Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Saturday, June 28, 2014

Kelebihan - Kelebihan Solat Terawih

Seperti biasa kita semua akan menyambut bulan Ramadhan tahun ini. Di sini Ratu ingin mengambil kesempatan ingin berkongsi sedikit kelebihan-kelebihan ini.

Kelebihan - Kelebihan Solat Sunat Terawih Mengikut Malam.

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang menge
rjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.


30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Semoga kelebihan solat ini memberikan panduan dan manfaat kepada kita semua.
SELAMAT BERPUASA !!!

Tatapan dari,

Friday, June 27, 2014

Ramadhan Datang Berkunjung Tiba

Akhirnya, Ramadhan berkunjung tiba pada bulan ini. Tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Ratu berasa sedihla sedikit. Ini kerana Raja dan Ratu tidak dapat berbuka dan bersahur bersama-sama kerana Raja akan ke Labuan atas urusan kerja. Tahun ini juga Raja dan Ratu juga tidak dapat menyambut Ramadhan di rumah baru kami. Insya Allah, harapan kami di bulan Ramadhan akan datang kami dapat menyambut Ramadhan dan beraya di rumah baru kami. Amin.


Akhir akata, Raja dan Ratu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua khususnya pengunjung setia Teratak Istana Raja Ratu.

Tatapan dari,

Hari J-Kad dI Jaya Jusco

Beberapa hari yang lepas, Ratu ada menerima mesej yang memaklumkana bahawa AEON akan mengadakan hari J-Kad kepada semua ahli J-Kad. Emm.. Raja pula buat masa ini belum terlibat dengan kerja-kerja luar. Jadi, Raja dan Ratu mengambil kesempatan ini untuk membeli belah mana yang perlu. Kalau hendak diikutkan budget memang lari akibat duit simpanan banyak tertumpu kepada persiapan rumah baru. Walaubagaimanapun, Raja Ratu telah memutuskan bahawa tahun ini kami tidak berada di rumah baru. Insya Allah, jika diizinkanNYA Raja dan Ratu akan beraya di rumah baru pada lembaran tahun hadapan.

Ratu ingin mengambil kesempatan jualan murah untuk ahli J-Kad AEON ini untuk membeli barang-barang di rumah baru kami. Raja pula ingin membeli beg untuk memudahkannya menyimpan pakaian bila terlibat dengan kerja-kerja luar.

Sampai sahaja di AEON, Raja dan Ratu amat terkejut kerana terlalu banyak kenderaan. Maklumlah, hanya tinggal 2 hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Jadi, mungkin ramai yang mengambil kesempatan untuk membeli keperluan raya khususnya pakaian raya untuk keluarga mereka. Melihatkan keadaan di pintu masuk AEON agak sesak, Raja dan Ratu mengambil keputusan untuk meletakkan kenderaan di kawasan yang agak jauh sedikit.

Inilah kedaaannya di bahagian kawasan meletak kenderaan,


Akhirnya, Raja dan Ratu ada membeli beberapa barang termasuklah barang keperluan rumah. Seronok juga berbelanja tatkala harga terendah. Lagi seronok, setiap pembelian RM100.00 dapat kopun RM10 atau RM5. Peh, beli barang pun dapat duit. Huhu.

Tatapan dari,

Thursday, June 26, 2014

Jalan-Jalan Di Ikea Damansara

Emm.. Sepatutnya semalam Raja Ratu ke Ampang untuk mengambil sijil JKKP Raja yang telah siap. Kali ini Raja dan Ratu bergerak awal sedikit bagi mengelakkan kesesakan jalan raya. Maklumlah, sebelum ini kami telah terlibat dalam kesesakan jalan raya ketika menuju ke Ampang ini. Sungguh merimaskan bila jalanraya sesak kan.

Selesai sahaja urusan Raja di JKKP, Ratu mengajak Raja ke IKEA. Niatnya untuk melihat design-design dalaman rumah yang disediakan sekaligus membeli barang mana yang berkenan di hati. Banyak juga yang Raja Ratu berkenan. Ratu ambil kodnya dan rekod susunan raknya supaya senang Ratu ambilnya nanti di tingkat bawah nanti.

Tengok lah gelagat Puteri Raja Ratu di IKEA,


Gelagat Puteri Raja Ratu memang agak memeningkan Raja dan Ratu. Tambahan pula, Ratu pada ketika ini sedang berpuasa. Emm.. Pening-pening pun tapi seronok

Tatapan dari,
 

Friday, June 13, 2014

Seronoknya Puteri Raja Ratu Bermain

Baru 3 hari lepas Raja dan Ratu ke Johor Bahru untuk menghadiri Majlis Perkahwinan Sepupu Ratu. Kali ini Raja dan Ratu bersama Puteri Raja Ratu bergerak menuju ke Puncak.Puncak? Haha.. Salah tu. Kami bergerak menuju ke Kuala Lumpur. 

Kami ke Kuala Lumpur untuk menyelesaikan urusan memperbaharui lesen JKKP Raja. Akibat jalan yang penuh sesak, kami tiba di tempat yang dituju pada pukul 1.00 tengah hari. Emm.. Sekarang ini adalah waktu rehat, pastinya pejabat tutup. Kami hendak bergerak mencari kedai makan dan kembali semula ke lokasi yang dituju untuk selesaikan urusan Raja.

Selesai urusan Raja, Ratu hendak mengajak Raja pergi Ikea. Tapi Ratu fikirkan semula. Ikea ini sangat besar bangunannya. Kalau hendak tengok contoh design dalaman rumah di tingkat atas dan mencari barangnya di tingkat bawah, pastinya akan mengambil masa. Memandangkan Puteri Raja Ratu ini sudah tidur akibat keletihan, Raja dan Ratu mengambil keputusan untuk ke Taman Permainan Kanak-Kanak berhampiran dengan Taman Rama-Rama dan Taman Burung.

Sampai sahaja di kawasan permainan tersebut. Raja dan Ratu berehat sebentar sambil menunggu Puteri Raja Ratu bangun dari tidur. Pastinya Puteri Raja Ratu akan berasa seronok apabila melihat pelbagai permainan kanak-kanak disediakan di sini.

Sangkaan Ratu tepat. Lihatlah keseronokkannya bermain.


Gambar ke 2,


Ini pula gambar seterusnya,


Berjam-jam juga la kami mengahabiskan masa di sini. Selepas penat bermain, kami pun pulang.

Tatapan dari,

Thursday, June 12, 2014

Selamat Bertunang Sepupuku

Kali ini, Raja dan Ratu bersama-sama Puteri Raja Ratu dan ibubapa Ratu sekali lagi ke Johor Bahru untuk menghadiri majlis pertunangan sepupu Ratu Norfahana. Baru bulan lepas Ratu ke Johor Bahru untuk melawat sepupu Ratu yang mana isterinya baru lepas bersalin. Kali ini adiknya pula bertunang.

Majlis Pertunangan ini diadakan selepas solat Zohor. Ratu sampai sahaja di rumah ibu saudara Ratu, Ratu tengok ramai saudara mara Ratu bertungkus lumus bagi dari segi persediaan makanan dan minuman. Raja juga meringankan tangan turut membantu. Puteri Raja Ratu ini pula tukang menyibuk. Pantang Raja dan Ratu hilang, dia pun sibuk mencari. 

Akhirnya tepat pukul 2.00 petang, semua makanan dan minuman telah siap terhidang. Tetamu mula sampai. Begitu juga dengan rombongan keluarga pihak lelaki. Inilah dia sepupu Ratu yang telah siap mekap.


Akhir kata, Raja dan Ratu ingin mengucapkan Selamat Bertunang dan selamat menempuh ke gerbang perkahwinan.

Tatapan dari,

Sunday, June 1, 2014

Public Gold Bakal Mengeluarkan Produk Terbaru

Ratu ada menerima penggilan dari pihak Public Gold yang mana pihak Public Gold menjemput Ratu untuk jamuan makan malam bersama-sama rakan-rakan seperjuangan yang lain dalam bidang ini. Jemputan itu Ratu terima. Iya la.. Kalau ada orang hendak belanja makan, siapa tidak mahu pergi kan. Tambahan lagi, Ratu dapat berkongsi-kongsi maklumat dalam bidang emas ini dengan lebih baik.

Dalam Maljlis Makan Makan ini, Ratu dimaklumkan bahawa ada produk baru yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi. Ini lah produknya,


Ini lah yang dipanggil coklat emas. Kenapa Ratu panggilnya coklat emas. Emas ini mudah dipatah-patahkan kepada 1 gram mengikut petak yang diberikan.

Perihal mengenai emas ini,
Berat                     : 50 gram (1gram x 5 petak)
Tahap Ketulenan   : Emas 999
Ukuran                 : 52 mm x 74 mm
Ketebalannya       : 0.75 mm

Seronok jika dapat dimiliki. Ratu ingin menunggu produk ini dikeluarkan. Ini kerana menjelang perayaan nanti dapat Ratu patah-patahkan emas ini dan hadiahkan kepada yang tersayang di hari lembaran nanti. 

COKLAT EMAS INI DAPAT DIHADIAHKAN KEPADA YANG TERSAYANG DI HARI LEMBARAN NANTI. 

Kalau kebiasaannya kita memberi duit raya. Tapi, apa kata kali ini kita memberikan sesuatu yang berlainan dan lebih berharga kepada yang tersayang. Pastinya lembaran anda lebih bermakna. 

Jika berminat boleh menghubungi Ratu --> 012-6844870

Antara topik lain:

Ruangan facebook Ratu : RR Wealth Management

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267