Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Wednesday, July 28, 2010

Puas berjalan di IKEA...

IKEA... emm, yup.. Hujung minggu tak tahu nak pergi mana.. Ratu terus mengeluarkan suara LUNAK Ratu dengan mencadangkan kepada Raja untuk ke IKEA. Masalahnya LUNAK ker suara Ratu yang terpendam ni. Bagus ni kalau MENYANYI. Tapi tak tahu lah kalau guruh berdentum ke tak bila nyanyi nanti. hUA.. hUA.. hUA.. Raja tanpa SEGAN SILU terus kata OK dengan cadangan Ratu tu. Apa lagi bergerak sekarang !!!!!

Sampai di IKEA, Raja Ratu mula melihat contoh-contoh rekabentuk hiasan dalaman rumah di sana. Mana mungkin kami tak terpikat dengan contoh hiasannya. Setiap satu sampel rekabentuknya kami belek. Waa.. dah mula setting barang-barang IKEA untuk rumah baru kami lak ni. haha..

Setiap ruang rumah ada sampelnya.. ruang tamu.. bilik tidur.. bilik air.. ruang pejabat.. ruang dapur.. Inilah gambarnya di salah satu sampel yang kami berkenan.. Ini untuk ruang dapur..
Ini pula ruangan pejabat..
Dah puas berjalan dalam bangunan ni sampai lenguh kaki.. apa lagi BLA lah.. hehe.. Terus Raja Ratu berangkat pulang ke rumah. Tapi sebelum tu kita makan dulu.. Haha..

Tatapan dari,

Monday, July 19, 2010

Panduan membayar hutang...

Ratu tertarik dalam satu artikel berkaitan dengan panduan membayar hutang. Oleh itu Ratu nak kongsikan dengan korang ilmu yang amat berguna ini supaya kita semua dapat mempraktikkannya.

Ratu percaya ramai antara kita yang berhutang. Boleh dikatakan semua orang yang bekerja ada menanggung hutang. Tak kiralah.. hutang belajar ker.. hutang kereta ker.. hutang rumah ker.. hutang kredit kad ker.. Betul tak.. Sebenarnya, kita semua tak lari dari hutang. Kalau difikir secara logiknya, mustahil bagi diri kita untuk memiliki rumah, kereta dan sebagainya secara tunai kecuali beli KERETA.. RUMAH MAINAN LAH. hUA.. hUA.. hUA.. Seronoknya dapat kenakan korang kan. Ish !!!! ish !!!! ish !!! Jangan marah ha. Gurau saja. Bagi mengawal perbelanjaan bulanan kita, amat penting untuk mengatur perbelanjaan dengan bijak bagi memastikan tahap kewangan kita berada dalam keadaan terkawal.

Walaubagaimanapun hutang perlu diuruskan dengan baik setiap bulan agar tidak menjejaskan bajet bulanan. Berikut ada beberapa tips yang boleh diamalkan terutama dari segi menguruskan hutang setiap bulan.

HUTANG KREDIT KAD
1. Amalkan PEMBAYARAN PENUH.
2. Bayar bil SEBELUM TARIKH MATANG untuk mengelakkan caj lambat bayar.
3. HADKAN PEMBELIAN barangan menggunakan kad kredit. Kita bukannya tidak boleh gunakan kad kredit. Kad kredit ni kita boleh gunakan di kala waktu kecemasan. Tapi kita kena pandai menguruskan perbelanjaan. Jangan fikir mentang-mentang kita ada kad kredit, kita leh fikir seperti DUNIA INI KITA YANG PUNYA.. KITA BOLEH BERBELANJA SESUKA HATI.. Itu bukan fungsi kad kredit.
Kita kena faham maksud penggunaan kad kredit.. Kad kredit ni seperti pendahuluan @ advance dari pihak bank untuk kita gunakan.. dan kita boleh gunakan di kala kecemasan. Tapi perlu di INGAT, KITA PERLU BAYAR BALIK. Jika lewat bayar, faedah akan dikenakan.. dan jika tak mampu membayar lagi di tahap bayaran bulanan yang minimum, nama kita akan di senarai hitanmkan.

PINJAMAN RUMAH
1. Amalkan PEMBAYARAN PENUH SEBELUM TARIKH MATANG. Ini bagi mengelakkan dikenakan caj lewat bayar oleh pihak bank.
2. Kalau mampu, BAYAR LEBIH DARIPADA ANSURAN BIASA. Sikit-sikit bayar lebih, lama-lama dah terlebih 1 bulan. Ini dapat membantu kita tatkala di waktu genting.

PINJAMAN KERETA
1. Kita kena fahami AKTA SEWA BELI. Ini termasuklah jangka masa pinjaman, bayaran bulanan, tarikh matang bulanan.
2. Amalkan BAYARAN PENUH SEBELUM TARIKH MATANG.
3. Jika boleh bayar PENDAHULUAN @ DEPOSIT YANG TINGGI bagi mendapatkan pinjaman rendah & bayaran bulanan yang rendah.

MENGAPA BAJET ITU PENTING UNTUK KITA
Bajet dapat membantu kita mengawal perbelanjaan
Bajet dapat mencegah kita berbelanja mengikut nafsu
Bajet dapat menentukan kemampuan diri dari segi kewangan
Bajet dapat membantu kita untuk menyimpan wang

Moga-moga maklumat & informasi yang diberikan ini dapat membantu kita semua dalam menguruskan kewangan kita.

Tatapan dari,

Wednesday, July 14, 2010

sotong PAUL pun dapat award !!!!

emm, tajuk yang agak menarik.. Walaupun Piala Dunia telah tamat & kita dah tahu siapa pemenangnya. Tapi yang menarik perhatian Ratu & Raja ialah sotong PAUL. Kami agak terkejut dengan tekaan Sotong PAUL yang tepat semuanya. Ni Ratu dah link kan kalau korang nak tengok nak tengok ramalan sotong PAUL yang tepat untuk perlawanan,

1. Antara Argentina vs Jerman Dalam perlawanan ini memang JERMAN menang mengalahkan Argentina 4-0

2. Antara England vs Jerman Dalam perlawanan ini memang JERMAN menang mengalahkan England 4-1

3. Antara Jerman vs Sepanyol Dalam perlawanan ini memang SEPANYOL menang mengalahkan Jerman 1-0. Macam tak percaya saja Sepanyol yang menang.

4. Antara perlawanan lain, iaitu SEPANYOL vs BELANDA, SEPANYOL menang mengalahkan Belanda 1-0 di peringkat akhir. Dengan ini sah lah SEPANYOL Juara Piala Dunia & Belanda di tempat ke 2

5. Antara perlawanan lain, iaitu URUGUAY vs JERMAN, JERMAN menang mengalahkan Uruguay 3-2. Hasil dari persaingan sengit ini menjadikan JERMAN di tempat ke tiga.

Inilah dia video award yang di terima oleh sotong PAUL. Tengoklah betapa gembiranya sotong PAUL menerima award nya sampai dia memeluk award tu..


Sekarang diumumkan berakhirnya perlawanan Piala Dunia 2010, tiada lagi sebarang ramalan yang dikeluarkan oleh Sotong PAUL. Semoga sotong PAUL ini dapat menjalani kehidupan normal tanpa diburu oleh sesiapa untuk membuat sebarang bentuk ramalan lagi kan.. hehe..
Tatapan dari,

Wednesday, July 7, 2010

BOLA !!!! BOLA!!!! & BOLA!!!!!!

Sekarang ni dah musim bola kan. Ratu pun bukan ikuti sangat FIFA WORLD CUP ni. Tapi dulu ok. Tahun ini disebabkan Ratu mahu menemani Raja menonton perlawanan bola.. NAH AMBIL KO.. Ratu pun terikut sekali suka BOLA.. Haha. SERONOK JUGA. Kalau Raja nak tengok bola 2.30 pagi lah Ratu pun set lah jam loceng, kejutkan Raja & bangun menemani Raja hatiku menonton bola di Astro. ADA RAJA RATU KISAH ESOK KERJA KE TAK? hUA.. hUA.. hUA.. Sampai ada masa Ratu sempat lak melelapkan mata di pejabat Ratu.. Hehe.. Lelapkan mata di bilik solat. Tak per, BOLA punya pasal kan. haha.

Tapi ada masanya Ratu mengantuk juga semasa menonton secara langssung perlawanan bola tu. Tak larat nak tengok sampai habis. Kalau Ratu dah mengantuk, apa lagi.. Ratu tidur la di peha Raja & Raja menontonlah seorang. Tak per janji Ratu dapat menemaninya. Tapi bila Raja kata dah GOL !!!!! Waa.. segarlah mata. Kalau tak GOL duduk lah bawah kerusi menangis kesedihan. Kekasih hati dah kalah. HAHA. Leh percaya ker.. emm, untuk menghidupkan SEMANGAT kita semua untuk mengikuti perlawanan bola sekarang ni.. Nah KASI LAYAN LAGU NI.. Hehe..

Ratu punya semangat nak tengok bola. Satu hari, nak jadikan cerita. Raja kena bertolak ke Kuantan pukul 4.00 pagi. Bila Raja sudah bergerak pergi, Ratu lak leh menonton perlawanan GHANA vs URUGUAY seorang diri di rumah tanpa ditemani Raja. Haha. Lebih kurang pukul 5.00 pagi baru perlawanan tamat. Haha. Ni lah semangat menonton bola kan. Apa leh buat, Raja tak kasi Ratu ikut Raja ke Kuantan. Kasi layan lah bola. Tapi sayang GHANA kalah lak. emm, Tak apa BENDA YANG LEPAS JANGAN DIKENANGKAN.

Apa-apa pun tahniah BELANDA di atas kemenangannya pagi tadi menentang URUGUAY .. 3-2. Pagi ni Raja Ratu pasti akan menonton perlawanan bola antara JERMAN vs SEPANYOL. Agak2 siapa yang akan ke peringkat akhir ya..

Tatapan dari,

Tuesday, July 6, 2010

Langkah untuk menambah pendapatan...

Raja Ratu ingin memulakan bicara hari ini dengan langkah-langkah bagi membolehkan korang menambahkan pendapatan korang secara sampingan. emm.. bunyi macam seronok je kan. Kita kena ingat KALAU TAK BERUSAHA.. MANA NAK DATANG DUIT.. Modalnya hanya RM20.. KORANG BACA DULU SAMPAI HABIS.. MANA TAU.. SETELAH MEMBACANYA.. KORANG DAPAT MENAMBAHKAN PENDAPATAN.. SIAPA SANGKA.. BETUL TAK !!!!

Korang baca dulu.. kalau berminat.. daftarlah & klik MARHABAN4U.COM dengan kod id 9931.. Kenapa lak kod id ni? Kerana jika korang daftar dengan kod id ni. Korang akan dapat manafaatnya.. CEH, SEMPAT PROMOTE LAK.. TAPI INILAH KENYATAAN & PELUANG YANG KORANG BOLEH GUNAKAN..
Hendak tahu.. Inilah manafaat yang korang perolehi.. IAITU :-

1) Raja Ratu ada peruntukkan sedikit daripada hasil MARHABAN4U kami ini untuk disumbangkan di Masjid ATAU Surau untuk sebarang aktivitinya.. Anak-anak Yatim ATAU Mana-mana Badan Tertentu yang memerlukan seperti BERSAMAMU TV3.. TAPI INI BERGANTUNG KEPADA JUMLAH KUTIPAN YANG DITERIMA. Kalau banyaklah jumlah kutipan ini Raja Ratu akan peruntukkan sedikit untuk disumbangkan ke BADAN-BADAN yang memerlukan. Kalau jumlah kutipan yang diterima itu sedikit maka Raja Ratu akan sumbangkan ke Masjid ATAU Surau yang aktif dengan aktivitinya... INSYA ALLAH..

2) Korang akan menerima 1 laman web replika khas untuk korang sendiri. Di laman inilah terkandung semua produk & maklumat untuk korang..

3) Korang akan menerima bacaan AYAT-AYAT AL-QURAN yang mana korang perlu DOWNLOAD sahaja ke mana-mana laptop ATAU PC korang. Bacaan ini akan korang perolehi melalui laman web replika yang diberikan khas untuk korang..

4) Korang akan menerima LAGU-LAGU dari KUMPULAN RABBANI. Korang boleh DOWNLOAD melalui laman replika seperti yang dinyatakan di atas.

5) Korang dapat menjana PENDAPATAN DENGAN USAHA KORANG SENDIRI dengan 24 jam sehari. Iklan / BANNER diberikan PERCUMA kepada korang. Ada pelbagai jenis BANNER & korang boleh PILIH yang mana satu.. untuk tujuan PROMOSI korang..

MUDAH SAHAJA KAN...
DENGAN HANYA RM20..
KORANG DAPAT AYAT-AYAT AL-QURAN..
ALBUM RABBANI..
LAMAN REPLIKA SENDIRI..
DAPAT MENJANA PENDAPATAN SENDIRI DENGAN USAHA KORANG..
KORANG PUN DAPAT PAHALA..
KERANA SEDIKIT DARI JUMLAH DUIT YANG DILABURKAN..
RAJA RATU AKAN SUMBANGKAN SEPERTI DINYATAKAN DI NO 1 TADI..

Raja Ratu berharap korang dapat menggunakan peluang ini dengan mendaftar di bawah kami dengan menggunakan kod id 9931 Bolehlah kita bersama-sama menjana pendapatan sambil menyumbang serba sedikit. INGAT !!!!

3 LANGKAH MUDAH UNTUK MULA MENJANA PENDAPATAN

1. Mendaftar ( Klik Daftar Online )

2. Membuat pembayaran RM20
( Yuran Pendaftaran )
Selepas mendaftar ada cara-cara membuat pembayaran melalui bank

3. Mencari ahli baru ( ahli berbayar )
Gunakan referral url web anda untuk promosi atau mendaftarkan ahli baru
http://Marhaban4u.com/?ref=( id anda )

Jadi tunggu apa lagi?
Anda tidak akan rugi kerana modal yg diperlukan hanya RM20 saja.Tiada Risiko!
Kini anda mampu untuk memperolehi lebih dari itu dengan Marhaban4u.com

INGAT !!!! KALAU ORANG LAIN BOLEH BERJAYA.. KITA PASTI BOLEH !!! HEHE..

Tatapan dari,

Thursday, July 1, 2010

Matlamat Julai 2010..

Ratu mulakan cerita awal bulan ni dengan TARGET / MATLAMAT yang hendak dicapai di laman TERATAK ISTANA RAJA & RATU ini. Target untuk laman ni, Ratu nak cuba pastikan jumlah keseluruhan pengunjung yang singgah ke teratak ini mencecah 9,000 orang. Jumlah pengunjung pada awal bulan ni adalah 6,578 orang. Ini bermakna Raja Ratu kena berusaha menarik pengunjung seramai 2,500 orang bulan ni. MASALAHNYA BOLEH TERCAPAI KER.. emm.. emm.. BELUM CUBA BELUM TAHU.. betul tak.. Bulan Mei Raja Ratu dah berjaya menarik jumlah pengunjung yang datang ke Teratak ini seramai 2,000 ribu orang. Dengan menjadikan jumlah pengunjung keseluruhan masa tu mencecah 5,000 orang. Bulan ni RAJA RATU pasti BOLEH !!!!

Raja Ratu akan cuba berusaha mencapainya untuk Teratak ini. Kepada pengunjung yang selalu singgah ke teratak yang tak seberapa ni, terima kasih Raja Ratu ucapkan. HEHE.. NAK PUJI & BODEK lah tu. Tapi kami nak pesan di sini, korang yang datang berkunjung di sini jangan lupa tinggalkan JEJAK di JOM BORAK. Sudah pasti Ratu akan balas kembali kunjungan korang. OK..

Jumlah FOLLLOWERS Raja Ratu juga meningkat dengan baik sekali kepada 256 orang. Terima kasih la kepada semua yang sudi follow TERATAK ni. Raja Ratu tidak akan lupakan BUDI BAIK korang. Rasa-rasa CAIRKAN TAK KORANG DENGAN PUJIAN INI.. RASA-RASA KORANG BERGOLEK-GOLEK TAK DENGAN PUJIAN INI.. hUA.. hUA.. hUA.. Raja Ratu menunggu ketibaan 1 OGOS 2010 untuk melihat sama ada matlamat kami tercapai ke tidak. Kami juga ingin melihat peningkatan jumlah followers kami pada tarikh itu.

Ini harapan kami, harap-harap Raja Ratu berjaya mencapai target kami. Amin..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267