Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Thursday, December 22, 2011

Tahun 2011 Detik Bermula Segalanya

Tajuk yang memberansangkan dan menarik minat Raja Ratu untuk memulakan langkah mencoret mengenainya. Apapun, Raja Ratu bersyukur sangat kepada yang Maha Esa kerana dipermudahkan segala urusan Raja Ratu untuk mencapai AZAM kami.. Untuk mencapai IMPIAN kami.. Untuk mencapai MATLAMAT kami tahun ini. Syukur Alhamdulillah. Tahun ini hampir 90 % ke 95 % matlamat kami tercapai. Pencapaian ini sudah tentu menggembirakan Raja Ratu. Bagaimana dengan korang semua pengunjung TERATAK ISTANA RAJA RATU ni, tercapai ke tidak impian dan azam korang tahun 2011 ini ???

Tapi apapun bagi Raja Ratu, ada 2 perkara yang berlaku mengejutkan Raja Ratu tahun ini. Yang PERTAMA, Raja Ratu tidak menyangka dengan izin yang Maha Esa.. Raja Ratu telahpun menimang cahaya mata kami yang pertama. Dan kini usianya mencecah 3 bulan. Yang KEDUA, Raja Ratu telah pun tertarik dengan tawaran yang diberikan dan terus membuat pembayaran tempahan untuk membeli sebuah rumah dari pemaju di salah sebuah kawasan perumahan. Perancangan untuk membeli rumah ini tidaklah termasuk dalam matlamat atau azam yang ingin Raja Ratu capai tahun ini. Tapi memandangkan rebet yang diberikan oleh pemaju telah menarik perjatian kami. Malangnya, bukan kehendak Raja Ratu rumah itu terlepas dari genggaman kami atas sebab penggunaan nama Raja ke atas kenderaan yang digunapakai oleh abang Raja. Pembayaran bulanan ke atas kenderaan ini yang tidak berapa cantik menyukarkan Raja Ratu membuat pinjaman. Tapi atas perbincangan kecil antara Raja Ratu dan keluarga sebelah Raja serta Ratu, Raja Ratu tidaklah terkilan rumah itu terlepas. Tapi Raja Ratu tidak berputus asa untuk merancang membeli rumah nanti di tahun 2012 ni. Insya Allah, kalau ada rezeki.. kalau dizinkan olehNYA. Moga-moga tercapailah hendaknya.

Biar apapun, strategi yang telah Raja Ratu pasang sebagai langkah untuk mencapai matlamat Raja Ratu tahun ini telahpun membuahkan hasilnya. Dan pastinya ianya akan menjadi panduan dan pembakar semangat Raja Ratu untuk mengatur strategi seterusnya di tahun hadapan. Tidak lupa juga Raja Ratu ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung TERATAK ISTANA RAJA RATU ini kerana sudi singgah dan mengikuti perkembangan Raja Ratu. Seterusnya, menjadikan jumlah pengunjung Raja Ratu meningkat tahun ini.Diharapkan kita sama-sama dapat meletakkan azam di tahun 2012 sebagai tunggak kejayaan di samping menjadikan tahun 2012 nanti lebih bermakna. Sama-samalah kita berdoa agar azam kita di tahun hadapan tercapai.
SELAMAT TINGGAL TAHUN 2011
SELAMAT DATANG TAHUN 2012

Sudah tentu kenangan kejayaan di tahun 2011 akan tersusun di peti simpanan memori Raja Ratu. Yang pasti, akan Raja Ratu genggam tangan sama-sama.. Bersatu dalam mengatur strategi di tahun hadapan.. Untuk mencapai kejayaan bersama-sama seperti tahun ini. Insya Allah..

Tatapan dari,

Wednesday, December 21, 2011

Usia Puteri Raja Ratu Mencecah 3 Bulan

Hari ini 22 Disember 2011, genaplah 3 bulan usia Puteri Raja Ratu. Hari ni Raja Ratu bercuti dan meluangkan masa kami di sebelah pagi membawa puteri kesayangan kami untuk pemeriksaan susulan puteri kami. Seperti biasa, tiba di klinik puteri Raja Ratu ditimbang dan diukur lilitan kepala serta badannya. Sebelum puteri Raja Ratu ditimbang, Ratu amat bimbang dengan berat badannya. Terlintas di fikiran Ratu berapalah berat badan Puteri Raja Ratu ni kerana sejak akhir-akhir ni Puteri Raja Ratu kurang mahu minum susu. Jadi, Ratu memang amat risau dengan perkembangan pembesaran Puteri Raja Ratu.

Setelah ditimbang, berat badan puteri Raja Ratu ialah 6.4 kg. Lilitan panjang atau ketinggian puteri Raja Ratu telah meningkat daripada semasa lahir 50cm... Dikuti dengan selepas 1 bulan ketinggiannya ialah 55 cm.. Dikuti selepas 2 bulan ketinggiannya ialah 56 cm.. Dan kini ketinggiannya ialah 62cm..

Di usianya 3 bulan kini, Puteri Raja Ratu diuji,
a) Adakah puteri Raja Ratu menggerakkan semua anggota badan dengan baik?
b) Adakah puteri Raja Ratu berkukur atau mengekek ketawa?
c) Adakah puteri Raja Ratu terkejut pada bunyi kuat?
d) Adakah puteri Raja Ratu memandang muka kita apabila kita memandangnya?
Alhamdulillah, Puteri Raja Ratu menunjukkan perkembangan yang baik.

Sekarang, puteri Raja Ratu sering gelak bila di agah. Ini memang amat menggembirakan Raja Ratu. Bila Ratu dapat mengambil gambar Puteri Raja Ratu ini sedang gelak. Ratu sering hantar gambar tu kepada Raja melalui telefon bimbit. Selepas Raja menerimanya, Ratu menerima sms daripada Raja. Apa kandungan SMS tu ??? Nak tahu ke ??? Raja mengadu tidak boleh nak buat kerja bila tengok gambar Puteri Raja Ratu ni. Hehe.. Inilah gambar Puteri Raja Ratu terkini di usia 3 bulan,Tapi yang seronoknya yang Raja Ratu nak kongsikan di sini.. Emm, tengokla sendiri gambar ni. Ni pandangan tepi,
Ni pula pandangan hadapan,
Apa pendapat korang.. Haha.. Gambar ni diambil 2 hari sebelum Puteri Raja Ratu ni diberi suntikan 3 bulan. Masa ni Ratu bercuti.. Emm, menghabiskan cuti tahun lepas la. Ketika ni, Ratu tengah mengemas bilik. Sekali Ratu pusing.. Amboi.. Amboi.. Amboi.. Macam bos lak ya.. Nak tengok Ratu sudah siap kemas bilik ke belum ya.. Kaki letak atas bantal peluk. Tangan kanan lak letak atas kaki ya. Terus Ratu ambil telefon bimbit dan SNAP !!! Dah gambar dah ambil. Pandai lak tu tengok kamera telefon bila diambil gambarnya. Ratu ambil gambar dari pandangan tepi.. Puteri Ratu pandang tepi.. Ratu ambil gambar dari pandangan depan.. Puteri Ratu tengok hadapan. Ratu pun hantar gambar ni kepada Raja melalui telefon bimbit. Tak senang diam la Raja yang tengah bekerja tu tengok gambar ni. Hehe..

Harapan Raja Ratu, semoga Puteri Raja Ratu kami ini bertambah comel. Raja Ratu sudah pastinya ingin melihat puteri kami perkembangan puteri Raja Ratu ini seterusnya.

Tatapan dari,

Monday, December 19, 2011

MAHARAJA LAWAK MEGA.

Seperti mana yang kita ketahui Maharaja Lawak Mega adalah kesinambungan yang melibatkan 3 negara iaitu Malaysia.. Indonesia.. Singapura.. Rancangan ini muncul selepas kejayaan rancangan Maharaja Lawak. Cuma yang membezakan Maharaja Lawak dengan Maharaja Lawak Mega adalah Maharaja Lawak Mega melibatkan 3 negara dan para peserta kebanyakkannya terdiri daripada pelakon-pelakon lawak komedi. Maharaja Lawak pula, kesemua pesertanya adalah daripada peserta akhir Raja Lawak dari musim pertama hingga musim ke lima dan semua peserta adalah dari Malaysia.

Antara peserta Maharaja Lawak Mega yang menarik perhatian Raja Ratu adalah OSBON dan BOBOI. Ini adalah antara sedutan persembahan OSBON yang menarik perhatian penonton termasuklah Raja Ratu.



Ni pula antara pesembahan BOBOI yang menarik perhatian penonton.


Persembahan OSBON pada permulaan agak perlahan dan kurang menarik perhatian penonton. Kemudian main lama makin menyerlah di minggu-minggu yang seterusnya. Kumpulan BOBOI pula persembahannya agak konsisten di setiap minggu.

Raja Ratu mengharapkan kedua-dua kumpulan kegemaran Raja Ratu ini dapat mara ke peringkat akhir MAHARAJA LAWAK MEGA nanti. Hehe..

Tatapan dari,

Sunday, December 18, 2011

Makan Bersama di SEOUL GARDEN

Hehe.. Memang seronok bila makan beramai-ramai ni. Lebih-lebih lagi bila Ratu mendapat tahu yang Ratu tidak perlu keluar duit. Emm.. Ni kira ada orang belanja lah ni. Emm.. Seronoknya. Ratu masih ingat lagi, kali terakhir Ratu makan bersama rakan-rakan sepejabat Ratu ialah sebelum Ratu bersalin iaitu pada bulan Julai lepas. Masa tu kami makan 'steamboat' di Johnny, Jaya Jusco.

Makanan ni lebih kepada makanan BBQ buffet ala korea. Ratu tengok harganya berlainan mengikut tempoh waktu. Waktu tengah hari harganya lain.. Petang harganya lain.. Malam pula lain harganya.. Restoren ini dikira ikut 'KEPALA'. Dah nama pun buffet kan. Boleh duduk dalam lebih kurang 5 jam sekali bayar. Makanlah apa yang nak makan kat dalam tu. Yang menariknya, makanan yang disediakan kebanyakkannya mentah. Kita boleh pilih mengikut citarasa dan kehendak kita. Di meja yang kita makan tu nanti telah diletakkan kuali. Jadi, kita boleh bakar makanan mentah yang kita ambil tadi di kuali tersebut. Kalau nak makan dengan nasi. Nasi putih juga disediakan. Memang sedap bila dapat makan panas-panas..

Inilah gambaran makanannya,
Bila dapat makan makanan seperti ini Ratu terus terfikir ingin membawa Raja makan bersama di sini hujung minggu ni. Kebetulan hujung minggu ni cuti lama kerana cuti kismas jatuh pada hari Ahad. Jadi, Isnin tu cuti ganti. Emm.. sesuai sangatlah tu luang masa makan bersama di sini. Sekali sekala boleh lah.. Selalu sangat tu boleh LARI BUDGET OOO.

Tatapan dari,

Saturday, December 17, 2011

Kesibukan Kerja Di Pejabat

Emm.. Tajuk yang sangat memeningkan kepala Ratu. Dan Ratu pun tidak tahu yang Raja juga mengalami kesibukan yang sama seperti Ratu. Oleh kerana, ni sudah hendak hujung tahun dan Ratu pula bertugas di bahagian kewangan, pastinya Ratu sedang sibuk menyiapkan kerja-kerja penutupan akaun syarikat untuk tahun ini. Tambahan lagi Ratu baru mulakan tugas setelah 2 bulan Ratu cuti bersalin, lagi menambahkan lagi kesibukan Ratu.

Lihatlah apa sudah jadi dengan meja Ratu. Ini belum lagi fail-fail di tepi meja. Peh, boleh sakit jantung ni namanya.
Ratu mengambil tindakan mengeluarkan semua fail-fail yang belum dikemaskini. Tidak cukup atas meja.. Ratu letakkan di lantai.. Ada juga fail di dalam kereta ??? Haha.. Semangat bekerja sudah sampai. hUA.. hUA.. hUA.. Bukan begitu. Ratu meletakkan sasaran 31 Disember 2011 ni sebagai tarikh yang mana meja Ratu mesti sudah bersih dan semua kerja-kerja sudah diselesaikan. Jadi, Ratu rasa Ratu perlu membawa balik beberapa fail dengan niat untuk menyiapkan kerja-kerja ni di rumah. Tapi harapan Ratu untuk menyiapkan kerja ni agak tipis sedikit memandangkan Ratu sering menghabiskan masa dalam menyediakan keperluan Puteri Raja Ratu. Emm.. Apa boleh buat. Tapi Ratu bersyukur la juga Ratu sudah ada pembantu yang boleh membantu. Walaupun, Ratu tengok banyak kerja-kerja yang tidak dapat dikemaskini oleh pembantu Ratu semasa Ratu bercuti.. Tapi Ratu faham bahawa pembantu Ratu tu masih lagi baru dalam tugas-tugas sebegini. Jadi, Ratu mengambil tindakan datang ke pejabat pada hari Sabtu untuk menyiapkan kerja. Kalau nak diikutkan, hari Sabtu bukan waktu bertugas utuk Ratu. Tapi tanggungjawab tetap tanggungjawab dan Ratu perlu siapkan sebelum tarikh yang telah Ratu tetapkan. Selepas tu pastinya sudah lega.

Emm.. Nampaknya tahun hadapan pastinya Ratu perlu merancang strategi memandangkan Ratu pun sudah ada Puteri kesayangan Ratu. Jadi, masa Ratu agak terhad. Tidak seperti dahulu. Kalau tahun lepas Ratu boleh bawa balik kerja dan siapkan di rumah bila tiba situasi seperti kesibukan tugas sebegini. Tapi kali ini masa Ratu di rumah lebih tertumpu kepada Puteri Raja Ratu. Kalau boleh tugas di pejabat Ratu tidak bawa pulang ke rumah. Jadi, masa Ratu dapat ditumpukan bersama Raja dan sudah pastinya Puteri kesayangan. Emm.. Ratu pun sudah ada pembantu. Jadi, Ratu tidaklah terlalu sibuk nanti kerana tahun hadapan pastinya pembantu Ratu tu sudah biasa dengan tugas yang diberikan. Hehe..

Tatapan dari,

Monday, December 5, 2011

Rancang Kewangan Dengan Betul

Sudah lama Raja Ratu tidak bermotivasi. Kali ini Raja Ratu ingin berkongsi 1 topik yang amat menarik kali ini iaitu mengenai perancangan kewangan. Perancangan kewangan merupakan langkah utama dalam menguruskan kewangan kita. Ada beberapa langkah yang perlu diambil:-

a) MENETAPKAN MATLAMAT
Matlamat kewangan mencerminkan apa yang kita nak lakukan dalam tempoh tertentu. Matlamat menentukan cara perbelanjaan dan menyimpan secara teratur untuk mencapai matlamat. Matlamat ini boleh berbentuk jangka panjang, jangka pendek atau sederhana bergantung kepada faktor usia, pendapatan, taraf perkahwinan dan jumlah tangunggan.

b) SIMPANAN
MULALAH SIMPANAN SEKARANG. Tingkatkan simpanan kita setiap kali pendapatan kita bertambah, contohnya apabila menerima bonus. Apabila pendapatan diterima, simpanlah sebelum berbelanja bukan selepas berbelanja. Takut nanti kita terguna wang yang sepatutnya diperuntukkan untuk menyimpan. Kita sepatutnya menggunakan formula ini,
PENDAPATAN - SIMPANAN/ PELABURAN = PERBELANJAAN

Jangan lupa wujudkan tabung kecemasan yang berjumlah 3 hingga 6 bulan perbelanjaan bulanan kita untuk memenuhi keperluan sekiranya terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini. Tabung kecemasan ini akan dapat digunakan bila memerlukan dan menghindar diri kita daripada berhutang.

c) MELABUR
Kita boleh meningkatkan kekayaan kita melalui pelaburan jika kita melabur secara berhemat. Jenis pelaburan yang dipilih ini bergantung kepada tujuan kita melabur. Tanyalah diri kita :-

*** Apakah matlamat kita? Apa yang ingin kita capai melalui pelaburan ini?
*** Bagaimanakah tahap risiko yang kita akan hadapi?
*** Adakah kita memerlukan wang dalam masa terdekat?
*** Adakah kita tahu bagaimana pelaburan ini dilakukan bagi membolehkan kita memantau perkembangannya dengan lebih berkesan?

Kenal pasti tahap risiko dan pulangan sesuatu produk pelaburan sebelum melabur. Pulangan yang tinggi mempunyai risiko yang tinggi juga. Sekiranya kita tidak bersedia untuk menanggung risiko, jangan melabur.

Sebelum kita membeli sesuatu produk pelaburan, kita perlu:-
*** Kumpulkan maklumat berkaitan produk yang ditawarkan Bandingkan harga dan ciri-ciri produk.
*** Dapatkan keterangan lanjut sekiranya kita tidak faham. Beli produk kewangan hanya setelah kita mengetahui bagaimana produk itu berfungsi serta syarat dan termanya.
*** Ketahui yuran dan caj yang perlu dibayar sekarang dan setelah kita membeli produk tersebut. Ini untuk mengelakkan sebarang perbelanjaan tambahan yang tidak dirancang.
*** Beri perhatian terhadap klausa pengecualian dalam sesuatu kontrak.
*** Pertimbangkan sebarang tawaran dengan teliti. Katakan "tidak" sekiranya kita tidak memerlukan produk kewangan yang ditawarkan.
*** Ketahui bahawa terdapat produk kewangan seperti amanah saham atau insurans/ takaful yang memberi tempoh untuk kita membuat keputusan sama ada kita mahu meneruskan perjanjian setelah kita menandataninya.

Diharapkan tips dapat membantu kita semua dalam pengurusan kewangan kita.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267