuh, uruskan anak, masak dan sediakan makanan, uruskan perniagaan dan sebagainya. Betul tak? Tapi perlu diingatkan bahawa kaum ibu yang fikir boleh lakukan semua ini boleh membahayakan mereka terutama sekali dalam aspek pengurusan masa dan tekanan. Ada juga beberapa kemungkinan yang akan berlaku. Antaranya,

MENGURANGKAN DAYA INGATAN
Di kala kaum ibu mula melakukan pelbagai perkara dalam 1 masa, fungsi otak mula dipaksa bekerja keras secara berlebihan untuk memahami aktiviti yang sedang dilakukan dan akan dilakukan. Akhirnya, otak tidak dapat membezakan mana yang lebih penting dan perlu diutamakan. Di sini, daya ingatan akan menjadi lebih perlahan. 

KEPUTUSAN SEDERHANA
Pelbagai kerja yang ingin dilakukan dalam 1 masa membuatkan kita kurang fokus dan adakalanya pekerjaan yang dilakukan hanya biasa-biasa sahaja. Oleh itu, disarankan kaum ibu membuat jadual dan catatan untuk melakukan sesuatu agar ianya lebih teratur dan dapat melakukan mana yang lebih penting. Selesaikan satu per satu.

TEKANAN EMOSI
Apabila kaum ibu menyudahkan pekerjaannya serentak, emosinya akan berkonflik dengan sendirinya khususnya jika ada yang mengganggu. Sudahnya kaum ibu menjadi lebih tertekan. Kerja yang sedia ada tidak dapat siap, malah terpaksa buat kerja lain. Di sini itulah pentingnya jadual dan catatan agar pekerjaan lebih teratur.

STRESS BERLEBIHAN
Konflik emosi yang berlaku akan mengundang stress. Jika tidak dikawal, stress itu akan berganda. Ianya terjadi apabila pekerjaan yang dilakukan tidak berjalan seperti yang diharapkan. Di situlah kaum ibu akan jadi pemarah dan kurang sabar. Adakalanya kaum ibu mudah melepaskan emosi pada anak-anak atau menjadi mudah menagis, cepat marah dan cepat terasa. 

Di sini ada tip untuk menghindarinya. Antaranya,

LAKUKAN TUGAS SATU PERSATU
Lakukan tugasan satu persatu supaya ianya lebih fokus. Dahulukan tugasan yang lebih penting. Senaraikan tugasan yang ingin dilakukan supaya tidak lupa dan tugasan dapat dilakukan dengan lebih teratur. Tidak kisahlah sama ada tulis melalui note dan lekatkan di pintu peti ais ataupun tulis di papan putih atau papan hitam.

BERDAMAILAH DENGAN DIRI SENDIRI
Bukannya mudah untuk berdamai dengan diri sendiri. Lakukan dengan setenang-tenangnya ikut kesesuaian dan keserasian diri kaum ibu itu sendiri. Hindari dari sikap terlalu mengejar kesempurnaan diri. Kurangkan sedikit tekanan supaya otak dapat berehat seketika dan tidak terbeban dengan perkara yang tidak sempat atau tidak dapat dilakukan dengan baik.

BELAJAR MEMINTA BANTUAN
Suami dan anak adalah orang yang paling dekat dengan kita. Tidak salah jika menurunkan standard untuk meminta bantuan suami atau anak yang sudah boleh berdikari dalam membantu menguruskan tugasan kita. Walaupun mungkin apa yang mereka lakukan tidak seperti apa yang diharapkan, yang penting hargailah apa yang telah mereka bantu sekaligus ianya mengeratkan hubungan kekeluargaan.

BEBAS TEKNOLOGI KOMUNIKASI
Sekiranya kita merupakan salah seorang daripada golongan yang 'hantu' gajet, belajarlah untuk melepaskan sedikit kegilaan anda itu kerana ianya juga mengganggu masa kita dalam menyiapkan tugasan harian kita. Tetapkan masa tertentu untuk gajet seperti twitter, facebook mahupun whatsapp. Ini biasanya berlaku bagi golongan kaum ibu yang terlibat dalam perniagaan online.

LAKUKAN AKTIVITI LAIN
Jika anda terlalu sibuk dengan urusan seharian di rumah dan perniagaan. Cuba ambil masa atau luangkan sedikit masa dengan aktiviti lain yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti bersiar-siar bersama keluarga atau melawat ibubapa anda mahupun ibubapa mertua di kampung. Dengan cara ini, kita akan mula belajar bertenang dan dapat merehatkan otak.

Moga perkongsian kali ini dapat membantu.

Tatapan dari,

Friday, December 11, 2015

Bermain Playground Di Molly Fantasy

Beberapa hari lepas, Ratu bersama-sama Puteri Raja Ratu pergi ke Jaya Jusco untuk habiskan kupon yang diberikan kepada Ratu sebelum ini. Sayangnya kupon ini ada tarikh luput. Kalau tak, pasti Ratu akan kumpul lama sedikit. Lepas itu guna sekaligus untuk beli barang. Kupon itu bernilai RM20. Emm.. rugi kalau tak beli barang kan. Kebetulan Ratu memang hendak beli salah satu antara periuk multi cooker, pengisar untuk buat kek atau grill elektrik. Ingat nak beli steamer. Tapi bila difikirkan balik, rugi jer beli. Sebab bukan selalu guna. Semak je dalam kabinet simpan banyak barang kan. Ratu fikir balik, baik Ratu beli multi cooker yang siap boleh kukus. Senang.. Jimat wang.. Jimat ruang nak simpan. Lagipun, multi cooker ni pelbagai guna. Boleh masak itu, masak ini guna periuk yang sama. 

Sampai sahaja di Jaya Jusco, Ratu sudah tepuk dahi. Haishhh !!! macam mana boleh lupa ni. Akibat tukar beg tangan dan beg duit, Ratu boleh tertinggal J-Card kat rumah. Emm.. Tak perlah, Ratu terus pergi ke kaunter khidmat pelanggan dan minta note no J-card untuk tujuan pembayaran nanti. Puteri Raja Ratu ini pula tidak duduk diam. Habis semua barang atas kaunter tu dia nak usik. Akibat kecomelan Puteri Raja Ratu ni, kakitangan di situ memberikan kupon sebanyak 18 keping untuk bermain di Taman Permainan Molly Fantasy dalam bangunan Jaya Jusco ini kepada Puteri Raja Ratu. Haha.. Tergamam Ratu seketika. Alhamdulillah.. Ini namanya rezeki. Bak kata pepatah rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. hUHU.. Inilah hikmah j-card tertinggal kat rumah. Huhu.

Terus Ratu pergi beli barang Ratu terlebih dahulu. Kemudian, baru Ratu tukar kupon ini kat taman permainan Molly Fantasy. Belek punya belek, fikir punya fikir. Ratu pula yang buntu mana nak beli dulu. Mana nak pilih.. Mata sudah rambang. Emm.. Belek punya belek. Akhirnya, Ratu ambil pengisar ini. Emm.. dah boleh buat kek ni. Haha..


Kemudian, Ratu dan Puteri Raja Ratu makan terlebih dahulu. Kenyangkan perut sebelum kami ke Taman Permainan. Perut pun kenyang Ratu pun tuju ke Molly Fantasy. Tapi sebelum itu solat dulu bersama Puteri Raja Ratu ni, lepas tu barulah Ratu buat pertukaran kupon. Peh !!! Banyaknya siling untuk bermain ni. Berat beg duit untuk simpan siling ni. Puteri Raja Ratu sudah rambang mata. Kalau boleh, semua dia nak main. Emm..


Ini yang sempat Ratu ambil gambar. Huhu.


Seronok juga bermain dengan Puteri Raja Ratu kat sini. Bukan Puteri Raja Ratu sahaja yang main, Ratu pun main bersama. Haha.. Tapi Ratu tidak habiskan semua kupon sebab sudah lewat sangat ni. Pujuk Puteri Raja Ratu ini balik. Mengamuk-ngamuk dia tak nak balik. Hendak main lagi. Haha. Jenuh pula pujuk dia. 

Dalam perjalanan balik, Puteri Raja Ratu ini sudah kepenatan bermain. Terus dia terlelap dalam kereta. Huhu..

Tatapan dari,

Wednesday, December 9, 2015

Rawat Diri Dengan Sumber Alam Semulajadi

Hendak tahu beberapa tips kesihatan. Di sini Ratu kongsikan melalui ilmu yang Ratu perolehi dari salah sebuah majalah.

HILANGKAN KELEMUMUR
Perahkan air limau purut atau limau nipis di atas kulit kepala. Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam. Ingin hasilnya lebih baik, biarkan rambut diperap dengan tuala. Kemudian basuh dengan air suam. Selain itu, petua ini juga dapat membantu mengurangkan pening kepala.


MERAWAT PANAU
Panau memang membuatkan kita rasa kurang selesa kan. Ambil halia dan tumbuk lumat. Kemudian tempelkan pada kawasan panau. Amalkan sehingga panau hilang.

BEBAS DARI JERAWAT
Rebus segengam biji kani di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Manjakani atau buah kani ini boleh dibeli di kedai-kedai india. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yang bermasalah jerawat. Tunggu sehingga kering dan cuci dengan bersih. Amalkan setiap hari.

TEGANGKAN KULIT MUKA
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun hendaklah di sagat atau dihancurkan terlebih dahulu. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan sedikit air. Kacau hingga rata dan jangan terlalu cair. Pekat lagi bagus. Tampalkan pada muka seperti memakai masker. Biarkan selama 20 minit dan kemudian bilas dengan air bersih.

KULIT CERAH DAN LICIN
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan. Insya Allah, kulit akan licin, cerah dan harum.

NYAH BAU BADAN
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi bersama airnya. Amalkan selalu. Boleh juga diamalkan dengan minum air rebusan serai, halia, kulit kayu manis dan lada hitam.

MEMERAHKAN KULIT MUKA
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan kering selama 20 minit.  Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2 hingga 3 kali seminggu. Seluruh kulit muka akan kemerah-merahan, ia juga menjadi licin.

Selamat mencuba !!!

Tatapan dari,

Wednesday, December 2, 2015

Gegar Vaganza 2015

Gegar Vaganza ini adalah rancangan terbitan Astro yang mana Ratu juga menyukainya. Para pesertanya tidak kurang hebatnya kali ini berbanding dengan Gegar Vaganza yang pertama. 

Pada awalnya, Ratu tidak menyedari kehadiran pertandingan ini. Ratu pun dapat tahu pun melalui pejabat Ratu. Di pejabat Ratu ada Astro. Sekali tengok ulangan rakamannya, Ratu terkejut. Salah seorang rakan Ratu memberitahu mengenainya dan kali ini peserta-pesertanya lebih menyengat berbanding sebelum ini. 

Ratu pun mula mengikuti perkembangan rancangan Gegar Vaganza yang ditayangkan secara langsung di Astro Ria pada hari Ahad.

Ahad lepas Ratu tengok para peserta membuat persembahan yang sehabis baik sehingga para juri susah unuk membuat keputusan. Inilah antara peserta yang berjaya ke peringkat separuh akhir Gegar Vagamza:

1. Acong Sweetchild
2. Ezad Exist
3. Siti Nordiana
4. Nassier Wahab
5. Haiza
6. Faradhiya
7. Azian Mazwan Safuan

Pada Ahad lepas, sepetutnya Acong Sweetcild terkeluar. Tapi immunity telahpun digunakan oleh Datuk Vida yang membawa kembali Acong Sweetchild ke peringkat seterusnya. Acong ini memang power juga lah suara dia. 


Tapi kali ini Ratu pun tak tahu hendak kata apa-semuanya hebat-hebat belaka. Agak-agak siapa yang akan ke peringkat akhir ya.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267