Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Wednesday, September 28, 2016

Produk Baru Sudah Sampai

Akhirnya, produk baru yang ditunggu sudah tiba. Inilah dia lampu solar,


Lampu solar ini adalah barangan import. Antara kriterianya,

* Lampu ini mempunyai 2 sumber tenaga iaitu TENAGA SOLAR dan CAS ELEKTRIK. Jika gunakan tenaga solar letakkan sahaja di luar rumah dan biarkan sahaja bahagian solar itu terkena cahaya matahari. 

* Lampu ini dijamin berkualiti tinggi 3 KALI GANDA TERANG dan tahan lasak 

* Lampu ini menyala selama lebih 12 JAM SELEPAS CAS 4 JAM

* Boleh digunakan sebagai POWERBANK

* Model ini istimewa sebab ada TORCHLIGHT

Untuk Sabah dan Sarawak tambahan RM10 untuk kos pengeposan


1 unit BUKAN RM95
Tapi RM85
PERCUMA pengeposan

CEPAT dapatkannya SEBELUM harga kembali ke asal..
Stok pun tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja.

Hubungi ely 012-6844870
< whatsapp > < mesej >

Layarilah facebook : RR Raudah
Silalah LIKE page ini supaya dapat mengikuti perkembangan dan tidak ketinggalan dengan promosi-promosi yang bakal diadakan nanti.

Tatapan dari,

Thursday, September 22, 2016

Hari Yang Di Nanti Dah Tiba

Emm.. Hari yang dinantikan sudah tiba. Hari apa ? Sudah semestinya Hari Jadi Puteri Raja Ratu.. Hehe.. Ratu dan Raja lakukan aktiviti harian hari ini seperti biasa di sebelah pagi termasuklah menghantar Puteri Raja Ratu ke sekolah tadika nya. Puteri Raja Ratu tidak tahu bahawa Ratu ada menempah kek hari jadi untuknya. Ratu belum ambil lagi kek itu di rumah jiran Ratu. 

Pagi ini Ratu menghantar Puteri Raja Ratu seperti biasa ke sekolah. Sampai di sekolah, Ratu berjumpa dengan guru kelasnya untuk mengetahui majlis Hari Lahir Puteri Raja Ratu nanti. Emm.. hari ini Raja dan Ratu memang akan sambut Hari Lahir Puteri Raja Ratu di sekolahnya. Ratu difahamkan majlis akan bermula pada pukul 10.00 pagi. Jadi, Ratu sampai sahaja di rumah, bergegas siapkan kerja-kerja di rumah termasuklah persiapan hadiah untuk Puteri Raja Ratu dan rakan-rakan sekelasnya. Setelah selesai, Raja dan Ratu pula bersiap-siap. 

Sebelum bergerak, Ratu mengambil kek terlebih dahulu di rumah jiran Ratu. Inilah kek nya,


Ratu pun belum tengok lagi kek ni. Sampai sahaja di tadika Puteri Raja Ratu, sementara menunggu lampu hijau daripada guru kelasnya Ratu pun tengoklah sekejap kek yang ditempah itu.

Inilah keknya,


Setelah lampu hijau diberikan kepada guru kelasnya, kami pun masuk kelas dan membuat kejutan. Terkebil-kebil Puteri Raja Ratu melihat kehadiran kami membawa kek dan hadiah untuk rakan-rakannya. Hehe.. Nyanyian lagu Selamat Hari Jadi dinyanyikan. Sessi memotong kek pun bermula. Huhu..

Inilah gambar kami 3 beranak,


Ini pula sessi pemberian hadiah kepada rakan-rakan sekelasnya dan guru-guru kelasnya,


Selesai majlis, kami pun pulang dan datang kembali menjemput pulang Puteri Raja Ratu apabila tamat waktu persekolahannya. Seronok melihat kegembiraan Puteri kesayangan Raja Ratu ini di Hari Lahirnya ini. Moga menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat. Amin.. Amin.. Amin..

Tatapan dari,

Monday, September 19, 2016

Pemilihan Kek Hari Jadi Puteri Raja Ratu

Alamak !!!, Birthday Puteri Raja Ratu lagi 2 ke 3 hari lagi. Aduh, macam mana boleh terlupa hendak tempah kek untuk Puteri Raja Ratu ni. Ni lah, bila sudah sibuk dengan urusan harian, boleh terlupa nak tempah kek. Nasib baik ada masa lagi ni dan nasib baik juga jiran rumah Raja Ratu ni jual kek. Huhu.. 

Hasihh.. Tak boleh lengah ni. Terus Ratu whatsapp jiran Ratu Jun bertanyakan mengenai tempahan kek ni. Nasib baik dia terima tempahan dari jiran dia ni. hEHE.. Dia hantar gambar kek untuk dipilih design mana yang berkenan di hati.

eMM, ini antara gambarnya,


Design kek kedua,


Design kek yang ketiga,


Design kek ke 4,


Design kek ke lima,


Design ke enam,


Emm.. cam berkenan kalau kek ada gambar kartun cam mickey mouse ke.. Frozen ke.. Tapi design ni semua cantik-cantik.. Macam mana ni.. Huhu..

Tatapan dari,

Friday, September 16, 2016

Persediaan Untuk Birthday Puteri Raja Ratu

pEJAM CELIK.. pEJAM CELIK.. sekejap jer Puteri Raja Ratu sudah hampir berusia 5 tahun. Rasa tak puas nak bermaja dengannya daripada kecil sampai umurnya sekarang. Huhu.. Minggu depan birthday Puteri Raja Ratu.. Minggu ni birthday Ratu. Ops !!! Terlepas tulis lak pulak. Haha..

Untuk minggu depan di hari lahir Puteri Raja Ratu ni, Ratu rancang hendak buat di sekolah Puteri Raja Ratu sebab pada tarikh itu Puteri Raja Ratu bersekolah. Jadi, Ratu mulalah mencari barang untuk dijadikan hadiah kepada rakan-rakan sekelas Puteri Raja Ratu. Nanti Ratu kenalah tempah kek.

Inilah antara barang-barang yang dibeli sebagai hadiah,


Gambar seterusnya,


Emm, nanti Ratu kena cari lagi. Lepas tu, hendak tempah kek pulak. Hehe.

Tatapan dari,

Aktiviti Cuti Sekolah

Cuti sekolah kali ini, pada asalnya Raja dan Ratu ingin membawa Puteri Raja Ratu ke Pusat Sains Negara. Akan tetapi, Ratu difahamkan bahawa Pusat Sains Negara ditup sehingga hujung tahun ini dan mungkin akan mula beroperasi pada awal tahun hadapan. Ini kerana terdapat kerja-kerja pembaikan pada bumbung pusat sains tersebut. Emm..

Nampaknya, Ratu kenalah beralih arah ke destinasi dan aktiviti lain. Akhirnya, Raja dan Ratu mengambil keputusan untuk menyewa basikal dan berbasikal lah kami di Bandar Hilir Melaka. Basikal yang kami sewa ini bukanlah basikla biasa tapi bisa yang boleh kami 3 beranak duduk dalam 1 basikal.

Ini lah tempat sewa basikal tersebut,


Tak percaya lagi, Inilah basikal yang kami sewa. Emm, tapi kami berbasikal di waktu malam. Sejuk sikit sambil tengok gelagat dan kemeriahan suasana di malam hari. Huhu..


Ok, sekarang percaya tak. Raja kayuh depan dan Ratu kayuh belakang. Puteri Raja Ratu pula duduk diam-diam kat depan tu sambil bikin kecoh. Huhu. Mana tidaknya, bila nampak beca, Puteri Raja Ratu ni trjerit-jerit tengok beca. Sambil kayuh tengok bot lalu di malam hari. Huhu. Bukan Puteri Raja Ratu je bikin kecoh, Ratu pun ikut sekali menjerit. Haha.. 


Tengah tunggu bot lalu,


Seronok juga aktiviti sebegini. Tapi Raja pula tak larat nak kayuh dan layan karenah Puteri Raja Ratu yang hendak ke sana ke mari. Huhu. 

Walaupun penat, tapi seronok. Huhu.. 

Tatapan dari,

Saturday, September 3, 2016

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Teratak Istana Raja Ratu. Pejam celik.. pejam celik.. Dah tiba 31 Ogos 2016.. Raya Aidiladha pun dah hampir berkunjung tiba.. Tinggal seminggu lebih je lagi.. Awal Muharam pun tak sampai sebulan je lagi.. Sekejap je masa berlalu kan.. Kalau kita sia-siakan masa yang ada ni sebelum melangkah ke tahun baru, alangkah ruginya.. waa, Ratu dah membebel.. hUHU..

Kemerdekaan tahun ini, Ratu rasa gembira sedikit. Alhamdulillah.. Bukan sebab Ratu atau Raja terlibat dalam perbarisan.. Bukan sebab Puteri Raja Ratu terlibat dalam perbarisan.. Haha.. Tapi apa yang Ratu rancang, Ratu dah tunaikan. Alhamdulillah..

Puteri Raja Ratu bangun je dari tidur, dah tonton perbarisan kat tv. Mulalah dia kaitkan kenderaan yang ada dalam perbarisan dengan kenderaan dalam cerita animasi Robocar Poly.. huhu.. Bila tiba perbarisan yang melibatkan animasi. Emm.. apa lagi. Sukalah Puteri Raja Ratu tengok Boboboi, Didi and friends, Ummi.


Apa-apapun selamat menyambut Hari Kemerdekaan. Semoga cuti bersama keluarga ini, kita menghabiskan masa bersama keluarga dan melakukan aktiviti riadah.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267