Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Tuesday, July 31, 2012

Majlis Berbuka Puasa

Majlis Berbuka Puasa ni memang di adakan oleh pihak syarikat untuk semua pekerjanya. Pada tahun ini Majlis Berbuka Puasa tersebut diadakan di dewan Bistari. Selain pekerja-pekerja syarikat, pelanggan-pelanggan syarikat dan kumpulan anak-anak yatim juga dijemput hadir. Ratu tidak pasti pula anak-anak yatim ini dari mana kerana Ratu tidak terlibat dalam mesyuarat aturcara Majlis Berbuka Puasa yang diadakan sebelum ini. Tapi yang tidak seronoknya Raja tidak dapat turut sama bersama Ratu untuk hadir dalam majlis ini. Raja tengah sibuk dengan projek SHUT DOWN di Petronas Fertilizer Kedah Sdn. Bhd. Tak per lah, nak buat macam mana. Ratu pun mengajak ibubapa Ratu bersama Puteri Raja Ratu menemani Ratu menghadiri Majlis tersebut. Emm, kalau dah ada Puteri Raja Ratu ni.. Gamat dibuatnya dengan gelak tawanya.. jeritan keriangannya.. bila dia tengok nanti ramai orang di Majlis Berbuka Puasa tersebut. Mungkin ada rakan sebayanya nanti. Lagilah bising mulutnya dengan bahasa-bahasa budak kecil yang tidak kita faham maksudnya. Hehe..

Di majlis ini, pihak syarikat ada menyediakan sumbangan dalam bentuk makanan seperti beras, susu, air minuman dan minyak masak untuk pekerja-pekerja syarikat yang mana mereka merupakan bapa tunggal dan ibu tunggal. Anak-anak yatim juga tidak lupa diberikan cenderahati. Bagi pekerja-pekerja yang telah lama berkhidmat iaitu melebihi 6 tahun juga diberikan cenderahati termasukalah sedikit wang tunai dan sijil penghargaan. Memandangkan Ratu pun telah lama berkhidmat melebihi 6 tahun, jadi Ratu juga terlibat dalam penerimaan cenderahati tersebut oleh pihak syarikat.

Inilah sijil penghargaan yang Ratu terima,


Penyampaian ini diadakan sebelum berbuka puasa. Ratu bersama ibubapa Ratu duduk bersama rakan-rakan sepejabat Ratu dalam satu meja. Semasa berbuka puasa, Puteri Raja Ratu ni buat perangai. Ratu pun terpaksa buka puasa dengan minum air sahaja dan makan bergilir-gilir dengan ibubapa Ratu. Nasib baiklah ibu Ratu mengambilkan Ratu makanan untuk berbuka. Ratu pun terpaksalah meminta ibubapa Ratu makan dahulu sementara Ratu menjaga dan melayan karenah Puteri Raja Ratu ni. Ratu bawa Puteri Raja Ratu ni pusing-pusing di dalam dewan tersebut. Bila ibubapa Ratu sudah habis makan. Ratu pula makan dan karenah Puteri Raja Ratu ni dilayan oleh ibubapa Ratu. Emm..

Selepas makan, Ratu dipanggil oleh pekerja Datuk Ghafar yang juga berada dalam dewan itu kerana ingin memberikan sedikit cenderahati berupa sepasang kain, air minuman dan beberapa kuih Raya. Ini kerana Ratu terlibat dalam penyediaan akaun Japerun. Jadi, pihak pengurusan Japerun juga telah menyediakan cenderahati ini. Waa.. rezeki.. rezeki..

TERIMA KASIHLAH KEPADA SEMUA. Ratu pulang dengan keadaan tangan Ratu yang penuh dengan barang. Mana dengan barangan pemberian Datuk Ghafar.. Mana dengan barangan pemberian pihak syarikat lagi.. Nasib baiklah ibubapa Ratu ada. Boleh mereka tolong bawakan sedikit dan tolong dukungkan Puteri Raja Ratu ni. Emm..

Tatapan dari,

Friday, July 27, 2012

Terima Kasih Datuk Hamzah

Ratu agak terkejut juga apabila rakan sepajabat Ratu memaklumkan kepada Ratu bahawa ada orang 'sponsor' duit sedikit untuk beli beg tangan atau kasut. Emm... biar betul !!!!  Ratu pada asalnya tidak faham apa yang yang dikatakan oleh rakan sepejabat Ratu. Tanya punya tanya.. Rupa-rupanya Datuk Hamzah iaitu Pengarah di tempat Ratu bekerja itu memperuntukkan RM100 untuk membeli beg tangan atau kasut sebagai persiapan Raya. Tapi pembelian barang ini mestilah beresit RM100 atau RM100 lebih untuk menunjukkan duit yang diperuntukkan itu digunakan untuk tujuan itu.

Ratu pun pergilah bersama-sama rakan sepejabat Ratu tengok-tengok beg tangan ke.. kasut ke.. mana yang berkenan di Jaya Jusco dan juga Mahkota Prade. Tengok punya tengok.. Belek punya belek.. Ratu dan rakan-rakan Ratu berkenan dengan beg tangan di Mahkota Prade yang berharga sekitar RM100 lebih. Jadi, Ratu kenalah tambah duit sedikit untuk lebihan peruntukkan yang diberikan.

Inilah begnya yang berjenama Polo,


Masa Ratu survey beg tangan sekali Ratu terpandang kasut. Ratu tengok jualan kasut tengah promosi ni. Ratu pun pilih dan terus bayar. Inilah kasutnya yang berjenama Carlo Rino,



Sebenarnya, Ratu sudah ada kasut dan beg tangan untuk persiapan Raya yang mana Ratu telah sediakan sebelum ini. Tapi dengan peruntukkan yang diberikan ini bolehlah Ratu gunakan beg tangan ini sebagai beg harian Ratu ke tempat kerja.

Apa-apapun, terima kasih banyak kepada Datuk Hamzah di atas kesudian memberikan peruntukkan kepada Ratu untuk membeli beg tangan. TERIMA KASIH.. TERIMA KASIH.. TERIMA KASIH Ratu ucapkan.

Tatapan dari,

Wednesday, July 18, 2012

Masterchef Celebriti Final 2012

Pertandingan Master Chef celebriti di peringkat akhir ini menemukan pertembungan di antara Datuk Fazley dan Angah Raja Lawak. Siaran ini ditayangkan melalui Astro Ria pada 16 Julai 2012. Mungkin pihak astro ingin menghabiskan tayangan keseluruhan pertandingan Masterchef selebriti ini sebelum kita semua terutama sekali umat Islam yang bakal menyambut Ramadhan.

Ratu agak-agak Datuk Fazley yang menang. Sekali tekaan Ratu itu betul. Akhirnya, memang Datuk Fazley yang menang dalam pertandingan itu. Datuk Fazley berjaya mengumpul dana sebanyak RM57,000 untuk diserahkan kepada Yayasan Jantung Malaysia. Pertandingan Masterchef Celebriti ini lebih kepada pengumpulan dana yang mana setiap celebriti akan salurkannya kepada Badan-Badan Kebajikan yang mereka pilih. Antara artis-artis yang terlibat dalam pertandingan ini adalah Jehan Miskin, Azwan Ali, Doktor Faiz, Farouk Hussain, Datuk Fazley, Angah Raja Lawak, Sarah Raisuddin, Soo Wincci dan ramai lagi.
 
Ratu rasa seronok melihat Datuk FAZLEY sepanjang pertandingan ini berlangsung. Apa-apa cabaran masakan yang perlu dipersembahkan, Datuk Fazley ni nampak cool je. Malah saling bantu-membantu dengan rakan-rakan artis lain dalam pertandingan tersebut. Memang layak lah dia menjadi pakar motivasi.

Inilah wajah 2 peserta akhir Masterchef celebriti,


Apa-apapun tahniah Ratu ucapkan kepada Datuk Fazley di atas kejayaannya.

Tatapan dari,

Monday, July 16, 2012

Ramadhan Menjelang Tiba..

Emm.. Kali ni rasa macam sekejap jer masa berlalu.. Betul tak ???? Sekejap jer dah bulan Julai 2012.. Pulak tu lagi beberapa hari lagi kita semua akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Raja Ratu dah terfikir dah ni.. Macam mana lah nanti keadaannya bila bersahur nanti. Aduh Hai.. Adakah Puteri Raja Ratu pun akan turut sama bangun pagi bersahur???? ooo, tidakkkk... Buatnya terlambat bangun hendak bersahur, kelam kabut nanti dibuatnya. Mana nak kejar masa bersahur... Mana nak kejar masa untuk layan Puteri Raja Ratu ni lagi... Emm.. Tidak dapat nak digambarkan macam mana nanti.

Sebenarnya, kalau nak dikatakan seronok.. Memanglah seronok... Kerana ini adalah pengalaman baru Raja Ratu menyambut Ramadhan dengan kehadiran Puteri Raja Ratu. Cuma bimbang masa bersahur tu tergangggu jika Puteri Raja Ratu terjaga. Kalau berbuka tu Raja Ratu tidaklah risau sangat. Berbuka lambat sikit pun tak per.. Leh berbuka bergilir-gilir. Kalau bersahur ni yang membuatkan Raja Ratu risau sikit. Emm.. Harap-haraplah Puteri Raja Ratu dapat menjalani ibadat puasa dengan baik. Nak kata dia dah kena belajar puasa.. Emm.. Mana leh, Puteri Raja Ratu ni kecil lagi. Belum sampai setahun lagi.. Hehe.. Tapi harap-harap dia tidak banyak karenah sepanjang Ramadhan nanti.

Apa-apa pun sebelum menyambut Ramadhan, kita makan dulu di Johnny's Restaurants. Kita makan dulu.. Nanti bulan Ramadhan Raja Ratu tak boleh makan tengah hari bersama Puteri Raja Ratu.. Hehe


MANA MENU NI.. CEPAT LAH.. KITA NAK MAKAN DENGAN AYAH & IBU KITA NI.. KITA NAK MAKAN STEAMBOAT NI.. CEPAT LAH.. Hehe..

Tatapan dari,

Thursday, July 12, 2012

Hari J-Card Jaya Jusco

Beberapa hari lepas, Jaya Jusco membuat hari J-Card. Ratu menerima mesej dari Jaya Jusco yang mengatakan bahawa Khamis lepas Jaya Jusco akan mengadakan hari J-Card. Hari J-Card ??? Ya, betul Ratu cakap ni. Tapi dah lepas ya. Bukan khamis depan tau. Hehe..

Sebenarnya, hari J-Card ini adalah hari yang mana segala diskaun gila-gila yang diberikan hanya untuk ahli J-Card sahaja. Di hari J-Card ni, sekali Jaya Jusco buat 'sales', diskaun yang ditawarkan ada yang mencecah 70%. Ratu pun memberitahu Raja mengenai hari J-Card ini dan mengajak Raja pergi bersama. Raja pun bersetuju. Memandangkan Ramadhan bakal tiba. Sudah semestinya nanti Hari Raya Aidilfitri bakal menyusul. Jadi, Raja Ratu ingin menggunakan kesempatan yang ada ini untuk membeli barang keperluan Raya Aidilfitri supaya nanti tidaklah terasa sangat perbelanjaannya di bulan Ramadhan nanti. Apa yang terbayang di kotak fikiran Raja Ratu adalah keperluan Puteri Raja Ratu menjelang Raya nanti.

Pulang sahaja ke rumah dari tempat kerja, Raja Ratu berehat sekejap. Kemudian kami bersiap-siap. Selepas makan malam, Raja Ratu pun bergeraklah ke Jaya Jusco untuk membeli belah. Inilah masanya, untuk Raja Ratu BERSHOPPING !!!! Raja Ratu minta tolong ibubapa Ratu untuk menjagakan Puteri Raja Ratu buat seketika. Sampai di Jaya Jusco, Raja Ratu tengok ramai betul orang yang datang. Sampai kami susah nak dapatkan parking untuk kereta yang dibawa. Ratu Ratu pun tak berani nak masuk ke kawasan parking Jaya Jusco kerana kami tahu pastinya susah nak dapatkan parking. Raja Ratu rancang nak parking di kawasan luar Jaya Jusco sahaja. Tapi masalahnya, kat luar kawasan Jaya Jusco pun parking penuh. Peh !!!! Cari punya cari. Akhirnya, dapat juga Raja Ratu parking. Emm, ni mesti mereka ramai-ramai yang datang ni berfikiran yang sama dengan Raja Ratu kot iaitu ingin mencari barangan keperluan Raya terutama sekali pakaian Raya. Sampai sahaja Raja Ratu di dalam Jaya Jusco, terus carikan untuk Puteri Raja Ratu kasut dan baju untuk berjalan Raya nanti. 

Cari punya cari. Akhirnya, dapat juga Raja Ratu carikan 2 pasang baju jalan untuk Puteri Raja Ratu, sepasang kasut beserta stokin. Tudung pula, Ratu tak jumpa untuk di pakai oleh Puteri Raja Ratu di hari Raya nanti. Tak perlah, nanti boleh beli kemudian. Selepas itu, Raja Ratu pergi tengok di bahagian kasut pula. Kami ingin mencari kasut untuk dipakai oleh ibu Ratu dan ibu Raja di Hari Raya nanti. Memang Raja Ratu sudah berhajat ingin menyiapkan kelengkapan Raya semampu yang mungkin untuk ibubapa Ratu dan Raja. Kami ingin lepaskan keperluan mereka dahulu. Kemudian, barulah keperluan Raya untuk Raja Ratu sendiri. Cari punya cari, akhirnya Ratu jumpa juga kasut yang diingini. Terus Ratu pergi bayar. Kasut untuk ayah Ratu pula tak banyak diskaunnya. Jadi, Raja Ratu berfikir kami akan mencarinya di lain kali memandangkan jam di tangan sudah pukul 11.00 lebih.

Raja Ratu tengok setiap perbelanjaan yang melebihi RM100 akan menerima kupon diskaun sebanyak RM5. Ratu pun tengok. Eh, memang boleh dapat pun ni. Terlebih banyak dah ni. Ratu pun beraturla untuk mendapatkan kupon tu. Sekali Ratu pergi beratur makkkkk oiiiiii !!!!!!!! ramainya. Walaupun kaunter kupon dibuka banyak. Tapi yang beraturnya punyalah panjang. Ratu pun tanpa berfikir panjang, beratur lah juga. Ala, lagipun kaunter kupon yang buka tu banyak kan. Raja pula pada ketika tu menunggu Ratu di pintu luar sebab dah rimas dengan orang yang ramai di dalam Jaya Jusco tu.

Selepas selesai urusan Ratu, Ratu pun menuju kepada Raja. Kecian Raja terlentuk menunggu Ratu. Ala, Ratu minta maaf lah Raja sayang. Ramai orang sangat. Raja Ratu pun pulang dan sampai di rumah nak dekat pukul 1.00 pagi. Emm..

Tatapan dari,

Thursday, July 5, 2012

Undilah Puteri Raja Ratu

Kali ini Raja Ratu telahpun menyertai 1 pertandingan untuk Puteri Raja Ratu melalui PERADUAN PAMA melalui laman web http://pama.karangkraf.com/peraduan. Pada mulanya Raja Ratu pernah mencuba menghantar 1 gambar untuk penyertaan peraduan ini pada bulan lepas.. Hehe.. Saja suka-suka.. Tapi Raja Ratu tidak menyertai dari awal tempoh pertandingan. Raja Ratu menyertai di minggu-minggu akhir tempoh pertandingan. Jadi, sudah semestinya kemenangan tidak berpihak kepada Puteri Raja Ratu. Betul tak? Mana tidaknya, orang lain dah banyak dapat undian. Puteri Raja Ratu baru mendapat sedikit undian. Kali ini di awal bulan Julai ini Raja Ratu ingin mencuba nasib. Manalah tahu kan ada rezeki.. 

Inilah gambar yang Raja Ratu hantarkan untuk pertandingan bulan ini.


Raja Ratu ingin mencuba nasib untuk gambar yang ini pula. Kalau ada rezeki.. Tu sudah dikira rezeki Puteri Raja Ratu.. Kalau tak ada, tidak mengapa.. Janji sudah mencuba. Betul Tak..

Apa-apa pun, Ratu ingin minta bantuan korang agar dapat mengundi gambar Puteri Raja Ratu ni. Caranya:-

1. Klik laman ni  http://pama.karangkraf.com/peraduan
    Keluar gambar ni.

2. Klik kotak UNDI bagi kategori PERADUAN BAYI BULAN INI

3. Klik di m/s 14 & klik lah gambar Puteri Raja Ratu seperti gambar di atas.

Undian anda amat-amat diperlukan bagi menaikkan kedudukan jumlah undian Puteri Raja Ratu. Kerjasama korang diucapkan jutaan terima kasih. Hanya TUHAN  sahaja yang dapat membalas PAHALA yang korang sumbangkan untuk UNIDAN ini. Pehhhh  !!!!! Ayat tak boleh tahan.. UNDI TAU !!!

Akhir kata, TERIMA KASIH.. TERIMA KASIH.. Dari RAJA RATU.. Di Teratak Istana Raja Ratu ini.

Tatapan dari,

Sunday, July 1, 2012

Permintaan Tinggi Menjelang Ramadhan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, kali ini Ratu menerima banyak panggilan mengenai Al-Quran Digital. Memandangkan Ratu kini sudah ada menambah lagi 1 produk jualan Al-Quran iaitu yang bejenama Al-Razzaq. Kini banyak permintaan pula terhadap Al-Quran tersebut. Produk Al-Quran berjenama Khaleefa juga tidak kurang juga hebat permintaannya.

Pembeli-pembeli ini kebanyakkannya memberikan alasan ingin menggunakannya di bulan Ramadhan nanti. Ratu pun tidak sangka permintaan sebanyak ini. Ratu fikir mungkin permintaan menjelang Ramadhan dan sepanjang Ramadhan ini kurang akibat mereka mungkin ingin membuat persiapan Raya nanti. Tapi sangkaan Ratu meleset. Rupa-rupanya permintaan agak tinggi. 

Tidak kurang juga ada yang sanggup datang ke rumah untuk melihat sendiri bagaimana Al-Quran ini berfungsi. Ada juga yang sanggup datang ke pejabat, tempat kerja Ratu untuk melihat sendiri Al-Quran tersebut. Waktu rehat Ratu juga terganggu apabila ada pelanggan yang ingin berjumpa. Alhamdulillah, permintaan yang memang Ratu tidak sangka-sangka.

Banyak juga mesej yang Ratu terima melalui telefon bimbit daripada pelanggan setelah mereka membeli Al-Quran tersebut. Antaranya,
Puan Rina binti Ropa, dari Terengganu
Beli sebuah Al-Quran Al-Razzaq
Tidak rugi saya membelinya. Sesuatu yang berguna harus dimiliki. Nice berurusan dengan puan.

Nur Idayu Hanis binti Zullazzamar, dari Kuantan Pahang
Membeli 2 buah Al-Quran Khaleefa
Akak, terima kasih. Saya suka sangat Quran tu. Terima kasih sangat-sangat ye. Bolehlah bawa pergi mana-mana lepas ni dan dengar bacaan Al-Quran bila-bila je..Terima kasih sangat-sangat kak. Ada stok lagi tak kak. Ada orang nak beli.

Ustaz Zakaria, Melaka
Membeli sebuah Al-Quran Al-Razzaq
Ustaz ni sering menelefon Ratu kerana terlalu teruja menggunakan Al-Quran Digital Al-Razzaq. Segala apa yang dia tidak faham dalam penggunaannya dia sering menghubungi Ratu dan memaklumkan yang dia terlalu suka Al-Quran ni sampai mesej ni dihantarnya.
"Moga usaha suci awak Allah sediakan syurga.. baraka Allah"

Inilah bukti antara mesej yang Ratu terima daripada pelanggan Ratu,



Aduh hai, terharunya Ratu membaca mesej yang diberikan terutama sekali Ustaz Zakaria. Ada lagi mesej yang Ratu terima tapi Ratu tak dapat nak kongsikan kerana mesej itu sudah terpadam ketika Puteri Raja Ratu bermain dengan telefon bimbit Ratu.

Bagaimana pula dengan anda. TAK RUGI ANDA MEMBELI..
Sambil membeli sambil menderma..
Kerana RM5 setiap pembelian disumbangkan..
kepada Badan Kebajikan..

Untuk maklumat lanjut sila layari,
ataupun

boleh juga dihubungi melalaui talian telefon 012-6844870/ 017-6611202

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267