Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Friday, October 30, 2015

Rawat Diri Dengan Sumber Alami

Kali ini Ratu ingin kongsikan beberapa tip merawat diri menggunakan bahan-bahan semulajadi. Ratu terbaca tips ini di dalam salah sebuah majalah. 

*  GARAM UBATI SAKIT GIGI
Petua ini elok dilakukan bagi menghindarkan diri dari sakit gigi. Caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi, Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan jadi lebih putih berseri. 

*  MENGHILANGKAN BISUL
Apabila anda terkena bisul, jangan dibiarkan begitu sahaja hingga ia membesar yang bukan sahaja sakit malah akan sukar diubati. Oleh itu, bila anda sedar terkena bisul, cepat-cepat ambil bawang putih. Gosoklah bisul anda dengan bawang putih. Berkat air bawang putih yang berbau tengik itu, bisul tidak sempat membesar akhirnya akan mengempis tanpa meninggalkan kesan parut.

*  LIMAU WANGIKAN RAMBUT
Ambil beberapa biji limau nipis dan hiris. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, selepas itu cuci bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan pening dan menyejukkan rambut.

*  GULA UBAT LUKA
Jika bibir luka dan berdarah kerana terhantuk pada benda keras, ambil sedikit gula dan sapukan pada bibir yang berdarah. Anda akan dapati darah itu akan berhenti dengan segera.

*  BINTIK-BINTIK MERAH DI BADAN
Kadang-kadang tanpa disedari, badan terkena bintik-bintik merah. Ia mungkin disebabkan terkena bisa serangga atau ulat bulu yang menyebabkan gatal-gatal atau pedih. Sekiranya anda mengalami keadaan demikian, jangan panik. Ambillah sepotong kunyit, parut dan bubuh kapur sirih serta air. Panaskan ramuan tersebut di atas api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan pada bahagian bengkak itu. Insya Allah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan hilang.

*  UBI KAYU UBAT SAKIT GASTRIK
Sudah tentu kita tidak selesa kalau gastrik menghampiri. Menurut orang tua-tua cara mengubatinya ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar atau masih muda. Kupas kulitnya dan dicuci bersih. Kemudian potong ubi kayu itu sepanjang 5 cm. Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong iaitu pada sebelah pagi, tengah hari dan petang. Pada sebelah pagi sebelum makan ubi tersebut, makanlah nasi terlebih dahulu walaupun sedikit. Lakukan ini setiap hari sampai 3 minggu atau sebulan.

Semoga tips ini dapat membantu anda semua.

Tatapan dari,

Thursday, October 22, 2015

Acuan Simen Menjadi Tumpuan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Acuan simen menjadi buruan ramai. Alhamdulillah.

Antara mereka yang bertanya,


Mereka bertanya melalui whatsapp. Insha Allah stok ada lagi jika anda berminat.


 Boleh whatsapp, we chat, mesej Ratu jika berminat..


Harganya pasti berpatutan,


Inilah antara mereka yang bertanya dan membeli acuan simen. Acuan simen ini membantu anda dalam mencantikkan halaman rumah, Anda boleh buat ikut kreativiti dan imiginasi anda sendiri sebab anda yang lakukannya sendiri. 

Bentuk bulat.. 
Memanjang.. 
Lakukan sebagai lalulan pejalan kaki.. 
Laluan di tengah kolam air.. 
Kaki 5 keliling rumah.. 
Apa sahaja yang anda ingin lakukan boleh tercapai dengan adanya acuan simen ini.


Berminat --> 012-6844870 Ely
Boleh
Harganya cuma RM89.00 sahaja termasuk pengeposan..

Ruangan facebook Ratu --> RR Raudah

Tatapan dari,

Monday, October 19, 2015

Sarapan Yang Mengeyangkan

Beberapa hari lepas Ratu ada bertanyakan kepada Raja menu apa Ratu hendak masak hujung minggu ini. Hendak makan nasi ayam ker? Nasi Tomato ker? Nasi Jagung ker? Tom Yam ker? Emm.. Puteri Raja Ratu cakap dia hendak makan nasi ayam. Apabila ditanyakan kepada Raja, Raja pula cakap hendak makan rendang. Erkk.. Kebetulan kerisik memang Ratu baru beli. Ratu mula terfikir mana yang Ratu hendak ikutkan. Kehendak Raja ataupun kehendak Puteri Raja Ratu. Emm..

Fikir punya fikir.. tenung punya tenung.. Ratu fikir kali ini Ratu ikutkan kehendak Raja. Hujung minggu depan, Ratu buat pula nasi ayam pula untuk Puteri Raja Ratu. Jadi minggu ni, Ratu masak rendang, rebus nasi empit, goreng cekodok dan masak sayur lodeh. Haha.. penat sikit pagi ni. Tapi sekali masak untuk sarapan pagi dan tengah hari sekali. Nanti tengah hari masak nasi sahaja. Hehe.

Inilah hasilnya,


Maaf, sekali ambil gambar.. Ikan lak dah terusik,


Raja pula tolong masak sambal ubang. Sudah siap masak, apa lagi makan. Kenyangkan perut. Bila sudah kenyang, hati pun senang. Lalalalala !!!!!

Tatapan dari,

Sunday, October 18, 2015

Tahniah !!! Sepupu Ratu Bertunang

Baru-baru ini berlangsungnya majlis pertunangan sepupu Ratu Intan di Johor Bahru. Tapi malangnya, Ratu tidak dapat menghadirkan diri kerana Raja bertugas. Jadi ibubapa Ratu bersama-sama dengan atuk Ratu menghadiri majlis tersebut bersama-sama sanak saudara yang lain. 

Inilah antara gambar yang dihantar kepada Ratu,


Ini hantaran pertunangan,


Sempat bergamber bersama ibu Ratu,


Apa-apapun Selamat Bertunang kepada Intan. Moga ikatan pertunangan ini diakhiri dengan ikatan perkahwinan. Amin..

Tatapan dari,

Monday, October 12, 2015

Melayan Puteri Raja Ratu Bergambar

Emm.. beberapa hari lepas, Ratu keluar membeli barang basah dapur di Mydin. Sekali keluar sahaja dari Mydin, Ratu terjumpa booth beserta banner yang menunjukkan pertandingan bergambar untuk kanak-kanak. Emm.. apa lagi Ratu terus teringatkan Puteri Raja Ratu. emm.. Ratu pun pergi mendapatkan maklumat mengenai pertandingan itu. hEHE.. 

Nampaknya Puteri Raja Ratu berkelayakan. Apa kelayakannya ??? Pertama, pembelian RM50 ke atas dalam 1 resit dan umur kanak -kanak kalau tak silap 1 tahun hingga 8 tahun kot. Yang pasti Puteri Raja Ratu boleh menyertai. Huhu..

Inilah gambarnya. Nasib baik Raja menegur agak membetulkan jam tangan Puteri Raja Ratu yang terbuka sebelum bergambar. Kalau tak, cacat sikitlah gambar ni. Inilah hasilnya.Yang pertama,


Yang kedua,


Yang ketiga,


Yang Keempat,


Yang kelima,


Yang keenam,

Yang ketujuh,


Yang kelapan,


Yang kesembilan,


Yang terakhir,


Ratu buntu nak pilih gambar yang mana 1 untuk dmasukkan dalam pertandingan. Akhirnya, Raja pilih gambar yang ke sembilan. Ratu tidak mengharapkan kemenangan. Janji Puteri Raja Ratu gembira bergambar. Huhu.. 

Tatapan dari,

Saturday, October 10, 2015

Jalan-Jalan Di Taman Rama-Rama

Semalam Ratu tiada program apa-apa. Puteri Raja Ratu sudah merengek hendak berjalan. Katanya boring. Emm.. fikir punya fikir. Terus Ratu buat keputusan keluar bersama-sama Puteri Raja Ratu ke Taman Rama Rama. Malam kang boleh masak chicken chop.. boleh makan bersama-sama. Bahan-bahan ada lagi. Lagipun chicken chop bukannya lama pun nak masak. Huhu.

Terus Ratu memberitahu Puteri Raja Ratu bahawa Ratu ingin membawanya ke Taman Rama-Rama. Bukan main suka lagi Puteri Raja Ratu ini hendak berjalan. Horey !!!! Terus Ratu dan Puteri Raja Ratu bersiap-siap. 

Taraa !!! kami dah sampai kat Taman Rama-Rama,


Sempat lagi Puteri Raja Ratu berposing,


Antara ikan yang ada di Taman Rama-Rama,


Antara binatang yang ada selain rama-rama,


Dah penat berjalan, kami pun pulang ke rumah berehat. Di sebelah malam, Ratu sudah mula bertukang di dapur masak chicken chop untuk hidangan malam. Huhu..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267