Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Monday, April 20, 2015

Ratu Terkejar-Kejar, Semuanya Berjalan Serentak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sejak kebelakangan ini Ratu agak sibuk sedikit. Mana dengan urusan kerja dan perniagaan.. Mana dengan urusan rumah baru. Maklumlah Raja dan Ratu ingin cuba siapkan dan lengkapkan sebelum Raya Aidilfitri ini. Insya Allah. Jika diizinkanNya. 

Cuma kadangkala urusan tu jadi kelam kabut apabila semuanya berjalan serentak. Baru-baru ini pun Ratu sibuk dengan urusan pengubahsuaian rumah baru. Maklumlah hendak dapatkan harga sebelum GST untuk ubahsuai rumah. Alhamdulillah, ada beberapa pengubahsuaian dan perabot yang yang sempat Ratu 'booking' sebelum GST. Cuma kerja-kerjanya pengubahsuaian kebanyakkan dijalankan dalam bulan ini. 

Kebetulan pula, jualan untuk acuan batu dan wallpaper ini menggalakkan. Alhamdulillah. Ditambah lagi dengan khidmat penyediaan akaun syarikat di beberapa buah syarikat yang Ratu terima.


Apabila semuanya mula berjalan serentak. Itu yang buat Ratu jadi sangat terkejar-kejar. Nasib baik Raja dan ayah Ratu menghulurkan bantuan tatkala Ratu memerlukan. Sebab kerja-kerja pengubahsuaian rumah ini memeerlukan pemantauan. Kadangkala ada barang keperluan yang tidak cukup, kena pergi beli seperti lampu dan tile. 

Kadangkala, tatkala Ratu hendak beli barang rumah, ada pelanggan hendak jumpa untuk pengambilan acuan batu dan wallpaper. Itu yang membuatkan Ratu lagi terkejar-kejar. Ada pelanggan yang kata Ratu ni macam 'Chipsmore' .. kejap ada.. kejap tiada.. Susah hendak jumpa. Aduh, minta maaf la sebab semuanya berjalan serentak membuatkan Ratu perlu settlekan mana yang mampu.

Moga-moga Raja dan Ratu dapat beraya di rumah baru Raja Ratu bersama-sama ibubapa kami. Amin.. Amin.. Amin,, Insya Allah.. Kalau hendak diikutkan kiraan dan kemampuan macam tidak sempat hendak beraya di rumah baru sebab banyak lagi kelengkapan dan barang rumah yang belum beli. Tambahan lagi, Raja dan Ratu tidak suka buat pinjaman bank untuk tujuan pengubahsuaian dan kelengkapan barang rumah, Tapi selagi ada masa ni Raja dan Ratu kenalah usaha lebih sikit. Kuasa Allah, kita tidak tahu. Insya Allah, moga-moga dibukakan jalan dan dipermudahkan urusan kami. Amin.. Amin.. Amin..

Tatapan dari,

Sunday, April 19, 2015

Gelagat Puteri Raja Ratu Mengikut Ratu

Hari ini Ratu ke pejabat untuk menyiapkan kerja-kerja di pejabat. Emm, Puteri Raja Ratu ini sibuk hendak ikut Ratu. Katanya, "Nak ekut ebu gi opis" Hehe.

Setelah semuanya siap, Ratu pun bawalah Puteri Raja Ratu ini ke pejabat. Sementara Ratu menyiapkan kerja-kerja pejabat, Puteri Raja Ratu ini menonton televisyen saluran 611 Astro ceria. Huhu. Memang sesuai sangat la tu. Kadangkala buka rancangan yang sempat Ratu rekod sebelum ini, kartun Mickey Mouse. Huhu. Tak per, janji Puteri Raja Ratu ini senyap dan tidak ganggu Ratu buat kerja.

Inilah antara gelagatnya, 


Ala rambut tak terurus lak,


Nak tunjuk tengah makan biskut,


Setelah siap kerja-kerja tu walaupun tidak sepenuhnya, Ratu pun bawalah Puteri Raja Ratu ini ke taman permainan. Emm, Puteri Raja Ratu ini bermain sampai jatuh. Tengok ni,


Tak per la.. Janji Puteri Raja Ratu ni seronok bermain. Huhu. 

Tatapan dari,

Monday, April 6, 2015

Helikopter Peribadi Terhempas

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejadian yang menyedihkan di mana helikopter peribadi yang dalam perjalanan pulang dari Kuantan ke Subang terhempas di sebuah ladang Jalan Sungai Lalang dekat Sungai Pening di Semenyih, Kajang kira-kira pukul 4.50 petang. Difahamkan kejadian ini berlaku ketika mereka ini dalam perjalanan pulang dari menghadiri majlis perkahwinan anak Perdana Menteri Malaysia. 

Mereka yang terlibat dalam kemalangan tersebut adalah:-
1.  Ahli Parlimen Rompin Pahang, Tan Sri Jamaluddin Jarjis
2.  Ketua Pegawai SP Baiduri Sdn. Bhd. Datuk Tan Huat Seang
3.  Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Seri Azlin Alias
4.  Juruterbang helikopter Clifford William Fournier
5.  Pembantu juruterbang Aidana Baizieva
6.  Pengawal Peribadi Tan Sri Jamaluddin, Razakan Seran

Arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis sebenarnya ingin menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Ketua Pegawai Eksekutif PRIMA Datuk Abdul Mutalib Alias di Kuala Lumpur pada malam kejadian tersebut. Difahamkan seorang saksi kejadian yang merupakan pengawal keselamatan menyatakan bahawa kejadian itu berlaku semasa hujan lebat yang mana helikopter yang dinaiki itu meletup di udara sebelum terhempas dan meletup kali ke dua di kawasan kebuh getah tersebut.


Ini adalah antara mereka yang terlibat,


Apa-apa pun kita doakan semoga arwah mereka yang terlibat ini ditempatkan bersama-sama dengan orang orang yang beriman. Al-Fatihah

Tatapan dari,

Thursday, April 2, 2015

Terima Kasih Nanie

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah, Ratu menerima tempahan untuk pembelian wallpaper untuk dipasang di kedai Gym Dan Spa milik Nanie. Nanie ini juga membeli acuan batu dari Ratu.

Inilah orangnya,


Besar juga Gym dan Spa miliknya. Puan Nanie ini membeli wallpaper batu bata 3D kod 6005,


Dan Puan Nanie ingin menempah wallpaper design ini PVC kod 007


Design ini juga cantik dan menjadi pilihan iaitu PVC kod 006,


Acuan batu juga dibelinya. Terima kasih atas pembelian.


Berminat boleh menghubungi --> 012-6844870 Ely
Facebook --> RR Raudah

Tatapan dari,

Alhamdulillah, Stok Sudah Habis

Asalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah, acuan batu sudah habis stok. Insya Allah, minggu depan Ratu akan uruskan pengambilan stok baru semula. Alhamdulillah, terima kasih kepada semua. Jumlah hasil kutipan setiap RM3 bagi setiap jualan acuan batu dan RM5 bagi jualan Al-Quran Digital telah terkumpul sebanyak RM100. Alhamdulillah.

Insya Allah, keesokkan hari saya akan serahkan jumlah hasil jualan ini ke Badan Kebajikan Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah, Bukit Katil.

Ini adalah antara barang-barang yang dipos,


Ini gambar yang ke 2,


Ini gambar yang ke 3,



Ada banyak lagi gambar yang Ratu tidak tunjukkan di sini, Terima kasih kepada pelanggan Ratu, ada yang datang ke rumah untuk pengambilan barang. Terima kasih banyak. Alhamdulillah, ruang pejabat Ratu juga hampir siap. Tinggal lagi beberapa langkah lagi sebelum ruang pejabat ini mula beroperasi. Insya Allah.

Berminat boleh menghubungi Ratu --> 012-6844870 Ely
Facebook --> RR Raudah

Tatapan dari,

Wednesday, April 1, 2015

Berhati-Hati Dengan Penipuan GST

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini bermulalah perlaksanaan GST. Apa-apapun kita sebagai pengguna perlu bijak dalam membuat pilihan dan membuat pembayaran. Perlu difahamkan ada barang yang naik harga dan ada barangan yang akan turun harga. Tidak kurang juga ada barangan yang tidak dikenakan GST. Jangan mudah tertipu !!!! Fahami betul-betul barangan yang mana dikenakan GST.

Ratu ingin ceritakan di sini, salah seorang rakan Ratu hari ini ingin membeli telefon bimbit jenama Oppo. Dia pergi ke kiosk di salah sebuah pusat membeli belah. Seperti mana yang kita tahu telefon bimbit sebelum ini tidak dikenakan caj SST. Tapi bila sudah ada GST. Ini bermakna harga telefon bimbit akan naik setelah dicaj 6%. Sekali penjual itu mengenakan GST ke atas telefon bimbit tersebut kepada rakan Ratu. Nasib baik rakan Ratu ni ada ilmu sedikit. Ingat ya, kita sebagai pengguna berhak minta penjual itu tunjukkan surat kelulusan dan pendaftaran GST. Surat tersebut yang dikeluarkan oleh pihak KASTAM yang mana ada menyatakan no CPB atau no pendaftaran GST. Adalah menjadi 1 kesalahan jika pihak tertentu yang tidak berdaftar dengan pihak kastam mengenakan caj 6% ke atas pembeli. Kita sebagai pengguna berhak mengadu kepada pihak KASTAM jika ada penyalahgunaan caj GST seperti ini. Rupa-rupanya pihak penjual itu tidak berdaftar. Nasib baik telefon bimbit yang dibelinya tidak dicaj 6%.

Bil yang dikeluarkan juga akan berubah yang mana pihak penjual perlu menyatakan no pendaftaran GST. Bil seperti ini dikenali sebagai tax invoice,


Perlu diingatkan di sini, ada barangan yang dikenakan GST dan ada barangan yang tidak dikenakan GST,


Jadi, perlulah berhati-hati. Penuhkan dada dengan ilmu. Ratu juga ada ceritakan sebelum ini mengenai GST. Kita semua boleh layari laman web KASTAM atau KPDNKK untuk maklumat lanjut mengenai senarai barangan yang dikenakan GST dan tidak dikenakan GST.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267