Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Saturday, April 23, 2011

Hujung minggu naik BUGGY..

Di hujung minggu Raja mengajak Ratu keluar mengambil angin luar. RATU TAK KISAH !!!!!! Pasal berjalan memang Ratu no 1. HEHE.. Jalan punya jalan sampai lah kami di Air Keroh, Melaka & kereta yang kami naiki berhenti di BUGGY RIDE.

Emm. best gak bila dapat naik BUGGY ni.. Lebih-lebih lagi dengan RAJA kan. Haha.. Raja & Ratu memilih buggy inilah sebagai kenderaan peronda kami..
Ini bukan gambar yang Ratu ambil ya.. Ratu petik dari salah sebuah blog. BUGGY ini sesuai untuk dinaiki oleh 2 orang macam Raja & Ratu. Setelah pembayaran dibuat, kad pengenalan kami dipegang oleh juru kaunter & akan memulangkan kad pengenalan ini setelah kunci BUGGY ini dipulangkan. Masa yang diberikan untuk setiap pembayaran adalah 30 minit & kami dimaklumkan bahawa jika kami terlewat 10 minit kami akan dikenakan caj.

Kami pun dengan gembiranya menaiki BUGGY yang dipandu oleh Raja & kami meronda melihat keindahan alam semulajadi di Hutan Rekreasi.. Seronok.. Memang Seronok. Nasib baik kami sampai tepat pada masanya & tiada sebarang caj tambahan dikenakan.

Akhir kata, thanks RAJA HATIKU kerana sudi membawa RATU HATIMU keluar bersiar-siar menaiki BUGGY. Hehe..

Tatapan dari,

Friday, April 15, 2011

Alhamdulillah.. Selamat sampai ke Tanah Air...

Tahun ini ramai pula kenalan Raja Ratu yang pergi menunaikan umrah & mereka kebanyakkannya berangkat dalam bulan lepas iaitu bulan Mac termasuklah jiran Raja Ratu, rakan sepejabat Ratu dan rakan-rakan lain. Cuma ada yang berangkat pada hujung bulan & ada yang berangkat pada awal bulan. Apa pun, yang penting mereka selamat pergi & selamat pulang ke tanah air.Ratu difahamkan bulan Mac agak ramai orang Malaysia yang mengambil kesempatan menunaikan umrah lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah. Ada juga yang menghadapi masalah penangguhan penerbangan akibat masalah visa dari Arab Saudi.

Rakan-rakan sepejabat Ratu juga menunaikan umrah tahun ini. Nama-nama mereka terpilih oleh pihak syarikat pada tahun ini. Memang ada peruntukkan untuk pekerja pergi menunaikan umrah & kosnya ditanggung oleh pihak syarikat. Tapi nama Ratu belum naik lagi. Emm.. keadaan Ratu sendiri pun yang berbadan dua ini pun pastinya tak mengizinkan untuk Raja Ratu menunaikan umrah. Harap-harap nama Ratu akan naik nanti.. mungkin pada tahun depan ker kan. Sudah pasti kalau nama Ratu naik, Ratu akan membawa Raja sekali & kami hanya menanggung kos untuk Raja menunaikan umrah sahaja.

Sempat juga Ratu kirimkan doa & sampaikan salam Raja Ratu di makam Rasulullah S.A.W kepada mereka yang berangkat. Akhir kata, doa-doakan agar giliran Raja Ratu pula untuk menunaikan umrah akan tiba nanti.
AMIN..
AMIN..
AMIN..


Tapi yang pasti bukan Tahun ini... Emm.. kerana Raja Ratu bakal menimang cahaya mata tahun ini..

Tatapan dari,

Sunday, April 10, 2011

MAHARAJA LAWAK..

Rancangan MAHARAJA LAWAK ni memang tidak asing lagi dan menjadi perbualan ramai khususnya pelanggan ASTRO. Tapi Raja Ratu tidak puas hati lah & Ratu rasa ramai juga yang tidak puas hati. TIDAK PUAS HATI HATI? PASAL APA? Mesti korang nak tahu kan kenapa Raja Ratu tidak puas hati. Kerana ASTRO ni pandai mengatur strategi dengan menyiarkan rancangan ini hanya di saluran ASTRO PRIMA selama 2 minggu. Kemudian rancangan ini seterusnya akan disiarkan hanya di ASTRO MUSTIKA melalui saluran ASTRO WARNA. Ini bermakna, sesiapa yang hendak menontonnya lagi perlu melanggan ASTRO MUSTIKA. Emm.. pandai mereka mengatur strategi untuk menambah pendapatan mereka ya. Emm.. Mentang-mentang lah ASTRO ni tiada pesaing.. Emm.. TIDAK PUAS HATI TUL..

Sebenarnya, rancangan MAHARAJA LAWAK ini pada mulanya disiarkan di 2 saluran iaitu ASTRO PRIMA & ASTRO WARNA. Tapi siaran ini yang berlangsung serentak hanya ditayangkan selama 2 minggu sahaja. Kemudian siaran ini hanya disiarkan di ASTRO WARNA. Tambahan pula tu, keputusan PENYINGKIRAN peserta hanya di umumkan di minggu ke 3 iaitu melalui saluran ASTRO WARNA. Ini bermakna, sesiapa yang ingin menonton MAHARAJA LAWAK ini perlulah melanggan ASTRO MUSTIKA & sekaligus bayaran bulanan mereka juga bertambah. Emm..

Sehingga kini, peserta yang tersingkir ialah XN3.. WAI.. R2.. Satu keputusan yang bagi Ratu tak sepatutnya sebegini. XN3.. WAI.. diumumkan mereka terkeluar di awal rancangan. Jadi, sia-sia lah mereka membuat persiapan untuk membuat persembahan. Sepatutnya mereka ini diumumkan keluar di akhir rancangan. Jadi, mereka berkesempatan lagi untuk membuat persembahan. Kita sendiri pun sebagai penonton ingin juga melihat persembahan mereka ini kan. R2 pula diumumkan keluar di akhir rancangan. Hei, Ratu tak puas hati betul lah. R2 ni ok tau.. Persembahan dia telah membuatkan ramai orang geli hati menontonnya. Ratu tak sangka lak mereka yang terkeluar. Mungkin silap Raja Ratu juga kot kerana tak banyak undi mereka.. HAHA.. CIS !!! Tapi ini adalah pandangan Ratu sahaja yang ingin Ratu luahkan di sini bahawa... Kumpulan R2.. XN3.. tak sepatutnya keluar pada minggu ini. Mereka ini ada potensi terutama sekali R2.. Bagi Ratu yang sepatutnya keluar ialah AMIR.. Persembahan dia tak nampak peningkatan pun. Lawaknya juga SUNGGUH menghambarkan. Sorryla.. peminat AMIR.. Raja Ratu memang tak sokong AMIR. Tapi dalam MAHARAJA LAWAK ni kumpulan CHAM tak masuk lak kan dalam pertandingan ini. Kalau mereka masuk.. Mesti seronok jugak kan..

MAHARAJA LAWAK ini disertai oleh semua PESERTA AKHIR GELANGGANG RAJA LAWAK dari GELANGGANG RAJA LAWAK 1 hingga GELANGGANG RAJA LAWAK 5. Akir kata, kita saksikan dahulu persembahan dari R2.. yang memang Ratu tak sangka mereka terkeluar.. Ish !!! Ish !!! Ish !!!

Ini di minggu pertama persembahan R2,


Ini pula di minggu ke dua persembahan R2,


Tatapan dari,

Friday, April 8, 2011

AKADEMI FANTASIA 9 adalah yang terakhir..

Ratu difahamkan bahawa AKADEMI FANTASIA di musim yang ke 9 ini adalah yang terakhir. Ini bermakna selepas AF 9 ini tiada lagi AKADEMI FANTASIA. Di musim yang terakhir ini pihak ASTRO masih lagi memanggil AZNIL HJ NAWAWI sebagai pengacaranya. Ratu rasa memang bijak pilihan ASTRO ini. Bagi Ratu kehadiran AZNIL sebagai pengacara AKADEMI FANTASIA di musim yang sebelum ini berjaya menarik ramai penonton setia & Ratu masih ingat lagi kehangatan AKADEMI FANTASI inilah yang membuatkan Ratu mengambil keputusan untuk melanggan ASTRO dahulu. Jadi mungkin pihak ASTRO memilih AZNIL sebagai pengacara pembuka AKADEMI FANTASIA & pengacara penutup AKADEMI FANTASIA.

Di musim yang terakhir ini pihak ASTRO memilih AMY SEARCH sebagai pengetua dalam AKADEMI FANTASIA ini. Bagi Ratu bagus juga AKADEMI FANTASIA ini tidak diteruskan lagi kerana kebanyakkan pelajar-pelajar AF tidak meneruskan lagi usaha mereka dalam bidang seni yang mereka ceburi ini setelah mereka berjaya ataupun terkeluar. Jadi keputusan ASTRO untuk menjadikan AKADEMI FANTASIA yang ke 9 sebagai yang terakhir ini adalah satu keputusan yang terbaik.

Di sini Ratu senaraikan pelajar di AKADEMI FANTASIA di musim yang terakhir ini iaitu:
* AHMAD AFIF TIRMIZIE (AFIF) berumur 25 tahun berasal dari Selangor
* MOHAMMAD AMIRULLAH JAHARI (AMIR) berumur 19 tahun berasal dari Sarawak
* MOHAMMAD AZRI ABDULLAH (AZRI) berumur 24 tahun berasal dari Selangor
* KHAIRUL NAJMUDDIN ABU SAMAH (ERUL) berumur 20 tahun berasal dari Kuala Lumpur.
* NUR KHAIDIR MUHD (KAY) berumur 22 tahun berasal dari Kuala Lumpur.
* FAHRUR RAQIB ABDUL MAJID (RAQIB) berumur 21 tahun berasal dari Melaka
* NUR SUHADA JEBAT (AIDA) berumur 19 tahun berasal dari Melaka
* NUR ATIKAH SHARIFFUDIN (EKA) berumur 22 tahun berasal dari Kuala Lumpur
* ZULAIKA ZAHARI (LAIKA) berumur 22 tahun berasal dari Selangor
* LENABER HAIDIR (LENA) berumur 21 tahun berasal dari Sabah
* ROSHAMMIZAH ROSLI (MIZA) berumur 28 tahun berasal dari Selangor
* QUEENNERA FRANCINE FRANCIS (NERA) berumur 19 tahun berasal dari Sabah

Ini pula senarai nama tenaga pengajar,
ADLIN AMAN RAMLI sebagai guru seni persembahan
NING BAIZURA sebagai guru vokal persembahan
FATIMAH ABU BAKAR sebagai kaunselor motivasi & guru bahasa Inggeris
SYAFIZAWATI SYARIF sebagai guru vokal teknikal
A. ARIS A. KADIR sebagai guru tarian

Diharapkan kesemua pelajar AF9 ini dapat mengambil peluang & kesempatan ini untuk belajar sambil mencungkil bakat mereka dalam bidang nyanyian.

Tatapan dari,

Tuesday, April 5, 2011

Rahsia BULAN LAHIR (Sept - Dis ) !!!!

Kali ini.. di bulan ini.. Raja Ratu akan menyudahkan segmen motivasi kita di episod Rahsia BULAN LAHIR ini.. Sebelum ini Raja Ratu telahpun menyenaraikan Rahsia BULAN LAHIR (Jan - April).. Rahsia BULAN LAHIR (Mei - Ogos).. dan kini Raja Ratu akan menamatkan segmen ini dengan episod BULAN LAHIR yang terkahir ini.. Jadi kepada pengunjung-pengunjung Raja Ratu.. boleh kaji sendiri melalui apa yang kami paparkan ini.. sama tak dengan sikap & tingkah laku korang.. Hehe..

BULAN SEPTEMBER
* Orangnya sangat bersopan santun, bertolak ansur, cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Seorang yang pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikapnya sangat cool, baik & mudah simpati.
* Sangat prihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* Orang yang banyak berfikir & mempunyai daya pentaakulan yang baik.
* Otaknya bijak & mudah belajar serta suka mencari maklumat.
* Mudah mengawal diri dari terlalu mengkritik serta pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong serta kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan & terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas & bersistematik.


BULAN OKTOBER
* Orangnya suka berbual & suka pada orang yang sayang padanya.
* Suka mengambil jalan tengah, sangat menawan & sopan santun.
* Mempunyai kecantikan luar & dalam serta tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan & sentiasa ingin berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah & seperti macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang lain kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri & tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosinya mudah terusik, suka berangan & pandai bercakap.
* Emosinya kelam kabut.
* Mempunyai daya firasat yang sangat kuat (terutama sekali perempuan).
* Suka melancong, sukakan bidang sastera & seni.
* Seorang pengasih, penyayang & lemah lembut & romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu serta mengambil berat tentang orang lain.
* Sukakan kegiatan luar & seorang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi oleh persekitaran serta mudah patah semangat.


BULAN NOVEMBER
* Seorang yang mempunyai banyak idea tapi sukar untuk dimengerti /difahami sikapnya.
* Berfikiran ke hadapan, unik & bijak serta penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Mempunyai pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus & tinggi & sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat & teliti, berpesonaliti yang dinamik, serta bercita-cita tinggi.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil serta mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, amanah, jujur, setia & pandai berahsia.
* Seorang yang berani, pemurah, setia & banyak bersabar orangnya.
* Terlalu degil & keras hati.
* Apabila berhendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tidak suka marah kecuali digugat & mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri & mempunyai cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otaknya sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri & tidak hargai pijian.
* Kekuatan semangat & daya juangnya yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Mencuba sesuatu sampai berjaya.
* Kasih sayang & emosinya yang sangat mendalam & romantik tapi tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Mempunyai bentuk badan yang sasa (bagi lelaki).
* Suka duduk di rumah, sangat rajin & berkemampuan tinggi.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Perangainya tidak dapat diramal & mudah berubah-ubah.


BULAN DISEMBER

* Sangat setia, pemurah & bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permaian & pergaulan.
* Sikap kurang sabar & tergesa-gesa tetapi bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi & suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian & dibelai.
* Sangat jujur orangnya, amanah & bertolak ansur.
* Cepat marah & tidak pandai berpura-pura.
* Perangainya yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego orangnya walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Suka berlawak & benci pada kongkongan.
* Pandai buat lawak & berfikiran logik.

Ini semua adalah dipetik dari hasil kajian oleh Yang Berbahagia Dato' Dr Hj Fadilah Kamsah. Diharapkan semua maklumat yang diberikan dapat membantu korang semua dalam menilai diri sendiri. Tapi tepat tak pada diri korang melalui bulan lahir korang dengan apa yang dikaji oleh Dr Fadilah ini.. Hehe..

Tatapan dari,

Monday, April 4, 2011

Tahniah pemenang ABPBH 2010..

Raja Ratu di sini ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2010 yang diadakan pada 3 April 2011 & ianya disiarkan secara langsung di tv 3. Ratu & Raja dapat menonton sepenuhnya Anugerah ini di tv walaupun lokasi kami berbeza.. emm..

Di sini Ratu senaraikan nama pemenag & ketegori yang dimenanginya,
* Bintang Paling Popular - SHAHEIZY SAM
* Anugerah Penacapaian Sepanjang Hayat - DATUK ROSNANI JAMIL
* Penyanyi Lelaki Popular - FAIZAL TAHIR
* Penyanyi Wanita Popular - YUNA
* Pelakon Filem Lelaki Popular - SHAHEIZY SAM
* Pelakon Filem Wanita Popular - LISA SURIHANI
* Pelakon TV Lelaki Popular - REMY ISHAK
* Pelakon TV Wanitra Popular - FASHA SANDHA
* Penyanyi Berkumpulan Popular - SIXTH SENSE
* Artis Nasyid Popular - RABBANI
* Artis Komedi Lelaki Popular - ZIZAN
* Artis Komedi Wanita Popular - NORKHIRIAH
* Artis Baru Lelaki Popular - SHAHIR
* Artis Baru Wanita Popular - ANA RAFFALI
* Pengacara TV Lelaki Popular - AZNIL HJ NAWAWI
* Pengacara TV Wanita Popular - FARA FAUZANA
* Penyampai Radio Lelaki Popular - FAIZAL ISMAIL
* Penyampai Radio Wanita Popular - FARA FAUZANA

Inilah gambar pemenang BINTANG PALING POPULAR BERITA HARIAN 2010 & Ratu percaya bahawa dia sendiri pun mungkin tidak percaya bahawa dia akan menang iaitu SHAHEIZY SAM
Akhir kata, syabas kepada semua pemenang. Raja Ratu berharap kemenangan mereka ini memberi semangat kepada diri mereka sendiri untuk berusaha lebih kuat lagi dalam dunia seni ini.


Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267