Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Monday, May 30, 2011

Apalah yang BABY Raja Ratu buat ni..

Setiap hari Ratu pulang dari pejabat, Ratu mesti mencari kucing kesayangan Ratu yang bernama BABY. Apa yang Ratu buat? Emm.. cuba teka.. Haha.. Eh, tak kan Ratu nak timang dia pula. BABY tu kucing bukannya bayi. Nanti bila bayi dalam kandungan Ratu ni keluar, baru Ratu timang dia bila tiba masanya nanti... hehe.. Sebenarnya si BABY ni Ratu letakkan di pangku Ratu dan Ratu belai dia sambil bertanyakan beberapa soalan rutin harian. Nak tahu apa soalannya? :-

a) Hari ni BABY pergi mana?
b) BABY dah makan?
c) BABY dah minum?
d) BABY dah kencing.. dah berak?
e) (Akhir sekali Ratu nasihatkan dia). BABY kalau keluar jangan masuk rumah orang ya. Nanti orang marah tau.. haha..

Dah habis soalan dan nasihat ditujukan, Ratu pun lepaskan BABY dari pangkuan Ratu. Beberapa minit selepas itu, Ratu terkejut tengok BABY. Alamak!!!! Comel lak si BABY ni. Terus Ratu ambil gambar dia. Korang tengok lah sendiri. Comel tak !!!

Moga-moga BABY bertambah comel lagi nanti.. haha..

Tatapan dari,

Saturday, May 28, 2011

Seronok juga pejabat Ratu sudah ada ASTRO..

Emm.. tajuk yang gak menarik juga ni. Pejabat Ratu memang ada tv.. Tapi Ratu rasa seronok pula bila pihak pengurusan sudah bersetuju untuk memasang ASTRO. Emm.. satu perkembangan yang baik ni. Tapi ASTRO ini bukan dipasang dengan tujuan melalaikan atau melekakan Ratu serta rakan sepejabat Ratu untuk menonton ASTRO ya.. Tapi bila kami rasa tension ker.. rasa nak berehat sekejap setelah lama mengadap komputer ker.. ASTRO ini menjadi tempat kami untuk menenangkan minda kami sekejap lah.. CEWAH.. AYAT 'COVER LINE' TAK LEH TAHAN.. AHAKS..

Kerja tetap kerja ok.. Kerja Ratu sejak akhir-akhir ni memang sudah melambak pun. Maklumlah, Ratu perlu siapkan mana-mana yang perlu sebelum Ratu cuti bersalin kan. Tapi bila ada ASTRO ini rasa seronok juga kan. Bukan kat rumah tak ada ASTRO, tapi bila kat pejabat ini sudah ada ASTRO, rasa bersemangat juga bekerja disamping dapat juga menonton bersama-sama rakan-rakan sepejabat bila ada masa terluang. Dan sudah pastinya rancangan yang menjadi kegemaran Ratu dan rakan-rakan sepejabat Ratu ialah MAHARAJA LAWAK. Hehe.. JANGAN JEALOUS ok.. Ya lah. Ada rakan-rakan Ratu yang tidak melanggan ASTRO ini di rumah mereka. Jadi, bila ada masa terluang tu dapat kami bergelak ketawa sambil menonton rancangan itu bersama-sama.

Akhir kata, terima kasih lah pihak pengurusan kerana memahami kami.. Hehe.. Mentang-mentang ASTRO dah di pasang.. Suka lah apa lagi..

Tatapan dari,

Friday, May 27, 2011

Keinginan memiliki rumah..

Emm.. tajuk yang agak hangat di hati Raja Ratu sekarang ini.. Emm... macam mana ianya boleh timbul. Pada mulanya, Ratu terpandang dalam 1 majalah yang menyatakan ada taman perumahan yang akan dibina di lokasi yang agak menarik perhatian Raja Ratu. Lagi yang menarik perhatian Raja Ratu iaitu diskaun yang diberikan oleh pihak pemaju iaitu sebanyak RM8,000.00. Pada mulanya, Raja Ratu belum ada keinginan yang memuncak untuk membeli. Memang niat nak membeli tu ada tahun ini. Tapi bila Ratu terbaca diskaun yang diberikan oleh pihak pemaju yang Ratu rasa agak berbaloi, Ratu berbincang dengan Raja. Hasil daripada perbincangan tersebut, Raja memberi kata putus bersetuju dan dari situlah keinginan kami untuk membeli rumah tersebut memuncak.

Ratu pula tak mahu mengambil tindakan terburu-buru. Pertama sekali, Ratu menghubungi pemaju untuk mendapatkan kepastian tentang promosi diskaun yang diberikan kepada pembeli. Kemudian, kami melihat sendiri rumah yang ingin dibeli itu di kawasan tapak projek perumahan tersebut bersama-sama ibubapa Ratu. Setelah ibubapa Ratu juga berpuas hati, Ratu pun membuat pembayaran tempahan sebelum dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat pinjaman perumahan dengan pihak bank dihantar kepada pemaju.

Ratu juga banyak bertanyakan pendapat beberapa rakan Ratu berkaitan rumah yang Raja Ratu ingin beli ini. Ada beberapa tips yang diberikan kepada Raja Ratu sebagai kajian terhadap rumah yang ingin Raja Ratu beli itu. Tips yang diberikan ini amat berguna kepada Raja Ratu.. Kami hargai dan ingin ucapkan ribuan terima kasih.

Raja Ratu dah pergi melihat rumah itu sendiri sebanyak 2 ke 3 kali untuk kepuasan diri.. Hehe.. Bila dokumen telah dihantar ke pihak pemaju untuk urusan pinjaman perumahan tersebut, Raja Ratu berasa gementar.. bimbang.. takut... eee semua ada lah dalam hati kami ni.

Harap-harap pinjaman yang kami mohon untuk membeli rumah tersebut lulus dan kami berharap ada rezeki kami bersama cahaya mata kami pada tahun ini. AMIN.. AMIN.. AMIN.. Doa-doakan Raja Ratu ya.. Hehe.. Alhamdulillah.. tahun ini ada beberapa matlamat yang ingin Ratu capai pada tahun ini tercapai. Dan Ratu juga mengharapkan ada rezeki kami pada rumah yang kami ingin beli ini. AMINNNN...

Tatapan dari,

Monday, May 16, 2011

Beli MAINAN UTK SI BABY.. kucing kesayangan..

Lama sungguh Ratu tak update cerita di TERATAK ISTANA ini.. Hari ini Ratu akan memulakan cerita mengenai kucing kesayangan Raja Ratu si BABY.. Satu hari Ratu pergi membeli barang-barang keperluan harian di MYDIN.. Sekali mata Ratu terpandang akan barangan keperluan harian KUCING.. Fikiran Ratu tertumpu kepada kucing kesayangan Ratu, si BABY yang berada di rumah sekarang ni.. Emm.. Ratu tanpa melengah masa.. Ratu terus melangkah ke situ dan tertarik dengan pemaianan ini.. JEN.. JEN.. JEN..

Inilah permainannya, tapi ini Ratu ambil gambar ini melalui internet.. Warna tikus tu bukan seperti mana warna tikus pada permainan yang Ratu beli tu. Permainan yang Ratu beli tu tikusnya semuanya berwarna putih. Permainan ini bentuknya seperti JORAN PANCING IKAN.. Yang mana kita campakkan tikus tu pada kucing kita.. Yang pasti kita tak perlu berjalan untuk membolehkan tikus itu bergerak.. Tapi kita pusingkan saja KEKILI PANCING tu.. Hehe.. Ni kira macam joran ni dah dapat hasil tangkapan lah.. iaitu si TIKUS.. hehe..

Bila Ratu baling saja tikus ni kat si BABY.. Kemudian Ratu pun pusingkan KEKILI joran tu.. Tikus tu pun bergerak.. Ekor tikus tu pulak sama cam ekor si BABY.. Apa lagi terus si BABY terus menangkap tanpa berfikir panjang.. BABY ingat tu tikus.. Waa.. dia nak menunjukkan kehandalan dia menangkap tikus dalam rumah ni.. TANGKAP BABY !!! TANGKAP BABY !!! BABY tak tahu yang dia kena tipu.. Tu bukan tikus.. Mainan saja.. Tapi tak per lah.. Janji BABY kesayangan Raja Ratu ini tak boring.. Ada lah permainan untuknya yang boleh dia bermain.. Hehe..

Bila tengok si BABY ni Raja Ratu rasa terhibur.. Terutama sekali bila tengok gelagat dia bermain.. Hilang rasa tension ker.. rasa penat ker.. Hehe.. Sesungguhnya BABY memang seekor kucing yang COMEL !!!!!! Meowwwwww !!!!!!!

Tatapan dari,

Wednesday, May 11, 2011

Habiskan masa di Taman Bunga Kuala Lumpur..

Pada hujung minggu, Raja pulang dari outstation. Ratu ada mengadu pada Raja yang Ratu terasa ingin pergi bercuti bersama.. terasa BORING lah pulak.. hehe.. Pada mulanya, Ratu tak menyangka permintaan Ratu ditunaikan sebab Ratu tengok Raja kepenatan. Maklumlah baru pulang dari outstation. Ratu pun kecian tengok Raja.. EWAH.. EWAH.. EWAH.. ni kira kecian ker.. atau nak memujuk Raja bawa Ratu pergi bercuti lagi di lain hari.. Ahaks..

Pada pagi hujung minggu tu, Raja dah suruh Ratu bersiap. Emm..
Raja : Dah pergi mandi.. siap-siap..
Ratu : Aik, nak pergi mana..
Raja : Kita pergi Taman Bunga..
Ratu : Betul ker ni.. Ayang kan penat..
Raja : Emm.. nak pergi ke tidak..
Ratu : Mestilah nak.. sekarang juga pergi mandi..

Ratu kan pasal berjalan memang no 1. Waa.. tanpa melengahkan masa Ratu dengan hati yang girang bersiap-siaplah. Selepas sarapan, kira-kira pukul 10.00 lebih kami pun bertolak. Ini adalah salah satu pemandangan yang terdapat di sana.Walaupun, kawasannya tidaklah sebesar mana. Tapi Ratu rasa seronok melihat keindahan bunga Orkid dan bunga Raya pelbagai warna. Bila rasa penat, Raja temankan Ratu berehat sebentar. Maklumlah, dah berbadan dua ni kan. Sempat juga Ratu membeli bunga untuk ibu Ratu suka sebab ibu Ratu ni minat Orkid.

Setelah puas berjalan, kami pun bertolak pulang. Dalam perjalanan Raja sudah mengadu lapar, kami pun berhenti di KFC sambil menikmati hidangan tengah hari kami. Malam tu pula, Raja mengajak Ratu makan ikan bakar. Emm, selepas perut kenyang kami pun pulang dengan hati yang girang. TERIMA KASIH RAJA HATIKU..

Tatapan dari,

Tips pemotongan kuku mengikut Islam..

Segmen motivasi kali ini.. pada bulan ini.. Raja Ratu akan berkongsi ilmu berkaitan dengan aktiviti harian kita. Mungkin kita tidaklah memotong kuku setiap hari, tapi mungkin setiap minggu atau bila kuku kita sudah agak panjang dan mula rasa tidak selesa. Tapi kebanyakkan kita tidak mengetahui ada rahsia & hikmah di sebalik cara pemotongan kuku dan hari kita mememotong kuku tersebut mengikut Islam. Jadi di sini Raja Ratu mengambil kesempatan berkongsi ilmu yang Ratu perolehi ini dengan pembaca & pengunjung setia teratak ini berkaitan tips ini.

Dari segi cara pemotongan kuku mengikut Islam disunatkan memotong kuku bermula dengan jari kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk hinggalah ke jari kelingking dan diikuti dengan ibu jari. Seperti mana yang kita tahu, apa pun aktiviti yang kita lakukan, lebih afdal mulakan dengan kanan dahulu. Macam ada orang tua-tua kata masuk rumah dengan kaki kanan dahulu.. tidur kalau boleh mengiring sebelah kanan lah.. dan sebagainya. Jadi, potong kuku pun lebih afdal mulakan dari potong kuku tangan kanan dahulu. Kemudian tangan kiri bermula dari jari kelingking hingga ke ibu jari. Bagi kuku kaki juga sama dengan bermula dengan kaki kanan & juga bermula daripada jari kelingking hingga ibu jari. Kemudian, kaki kiri bermula dengan ibu jari hingga ke jari kelingking.

Kuku yang di potong disunatkan di tanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya kerana ia adalah sebahagian daripada anggota badan manusia seperti mana yang dilakukan oleh Umar r.a

Ni pula hikmah memotong kuku mengikut harinya,
Hari Sabtu : Sesiapa yang memotong kuku pada hari ini nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad : Sesiapa yang memotong kuku pada hari ini nescaya keluar daripadanya kekekayaan dan masuk kepadanya kemiskinan.

Hari Isnin : Sesiapa yang memotong kuku pada hari ini nescaya keluar daripadanya gila & masuk kepadanya sihat.

Hari Selasa : Sesiapa yang memotong kuku pada hari ini nescaya keluar daripadanya sihat & masuk tubuhnya penyakit.

Hari Rabu : Sesiapa yang memotong kuku pada hari ini nescaya akan keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis : Sesiapa yang memotong kuku pada hari ini nescaya akan keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Sesiapa yang memotong kuku pada hari ini nescaya keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah S.W.T

Jadi dengan ilmu yang diberikan ini, maka dapatlah korang berfikir hari apa yang terbaik untuk kita memotong kuku.. Hehe.. Yang pasti hari yang terbaik adalah hari Isnin, Khamis & Jumaat.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267