Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Sunday, November 21, 2010

Taman Rama-Rama lagi..

Pergi Taman Rama-Rama lagi. Emm, beberapa bulan yang lepas Raja Ratu ada pergi ke Taman Rama-Rama di Kuala Lumpur untuk mengisi masa lapang. Mengisi masa lapang? Emm, ok tak jawapan tu.. hehe. Ini kes dah tak tahu nak buat apa. Apa yang Raja Ratu suka ialah berjalan-jalan. Ahaks. Tapi kali ini kami bukan pergi ke tempat yang sama, tapi lokasi kami kali ini adalah di Taman Rama-Rama di Melaka.

Kali ini Raja Ratu bukan pergi berdua tapi berempat iaitu bersama-sama dengan sepupu Raja. Sepupu Raja juga sudah tak tahu nak buat apa di masa lapang. Emm, jadi kami berempat bercadang ke Taman Rama-Rama di Melaka. Dalam perjalanan kami ke sana, kami singgah dulu makan Mc Donalds. Hehe. Kena lah kenyangkan perut dulu sebelum berjalan.

Sampai di sana, beli tiket dan lekatkan di baju. Seronok juga tengok landskap & pelbagai binatang di dalam kawasan Taman Rama-Rama ni. Tapi sayangnya, makanan ikan telah habis dijual. Baru ingat nak bagi ikan-ikan ni makan. Inilah antara binatang yang sempat diambil.
Ini pula gambaran yang kedua.
Pelbagai jenis ular juga ada di paparkan di taman ini dari pelbagai jenis dan kategori bisanya. Setelah penat berjalan. Kami pun pulang dengan hati yang girang. Ingatkan nak rayau ke zoo ker.. Taman Buaya ke.. Emm, nampaknya masa telah mencemburi kami. Tak kasi kami merayau lagi. Kenalah kami balik. Emm, Ratu terfikir juga ni, ada ker Taman kucing yek. Kalau ada, pastinya Raja & Ratu akan habiskan masa kami di Taman ini. Pastinya kami akan bawa Si BABY kesayangan kami ini.MEOW !!! MEOW !!! MEOW !!! hehe.. Tapi memang ada ker Taman Kucing?

Tatapan dari,

Sunday, November 14, 2010

Aktiviti di malam minggu..

Malam minggu ni, Raja dan Ratu rancang nak masak TOMYAM, IKAN SIAKAP MASAK STIM dan ditambah dengan AIR BUAH-BUAHAN iaitu "CARROT". Sebenarnya Ratu yang teringin nak makan tom yam. Raja pula tahu masak tom yam. Jadi, Ratu cadangkan pada Raja untuk masak tom yam. Raja pun setuju dengan rancangan Ratu hatinya ni. Hehe. Kami pun bergeraklah ke hypermarket MYDIN untuk membeli barang keperluan untuk masak menu minggu ni.

Petang tu, kami pergi beli dan malam kami mula masak. Tapi Raja yang sebenarnya masak sepenuhnya. Hehe. Ratu masa tu basuh baju dan selepas tu banyak membantu Raja dalam penyediaan bahan-bahan untuk memasak termasuklah penyediaan ikan SI BABY kami. SI BABY kami pun nak makan juga. Jadi, kenalah sediakan makanan dia. Ratu pun sianglah ikan dia.. Rebus ikan dia.. Lepas tu gaulkan ikan tu dengan nasi. Waa, berselera dia makan. Maklumlah ikan panas2 suam. Lebih kurang pukul 1.00 pg kami siap semua tugas. Penat? Tak usah cakaplah. Tapi walaupun kami rasa penat, kami gembira sebab kami lakukan kerja tu bersama-sama. Lepas makan, kami rehat dan terus terlelap kekenyangan. Hehe. TERIMA KASIH RAJA HATIKU KERANA MEMASAKKAN TOM YAM UNTUK RATU. hehe..


Tatapan dari,

Saturday, November 13, 2010

Bicara Santai bersama Irfan Khairi...

Ratu & Ratu mendapat tahu Irfan Khairi ada membuat bicara santai bersamanya di setiap negeri. Bila Ratu dapat tahu Irfan Khairi ada membuat program ini, Ratu pun join lah di lokasi yang berhampiran dengan Ratu. Rasa seronok juga bila dapat berjumpa dengannya. Pada mulanya ingatkan dia tak datang. Ini kerana permulaan program ini dikendalikan oleh orang lain. Bila jam menunjukkan pukul 3.00 petang lebih, Irfan Kahiri muncul. Waa... bestnya.
Raja & Ratu ingin mendengar antara tips dan pengalaman dirinya dalam bidang perniagaan. Tapi sayangnya, Irfan Khairi masa tu sakit tekak. Jadi, dia tak dapat bercakap lama. Emm, sayangnya. isk !!! isk !!!! Ratu dah nak menagis dah ni. Nasib baik Raja pujuk Ratu. Kalau tidak, sebaldi air mata Ratu, Raja tadahkan. Ditambah lagi.. SI BABY kat rumah sempat memujuk Ratu dengat gelagat yang comelnya bila Raja Ratu sampai di rumah. Hehe.. Tu yang buat Raja Ratu sangat sayang pada si BABY. Di akhir program ini dengan keizinan Raja, sempat juga Ratu mengambil gamber bersama Irfan Khairi. Tapi sayang, gambar tu tak cantik. Raja yang ambil gambar tu.. Ratu nak marah dengan Raja ni. RAJAAA !!!!!!!!!!!!!! Aduh hai, dah tak dapat nak masukkan gambar yang cute tu dalam sebagai penghias TERATAK ISTANA RAJA & RATU ini. Emm, sedihnya kan. Cepatlah korang pujuk Ratu. Masalahnya, sudi ke korang hendak pujuk Ratu yang cute ni.. hUA.. hUA.. hUA.. Walaubagaimanapun, Raja dan Ratu dapat 2 DVD percuma daripada Irfan Khairi. Terima kasihlah Raja Ratu ucapkan atas pemberian DVD tersebut.

Tatapan dari,

Friday, November 12, 2010

Langkah-Langkah Menyelesaikan Masalah..

Kita berjumpa lagi kali ini dalam bulan ini dalam rancangan "JOM BERMOTIVASI".. hehe. Seperti biasa topik kali ini yang Raja Ratu nak kongsi mengenai tips dalam menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Topik ini Raja Ratu perolehi dari rakan facebook. Inilah yang kami hendak kongsikan kepada pembaca semua serta peminat "TERATAK ISTANA RAJA RATU" ini.

Biar apapun yang berlaku, terimalah masalah tersebut dengan penuh rela dan tabah seperti kata pepatah Inggeris, "If you can't fight them, accept them, join them". Jangan kita berdolak-dalik lagi. Jangan sekali-kali cuba lari daripada masalah ataupun memendamkannya. Kemudian cari jalan atau cara-cara penyelesaian yang paling berkesan, di samping berazam kita sememangnya boleh menyelesaikannya. Fikirkan `BOLEH'.

PERTAMA:
Tuliskan apa masalah kita sebenarnya. Jangan hanya fikir dalam kepala, sebaliknya jelaskan atau tuliskan.

A problem wellstated is a problem half-solved.

KEDUA:
Tuliskan apakah punca sebenar berlakunya masalah tersebut. Dapatkan semua fakta yang jelas dan tepat bukannya berdasarkan anggapan atau fikiran fakta. Kebanyakan kebimbangan yang berlaku dalam dunia ini kerana orang cuba membuat keputusan sebelum mereka mempunyai pengetahuan dan fakta yang cukup untuk memutuskannya. Oleh itu, pastikan kita mendapat fakta, sebab dan punca masalah tersebut berlaku, sebelum kita cuba menyelesaikannya.

KETIGA:
Tuliskan setiap kemungkinan jalan penyelesaian yang berkesan. Misalnya
(a)Kalau kita buat begini, apakah kesannya? Dan kalau kita buat
(b)Apakah akibatnya kelak? Kita senaraikan sebanyak mungkin jalan penyelesaian dan akibatnya.

Langkah seterusnya kita lakukan sumbangsaran (brainstorming) dengan sahabat karib kita dan meminta pendapat rakan-rakan yang kita rasa dapat membantu. Sekiranya masalah itu rumit dan memerlukan kepakaran, kita perlu meminta nasihat perunding atau kaunselor.

KEEMPAT:
Kemudian kita buat keputusan jalan penyelesaian yang mana kita pilih. Setelah dianalisis kebaikan dan keburukannya secara teliti, ambillah secukup masa untuk berfikir. Kita masukkan semua kemungkinan jalan penyelesaiannya ke dalam komputer mental kita yakni pemikiran separuh sedar kita. Biarkan komputer mental kita bertugas selama beberapa hari.

KELIMA:
Setelah mengambil keputusan untuk memilih salah satu jalan penyelesaian, kita akan terus kekal dengannya dan mula bertindak. Kita jangan fikir yang lain-lain lagi. Kita terus mencari jalan menyelesaikannya sehingga berjaya, insya-Allah.

Begitulah lima langkah bagaimana hendak mengendalikan masalah, tidak kiralah masalah di tempat kerja, peribadi, rumah tangga dan sebagainya. Kita mestilah menganggap ia adalah perkara biasa dan kita berupaya untuk menyelesaikannya.

Kita akan mencari punca dan kita akan selesaikan kerana segala kelengkapan minda, pengetahuan dan jawapan berada di tangan kita sendiri, cuma kita perlu berikhtiar secara kreatif.

Kita lakukan segala yang terbaik dan kemudian yang lainnya kita serahkan kepada Tuhan. Setelah berusaha sedaya upaya kita bersembahyang dan berdoa:

Ya Tuhanku, hamba Mu telahpun berusaha sedaya upaya. Rasanya tiada apa lagi yang dapat hamba Mu lakukan, berilah petunjuk Mu, Ya Tuhan. Kasihanilah hamba Mu, Ya Tuhan.

Pokoknya kita mestilah berusaha sebaik mungkin terlebih dahulu dan kemudian barulah serahkan kepada kekuasaan Tuhan dan bukan sebaliknya, kerana Tuhan hanya akan menolong hamba Nya yang berusaha menolong dirinya sendiri.

"Pastikan kita mendapat fakta, sebab dan punca masalah tersebut berlaku, sebelum kita cuba menyelesaikannya".

Emm.. Harap-harap maklumat yang Raja Ratu terima ini dapat membantu korang dalam menyelesaikan masalah. INGATLAH TIADA MASALAH YANG TAK BOLEH DISELESAIKAN. Serumit manapun, Insya Allah kita boleh selesaikan. TENANGKAN DIRI.. PASTI TIMBUL PENYELESAIAN DI MINDA KITA. Akhir kata, selesaikan masalah yang dihadapi dengan bijak. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA. Ops! Lari dari topiklah pulak. hehe..

Tatapan dari,

Monday, November 8, 2010

Si Baby kesayangan kami buat pembedahan..

Si 'Baby' adalah kucing kesayangan Raja Ratu. Hendak dijadikan cerita. Satu hari si Baby ni tak ada selera makan. Makan pun macam nak tak nak sahaja. Ratu pun beli ubat untuk selera makan di klinik Haiwan (kerajaan). Masa Ratu membeli ubat untuk si Baby supaya dia KUAT, SIHAT & CERGAS.. hehe, Ratu baru dapat tahu bahawa kucing boleh dimandulkan. Ratu bertanya dengan pihak klinik tu. Ratu tanya macam ni ya.. emm.. emm..

Ratu : Boleh saya bertanya? Salah ke dalam Islam kalau kita nak mandulkan kucing? (sambil Ratu membaca senarai nama yang inginkan kucing mereka dimandulkan)

Kerani klinik : Tak salah. Jangan risau. Kalau berminat, letak lah nama & no tel untuk memudahkan pihak pengurusan menghubungi awak untuk tetapkan tarikh pembedahan. Kalau kucing Jantan bayarannya RM30.00, kalau kucing Betina pula bayarannya RM60.00.

Ratu pun gembiralah rasa di hati. Terus Ratu letakkan nama Ratu & no tel untuk memudahkan pihak pengurusan klinik menetapkan tarikh dengan Ratu bagi membuat pembedahan. Pada mulanya Ratu risau juga takut ianya memudaratkan si BABY. Tapi setelah diberi penerangan dengan lebih lanjut dari pihak klinik. Ratu tak rasa risau sangat. Maklumlah ini baru pertama kali Ratu mencubanya & si BABY menjadi sasarannya. hehehehe.. Takut.. gementar.. eee, semualah. Buatnya lepas wat operation si BABY jadi macam HARIMAU. kang susah lah pulak kan. hUA.. hUA.. hUA.. Masalahnya boleh ker kucing jadi HARIMAU? kUANG.. kUANG.. kUANG..

Masa yang ditunggukan sudah tiba. Satu hari Ratu menerima panggilan dari pihak klinik minta hantar si BABY ke klinik untuk buat pembedahan. Tapi pihak klinik memaklumkan BABY kena mula berpuasa pada pukul 10.00 mlm sampai waktu dia dibawa ke klinik pada kesesokkan hari. Alamak BABY pun kena puasa. Biar betul !!!! kUANG.. kUANG.. kUANG.. Untuk kebaikan Si BABY Ratu ikutkan sahaja.

Pada keseookan hari Ratu pun bawalah si BABY ke klinik & tinggalkan dia di sana. Pukul 4.00 ptg, Ratu ambil lah dia di klinik. Si BABY diberi ubat tidur selama 12 jam. Semasa Ratu mengambil dia, dia tengah tidur di dalam sangkarnya sampailah lebih kurang pukul 3.00 pg. Sungguh comel Ratu tengok dia tidur. Sehari selepas dia buat operation, dia kelihatan sungguh lemah. Ratu kesian tengok dia. Rasa sedih pun ada... Menyesal pun ada.. Ala BABY, Ratu minta maaf.. Raja & Ratu nak pastikan BABY sihat... tak mahu jadi seperti si BOBOY..

Beberapa hari selepas BABY melakukan pembedahan, dia mula bertenaga. Selera makannya bertambah. Satu hari 2 ekor ikan dia makan. Ratu gaulkan ikan tu dengan nasi. Fiskies, 1 paket kecil 1 hari habis dia makan. Berat badannya sudah bertambah. Raja Ratu gembira tengok perubahan dirinya. Tengoklah keadaan dirinya sekarang.. eeee... geramnya..

Tatapan dari,

Monday, November 1, 2010

Si Boboi pergi meninggalkan Raja Ratu selamanya..

Inilah kisah sedih yang Ratu terpaksa terima.. isk !!! isk !!! sedihnya.. BOBOI yang dibela dari kecil telah meninggalkan hanya kenangan semasa hidupnya kepada Raja Ratu. Mesti korang tertanya-tanya siapa BOBOI yang sebenarnya. Bagi mereka yang selalu mengikuti perkembangan Raja Ratu di teratak ini pastinya mengetahui siapa BOBOI. BOBOI adalah kucing kesayangan kami. Semasa kecilnya, dia sungguh comel & menjadi pengubat kami tatkala kami berada dalam kesedihan.. dalam tekanan.. eee semua lah..

CAM NER BOLEH BERLAKU? OK Ratu akan ceritakan segalanya.. CEWAHH !!! Nak ker korang tahu? Sedih-sedih pun leh buat lawak lagi kan.. Ceritanya macam ni. Pada suatu hari... JEN !!! JEN !!!! JEN !!! Ok.. ok Ratu serius bercerita ok.

BOBOI bersama-sama dengan seekor lagi kucing Raja Ratu si BABY, memang setiap malam kalau boleh Raja Ratu tak kasi kucing-kucing ni tidur di luar rumah. Bila malam mereka memang akan tidur di dalam rumah. Tandas mereka semuanya Ratu dah sediakan. Nak dijadikan cerita, bangun pagi sahaja.. BOBOI dah bising sibuk hendak keluar rumah. Pada mulanya Ratu tak kasi sebab dia belum makan lagi. Tambahan lagi baru pukul 6.00 pagi. Tapi oleh kerana keinginannnya ingin keluar memuncak, Ratu pun buka lah pintu & membiarkan dia keluar. Tapi Ratu sempat berpesan pada BOBOI, "BOBOI, nanti balik ya... Balik tau." Ratu pun mulakan tugas harian Ratu di rumah.

Dalam pukul 7.00 lebih, BOBOI pun balik. Tapi Ratu tak perasan BOBOI balik dalam keadaan luka sehinggalah Ratu tengok kesan tapak kaki berdarah menitik-nitik di atas lantai. Ratu pun pelik.. mana datangnya kesan darah ni. Terus Ratu teringat si BOBOI yang keluar tadi. Adakah dia luka? Bergegas Ratu pergi mendapatkan BOBOI. Alangkah terperanjatnya Ratu melihat keadaan si BOBOI yang mengerang kesakitan dengan mulut berlumuran darah. Ratu terus menjerit, "BOBOI, APA DAH JADI NI.. TADI KO KELUAR OK.. NI KO BALIK LUKA-LUKA NI.." Ratu dah buntu. Ketika kejadian ni, Raja pulak tiada di rumah. Dia outstation. Ratu bertambah buntu. APA YANG HARUS DIBUAT? Ratu teringat sangkar kucing. Ratu dengan perasaan sedih terus menyambar sangkar yang ada di tingkat atas. Ratu alaskan kain & terus latakkan BOBOI dalam sangkar tu. Badannya Ratu urut dengan harapan dapat membantu mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Ratu terus mandi.

Pada mulanya BOBOI meronta-ronta semasa di dalam sangkar tu. Jenuh jugak Ratu mententeramkannya. Dah siap hendak ke tempat kerja, Ratu bawa BOBOI ke dalam kereta. BABY, Ratu tinggalkan di rumah.. siapkan dengan makanannya & tandasnya.. BOBOI Ratu letakkan di kerusi di sebelah Ratu. Ratu pun pandu kereta ke tempat kerja. Sampai di tempat kerja, Ratu PUNCH CARD & memaklumkan rakan Ratu bahawa Ratu ke klinik sebentar membawa kucing Ratu. Nasib baik lah rakan sepejabat memahami. Ratu terus masuk ke dalam kereta & bergegas ke klinik. Dalam perjalanan Ratu mententeramkan BOBOI yang masih menahan kesakitan. "Sabar ya sayang, kita sampai kat klinik sekejap saja lagi."

Sampai di klinik Kerajaan Haiwan (Veterinar), Ratu bawa BOBOI untuk dirawat. Sambil dirawat Ratu membelai BOBOI supaya dia tidak meronta. Difahamkan gigi bawahnya patah sedikit & gusi bawahnya bengkok sedikit. Kemungkinan dia dipukul.. atau dilanggar. YA ALLAH.. Kesiannya kucingku. BOBOI di suntik ubat untuk mengurangkan kesakitannya.

Ratu serba salah. Nak bawa BOBOI balik rumah, siapa pula yang hendak menjaga dia. Nak bawa pergi pejabat, takut mendatangkan ketidakselesaan pada staf-staf yang lain. Akhirnya setelah mendapat keizinan pihak klinik, mereka bersetuju untuk menjaga BOBOI hingga petang. PEH, LEGA RASANYA. Tapi makanan Ratu kena sediakan, Ratu bergegas ke kedai untuk membeli FISKIES sebagai makanannya.

Tapi selepas dari rawatan tu.. pada mulanya BOBOI berselera sedikit makan. Tapi beberapa hari selepas itu, BOBOI sudah mula kurang selera makan sehinggalah pada suatu hari semuanya dia tak nak makan. Nasi digaulkan dengan ikan tak nak.. ikan pun tak nak.. air tak nak minum. Mulutnya sudah berbau sedikit. Raja Ratu nak bawa ke klinik.. tapi hari Ahad klinik tutup. Akhirnya, badannya terkulai layu di sebelah kereta. Ratu terus memberitahu Raja. Kami terus membalut badan BOBOI dengan suratkhabar setelah kami dapati badannya sudah keras. Raja terus membawa kereta dan menanam mayat BOBOI di tepi sungai.

Ada macam novel tak cerita Ratu ni. Walaubagaimanapun, Ratu sudah cuba melakukan yang terbaik untuk si BOBOI. Tapi apa yang boleh dikatakan. BOBOI pergi jua. Apa yang mengecewakan Raja Ratu.. jika benarlah BOBOI dipukul.. siapa lah yang TERGAMAK melakukannya. SUNGGUH KECEWA !!!!

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267