Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Friday, January 21, 2011

Kisah MALAM PERTAMA !!!

Satu hari Ratu jalan-jalan lah ke blog pengunjung kami. Hehe.. Akhirnya, Ratu tertarik dengan cerita MALAM PERTAMA dalam 1 blog ni. Ketawa besar Ratu setelah membacanya. Jom Ratu nak kongsikan cerita ni kepada pengunjung Raja Ratu di "TERATAK ISTANA RAJA RATU" ini.

Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung di sini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku. "Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu. "Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan dil uar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.
"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.
Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum!" ke telinganya untuk Menguji isteriku. "Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...

"Kringggggg...."

"Tik..tik..tik..tik..."

"Kring.. kring..kring.."


Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku. Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi...

Selamat Pengantin Baru,
Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim.

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!!


Amacam.. kelakar tak..

Tatapan dari,

Thursday, January 20, 2011

Ketahui Teknik Berunding Yang Betul...

Motivasi kali ini Raja & Ratu ingin paparkan mengenai teknik rundingan yang betul yang boleh dijadikan panduan kepada kita semua. Dalam kehidupan seharian kita pasti terlibat dalam hal-hal rundungan ini. Cara rundingan yang berjaya sudah semestinya akan dapat kesepakatan bagi kedua-dua belah pihak dalam mendapatkan kata persetujuan.

Apa itu rundingan? Rundingan merupakan 1 proses di mana dua pihak mencapai kata sepakat yang mampu memberikan kepuasan kepada semua pihak dengan mengekalkan elemen kerjasama. Kebiasaannya terdapat beberapa tujuan untuk mengadakan rundingan iaitu:
1. Mencapai hasil yang diingini melalui perbincangan dalam proses mengembangkan sayap perhubungan dalam perniagaan.
2. Merupakan cara yang paling efektif untuk mengatasi & penyelesaian konflik atau perbezaan pendapat atau kepentingan.
3. Mencari penyelesaian yang menguntungkan kedua-dua pihak terhadap sesuatu permasalahan tanpa ada unsur kekerasan.
4. Meningkatkan hubungan professional dengan rakan niaga dan rakan sekerja.
5. Perlaksanaan dengan penuh kenyakinan demi mencapai kesepakatan.
6. Membangunkan sikap kepimpinan dan keahlian dalam membentuk sebuah pasukan yang kuat.

Dalam sesuatu rundingan, persetujuan dan percanggahan adalah fenomena biasa dalam mencari kesepakatan. Oleh itu, penting bagi kita untuk mengetahui cara atau teknik yang betul yang sebenar ketika melakukan rundingan agar memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.

Langkah pertama dalam melakukan rundingan adalah persiapan yang cukup. Persiapan yang baik sangat perlu sebelum proses rundingan berlangsung. Proses persiapan ini turut mengambil kira TUJUAN SESUATU RUNDINGAN DIADAKAN. Tanpa tujuan yang jelas, pastinya matlamat sesuatu rundingan tidak dapat dicapai dengan pihak terbabit.

Ini diikuti dengan langkah seterusnya yang melibatkan PERSIAPAN MENTAL. Bagi mengelakkan berlangsungnya perdebatan hangat, pastikan diri kita sentiasa berada dalam keadaan tenang dan selesa. Pastinya proses rundingan akan berlangsung dengan lancar dan mulus.

Sebaik-baiknya, apabila kita menjejakkan kaki di ruang rundingan, pastikan kita BERJABAT TANGAN dengan pihak yang berkaitan terlebih dahulu. Ketika berjabat tangan, lakukan dengan tegas dan singkat.

Selain itu, amat perlu untuk sentiasa MEMPAMERKAN SENYUMAN sebelum memulakan rundingan. Cara ini dilihat sebagai seorang individu yang boleh memberikan kerjasama dengan mudah, selain mengeratkan diri dengan pihak terbabit.

Sepanjang rundingan berlangsung juga jangan lupa untuk menyatakan TUNTUTAN ATAU KEINGINAN pihak kita secara singkat tapi jelas dengan perasaan yang penuh percaya kepada diri sendiri. Ini bagi menunjukkan betapa seriusnya kita terhadapa rundingan tersebut selain mempamerkan keyakinan atas kejayaan rundingan yang dilakukan.

Dalam masa yang sama juga, jelaskan kepada pihak berkenaan bahawa kita dan organisasi BERKEINGINAN UNTUK MENCAPAI KATA SEPAKAT. Setidak-tidaknya, penggunaan masa berjalan dengan lebih efektif kerana rundingan berlangsung terus kepada objektif tanpa membincangkan perkara remeh yang merugikan kedua-dua belah pihak.

Akhir kata, semoga tips yang diberikan dapat membantu kita dalam setiap rundingan yang kita lakukan.

Tatapan dari,

Monday, January 17, 2011

PC Komputer ACER di Pejabatku problem !!!!!

Ni yang buat Ratu marah ni.. Emm, Ratu dah elok-elok bekerja keras untuk menyiapkan kerja-kerja Ratu di akhir tahun lepas iaitu 2010. Di awal tahun 2011 ni pula, PC komputer di pejabatku problem pula. Emm, NAK MARAH NI.. Emm,.. ok TARIK NAFAS.. HEMBUS.. ok.. TARIK NAFAS LAGI.. HEMBUS.. Emm, kurang sikit kemarahan ni.. Tapi BENGANG !!! BENGANG !!!! BENGANG !!!! RATU DAH BENGANG !!!! Mana tidaknya.. Daripada awal tahun sampai hari ni.. Dah 3 minggu dah Ratu tidak dapat hendak buat kerja dengan tenang. Emm.. nak update blog pun tak dapat. Emm, BORINGGGGGG !!!!!
PC ni berjenama ACER.. Baru lagi. Tak sampai setahun beli. Dah problem hard disk nya. Ratu sudah hantar PC ni pada kedai komputer yang pejabat Ratu beli tu. Tapi Ratu nak marahkan kedai komputer ni pun tak boleh juga. Sebab kesalahannya bukan pada kedai komputer ni. Tapi pada syarikat komputer ni iaitu ACER.. Mana taknya, PC ni baru beli... tak sampai setahun beli. Jadi, masih dalam jaminan ACER lagi. Kerana lambat perkhidmatan yang diberikan oleh ACER untuk membaiki PC yang dihantar menyebabkan kerja Ratu banyak tertunggak. EEEE... Geramnya..

Ini pun baru Ratu dapat tahu PC tersebut telah diterima oleh kedai komputer di tempat pejabat Ratu beli tu. Tapi Ratu difahamkan kena pulang balik ke ACER.. kerana mereka sudah salah setting windows. ADUHHHHH !!!! Macam mana ACER ni buat kerja ni..

Ratu rasa sungguh kecewa.. Emm.. nak buat kerja pun susah.. nak update blog pun susah.. nak chatting pun susah.. nak ber facebook pun susah.. hUA !!!! hUA !!! hUA !!! Eh, ni nak buat kerja ker.. atau nak berchatting ni... Hehe.. Tapi sedih bila PC tak ada. ni Kerja banyak tertunggak ni beb !!!! SIAPA MAHU JAWAB !!! ACER mahu tolong ker?

Tatapan dari,

Saturday, January 15, 2011

Tahniah atas kemenangan dalam JUARA LAGU ....

Pada malam 09 Janauri 2011, berlangsunglah Anugarah Juara Lagu yang ke 25 anjuran TV3. Tapi yang sedihnya, Ratu tonton seorang diri. Emm, Maklumlah Raja pula pada ketika itu outstation. Tak seronok kan. Tapi Raja juga menonton rancangan ini.. Cuma lokasi Raja Ratu menonton tu berbeza-beza. Emm, sedih-sedih.. Memang tak seronok tonton tv sorang-sorang ni. Tapi ok gak kan.. Kalau nak terjerit ke... sorang-sorang.. Kalau nak tangkap lentuk ker.. sorang-sorang.. Kalau nak tersenyum pun sorang-sorang.. Betul tak !!!! Hua.. Hua.. Hua..

Ini adalah sorotan Juara Lagu yang diadakan pada 09 Januari 2011. Senarai artis yang berjaya masuk ke peringkat akhir Juara Lagu yang ke 25 ini iaitu:-
1. Adira dengan Lagu KU ADA KAMU
2. Yuna dengan lagu CINTA SEMPURNA
3. Kumpulan A.P.I dengan lagu PELITA
4. Shahir dengan lagu KEBAHAGIAN DALAM PERPISAHAN
5. Black dengan lagu SOFEA JANE
6. Hafiz dengan lagu NOKTAH CINTA
7. Ana Rafali dengan lagu TOLONG INGATKAN AKU
8. Tomok dengan lagu BERLARI
9. Meet Uncle Hussain dan Black dengan lagu DRAMA KING
10. Faizal Tahir dengan Lagu HANYUT
11. Faizal Tahir dengan lagu SELAMAT MALAM
12. Kumpulan Bunkface dengan lagu EXTRAVAGANZA
13. Stacy dengan lagu JAHAT
14. Kumpulan Hujan dengan lagu MENCARI KONKLUSI

Pemenang yang mengondol kemenangan di Anugerah ini adalah:-
1. Tempat pertama dimenangi oleh Ana Rafali dengan lagu TOLONG INGTAKAN AKU
2. Tempat kedua pula dimenangi oleh Meet Uncle Hussain dan Black dengan lagu DRAMA KING
3. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Hafiz dengan lagu NOKTAH CINTA

Pemenang begi VOKAL TERBAIK dimenangi oleh HAFIZ melalui lagunya NOKTAH CINTA.. Manakala PERSEMBAHAN TERBAIK dimenangi oleh FAIZAL TAHIR melalui lagunya HANYUT.
Tapi Ratu tak sangka pula Ana Rafali menjadi JUARA memandangkan dia masih baru lagi dalam industri muzik. Tapi dah rezeki dia kan.. Ratu tertarik dengan gelagat pengacaranya terutama sekali FAIZAL ISMAIL & ALLY ISKANDAR.. Memang best mereka digandingkan bersama. Tergelak-gelak Ratu tengok gelagat mereka.


Tatapan dari,

Sunday, January 9, 2011

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN Raja Ratu..

Tanggal 04 Januari 2011, genaplah..... xxx tahun Raja & Ratu menjalani kehidupan kehidupan sebagai Raja & Ratu.. Hehe.. Ya la Ratu menjadi RATU DI HATI RAJA. dan Raja menjadi RAJA DI HATI RATU. Atau dengan erti kata lain menjalani kehidupan sebagai suami isteri.

Pada mulanya, Ratu ingatkan Raja lupa akan tarikh ini. Tapi tepat pukul 12.00 mlm. Raja dah call Ratu untuk sambut Ulang Tahun Perkahwinan Raja & Ratu. Raja & Ratu sambut melalui telefon saja dulu, sebab Raja tiada bersama Ratu pada ketika itu. Raja outstation. Emm.. apa boleh buat.
Sudah pastinya bila diimbas kembali detik Raja & Ratu semasa diijab kabulkan.. Semasa malam berinai.. Semasa Majlis Persandingan di rumah Raja & Ratu.. Pastinya kenangan itu masih segar mekar di dalam ingatan Raja & Ratu.

Bila Raja pulang dari outstation, kami makan ikan bakar bersama di sebelah malam dan makan makanan barat di sebelah tengah hari. Perancangan untuk BERBULAN MADU pula akan menyusul pula nanti. Insya Allah..

Akhir kata, Ratu nak ucapkan kepada Raja
SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA..
SEMOGA KITA BERJAYA DENGAN APA YANG KITA CAPAIKAN..
AMIN.. AMIN.. AMIN..

Tatapan dari,

Saturday, January 8, 2011

Selamat Pengantin Baru Faizal !!!!!!

Tanggal tarikh 1 Januari 2011.. Waa.. Orang semua menyambut tahun baru. Tapi sepupu Ratu ni pula mengambil kesempatan untuk membuat Majlis Persandingan di rumah ibu bapanya. Haha.. Hendak juga mengambil tarikh ini sebagai tarikh bersejarah buat mereka. Nanti pada 1 Januari setiap tahun orang akan sambut tahun baru dan bercuti. Cuti umum tau. Kitaorang cuti untuk sambut tahun baru lantas cuti untuk kenangkan Majlis Perkahwinan kau yang pernah diadakan pada tarikh ini lah ya. Bagus idea kau ya FAIZAL !!!! haha.. I LIKE.. Whatever lah FAIZAL...

Raja & Ratu pun tidak ketinggalan menghadiri Majlis Perkahwinan sepupu Ratu ini. Tapi galatnya, Ratu tidak dapat mengambil gambar sepupu Ratu ini di pelamin sebab telefon dan kamera tiada di tangan Ratu. Emm.. sedihnya. Hendak tunggu gambar kahwin dari sepupu Ratu ini siap.. emm, lambat.. Jadi Ratu curi-curi ambil gambar ni dari facebook kau ya FAIZAL !!!! Ampun !!!! Ampun !!!! Jangan marah ya..

Alhamdulillah.. Majlis berjalan lancar. Tapi sayangnya sepupu Ratu ini berarak tidak membawa bunga manggar. Bukan bunga manggar ini tiada.. Bunga manggar ini sudah tersedia di tepi pintu rumah pengantin. Cuma tiada seorang pun dari ahli keluarga termasuklah Raja Ratu yang teringat untuk membawanya semasa berarak. Tak per la Faizal janji kau dah selamat & Majlis pun berjalan lancar.

Akhir kata,
SELAMAT PENGANTIN BARU....
SEMOGA BERKEKALAN HINGGA KE ANAK CUCU....


Emm.. Tak sangka lak ya FAIZAL ni mengambil tarikh persandingan tidak jauh dari tarikh persandingan Raja Ratu dulu ya... Cuma selang beberapa hari sahaja ya. Emm.. Tak jauh beza. Jadi, kalau hendak sambut Ulang Tahun Perkahwinan kau tu Faizal.. INGATLAH RAJA RATU ya sebab tarikh tu tak jauh ya. Dah la pula tu, tema Majlis Persandingan di rumah kau pun sama dengan Majlis Persandingan Raja Ratu di rumah Ratu dulu ya. Emm, bernas sungguh idea kau FAIZAL... hehe.. oooo.. Nak ikut Raja Ratu ya.. hehe..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267