Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Tuesday, October 30, 2012

Puteri Sudah Ada Gigi Geraham

Terkejut Raja Ratu apabila melihat Puteri Raja Ratu sudah tumbuh gigi geraham.. Emm, patutlah lambat jalan ya.. Rupa-rupanya tumbuh gigi dulu ya.. Raja Ratu pun agak pelik juga melihat Puteri Raja Ratu ni lambat jalan. Tapi tak mengapalah. Janji Puteri Raja Ratu ni sihat. Mungkin Puteri Raja Ratu ni mengikut jejak langkah Ratu kot. Hehe.. Ibubapa Ratu ada memaklumkan bahawa Ratu lambat berjalan semasa Ratu kecil dahulu. Alamak pecah tembelang Ratu !!!!! Padan muka Ratu. Siapa suruh ceritakan.. hUA.. hUA.. hUA..

Raja Ratu pun pada awalnya tidak mengetahui bahawa Puteri Raja Ratu ni sudah tumbuh gigi geraham. Tapi sejak kebelakangan ni, Ratu tengok Puteri kesayangan Raja Ratu ni tak sihat sikit. Kejap-kejap demam. Ditambah lagi dengan batuk dan selsema. Emm.. Bak kata jiran Ratu. Ni demam nak pandai ni. Hehe.. Tapi risau juga bila tengok keadaan Puteri Raja Ratu masa tu sampai cuba ubat dari pelbagai klinik. Bila Puteri Raja Ratu sudah sihat, lega rasanya. Tapi, masa tu tak terfikir pula Puteri Raja Ratu ni akan tumbuh gigi geraham. Orang tua-tua ada kata kalau demam tu mesti nak tumbuh gigi. Kalau demam teruk pula, mesti nak tumbuh gigi geraham.

Beberapa hari lepas, semua umat Islam telahpun menyambut Hari Raya Aidiladha. Raja Ratu juga menyambutnya seperti tahun-tahun lepas. Pagi Raja Ratu di rumah ibubapa Ratu. Kemudian, barulah Raja Ratu bergerak ke rumah ibu Raja pula. Semasa di rumah ibu Raja, Ratu pun duduk berehat sekejap dan kemudian ingin memberikan Puteri Raja Ratu ni makan. Ratu pun sediakan menu nasi impit berlaukkan sayur masak lodeh untuk santapan Puteri kesayangan Ratu ni. Semasa Ratu memberikan Puteri Raja Ratu ni makan, Ratu ternampak gigi geraham kecil seperti baru tumbuh di sebelah kiri. Eh, biar betul ni. Puteri Raja Ratu ni sudah tumbuh gigi geraham. Ratu tidak puas hati lagi tu. Ratu nak tengok balik betul-betul. Gigi geraham ke atau sisa nasi impit ni. Bila Puteri buka mulut ketika Ratu suapkan makan, Ratu cepat-cepat tengok. Bila dah dapat tengok 5 ke.. 6 kali. Baru Ratu puas hati. Terus Ratu peluk Puteri Raja Ratu. Patutlah kesayangan Raja Ratu ni demam jer sejak kebelakangan ni ya.. Rupanya tumbuh gigi geraham. Pada mulanya, Ratu ingatkan nak masukkan jari jer ke dalam mulut Puteri Raja Ratu ni dan rasakan gusi di sebelah kiri tu. Boleh Ratu rasa gigi geraham tu tumbuh ker tidak. Tapi bila Puteri Raja Ratu ni kantupkan giginya. Mendodoi Ratu.. Menjerit kesakitan. Mana tidaknya, gigi atas dah tumbuh 3 batang manakala gigi bawah pula 4 batang. Sekali dia katupkan gigi. Tak de belas kasihan punya..

Raja pula pada ketika tu keluar pergi solat jumat dan kemudian pergi melawat rakannya yang tidak sihat. Bila Raja balik, Ratu pun ceritakan pada Raja. Emm.. lepas ni bila gigi geraham tu dah besar kit, Raja Ratu dah tidak risau lagi tentang pemakanan Puteri Raja Ratu ni.. Sebab Puteri Raja Ratu sudah ada gigi geraham untuk kunyah makanan. Hehe..

Tatapan dari,

Friday, October 26, 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

Seperti biasa.. Seperti tahun-tahun lepas, hari ini.. Hari memantai sempena menyambut Hari Raya Aidiladha. Ratu dan rakan-rakan sepejabat diberikan pelepasan pulang awal. Hari ini Ratu kerja setengah hari. Raja pula kerja seperti  biasa cuma diberikan pelepasan pulang awal sedikit sekitar pukul 4.30 petang. Raya Adiliadha tahun ini sama seperti tahun-tahun lepas dalam penyediaan makanannya seperti biasa iaitu nasi impit, rendang daging dan sambal ayam.

Pada keesokkan hari seperti biasa Raja Ratu beraya di sebelah pagi di rumah ibubapa Ratu dan kemudian bergerak ke rumah keluarga Raja pula. Rutinnya sama seperti tahun-tahun lepas. Cuma bezanya tahun ini, kemeriahannya bertambah dengan kehadiran Puteri kesayangan Raja Ratu. Ratu juga difahamkan Raja tidak bercuti lama. Ratu ingatkan nak bermalam di rumah mertua memandangkan sudah lama tidak bermalam di sana. Maklumlah, Hari Raya tahun ni jatuh pada hari Jumaat. Jadi Ratu fikirkan bolehlah bermalam dan pulang pada hari Ahad. Raja memang bekerja pada hari Sabtu. Jadi Ratu fikir mungkin Raja mengambil cuti 1 hari pada hari Sabtu. Rupa-rupanya cuti Raja tidak diluluskan kerana cuti Raja sehingga bulan ini telah habis. Jika ingin mengambil cuti boleh diambil pada bulan hadapan. Emm.. Nampak gayanya Raya keesokkan hari , Raja Ratu hanya menghabiskan masa hanya beberapa jam di rumah keluarga Raja.


Di Hari Raya Adiladha tahun ini, Ratu terfikir pula ingin membuat korban. Jikalau ada rezeki tahun hadapan, boleh juga Raja Ratu membuat korban nanti. Ratu difahamkan, seekor lembu boleh diletakkan 7 nama dan Raja Ratu perlu peruntukkan sejumlah wang dalam anggaran RM2,600. Ya ALLAH Ya TUHANKU, minta dipermudahkan dan dimurahkan rezeki untuk tujuan ini pada tahun hadapan. AMIN.. AMIN.. AMIN..

Tatapan dari,

Wednesday, October 10, 2012

Memang Kelakar

Setiba di pejabat, Ratu memang buka laman facebook dan Teratak Istana ni. Sambil bekerja, Ratu melihat perkembangan berita dan cerita terkini melalui facebook. Sekali Ratu terpandang 1 gambar dialog perbualan yang mana ada wajah The Rock. Ratupun baca lah dialog tu. Haha.. Tergelak Ratu dibuatnya..

Haha.. Nah baca ni.




































 
Kelakar tak.. Eh, JANGAN BESAR SANGAT KETAWA TU. Ratu dah nampak dah anak tekak korang. Haha.. Kalau korang tak ketawa pun tu tipu namanya. Moga-moga dialog ni dapat menghiburkan hati korang. Hilanglah tension sekejap. Hehe..

Tatapan dari,
 

Friday, October 5, 2012

Akhirnya Raja Pulang Dari Outstation

Setelah sebulan lebih, Raja outstation kerana tugas. Hari ni Raja pulang juga akhirnya menemui Ratu dan Puteri Raja Ratu. Emm.. Jarang Raja outstation tak dapat pulang. Selalunya, 2 minggu sekali tu Raja ada juga pulang ke rumah. Tapi kali ni Raja terlalu sibuk. Hanya melalui panggilan telefon sahaja. Raja bertugas di Petronas Fertilizer Kedah Sdn. Bhd. untuk menguruskan kerja-kerja Shut Down. Raja juga ada memberikan Ratu nombor telefon bimbit rakan setugasnya jikalau Ratu tidak dapat menghubungi Raja. Maklumlah bila Raja sudah masuk ke kawasan Petronas ni, telefon bimbitnya memang tidak boleh dibawa.

Raja bertugas dari seminggu selepas Raya Aidilfitri lepas sehinggalah ke hari ini 04 Oktober 2012. Ratu pula pada hari ini mengambil cuti 1 hari. Lebih kurang 2 minggu lepas, Raja ada memaklumkan kepada Ratu bahawa dia akan pulang tidak lama lagi. Cuma tidak diberitahu bila tarikhnya kerana Raja sendiri pun tidak pasti bila urusan kerjanya akan selesai.  Raja meminta Ratu juga mengambil cuti 2 hari kerana Raja pun turut sama bercuti. Jadi, Raja Ratu bolehlah menghabiskan masa bersama Puteri Raja Ratu ini. Hari ke hari, Ratu tunggu Raja memaklumkan tarikh pemulangannya. Raja juga tidak pasti bila dia dapat balik. Ratu pun terus cuti 1 hari pada hari ni. Bila tengah hari, Raja call Ratu dan memaklumkan bahawa dia dalam perjalanan balik. Waa.. Apa lagi gembiralah rasa di hati Ratu apabila Raja kesayangan hati pulang ke rumah. Tapi ni bukan seperti mana yang dirancangkan. Sebab Ratu pun hanya bercuti 1 hari sahaja. Rupa-rupanya pihak pengurusan tempat kerja Raja telah meminta Raja pulang dan berehat setelah hampir sebulan Raja berkerja tanpa bercuti. Emm.. 

Ratu pula risau.. Risau jikalau Puteri Raja Ratu yang masih kecil ni menagis bila Raja mendukungnya nanti. Maklumlah sudah sebulan lebih tu. Selalunya bila orang yang dia tidak kenal atau jumpa sekali sekala ni, Puteri Raja Ratu ni mesti menagis bila didukung. Puteri Raja Ratu ni pun berhubung dengan Raja dan mendengar suara ayahnya melalui penggilan telefon sahaja. Sekali Ratu dukung Puteri Raja Ratu ni menuju kepada Raja, Puteri Raja Ratu ni terus tersenyum. Eh, sangkaan Ratu silap lah. Raja pun mendukung Puteri Raja Ratu. Emm, sangkaan Ratu memang silap. Puteri Raja Ratu memang tak nagis pun bila ayahnya mendukungnya. Raja terus mencium pipi Puteri Raja Ratu. Tapi Puteri kesayangan je ker kena cium. Pipi Ratu ni tak nak cium ker. Hehe. Ratu pula yang 'jealous'. Akhirnya, pipi Ratu kena cium juga. Jangan 'jealous' ya..


Ni lah gelagat Puteri Raja Ratu apabila bertemu dengan ayanhnya. Bukan main lagi. Masa ni Raja sedang membuka buku kecil kanak-kanak dan mula mengajar Puteri Raja Ratu ABC. Emm.. Lepas tu, dua beranak ni terlelap. Emm.. tak perlah.. Janji Puteri Raja Ratu ni gembira setelah sebulan tak bermain dengan ayahnya.. Dan janji Raja pula pulang ke rumah dengan selamat. Emm..

Tatapan dari,

Monday, October 1, 2012

Video Saat-Saat Terakhir Rasulullah S.A.W

Sudah lama Ratu tidak berkemas di teratak yang sudah bersawang ni.. Emm.. Kali ni Ratu ingin berkongsi satu kisah melalui segmen MOTIVASI pada bulan ini yang menarik perhatian Ratu. Raja Ratu berharap korang semua terutama sekali pengunjung setia kami yang beragama Islam dapat menghayati kisah Nabi Muhammad S.A.W ini.

Bagaimana Ratu boleh terjumpa video ni ???? Ehem.. Ehem.. Pada suatu hari Sang Kancil.. Eh, salah story pulak. Hehe.. Sorry ya.. Satu hari di pagi yang indah, Ratu buka facebook  dan blog ni di pejabat Ratu. Ratu terjumpa 1 video ni di facebook yang menarik perhatian Ratu. Nak tau apa videonya ???? Inilah dia, mari kita saksikan,

Mari kita amati apa yang di sampaikan melalui video ini,

Ada sebuah kisah tentang cinta..
Yang sebenar-benar cinta..
Yang dicontohkan Allah..
Melalui kehidupan Rasul Nya..

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning..
Burung-burung gurun
Enggan mengepakkan sayap.. 

Pagi itu..
Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah..

Wahai umatku,
Kita semua ada dalam kekuasaan Allah & Cinta kasih Nya..
Maka taati & bertakwalah kepada Nya..

Kuwariskan dua perkara kepada kalian..
Al-Quran & sunnahku..

Barang siapa mencintai sunnahku..
Beerti mencintaiku..
Dan kelak orang-orang yang mencintaiku..
Akan masuk syurga bersama-sama aku..

Khutbah singkat itu diakhiri..
Dengan pandangan mata Rasulullah..
Yang tenang & penuh minat..
Menatap sahabatnya satu persatu..

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca..

Umar dadanya naik turun menahan nafas & tangisnya..

Usman menghela nafas panjang..

Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam..

Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba..
Rasulullah akan meninggalkan kita semua..
Keluh hati semua sahabat kala itu..

Manusia tercinta itu..
Hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia..
Tanda-tanda itu semakin kuat..

Ali & Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah..
Yang berkeadaan lemah & goyah..
Ketika turun dari mimbar..

Di saat itu, kalau mampu..
Seluruh sahabat yang hadir di sana..
Pasti akan menahan detik-detik berlalu..

Matahari kian tinggi..
Tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup..
Sedang di dalamnya..
Rasulullah sedang berbaring lemah..
Dengan keningnya yang berkeringat..
Dan membasahi pelepah kurma..
Yang menjadi alas tidurnya..

Tiba-tiba dari luar pintu..
Terdengar seorang yang berseru..
Mengucapkan salam..

Bolehkah saya masuk? tanyanya..
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk..
Maaflah ayahku sedang demam..
Kata Fatimah yang membalikkan badan..
Dan menutup daun pintu..

Kemudian dia kembali menemani ayahnya..
Yang ternyata sudah membuka mata..
Dan bertanya pada Fatimah..
Siapakah itu wahai anakku?..
Tak tahulah ayahku..
Orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya..
Tutur Fatimah lembut..

Lalu Rasulullah menatap puterinya itu..
Dengan pandangan yang menggetarkan..
Seolah-olah bahagian demi bahagian..
Wajah anaknya itu hendak dikenang..

 Ketahuilah, dialah yang menghapuskan
Kenikmatan sementara..
Dialah yang memisahkan pertemuan di dunia..
Dialah malaikat maut, kata Rasulullah..

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya..
Malaikat maut datang menghampiri..
Tapi Rasulullah menanyakan..
Kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya..

Kemudian dipanggillah Jibril..
Yang sebelumnya sudah bersiap..
Di atas langit dunia menyambut..
Roh kekasih Allah & penghulu dunia ini..

Jibril, jelaskan apa hakku nanti..
Di hadapan Allah?.. 
Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah..
Pintu-pintu langit telah terbuka..
Para malaikat telah menanti Rohmu..
Semua syurga terbuka lebar..
Menanti kedatanganmu, kata Jibril..

Tapi itu ternyata tidak
Membuatkan Rasulullah lega..
Matanya masih penuh kecemasan..
Engkau tidak senang mendengar khabar ini?
Tanya Jibril lagi..

Khabarkan kepadaku..
Bagaimana nasib umatku kelak?..
Jangan kuatir wahai Rasulullah..
Aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku..
Kuharamkan syurga bagi siapa sahaja..
Kecuali umat Muhammad..
Telah berada di dalamnya..
Kata Jibril..

Detik-detik semakin dekat..
saatnya Izrail menjalankan tugas..
Perlahan roh Rasulullah ditarik..
Nampak seluruh tubuh Rasulullah..
Bersimpah peluh..
Urat-urat lehernya menegang..

Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.. 
Perlahan Rasulullah mengadu..
Fatimah terpejam..
Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam..
Dan Jibril memalingkan muka..

Jijikkah kau melihatku..
Hingga kau palingkan wajahmu Jibril?..
Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu.. 
Siapakah yang sanggup melihat..
Kekasih Allah di renggut ajal..
Kata Jibril..

Sebentar kemudian..
Terdengar Rasulullah memekik..
Kerana sakit yang tidak tertahan lagi..
Ya Allah !! ..
Dasyatnya nian maut ini..
Timpakan sahaja semua siksa maut kepadaku..
Jangan pada umatku.. 

Badan Rasulullah mulai dingin..
Kaki & dadanya sudah tidak bergerak lagi..
Bibirnya bergetar seakan..
Hendak membisikkan sesuatu.. 

Ali segera mendekatkan telinganya..
Uushiikum bis shalati..
Wa maa malakat aimanuku..
Peliharalah solat..
Dan peliharalah orang-orang yang lemah di antaramu..

Di luar pintu tangis mula terdengar bersahutan..
Sahabat saling berpelukan..
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya..
Dan Ali kembali mendekatkan telinganya..
Ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan..

Ummatii.. Ummatii.. Ummatii.. 
Dan berakhirlah hidup manusia mulia..
Yang memberi sinaran itu..

Allahumma sholli 'ala Muhammad..
wa baarik wa salim alaih..
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita..

RENUNG-RENUNGLAH MESEJ YANG DI SAMPAIKAN INI..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267