Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Tuesday, January 24, 2017

Selamat Sampai Di KLIA

Alhamdulillah, kami telah selamat sampai di KLIA 22 Januari 2017 kira-kira pukul 12.45 tengah hari. Sepatutnya, kami dijangkakan sampai di KLIA pada pukul 11.15 pagi. Tapi ada sesuatu yang berlaku pada rombongan kami semasa di lapangan terbang Madinah.

Semasa di Madinah, selepas solat Zohor kami mula menaiki bas menuju ke lapangan terbang Madinah. Dalam bas kami dibekalkan nasi Arab dan air untuk santapan di lapangan terbang nanti sebelum kami menaiki kapal terbang.

Semasa kami sampai di Madinah dan mula melepasi imigresen, kami pun solat Asar dan mula menjamu selera dengan nasi Arab yang dibekalkan kepada kami tadi. Tiba-tiba kami dikejutkan yang mana salah seorang dari ahli rombongan kami kehilangan pasport. Terkejut juga. Ratu mula menyemak pasport kami sekeluarga termauklah keluarga sepupu Ratu. Alhamdulilah, pasport masih ada bersama-sama kami. Tapi yang peliknya, macam mana boleh hilang. Nasib baik sudah melepasi imegresen Madinah.

Mutawwif membantu dengan membawa rakan rombongan tersebut berjumpa dan berbincang dengan pihak pengurusan di lapangan terbang tersebut. Semasa kami di dalam kapal terbang sebelum terbang, lama juga pihak pengurusan berbincang di dalam kapal terbang mengenai kehilangan pasport salah seorang ahli rombongan kami. Alhamdulillah, setelah berbincang hampir 15 minit akhirnya rakan rombongan kami dilepaskan menaiki kapal terbang untuk pulang ke Malaysia. Alhamdulillah. Itu yang penting kalau kat Malaysia hilang pasport tak per sebab negara kita kan. Ini kat negara orang.

Kemudian, kami dimaklumkan ada masalah teknikal yang mana roda kapal terbang perlu dibaiki dan di tukar. Salah seorang dari rakan kami memaklumkan mungkin apa yang berlaku kehilangan pasport ini membawa hikmah yang mana pihak pengurusan mendapati salah satu tayar kapal terbang perlu dibaiki tatkala kami berada di dalam kapal terbang. Lama juga kami berada di dalam kapal terbang. Sementara menunggu pengumuman untuk terbang, Puteri Raja Ratu melayan telemovie Boboboi. Huhu..

Akhirnya kami terbang dan selamat sampai di KLIA,


Alhamdulillah,


Kalau ditanya seronok ke tidak. Jawapannya, MEMANG SANGAT-SANGAT SERONOK. Ratu rasa seronok, PERTAMA kali ini Ratu pergi bersama-sama Raja, Puteri Raja Ratu dan ibubapa Ratu. KEDUA, Ratu dapat lakukan ibadah dengan baik dan Puteri Raja Ratu tidak sedikit mengganggu aktiviti Raja Ratu di sana. Alhamdulillah.. Jejak kaki di KLIA, terasa rindu saat kami berada di Mekah dan Madinah khususnya kawasan Raudah dan Kaabah. 

Allah Hu Akbar. 
Permudahkan lah urusanku di tanah air dan izinkan kami datang lagi menjadi tetamuMu Ya Allah. Amin..
Insya Allah, kami PASTI datang lagi nanti. Insya Allah.

Tatapan dari,

Saturday, January 21, 2017

Bermalam Di Madinah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ratu sambung balik cerita mengenai umrah Ratu sekeluarga pada bulan Januari 2017 ini.

Sepertimana yang Ratu ceritakan sebelum ini Ratu dan keluarga meninggalkan Mekah pada 20 Januari 2017 iaitu hari Jumaat. Alhamdulillah, Ratu dapat merasakan 2 kali Jumaat. Minggu lepas di Madinah dan kali ini di Mekah pula.

Ratu masih ingat lagi ketika Ratu mendengar taklimat. Emm, Ratu dengar taklimat seorang diri sebab Raja tidak sihat. Puteri Raja Ratu bersama Raja manakala ibubapa Ratu pergi membeli sejadah sekejap untuk dihadiahkan kepada atuk Ratu. Jadi, kami berpecah. Melalui taklimat yang Ratu dengar, Ratu ingin kongsikan sesuatu kepada korang semua.

Ratu dan keluarga akan berangkat ke Madinah dan bermalam di Madinah di hotel yang sama. Jadi, Ratu berkesempatan dapat mengunjungi Raudah nanti. Pastinya, Ratu tak akan lepaskan peluang yang ada ketika 1 hari di Madinah nanti. Tapi bukan itu yang Ratu ingin kongsikan ilmu di sini. Apa yang Ratu ingin ceritakan adalah mengenai tawaf Wada'

Oleh kerana pada hari Jumaat ini, kami terikat dengan solat Jumaat. Alang-alang sudah berada di Mekah, kami rebut untuk solat Jumaat di Mekah. Di sini, perempuan boleh solat Jumaat ya. Ratu pun tidak lepaskan peluang ni untuk solat Jumaat bersama-sama. Tawaf Wada' kami lakukan pada sebelah pagi lebih kurang pukul 9.30 pagi. Sebelum keluar untuk tawaf tu kena pastikan semua beg telah pun berkemas. Ratu tinggal nak angkat baju yang hampir kering jer untuk dimasukkan ke dalam beg. Tawaf wada' kena 7 pusingan. Dan selepas habis 7 pusingan tidak boleh membuat sebarang aktiviti lain termasuk bergambar dan berwhatsapp. Kena terus pulang ke hotel angkat beg dan barang, makan dan terus menaiki bas. Oleh kerana kami terikat dengan solat Jumaat pada pukul 12.30 tengah hari, kami dicadangkan membuat tawaf 6 pusingan terlebih dahulu. Kemudian, selepas solat Jumaat kami habiskan 1 pusingan dan terus pulang ke hotel. 

Persoalannya kenapa tidak habiskan terus 7 puisngan ? Ratu difahamkan habis 7 pusingan kita hanya ada tempoh 5 jam sahaja berada di Mekah. Dan kalau dihabiskan 7 pusingan itu sebelum solat Jumaat, kita tak boleh buat solat Jenazah, mengaji, sedekah, bergambar dan sebagainya. Jadi, amatlah rugi. Bila kita buat tawaf 6 pusingan maknanya kita ada 1 pusingan tergantung yang perlu kita selesaikan. Dan kita boleh bersedekah, mengaji, berzikir, bergambar sementara menunggu solat Jumaat tu dan boleh solat Jenazah selepas solat Jumaat. Ratu mula memasuki Masjidil Haram pada pukul 9.30 pagi kerana takut kepadatan orang di dalam masjid sebab pada hari Jumaat memang terlalu ramai orang.

Habis sahaja tawaf wada' Ratu pun pulang ke hotel. Tiada lagi bergambar. Ratu terus ambil baju yang sudah kering dan masuk ke dalam beg. Ratu bersihkan kasut sebab sebarang batu dan pasir di Tanah Haram tidak boleh di bawa keluar. Selepas itu bawa turun beg dan kami makan tengah hari. Kemudian menaiki bas. Kami sampai di Madinah lebih kurang pukul 9.30 malam.

Ratu pergi ke Raudah pada keesokkan hari. Ratu pergi seorang diri. Raja dan emak Ratu betul-betul tidak sihat dari dalam perjalanan ke Madinah lagi. Ratu tengok mereka demam. Ratu terus pergi ke Raudah dan mengambil air zam-zam sebotol untuk di bawa ke Raudah. Ratu berdoa sepuas-puasnya dan mohon agar emak Ratu dan Raja pulih dari demam dan Ratu doakan sekali kesejahteraan untuk Ratu, Puteri Raja Ratu dan ayah Ratu. Ratu rasa seronok kali ini, urusan Ratu ke Raudah nampaknya lebih mudah. Ratu curi-curi menyempil dalam kumpulan kaum India. Alhamdulillah, tiada tolak menolak antara kami dan Ratu dapat solat dan doa sepuas-puasnya.

Inilah gambar yang sempat dirakam semasa Ratu berada di Raudah,


Ini gambar seterusnya,


Kalau dilihat kubah yang berwarna hijau itulah di bawahnya terdapat makam Nabi Muhammad S.A.W.


Ratu sempat juga mengaji mebaca surah Al-Mulk, Al-Sajadah dan Al-Waqiyah di kawasan bersebelahan dengan Raudah. Ratu juga mohon agar menjadi tetamuMu lagi ya Rasulullah di masa akan datang. Setelah puas berada di Raudah, Ratu pun pulang ke hotel membawa air zam-zam. Terasa lega dan lebih tenang. 

Pulang di hotel, Ratu pun tuang sedikit air zam-zam dan berikan kepada emak Ratu dan Raja terlebih dahulu dengan harapan agar penyakit itu tidak dibawa pulang ke Malaysia. Kemudian barulah Ratu, Puteri Raja Ratu dan ayah Ratu minum. Alhamdulillah, emak Ratu dan Raja semakin pulih. Terus Raja mengajak Ratu dan Puteri Raja Ratu bersiar-siar sekitar masjid Nabawi sementara menunggu waktu Zohor.

Inilah gambaran keseronokkan Puteri Raja Ratu mengejar burung. Ini kalau tak silap Ratu di kawasan pintu 21,


Ini gambar seterusnya,


Lepas Zohor, kami bawa turun beg dan makan. Seterusnya kami menaiki bas menuju ke lapangan terbang Madinah untuk pulang ke Malaysia. Sedih rasa di hati untuk meninggalkan Mekah dan Madinah. Allah sahaja yang tahu.

Tatapan dari,

Sepanjang Berada Di Mekah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Masih lagi dengan cerita umrah kami.

Sepanjang kami berada di Mekah kali ini, kami diberikan peluang untuk mengerjakan umrah sebanyak 4 kali melalui agen kami. Tapi oleh kerana masa terhad, jadual untuk mengerjakan umrah itu setiap hari. Raja dan Ratu dapat mengerjakan umrah 3 kali. Kali yang keempat itu, kami berehat 1 hari sebab kaki Raja dan ayah Ratu pecah-pecah. 

Di Madinah, cuacanya agak sejuk dan dingin manakala di Mekah pula cuacanya kering dan panas. Tapi sepanjang kami berada berada di Mekah dan Madinah, kami tidak sedikit pun rasa berpeluh. Itulah keistimewaan tanah suci ini kan.

Di sini Ratu kongsikan gambar sepanjang kami berada di sana,


Ini gambar seterusnya,


Ini pula diambil sebelum kami membuat tawaf wada' iaitu tawaf selamat tinggal,


Kami meninggalkan Mekah pada hari Jumaat 20 Januari 2017. Masa cepat berlalu. Rasa seronok berada di sana. Rasa tenang je. Kini dah nak berangkat pulang. Sebak di dalam hati ni, hanya Allah sahaja yang tahu. Dua tiga hari sebelum berangkat, Ratu dah tak leh tahan air mata ni dari mengalir selepas solat jemaah di masjid. Pastinya Ratu akan rindu keseronokkan solat jemaah di sini bila pulang nanti.. Rindu kemerduan suara imam di sini.. Rindu melihat Kaabah.. Rindu mendengar kemeriahan jemaah bersaie.. Mereka membaca doa ketika saie beramai ramai secara serentak.. Rindu hendak tawaf..

Kami suka tawaf sunat di awal pagi. Pada mulanya, kami tawaf pada siang hari. Tapi akibat terlalu ramai sebab kebanyakkan mereka di sana suka tawaf sunat selepas solat. Kami sendiri ada buat tawaf dalam pukul 11 pagi. Konon-kononnya lepas tawaf terus solat Zohor dan boleh pulang ke hotel. Tapi kami tak dapat cium kaabah. Sebab kaum Arab kepung kaabah dan benarkan bangsanya sahaja mencium kaabah. Jadi, kami tak berasa keseronokkan tawaf. Iya la, kita datang dari jauh kan. Kalau boleh semua kita nak rasa macam solat di hadapan kaabah.. solat di dalam hijir ismail.. cium kain kaabah dan hajar aswad.. kalau solat dan berdoa mengadap pintu kaabah tu kerap Ratu buat setiap hari.

Ada seorang hamba Allah ni inform Ratu buat tawaf sunat pukul 2 pagi. Masa tu tak berapa ramai sangat orang seperti siang hari untuk tawaf. Ratu pun ambil peluang ni. Ratu niatkan dalam hati hendak bangun pagi tuk tawaf. Alhamdulillah.. Ratu terjaga. Ratu terus kejutkan Raja, ibubapa Ratu dan Puteri Raja Ratu. Masing-masing bangun bersemangat hendak tawaf. Alhamdulillah, pagi tu kami dapat rasa nikmat cium kaabah.. cium Hajar Aswad.. solat di dalam Hijir Ismail.. Ratu dapat tahajud di hadapan Kaabah.. Allah Hu Akbar.. seronoknya.. Puteri Raja Ratu juga dapat cium kaabah di dalam Hijir Ismail.

Ratu hendak rasanya lagi. Alhamdulillah kami dapat rasanya lagi buat kali kedua.

Tatapan dari,

Monday, January 16, 2017

Setibanya Kami di Mekah..

Di bulan Januari 2017 ini masih lagi cerita mengenai umrah Ratu dan keluarga. Kami bertolak pada 11 Januari 2017 dan kini 14 Januari 2017 kami tiba di Mekah untuk mengerjakan umrah.

Kami sampai di Mekah lebih kurang pukul 6.00 petang waktu di Mekah. Selepas solat Margrib dan Isyak, kami pun makan dalam keadaan masih berihram. Kemudian, kami membuat tawaf, saie dan tahalul. Selepas tahalul, maka selesailah umrah kami.

Selepas makan sebelum memulakan tawaf, kami berkumpul di depan hotel penginapan kami untuk mendengar taklimat dari mutawwif agen kami. Ratu ketika itu rasa tidak sabar hendak melihat kaabah di hadapan mata. Sudah lama Ratu tidak menjadi tetamuMu Ya Allah. Ada lebih kurang 10 tahun. Ratu tengok banyak juga perubahan. Kali ini  Ratu dan keluarga dapat hotel berhampiran dengan TOWER CLOCK. Alhamdulillah, Ratu masuk ke dalam Masjidil Haram melalui pintu 93 atau 94. Dalam perjalanan kami untuk membuat tawaf. Kami dikehendaki menurun ke tingkat bawah di dalam Masjidil Haram. Ratu sudah mula nampak imbasan kaabah. Rasa seronok di dalam hati. Raja juga melihat tanpa berkelip matanya. Ratu terus menunjukkan pada Puteri Raja Ratu kaabah yang selalu ditanyanya setiap hari ketika berada di Malaysia. Kini Pueri Raja Ratu dapat melihat sendiri. Masya Allah, rasa damai hati apabila melihat kaabah.

Kami mula membuat tawaf tujuh pusingan dan bermula dari sudut hajar aswad yang mana di situ juga ada lampu hijau di banguan masjid. Berakahir pusingan juga di situ. Ratu pusing mengelilingi kaabah sambil menjaga bahu kiri. INGAT !!!! Bahu kiri mesti dijaga mengadap kaabah. Jangan terpusing atau terlari dari arah Kaabah. Kalau terpusing kena undur balik di kawasan bahu terpusing tu atau mula balik pusingan yang itu sahaja. Contoh kalau pusingan tu adalah pusingan ke 3 masa bahu terlari tu, maka pusingan yang itu sahaja terbatal dan mula balik dari hajar aswad untuk pusingan yang ke 3. 2 pusingan yang sebelumnya tidak batal. Kebiasaannya, kalau sudah terlari bahu jemaah membatalkan pusingan tu dan mula balik pusingan tersebut dari Hajar Aswad atau dengan erti kata lain tambah lagi 1 pusingan menggantikan pusingan yang batal itu. Ini disebabkan orang terlalu ramai. Memang tidak boleh hendak undur.

Raja baru pertama kali membuat umrah. Jadi, Ratu tak kisah jika Raja mengikut mutawwif dan berjauhan sikit pergerakkannya dengan Ratu. Janji kami jumpa nanti di pintu keluar ataupun di tempat letak kasut. Ratu tawaf sambil memegang Puteri Raja Ratu. Puteri Raja Ratu ini, Raja dan Ratu tidak jatuhkan niat umrah. Dia hanya mengikut kami sahaja. Tapi masa tawaf tu dalam keadaan orang ramai dan berhempit-hempit terutama sekali di sekitar hajar aswad menyebabkan Puteri Raja Ratu berasa tidak selesa dan mula merengek. Tapi Ratu terpaksa mendiamkan diri kerana Ratu kena menjaga bahu kiri Ratu. Tambahan pula, Ratu tidak boleh mendukung Puteri Raja Ratu kerana dia memakai lampin pakai buang. Bimbang jika terlalu menekan lampin pakai buang tu. Najis melekat di lengan baju Ratu. Tapi tangan Puteri Raja Ratu, Ratu genggam erat agar tidak terlepas. Tambahan pula, Ratu ada mengenakan tali di tangan Ratu dan Puteri Raja Ratu. Ibubapa Ratu juga ada bersama-sama Ratu.

Habis tawaf, kami pun saie. Raja terus tidak kelihatan. Ratu tidak kisah sebab Raja ada bersama-sama sepupu Ratu. Puteri Raja Ratu pula bukan main seronok lagi berjalan ketika saie. Mungkin kawasan tidak sesak dan dia rasa seronok bila tengok ada beberapa kumpulan orang yang bersaie sambil membaca doa beramai-ramai dan serentak. Dan bila tiba di lampu hijau kaum lelaki disunatkan berlari-lari anak. Puteri Raja Ratu ini siap ikut berlari bila tiba di lampu hijau. Ada masanya dia menjerit suruh Tok Ayahnya lari. Ratu baca ikut pada buku gantung yang diberikan oleh agen kami. Puteri Raja Ratu, Ratu lepaskan dari genggaman. Tapi tali antara tangan Ratu dan Puteri Ratu masih lagi menyatukan kami. 

Habis saie, kami bertahalul. Haa, lega rasanya. Dah habis umrah maknanya 13 pantang larang berihram sudah tidak terikat lagi dengan kami. Ratu memang tidak jumpa Raja sepanjang saie. Inilah yang sempat kami ambil selepas habis bertahalul.


Inilah gambar yang mendamaikan hati semua orang bila sampai di sana kan.


Ini pula gambar Raja selepas tahalul.


Ratu dan ibubapa Ratu bersama-sama Puteri Raja Ratu menuju ke kawasan tempat kami meletakkan kasut. Di situ kami menemui Raja. Rupa-rupanya Raja menunggu kami di situ. Raja mengambil keputusan untuk membotakkan rambut. Maknanya, Raja masih lagi terikat 13 pantang ketika ihram sebab Raja belum lagi bertahalul. Dalam perjalanan kami ke hotel, Raja singgah di kedai gunting rambut dan membotakkan rambutnya. Maka selesai lah umrahnya. 

Apa yang membuatkan Ratu terkejut, Puteri Raja Ratu menyatakan hasrat ingin mencium kaabah selepas Ratu bertahalul. Ratu ada menceritakan kepada Raja akan hasrat Puteri Raja Ratu ketika kami berjumpa di tempat letak kasut. Tapi Raja dan Ratu tidak dapat tunaikan permintaannya malam itu sebab Raja belum habis lagi bertahalul dan keadaan kami yang agak penat sebab baru habis umrah dan baru sampai dari Madinah. 

Tapi kami berjanji akan tunaikan hasratnya sebab kami juga ingin membuat tawaf sunat nanti. Masa tu kami boleh memegang dan mencium kaabah sebab kami tidak terikat dengan pantang larang berihram. Ketika berihram, kami tidak boleh mencium kaabah. Kalau hendak cium pun setelah bertahalul.

Tatapan dari,

Friday, January 13, 2017

Sampai di Madinah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.. Kali ini masih lagi dalam topik berkaitan perjalanan Raja dan Ratu sekeluarga termasuklah ibubapa Ratu mengerjakan umrah.

Alhamdulillah.. kapal terbang yang terbang dari KLIA sudahpun mendarat di Lapangan Terbang Madinah. Tapi Ratu tidak ingat pukul berapa ketibaan kami di sana. Yang pasti kami sampai ketika hampir memasuki waktu Margrib di Madinah. Setelah urusan imegresen dan pengambilan beg bagasi selesai, kami mula menaiki bas bergerak menuju ke hotel di Madinah. 

Ratu rasa sangat bersyukur kami telah selamat sampai di Madinah. Rasa seronok dan teruja untuk melihat sendiri Masjid Nabawi. Tak sabar rasanya hendak tunjukkan pada Raja Masjid Nabawi sebab Raja baru pertama kali tiba di Madinah. Bila Ratu sudah nampak imbasan Masjid Nabawi dan tambahan lagi kami dimaklumkan bahawa kami sudah menghampiri hotel kami, Ratu terus tepuk peha Raja dan tunjukkan Masjid Nabawi dari cermin bas. Raja melihat tanpa berkelip matanya sambil tersenyum. 

Sampai sahaja di hotel, kami diarahkan untuk makan terlebih dahulu. Sambil makan kami diberikan kunci bilik untuk kami menginap. Sampai di bilik terus letak beg dan kami mengambil wuduk dan bergegas hendak ke Masjid Nabawi. Dari tingkap bilik hotel kami sudah nampak Masjid Nabawi. Tak sabar rasanya hendak menjejakkan kaki di Masjid Nabawi dan solat di dalamnya. 

Inilah gambar yang sempat di ambil,


Ratu memaklumkan kepada Raja dan ayah Ratu agar berjumpa balik di pintu pagar nombor 25 selepas solat nanti. Ratu ingat-ingat lupa kedudukan Raudah. Bila keesokkan hari, kami dibawa ke Raudah oleh Mutawwif agen kami. Ratu keluar dari Raudah, Ratu tengok pintu keluar Raudah adalah pintu 25. Waa, alangkah gembiranya rasa di hati ini. Ini memudahkan Ratu menuju ke Raudah lagi nanti. Alhamdulillah.

Raudah adalah tempat yang paling istimewa di Madinah. Sesiapa yang datang di Madinah dan jika tidak mengambil kesempatan untuk berada di Raudah amatlah rugi. Raudah adalah taman syurga yang mana sesiapa yang berada dan dapat solat dan berdoa di Raudah, doanya akan dimakbulkan. Ratu dapat 2 kali memasuki Raudah. Kalau berhempit-hempit itu adalah lumrah. Lebih-lebih lagi Ratu pula tiba di sana pada Khamis. Ratu difahamkan Raudah akan lebih ramai pada Khamis malam Jumaat dan Hari Jumaat.

Alhamdulillah, kami dapat solat Jumaat di Masjid Nabawi. Sungguh seronok. Ini anatara antara gambar yang sempat diambil ketika berada di sana. 


Ini antara gambar kenangan kami ketika berada di sana,



Ini gambar seterusnya,


Kami berada di Madinah 3 hari sahaja dan kemudian kami bergerak ke Mekah pada hari Sabtu dan mengerjakan umrah di sana. Kami jatuh niat di Bir Ali. Mandi ihram terlebih dahulu di hotel Madinah dan mula potong kuku. Bila sampai di Bir Ali kami solat sunat ihram dan jatuhkan niat di sana.

Tatapan dari,

Thursday, January 12, 2017

Hari yang Dinantikan..

Sudah lama Ratu tidak update blog ini. Kali ini Ratu berkesempatan untuk update. Ratu akan kongsikan 1 pengalaman yang paling manis yang mencorakkan warna kehidupan kami di awal tahun 2017 ini. 

Pada saat ini, Ratu tidak menjangkakan hajat Ratu untuk menunaikan umrah bersama-sama Raja dan Puteri Raja Ratu serta ibubapa Ratu tercapai. Malam sebelum kami berangkat, Ratu tidak dapat melelapkan mata. Mungkin sebab terlalu gembira. Bagaikan tidak percaya pun ada.

Apa yang bermain di fikiran Ratu,

Harap-harap Raja dapat lakukan umrah dengan baik sebab Raja belum pernah menjejakkan kaki ke sana. 

Harap-harap Puteri Raja Ratu tidak meragam ketika berada di Madinah dan Mekah agar Raja dan Ratu dapat melakukan ibadah dengan baik. Puteri Raja Ratu ini hanya mengikut sahaja dan Raja Ratu tidak akan menjatuhkan niat untuknya mengerjakan umrah.

Harap-harap Ratu tidak keluar darah haid. Risau juga ni. Kali ini Ratu pergi dan jangkaan darah haid ini keluar adalah dalam tempoh ketika Ratu berada di Madinah ataupun Mekah. Tapi Ratu sudahpun merujuk doktor dan Ratu dibekalkan ubat tahan pengeluaran darah haid. Ratu takut terlupa, terus Ratu setkan alarm kat telefon bimbit supaya Ratu alert makan ubat ini dalam tempoh yang ditetapkan. Ratu kena makan ubat ini setiap 12 jam iaitu 8 pagi dan 8 malam. Kalau sebelum ini Ratu pergi, Ratu memang baru lepas tempoh period. Tapi kali ini ada risau sedikit.

Hari yang dinantikan kini sudah tiba. Inilah beg yang akan kami bawa. Apa lagi nak bawa ni ya.. hUHU..


Penerbangan kami lebih kurang pukul 1.00 tengah hari dan kami perlu berada di KLIA pukul 9.00 pagi. Bagi menggelakkan kesesakan jalan raya dan lambat tiba di KLIA, kami mengambil keputusan untuk bertolak lebih kurang pukul 6.30 ke 6.45 pagi selepas Subuh. Raja Ratu dan Puteri Raja Ratu bermalam di rumah kedua ibubapa Ratu untuk memudahkan urusan kami pagi tu sebelum bertolak. Kami kenalah bangun awal sedikit lebih kurang pukul 4.00 pagi untuk bersiap-siap. 

Sempat ibubapa Ratu bergambar dengan cucu kesayangannya sementara Ratu bersiap-siap.


Apa yang Ratu hendak kongsikan di sini, sebelum bergerak apa yang perlu kita lakukan:-

* Mandi sunat musafir
Mandi dahulu seperti biasa. Selepas itu barulah kita niat dan mandi sunat musafir. 

* Solat sunat musafir
Oleh kerana Ratu dan keluarga bergerak selepas Subuh. Jadi kami perlu mengerjakan solat sunat ini sebelum mengerjakan solat Subuh. Ratu mulakan solat taubat terlebih dahulu. Kemudian solat sunat musafir dan akhir sekali solat Subuh sebab kita dilarang untuk mengerjakan solat selepas solat Subuh ya.

Setelah kami diazankan, kami pun bergerak dibawa oleh bapa saudara dan abang Raja. Tatkala kami diazankan, air mata Ratu tumpah ke pipi. Bagai tidak percaya.. Betul ke Ratu dah hendak bergerak ni.. Betul ke Ratu dan orang tersayang ni akan menjadi tetamuMu Ya Allah. 

Kami pun sampai di KLIA,


Inilah gambar kami sebelum berlepas. Sebenarnya, Ratu bukan pergi berlima tapi sepuluh orang. 5 orang lagi 1 keluarga saudara mara belah ayah Ratu. hUHU.. Jadi kami bergerak 10 orang. 

Cuma sedih sedikit sebab adik beradik Raja dan ibu Raja ingin datang KLIA dan berjumpa dengan kami sebelum berlepas. Tapi hajat tu tidak kesampaian apabila Raja dan Ratu perlu masuk ke bahagian imegesen. Itupun kami sudah terlambat masuk ke bahagian imegresen. Keluarga Raja sudah sampai KLIA tapi kami tidak boleh berpatah balik. Emm.. Tapi sempatlah kami tengok gambar ketibaan mereka yang dihantar melalui whatsapp ketika dalam perjalanan kami menaiki kapal terbang. 

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267