Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Monday, May 27, 2013

Jumpa Rakan-Rakan We Chat !!!!

Pertama sekali, Ratu rasa terharu dengan perkembangan rakan-rakan yang Ratu kenal dari zaman Ratu belajar di peringkat Diploma dahulu. Ratu rasa gembira melihat mereka sudah berkeluarga dan masing-masing sudah mempunyai anak. Apa-apapun Ratu doakan yang terbaik untuk rakan-rakan we chat Ratu. Amin..

Bila sudah masuk dalam kumpulan we chat dengan rakan-rakan lama ni mulanya memang lah kecoh. Masa bekerja pula Ratu boleh gelak seorang diri kat dalam bilik ini. Memang lah tidak jadi buat kerja dibuatnya. Ratu yang pada ketika ini ingin menyediakan surat kemudahan perbankan pun tidak siap-siap lagi surat itu disebabkan melayan karenah rakan-rakan we chat ini.
We chat punya we chat, akhirnya kami memutuskan untuk berjumpa pada 24 Mei 2013 iaitu cuti umum Hari Wesak. Inilah gambarnya,


Ratu bukan datang seorang ya jumpa mereka ini, tapi Ratu ditemani oleh Puteri kesayangan Raja Ratu. Emm, tidak percaya ke ??? Ya lah, mana tidaknya ya. Gambar Puteri Raja Ratu tiada dalam gambar ni. Nah, tengok gambar ni. Emm, sekarang percaya tak !!!!


Raja pada ketika ini tidak dapat menemani Ratu atas sebab tugas. Tapi Ratu sudah pun memaklumkan kepada Raja untuk bertemu dengan mereka ini. Dengan izin Raja, Ratu dengan beraninya meletakkan Puteri Raja Ratu ini di tempat duduk sebelah sambil mengenakannya tali pinggang dan Ratu meneruskan perjalanan ke tempat yang hendak dituju. Nasib baiklah Puteri Raja Ratu ni senyap sahaja. Kalau tidak, pening juga Ratu dibuatnya. Selalunya bila Raja tengah memandu, Puteri Raja Ratu ini mesti hendak minta Ratu dirikannya untuk melihat pemandangan luar. Agaknya dia tengok bukan Raja yang memandu, jadi dia menunjukkan tingkah sopannya. Hehe.

Tapi terasa sedih lah sedikit. Dalam perjalanan, jalan sesak kerana ada perhimpunan yang berunsur ketidakpusan terhadap keputusan pilihanraya yang di adakan baru-baru ini. Ratu tengok ada yang memegang bendera DAP dan PKR. Jadi, Ratu lambat lah sedikit sampai ke destinasi yang hendak di tuju. Memandangkan kami jumpa di sebelah malam, memang terasa sedih, sebab tidak dapat bersembang lama sangat. 

Lebih kurang pukul 10.00 malam selepas sesi bergambar, Ratu mengambil keputusan membawa Puteri kesayangan Raja Ratu ini ke air pancut di kawasan rekreasi MBMB. Selepas itu, kami pun pulang ke rumah. Sesungguhnya, Ratu rasa seronok keluar bersama-sama Puteri Raja Ratu pada malam itu. Memang seronok !!!!

Tatapan dari,

Sunday, May 26, 2013

Seminar Yang Amat Bermakna !!!

Peh !!! Ratu memang tidak dapat gambarkan dengan kata-kata betapa seronoknya menuntut ilmu pada hari ini. Peh !!!! Memang terbaik. Syukur sangat pada Yang Maha Esa kerana diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan Ratu untuk menuntut ilmu pada hari ini. Haha..

Hari ini Ratu menghadiri seminar 'FESBUK POWER' dan 'WANG POWER'. Memang banyak ilmu yang Ratu perolehi di sini. Ratu tidak tahu nak mulakan cerita dari mana. Ok, seminar ini bermula dari lebih kurang pukul 9.30 pagi hingga ke pukul 6.40 petang. Sepatutnya, senminar ini bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Tapi, diberikan peluang mereka yang datang dari jauh dan mana-mana mereka yang belum tiba lagi di seminar ini. Itu sebab masa bermula lambat sedikit. 

Sekali mula jer seminar kena senaman. Emm, dalam hati ini cakap "kalau senaman bila masa pula nak mula seminar ni ??" Tapi, nasib baik lah guru senaman ini hemsem. Haha.. Guru senaman ker ??? Hehe.. Kalau Raja baca ni, habis lah Ratu. Raja hatiku jangan cemburu ok. Ratu hatimu gurau sahaja. Cewah !!!

Seminar ini dikelolakan oleh Dr Azizan Osman. Siapa yang tidak kenal dengan Dr Azizan Osman, angkat tangan? Emm, nampak gayanya masih ada lagi yang tidak mengenalinya ker? Dr Azizan Osman ini memang terkenal tau. Tapi dalam seminar ini, Ratu tidak dapat menemuinya sebab dia berada di Sabah. Jadi, penceramah yang dijemput dalam seminar ini adalah Bryan Gan, Abang Abu dan Mohd Asri. Keriga-tiga penceramah ini memang Ratu selut lah. Terbaik !!!

Tapi yang sedihnya, Raja pula tidak turut serta dalam seminar. Ini kerana dia terlibat dengan tugas di Petronas Penapisan (Melaka) Sdn. Bhd. Ratu kena la pergi seorang diri. Puteri Raja Ratu terpaksa lah dijaga oleh ibubapa Ratu. Mereka pula ingin pergi ke jemputan majlis perkahwinan. Jadi, Ratu minta ibubapa Ratu ini membawa Puteri Raja Ratu ini.

Ratu sampai sahaja di kawasan seminar tersebut. Ratu daftar dan isi borang. Kemudian, tangan Ratu dilekatkan sesuatu. Hendak tengok? Nah, tengok ini,


Semasa seminar Byran Gan, banyak info yang Ratu terima berkaitan penggunaan facebook. Emm, memang banyak betul ilmu yang Ratu terima. Memang sifu Byran Gan tidak kedekut ilmu. Emm, TERBAIK !!! Yang Ratu tidak tahan ialah semasa kelas Abang Abu. Ratu memang teruja nak jumpa Abang Abu. Bila dah jumpa, Abang Abu di seminarnya memang lah seronok. Sentiasa buat lawak jer !!! Walaupun kurang sedikitlah ilmu yang dikongsikan tapi Ratu teruja mendengar kisah hidupnya sehingga menitis air matanya. Lebih-lebih lagi apabila Abang Abu melihat salah seorang peserta seminarnya ini lumpuh. Lagilah, dia bertambah sedih. Tapi, kisah hidupnya menjadi pembakar semangat kepada Ratu untuk berjaya. Semasa kelas Mohd Asri, Ratu boleh beri gambaran keadaan dalam dewan seminar. Semuanya senyap sahaja. Nak dapat ilmu lah kata kan. Seminar yang sepatutnya tamat pada pukul 6.00 petang dilajakkan sampai hampir mencecah 7.00 malam. Seorang pun tidak berganjak walaupun seminar kalau hendak diikutkan telah tamat. Fikirlah sendiri ilmu yang hendak disampaikan itu berguna ataupun tidak.

Raja hatiku, rugi tak ikut tau. Insya Allah Ratu sudah semestinya akan amalkan ilmu yang telah Ratu kutip hari ini. Insya Allah. Setakat ini, Ratu masih lagi belum dapat menemui Dr Azizan Osman. Tapi, Ratu sudah temui Abang Abu, Byran Gan, En. Mohd Asri, Irfan Khairi dan Dr Nikki Shuhada. Ilmu daripada mereka ini amatlah berguna untuk diri Ratu.

Tatapan dari,

Thursday, May 16, 2013

Akhirnya Dikau Pergi Jua..

Kesedihan memang terasa. Ratu tidak tahu dari mana hendak mulakan cerita. Peh, sedih memang sedih. Dia telah bersama dengan Ratu sudah lebih 5 tahun. 

Dia lah tempat Raja Ratu bermanja dahulu..
Sebelum Ratu mendirikan rumah tangga.. 
Sebelum Raja Ratu menerima cahaya mata.. 
Dia sering menjadi penghibur Raja Ratu tatkala sunyi..
Raja Ratu sering membersihkannya.. memandikannya.. bermain dengannya..
Tatkala dia sakit.. Ratu sering membawanya ke klinik..
Tatkala Raja Ratu kesedihan..
Dialah menemani kami..
Mugkin ini juga berpunca dari kelalaian Raja Ratu..
Kerana tidak menjaga amanah yang diberi ini dengan baik..
Aduh hai..
Dia yang Ratu maksudkan di sini adalh kucing kesayangan kami..
Baby..

Kadang-kadang Ratu rasa seperti ianya sedikit sebanyak berpunca juga daripada Ratu. Sejak kebelakangan ini, Ratu kurang sedikit memberikan tumpuan kepada 'Baby'. Mana tidaknya melayan karenah Puteri Raja Ratu lagi dan sejak akhir-akhir ini Ratu agak sibuk sedikit dengan tugas di pejabat. 'Baby' pula sejak akhir-akhir ni selera makannya tidak menentu. Yang sedihnya, Ratu pula boleh tidak perasan akan perubahan kesihatan dirinya. Bila Ratu bawa 'Baby' ke klinik kesihatan haiwan (kerajaan) untuk rawatan, ianya sudah terlambat untuk di rawat. 

Walaubagaimanapun, Ratu cuba semampu yang boleh untuk menjaganya dan berdoa agar dipanjangkan umurnya. Setiap 1 jam, Ratu dinasihatkan oleh pihak doktor untuk memberinya air dan susu untuk menambahkan tenaganya serta beberapa ubat. 'Baby' memang Ratu perasan dah kurang sangat makan. Ratu pula berikannya ubat selera makan. Cuma mungkin silap Ratu kerana Ratu tidak memberikannya antibiotik/vaksin bagi mencegahnya dari terkena serangan penyakit. Ratu pu sebenarnya tidak mengetahuinya. Kalau Ratu tahu dan berikan antibiotik setiap 6 bulan dari pihak klinik kesihatan haiwan, pastinya 'Baby' dapat bertahan daripada penyakit yang dihadapinya kini. Doktor kesihatan yang merawatnya tidak dapat mengenalpasti apa sebenarnya penyakit yang dihadapinya. Tapi rekod perubatan Ratu sejak beberapa tahun kebelakangan memang ada di klinik kerana setiap 6 bulan Ratu akan membawanya ke klinik ini.

Akhirnya, Ratu terdengar 'Baby' menjerit seperti menjerit kesakitan. Ratu pergi mendapatnya. Belainya dan cuba berikan air dan susu tapi susu tersebut tidak dapat masuk ke dalam tubuhnya. Susu tersebut dikeluarkan semula. Ratu dengan hati yang redha dan pasrah engan ketentuan Yang Maha Esa apabila keesokkan harinya, Ratu dapati 'Baby' telah pergi meninggalkan Raja Ratu.

Sedih memanglah sedih. Ratu tidak lagi dapat memandikannya. Rindu memang sudah semestinya Ratu akan merindui akan kucing kesayangan Raja Ratu ini. Pergilah 'Baby'.. Pergilah bermain di syurga dengan riangnya.

Tatapan dari,

Tuesday, May 7, 2013

Keputusan PRU 13

Hari ini pastinya, topik ini menjadi perbincangan hangat di halaman sesawang masayarakat Malaysia. Ratu amat terkejut dengan keputusan yang diumumkan awal pagi tadi. Walaupun Raja Ratu tidak dapat mengetahui sepenuhya keputusan ini. Tapi kali ini secara eksklusif Raja Ratu paparkan keputusannya untuk tatapan umum kita semua.

Kita mulakan dengan negeri PERLIS,
BN menang mudah dan berjaya mempertahankan negeri tersebut. Ketiga-tiga kerusi Parlimen Perlis dimenangi oleh BN. Dari 15 kerusi Parlimen, 13 kerusi dimenangi BN manakala baki nya dimenangi oleh PAS dan PKR. Kerusi panas di sini, adalah di P3 ARAU yang mana Datuk Seri Shahidan Kassim (BN) menang mengalahkan Datuk Haron Din (PAS) dan Zainuddin Yom (Bebas) dengan majoriti 1,371 undi. Ini bermakna, BN dapat mengekalkan kerusi di Arau ini. Di N11 PAUH pula, Idris Yaacob (PAS) tumpas di tangan Azlan Man (BN) dengan majoriti 1,382 undi.

Seterusnya di negeri KEDAH,
BN dapat kembali menerajui negeri ini setelah ianya dikuasai oleh PAS sepenggal lalu. Dari 15 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di negeri ini, 13 darinya adalah dimenangi oleh BN manakala bakinya 4 kerusi dimenangi oleh PKR dan 1 kerusi dimenangi PAS. Kerusi panas di negeri ini pastinya, di N4 AYER HITAM yang mana Datuk Mukhriz Mahathir (BN) berjaya menewaskan Abdul Ghani Ahmad (PAS) dengan majoriti 2,141 undi. Di P6 KUBANG PASU, Mohd Johari Baharom (BN) berjaya menewaskan Mohd Jamal Nasir (PAS) dengan majoriti undi yang tinggi iaitu 10,444 undi. Di P8 POKOK SENA, Datuk Mahfuz Omar (PAS) berjaya mengekalkan kerusi yang dipegangnya sebelum ini dengan majoriti 3,935 undi mengalahkan Datuk Shahlan Ismail (BN). Di P11 PENDANG Datuk Othman Abdul (BN) mengalahkan Mohamad Sabu (PAS) dengan majoriti undi 4,073.

Tumpuan seterusnya di KELANTAN,
PAS masih lagi menjadikan Kelantan sebagai tapak kuat negeri pemerintahan mereka. Dari 14 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, 9 kerusi Parlimen dimenangi oleh PAS manakala selebihnya dimenangi oleh BN. Kerusi panas di negeri ini pastinya di N6 CHEMPAKA yang mana Datuk Nik Aziz Nik Mat (PAS) berjaya mengalahkan Wan Razman Wan Abdul Razak (BN) dengan majoriti 6,500 undi. Jumlah ini agak meningkat berbanding pada tahun 2008 iaitu sebanyak 4,249 undi. Di N7 PANCHOR, Mohd Amar Abdullah (PAS) berjaya mengalahkan Che Rosli Hassan (BN) dengan majoriti 5,036 undi. Di P22 PASIR MAS, Nik Abduh Nik Aziz (PAS) mengalahkan Datuk Ibrahim Ali (BEBAS) dengan majoriti 8,047 undi. Kawasan ini dipegang oleh Datuk Ibrahim Ali sendiri sebelum ini melalui parti PAS. Kali beliau berjaya ditewaskan juga. Di P30 JELI, Datuk Seri Mustapa Mohamed (BN) berjaya mengekalkan kawasan Parlimen ini dengan jumlah majoriti meningkat kepada 5,269 berbanding 4,436 pada tahun 2008 mengalahkan Mohd Apandi Mohamad (PAS).

Kita beralih pula ke TERENGGANU,
BN dapat mengekalkan pucuk pimpinannya di negeri ini. Dari 8 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, 4 kerusi dimenangi oleh BN manakala selebihnya disandang oleh PAS. Kerusi panas pastinya tertumpu di P33 BESUT, Datuk Seri Idris Jusoh (BN) berjaya menewaskan Riduan Mohamad Nor (PAS) dengan majoriti 8,342 undian. Di P37 MARANG, Datuk Yahya Khatib Mohamad (BN) berjaya dikalahkan oleh Datuk Seri Hadi Abdul Hadi Awang (PAS) dengan majoriti 5,124 undi. Jumlah ini meningkat berbanding majoriti undi pada tahun 2008 iaiatu sebanyak 2,747 undi. Di P40 KEMAMAN, Datuk Seri Ahmad Shabery (BN) berjaya mengekalkan kerusi dan menewaskan Kamarudin Chik (PKR) dengan majoriti 12,306 undi. Jumlah ini agak menurun sedikit berbanding tahun 2008 yang menerima majoriti undian sebanyak 15,882. Di N30 KIJAL, Datuk Seri Ahmad Said (BN) berjaya mengekalkan kerusi dengan peningkatan majoriti undian sebanyak 4,204 berbanding tahun 2008 dengan majoriti sebanyak 3,157 undian mengalahkan Hazri Jusoh (PAS). 

Seterusnya kita beralih ke PULAU PINANG,
DAP berjaya mengekalkan pemeritahannya di negeri ini. Dari 13 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. 7 kerusi darinya dimenangi oleh DAP manakala 3 lagi dimenangi oleh BN dan selebihnya 3 kerusi dimenangi oleh PKR. Kerusi panas di sini tertumpu di P41 KEPALA BATAS, Datuk Reezal Merican (BN) berjaya mengekalkan kerusi BN yang pernah disandang sebelum ini oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengalahkan Afnan Hamimi (PAS) dengan majoriti undian sebanyak 4,176. Di P43 BAGAN, Lim Guan Eng (DAP) berjaya mengekalkan kerusi dan menewaskan Chua Teik Siang (BN) dengan majoriti yang agak tinggi iaitu 34,159 berbanding pada tahun 2008 sebanyak 22,070. Seterusnya di P45 BUKIT MERTAJAM, Gui Guat Lye (BN) dikalahkan dengan Sim Chee Keong (DAP) dengan majoriti yang sangat tinggi iaitu 43,063 undi berbanding tahun 2008 iaitu sebanyak 5,767 undi. Di P51 BUKIT GELUGOR, Karpal Singh (DAP) berjaya mempertahankan kerusi yang telah disandangnya sebelum ini dengan majoriti yang agak tinggi iaiatu 41,778 berbanding pada tahun 2008 iaitu sebanyak 21,015 undi.

Kita berganjak pula ke PERAK,
BN berjaya mengekalkan pemerintahannya di Perak ini. Dari 24 kerusi Parlimen yang dipertandingkan 12 kerusi darinya dimenangi BN manakala 7 kerusi diambil DAP, 3 kerusi diambil PKR dan bakinya 2 kerusi disandang oleh PAS. Tumpuan kerusi panas dimulakan di P54 GERIK, Datuk Hasbullah Osman (BN) berjaya mengalahkan Norhayati Kasim (PAS) dengan majoriti 6,216 undi. Di P56 LARUT, Datuk Hamzah Zainuddin (BN) berjaya mengalahkan Datuk Fauzi Shaari (PAS) dan M V Raveendran (Bebas) dengan majoriti undi sebanyak 5,296. Di P59 BUKIT GANTANG, Idris Ahmad (PAS) berjaya mengekalkan kerusi PAS mengalahkan Datuk Ismail Saffian (BN) dengan majoriti undi sebanyak 986. Di N14 CHANGKAT JERING, Datuk Seri Nizar (PAS) berjaya mengalahkan Datuk Rosli Husin (BN) dengan majoriti sebanyak 1,170. Di P61 PADANG RENGAS, Datuk Seri Mohamed Nazri (BN) berjaya mengalahkan Meor Ahmad Isharra Ishak dengan majoriti 2,230. Di P63 TAMBUN, Datuk Seri Ahmad Husni (BN) berjaya mengalahkan Siti Aishah Shaik Ismail (PKR) dengan majoriti undi sebanyak 9,325. Di N52 PANGKOR, Datuk Seri Zambry (BN) berjaya menewaskan Bernard Parenpa (Bebas) dan Mohd Saifullah Mohd Zulkifli (PKR) dengan majoriti undi 5,124. Di P77 TANJUNG MALIM, Datuk Seri Ong Ka Chuan (BN) berjaya mengalahkan Datin Paduka Tan Yee Kew (PKR) dengan majoriti undi 4,328.

Seterusnya kita ke PAHANG,
BN berjaya mengekalkan takuk pemerintahan di negeri Pahang ini. Ada 14 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, 10 kerusi darinya dimenangi oleh BN manakala 2 kerusi dimenangi oleh PKR, 1 kerusi dimenangi oleh DAP dan selebihnya 1 kerusi dimenangi oleh PAS. Kerusi panas di negeri ini dimulakan di P78 CAMERON HIGHLANDS, Datuk Seri Palanivel (BN) berjaya mengalahkan Alagu a/l Thangarajoo (Bebas), Kisho Kumar (Bebas), Manogaran a/l Marimuthu (DAP) dan Mohd Sobri Mahmood (Berjasa) dengan majoriti tipis sebanyak 462 undi. Di P85 PEKAN, Datuk Seri Najib Razak (BN) berjaya mengekalkan kerusinya dengan majoriti yang tinggi iaitu sebanyak 35,613 undi berbanding 26,464 undi pada tahun 2008. Di P89 BENTONG, Datuk Seri Liow Tiong Lai (BN) berjaya mengekalkan kerusi yang dipegangnya sebelum ini dengan mengalahkan Wong Tack (DAP) dengan majoriti tipis undi sebanyak 379. Undian ini agak menurun jika dibandingkan dengan majoriti undi yang diperolehinya pada tahun 2008 iaitu sebanyak 12,549 undi. Di N36 PELANGAI, Datuk Seri Adnan Yaacob (BN) berjaya mengekalkan kerusi yang disandangnya sebelum ini mengalahkan Abdul Hamid Bahatim (PAS) dengan majoriti undi sebanyak 2,475. Di P90 BERA, Datuk Seri Ismail Sabri (BN) berjaya mengekalkan kerusi dan mengalahkan Mohd Wali Alang Ahmad (Bebas) dan Zakaria Abdul Hamid (PKR) dengan majoriti undi sebanyak 2,143. Di P91 ROMPIN, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis (BN) berjaya mengalahkan Nuridah Mohd Salleh (PAS) dengan majoriti undi sebanyak 15,114. Di N41 MUADZAM SHAH, Datuk Maznah Mazlan (BN) berjaya mengekalkan kerusi yang disandangnya dengan mengalahkan Mohd Nordin Pa' Wan Chik (PKR) dengan majoriti 6,704 undi.

Paparan ekslusif untuk keputusan pilihanraya umum ke 13 bagi negeri-negeri lain iaitu Johor, Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan akan Ratu sambung nanti.

Tatapan dari,

Monday, May 6, 2013

Keputusan PRU 13

Kali ini Ratu ingin kongsikan sambungan keputusan pilihanraya umum ke 13.

Kita mulakan negeri SELANGOR,

PKR masih lagi berjaya mengekalkan kuasa  pemerintahannya yang baru dirampasnya sejak sepenggal lalu. Dari 22 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, 9 kerusi dimenangi oleh PKR manakala 4 kerusi dimenangi oleh PAS, 4 kerusi dimenangi oleh DAP dan selebihnya 5 kerusi dimenangi oleh BN. Kerusi panas di sini tertumpu di P95 TANJONG KARANG, Datuk Seri Noh Omar (BN) berjaya mengalahkan Mohd Rashidi Deraman (PAS) dan Masrun Tamsi (Bebas) dengan majoriti undi sebanyak 4,394. Di P98 GOMBAK, Mohamed Azmin Ali (PKR) mengalahkan Said Nazar Abu Baker (Bebas) dan Raman Ismail (BN) dengan majoriti undi 4,734. Di P100 PANDAN, Mohd Rafizi Ramli (PKR) menang mengalahkan Tan Yew Leng (Bebas) dan Lim Chin Yee (BN) dengan majoriti undi yang tinggi iaitu 26,729. Di P102 SERDANG, Datuk Pian Hon (BN) dikalahkan dengan Ong Kian Ming (DAP) dengan majoriti undi 42,206.

Seterusnya kita bergerak ke negeri WILAYAH PERSEKUTUAN DAN PUTRAJAYA,
Dari 13 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, 5 kerusi dimenangi oleh DAP manakala bakinya 4 kerusi dimilki PKR dan 4 kerusi dimiliki oleh BN. Kerusi panas di sini fokus kepada P114 KEPONG, Yee Poh Ping (Bebas) dan A Chandrakumanan (BN) dikalahkan oleh Dt Tan Seng Giaw (DAP) dengan majoriti undi 40,307. Di P119 TITIWANGSA, Johari Abd Ghani (BN) menang dengan majoriti 866 undi mengalahkan Ahmad Zamri Asa'ad (PAS). Di P120 BUKIT BINTANG, Frankie Gan Joon Zin (BN) dikalahkan oleh Fong Kui Lun (DAP) dengan majoriti 19,399 undi. Di P121 LEMBAH PANTAI, Nurul Izzah Anwar (PKR) berjaya mengekalkan kerusi yang dipegangnya sebelum ini dengan majoriti 1,847 mengalahkan Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN) dan Rusli Baba (Bebas). Di P122 SEPUTEH, Teresa Kok Suh Sim (DAP) berjaya mengekalkan kerusi yang dipegangnya sebelum ini dengan majoriti yang Ratu rasa paling tinggi iaitu 51,552 mengalahkan Nicole Wong Siaw Ting (BN). Di P124 BANDAR TUN RAZAK, Abdul Khalid Ibrahim (PKR) berjaya mengekalkan kerusi dengan majoriti meningkat ke 11,832 berbanding dengan 2,515 undi pada tahun 2008 mengalahkan Tan Kok Eng (BN), Mokhtar Salahudin (Bebas) dan Mohamad Sukeri (Bebas). Di P125 PUTRAJAYA, Tengku Adnan Tengku Mansor (BN) berpertahankan kerusi yang dipegang BN dengan majoriti 5,541 mengalahkan Husam Musa (PAS). 

Seterusnya ke negeri NEGERI SEMBILAN,
BN masih berjaya mengekalkan takuk pemerintahannya di negeri ini. Dari 8 kerusi yang dipertandingkan, 5 kerusi menjadi milik BN manakala 2 kerusi dimiliki DAP dan selebihnya 1 kerusi dimiliki PKR. Kita mulakan kerusi panas di N2 PERTANG, Datuk Jalaluddin Alias (BN) berjaya mengalahkan Muhamad Syamwill (PKR) dengan majoriti undi 2,163. Di P127 JEMPOL, penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin (PAS) yang baru pertama kali menceburi dalam dunia politik kali ini dikalahkan oleh Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (BN) dengan majoriti undi 8,614. Di P131 REMBAU, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (BN) mengalahkan Abdul Aziz Hassan (Bebas) dan Radzali A Ghani (PKR) dengan majoriti yang agak tinggi iaitu 18,357 berbanding pada tahun 2008 iaitu sebanyak 5,746 undi. Di P132 TELOK KEMANG, Datuk Kamarul Baharin (PKR) berjaya mengekalkan kerusi yang baru dipegangnya sepenggal lalu mengalahkan Kamarudin Kumaravel (Bebas) dan Datuk V Mogan (BN) dengan majoriti undi 1,579. Di P133 TAMPIN, Datuk Seri Shaziman (BN) berjaya mengekalkan kerusi yang dipegangnya mengalahkan Abdul Razakek Abdul Rahim (PAS) dengan majoriti undi 11,162. Di N27 RANTAU, Datuk Seri Mohamad Hasan (BN) berjaya mengekalkan kerusi yang dipegangnya mengalahkan Aisah Lamsah (PKR) dengan majoriti undi 4,613.

Seterusnya kita beralih ke negeri MELAKA,
BN masih lagi berjaya menakluk negeri Melaka walaupun 1 keputusan yang memeranjatkan apabila Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam gagal mempertahankan kerusi yang dipegang di Dun Bukit Katil. Dari 6 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, 4 darinya berjaya dipertahankan oleh BN manakala selebihnya 1 kerusi dimiliki oleh DAP dan 1 kerusi dimiliki oleh PKR. Kerusi panas dimulakan di N10 DUN ASAHAN, Datuk Abdul Ghafar Atan (BN) berjaya mengalahkan Wong Chee Chew (PAS) dengan majoriti undi 3,857. Di N11 SUNGAI UDANG, Datuk Idris Haron (BN) berjaya mengalahkan Asri Buang (PKR) dengan majoriti undi 9,136. Di P137 BUKIT KATIL, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berjaya dikalahkan oleh Shamsul Iskandar (PKR) dengan majoriti undi 5,447. Di N23 TELOK MAS, Datuk Latiff Tamby Chik (BN) masih lagi dapat mengekalkan kerusinya dengan jumlah majoriti 8,033 undi meningkat jumlahnya berbanding pada tahun 2008 iaitu sebanyak 2,239 undi. Begitu juga di P139 JASIN, Datuk Ahmad Hamzah (BN) juga berjaya mengekalkan kerusi yang dipegangnya sebelum ini.

Beralih juga di JOHOR,
Di Johor, BN berjaya mengekalkan pemerintahan di negeri ini. Dari 26 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, 21 kerusi berjaya dimiliki oleh BN manakala selebihnya 4 kerusi berjaya diambil alih oleh DAP dan 1 kerusi dimenangi oleh PKR. Kerusi panas tertumpu di P140 SEGAMAT yang mana menyaksikan Datuk Seri Dr S Subramaniam (BN) berjaya mengekalkan kerusi yang dipegangnya sebelum ini mengalahkan Datuk Chua Jui Meng (PKR) dengan majoriti undi sebanyak 1,217. Di P143 PAGOH, Tan Sri Muhyiddin Yassin (BN) berjaya mengalahkan Mohd Rozali Jamil (PAS) dengan majoriti undi sebanyak 12,842. Di P150 BATU PAHAT, Dr Mohd Fuad Zarkashi (BN) tidak dapat mempertahankan kerusi yang dimilikinya sebelum ini apabila dikalahkan oleh Mohd Idris Jusi (PKR) dengan majoriti undi 1,732. Di P153 SEMBRONG, Datuk Hisyammuddin Hussein (BN) berjaya mengekalkan kerusi mengalahkan Onn Abu Bakar  (PKR) dengan majoriti undi sebanyak 10,631. Di P157 PENGERANG, Datuk Seri Azalina Othman (BN) berjaya mengekalkan kerusi yang majoriti yang tinggi iaitu 22,508 mengalahkan Tengku Intan Tengku Abdul Hamid (PKR) dan Mohd Azaman Johari (Bebas). Di N43 PERMAS, Datuk Seri Khaled Nordin (BN) berjaya mengalahkan Syed Othman Abdullah (PAS) dengan majoriti undi sebanyak 5,752. Di P160 JOHOR BAHRU, Tan Sri Shahir Ab Samad (BN) berjaya mengalahkan Tan Sri Md Hashim Hussein (PKR) dengan majoriti undi sebanyak 9,097. Di P162 GELANG PATAH, satu keputusan yang amat mengejutkan apabila Datuk Ghani Othman (BN) dikalahkan oleh Lim Kit Siang (DAP) dengan majoriti undi sebanyak 14,762. Di P164 PONTIAN, Datuk Ahmad Maslan (BN) berjaya mengekalkan kerusinya dengan majoriti 13,727 undi mengalahkan Haniff @ Ghazali Hosman (PKR).

Untuk keputusan PRU 13 bagi negeri Sabah dan Sarawak pula, tunggu sambungannya nanti.

Tatapan dari,

Keputusan PRU 13

Kali ini Ratu akan teruskan dengan keputusan PRU 13 bagi negeri Sabah & Sarawak.

Kita mulakan dengan negeri SABAH,

BN secara kukuhnya dapat mempertahankan takuk pemerintahannya di negeri ini. Dari 25 kerusi yang dipertandingkan, 22 kerusi dimenangi oleh BN manakala selebihnya 2 kerusi dimenangi oleh DAP dan 1 kerusi dimenangi oleh PKR. Kerusi panas dimulakan di P167 KUDAT menyaksikan Datuk Abdul Rahim Bakri (BN) berjaya mengekalkan kerusi yang dipegangnya dengan mengalahkan Robert Mojurip Diyun (SAPP), Rahimah Majid (PKR) dan Jutirim Galibal Galabi (STAR) dengan majoriti undi 12,376. Di N3 PITAS, Datuk Bolkiah Ismail (BN) berjaya menewaskan Johnes @ Onis Piut (SAPP), Awang Latip Abdul Salam (KITA), Maklin Masiau (STAR), Dausieh Queck @ Paraman (PAS) dengan majoriti undi 3,823. Di N18 PETAGAS, Datuk Yahya Hussin (BN) berjaya mengalahkan Awang Ahmad Sah (STAR) dan Mohd Yunin Atin (PKR) dengan majoriti undi 5,653. Di P180 KENINGAU, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (BN) menewaskan Stephen Sandor (PKR) dan Gapari bin Katingan (STAR) dengan majoriti 2,079 undi. Di N42 SUNGAI SIBUGA, Datuk Seri Musa Aman (BN) mengalahkan A M Jaffar @ Damaid Juana (SAPP), Mohd Roslan Yusoff (STAR), Irwansyah Mustapa (PKR) dan Mohd Arshad Abdul (Bebas) dengan majoriti undi 11,569. Di P187 KINABATANGAN, Datuk Bung Mokhtar Radin (BN) menewaskan Abdullah Abdul Sani (PKR), Ali Latip Taha (Bebas) dan Yambuya Parantis (STAR) dengan majoriti undi 9,731. Di P189 SEMPORNA, Datuk Shafie Apdal (BN) berjaya menewaskan Dr Zamree @ Mohd Suffian (PKR) dan Badaruddin Mustapha (Bebas) dengan majoritim undi 20,905.

Akhi sekali di negeri SARAWAK,
BN dapat meneruskan pemerintahannya di negeri ini. Dari 31 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, 25 kerusi dimenangi oleh BN manakala selebihnya 5 kerusi dimenangi oleh DAP dan 1 lerusi dimenangi oleh PKR. Kerusi panas kali ini dimulakan di P193 SANTUBONG, Datuk Dr Wan Junaidi (BN) berjaya menewaskan Affendi Jeman (Bebas), Zulrusdi Mohamad Hol (PKR) dan Mura Kadir (STAR) dengan majoriti 20,936. Di P199 SERIAN, Datuk Richard Riot Jaem (BN) menewaskan Edward Andrew Lumak (DAP) dan Johny Aput (STAR) dengan majoriti undi 13,151. Di P209 JULAU, Datuk Joseph Salang Gandum (BN) mengalahkan Wong Hong Yu (PKR) dan Wong Judat (SWP) dengan majoriti undi 5,955. Di P215 KAPIT, Datuk Alexander Nanta Linggi (BN) berjaya mengekalkan kerusi yang disandangnya mengalahkan Ramli Malaka (DAP) dengan majoriti undi 9,731.

Bagi pendapat Ratu jika dilihat secara keseluruhan keputusan pilihanraya ini, kedudukan BN agak tergugat sedikit. Bermula dengan pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mana walaupun Terengganu dapat dirampas kembali dari PAS tapi kali ini Terengganu telah mula dimasuki PAS di beberapa kerusi Parlimen dan Dun. Semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi, Pulau Pinang berjaya dirampas oleh DAP, Perak oleh PAS dan Selangor oleh PKR. Kali ini melalui keputusan PRU 13, BN gagal merampas kembali Pulau Pinang dan Selangor malah ada beberapa kawasan yang berjaya dirampas oleh DAP terutama sekali di negeri-negeri bahagian Selatan termasuklah Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Nampaknya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak perlu bekerja keras bagi memperbaiki dan seterusnya menyakinkan rakyat Malaysia.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267