Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Friday, February 26, 2010

Nak ambil ker loan ASB ni..

Raja mengambil cuti panjang. Ratu lak ada tengah sibuk sikit. Ratu rancang nak ambil cuti pada hari Isnin, 1 Mac 2010. Maklumlah, hari jumaat, 26 Mac tu cuti Maulud Nabi. Jadi, bolehlah kami habiskan masa bersama selama 4 hari (Jumaat hingga Isnin). Tapi apakan daya cuti dah diluluskan, Raja lak kena mula kerja balik pada 1 Mac 2010. Maknanya, cuti Raja sampai 25 Mac sahaja. Itu lah, bos Ratu dah cadang suruh Ratu cuti 4 hari dari Isnin 22 Mac sehingga Khamis 25 Mac, tapi Ratu ni degilkan. HAA !!! PADAN MUKA RATU KAN. Ratu pun tukar balik cuti, Ratu ambil cuti pada hari Khamis 24 Mac & batalkan cuti pada 1 Mac 2010. Waa, leh suka2 tukar kan.

Cuti 24 Mac tu Ratu & Raja gunakan untuk uruskan segala urusan bank termasuklah bayar ansuran kereta & bla.. bla.. bla.. Semasa Ratu menguruskan simpanan untuk akaun ASB Raja & Ratu, Ratu tertarik dengan pinjaman ASB yang ditawarkan oleh pihak bank kali ni. Ratu ada juga membuat kiraan tahun lepas sama ada untung/ tidak pinjaman ini di beberapa bank. Bila Ratu tengok hasil kiraan Ratu tu, Ratu kurang berminat untuk membuat pinjaman tersebut. Tapi tahun ni, bila pihak bank memaklumkan bahawa tiada caj sekiranya kita sebagai peminjam ingin berhenti dari meneruskan bayaran pinjaman tersebut selepas 2 tahun ke atas.. Ratu rasa berminat jugak. Tapi Ratu kena kaji dulu, kira dulu untung ke tidak.

Korang mungkin tak faham dengan maksud Ratu tentang caj sekiranya peminjam ingin berhenti dari meneruskan bayaran pinjaman tersebut selepas 2 tahun ke atas. Ok, CAM NI LAH YA ANAK MURID. CIKGU NAK AJAR NI, TOLONG BERI PERHATIAN. Katakanlah korang nak buat pinjaman RM200,000.00 untuk pelaburan & ikat 20 tahun dengan bayaran bulanan RM1,300. Selepas 2 tahun, korang ada banyak komitmen & tak mampu nak bayar ansuran ni. Korang nak berhenti meneruskan bayaran ansuran, pihak bank tersebut tidak kenakan sebarang caj & akan pulangkan jumlah principal yang telah kita bayar sepanjang tempoh itu. ok faham. Ini cuma contohlah. Macam lah Ratu nak pinjam RM200,000 kan.

Bagi Ratu, pelaburan seperti ini kena lihat dari pebagai aspek termasuklah INTEREST BANK sebab jumlah ansuran bulanan tu termasuk interest ni, CAJ BANK, TERMA SERTA SYARAT DARI PIHAK BANK, JUMLAH PRINCIPAL, TEMPOH PINJAMAN, KEUNTUNGAN YANG AKAN DIPEROLEHI & KEMAMPUAN KITA MEMBAYARNYA. Tahun ni lak, pihak bank tu menawarkan interest tetap, tidak seperti sebelum ni. Tahun lepas, tak silap Ratu pihak bank menawarkan interest berubah. Jadi bayaran ansurannya dah cam pinjaman rumah la pulak. Dengan pinjaman ASB yang ditawarkan oleh pihak bank tahun ini, Ratu kena kaji dulu interest nya & jumlah keuntungan yang bakal diperolehi. Dari pandangan kasar, nampak seperti menguntungkan.

Ni yang tengah fikir ni nak ambil ke tak. Tapi kalau ianya menguntungkan, apa salahnya kan. Tapi Ratu kena berbincang dulu dengan Raja.

Tatapan dari,


Monday, February 22, 2010

Makan tengah hari !!!!

Nak makan apa yek.. Raja inform Ratu nak ajak Ratu makan kat Jaya Jusco. Raja teringin nak makan mee kari. Ratu lak rasa nak makan 'chicken chop'. Waa.. Dah buang tebiat ker nak makan makanan BARAT. Well !! Nak jadi ORANG PUTIH lak. Ala, sekali sekala apa lah salahnya kan. Betul tak !! Jangan kita terikut budaya orang sana SUDAH.

Inilah makanan pilihan Raja & Ratu. Kalau korang rasa TERCELUR.. MELELEH AIR LIUR tu.. haha.. Silalah jadi menu pilihan utama untuk makanan tengah hari korang.. Hehe.. Leh lak promote kan. Bukan dapat komisyen pun. Menu Ratu tu, Ratu tengok ada set siap dengan air. Ratu pun terus beli 1 set. Ratu suka airnya. Airnya diletakkan asam.. tu yang rasa masam manis. Waduh, bestnya. Raja pun tumpang sekali minum air tu. Ni yang Ratu cita dengan korang ni, dah rasa teringin lak nak minum air masam manis ni tengah hari kang. WAA !!!! Tak leh jadi ni..

Dah lepas makan ni, konon-kononnya nak bershopping membeli-belah barang keperluan harian. Tapi tak jadi lak, sebab Ratu baru teringat Ratu dapat mesej pasal diskaun membeli-belah 5% & 15% untuk semua ahli J-Card dari 25 Feb hingga 1 Mac 2010.

Raja : Baik tunggu jualan murah tu. Nanti boleh datang lagi.
Ratu : ok

Selepas makan, kami pun keluar bersiar-siar.

Tatapan dari,

Tuesday, February 16, 2010

Hutan Lipur Sg Tekala

Cuti Tahun Baru Cina ni cuti yang panjang, betul tak. Tahun ni lak raya Tahun Baru Cina jatuh pada hari Ahad & Isnin. Jadi, hari Ahad digantikan cutinya pada hari Selasa. Peh, seronok tu dapat cuti lama. Haha. Masa ni lah kebanyakan family juga pergi bercuti. Sebenarnya perancangan awal Raja & Ratu nak ke Cameron Highlands & sambut ulang tahun perkahwinan kami di sana. Kalau nak diikutkan 'Ulang Tahun Perkahwinan' kami dah lepas. Tapi masa tu Raja sibuk dengan urusan kerjanya, maka terpaksalah kami menangguhkan perancangan masa tu & rancang nak pergi masa cuti Tahun Baru Cina ni. Tapi ish! ish! ish! ni yang Ratu nak nangis ni. Ni dah mula nak MELALAK ni. Perancangan nak ke Cameron terpaksa DITUNDA lagi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Semua rasa dah prepare lah termasuklah perbelanjaan di sana. Tapi apa nak buat. Sedih tidak terkata. Siapa yang tak sedih, bila perancangan bercuti ditunda kali ke 2. Air mata Ratu dah berbaldi-baldi menangis. Ratu merajuk dengan Raja. Ratu hentak2 kaki. Ratu rasa nak menjerit 'RATU NAK PERGI BERCUTI !!!!!!'. hehe.

Last2, Raja dah tengok Ratu merajuk berhari-hari, dibawa Ratu ke Hutan Lipur Sg Tekala. Hehe. Ni sebenarnya bukan dirancang. Lepas kami keluar makan, tiba2 kereta yang dipandu tu membawa kami ke sini. Raja sebenarnya memang nak ajak Ratu ke sini minggu lepas. Tapi masa tu nak tengok wayang. Raja masa tu ada inform Ratu nak bawa Ratu pergi air terjun. Tapi Ratu tak tahu di mana lokasinya. Tak sangka lak sampai juga kami akhirnya. Tapi tu lah, dah dinamakan tak dirancang, telefon bimbit Ratu tertinggal.. baju pun tak bawa.. cam ner nak mandi air terjun.. tak kan nak tengok saja air terjun tu.. HA, CAM NER NI? APA CERITA NI? NAK WAT CAM NER NI?

Terpaksalah gambar di ambil melalui telefon bimbit Raja. Cuma telefon Raja tak ada kabel telefon ke komputer. Jadi, terpaksalah nanti pindahkan gambar tu ke telefon bimbit Ratu sebab telefon Ratu ada kabel untuk pindahkan gambar ke komputer. Tapi tu la, bila Ratu nak pindahkan gambar tu, gambar tu tak boleh nak pindahkan lak. Terpaksalah Ratu copy gambar yang sedia ada ni di internet. HAHA.. JANGAN MARAH HA..

Bila sampai saja di Hutan Lipur, kami dicaj RM1 seorang. Hai, nak pergi air terjun pun kena tiket. Bukan ker, air terjun ni ciptaan TUHAN bukan manusia. Kalau buatan manusia tu logik jugak kena tiket. Pelik gak. Tapi tak per lah. Lupakan saja. Janji dah sampai. Tapi tak sangka betul ramai orang. Gerai pun banyak dibuka di kawasan luar pintu masuk. Raja pun tak lepaskan peluang beli makanan ringan cam buah jambu batu, jagung bakar & air.

Kami mula daki & naik tangga.. dan naik tangga.. dan terus naik tangga.. lepas tu.. JEN!! JEN!! JEN!! NAK TAHU APA YANG BERLAKU.. NAK TAHU APA YANG TERJADI.. Mestilah Ratu & Raja duduk kat batu tengok air terjun lah. Haha. Rasa2 suspen tak. Habis apa nak buat, baju tak bawa tengok saja lah sambil melayan perasan. Jangan gelak ok. Tiba2 Ratu baru teringat, sebenarnya kami balik rumah Ibu Raja & bermalam di sana. Semua pakaian dah dibawa keluar cuma tinggal beberapa baju yang tergantung dalam kereta sahaja yang tidak dibawa keluar. Apa lagi.. Bila Ratu inform Raja.. ada baju yang tergantung dalam kereta, cuma tuala mandi sahaja yang tiada dalam kereta. OTAK GILA KAMI NAK MANDI DAH SAMPAI.. HAHA. Raja kata tuala mandi leh beli di gerai tadi. Apa lagi kami mandi lah air terjun. Ratu simbah air kat Raja. Saja nak kenakan Raja. Dah puas mandi rasa sejuk badan. Maklumlah air terjun lah katakan. Dah habis mandi, turun tangga.. jap2 Raja tengok Ratu. Takut Ratu tergelincir. Maklumlah licin & Ratu lak pakai kasut tumit tinggi.

Apa yang boleh Ratu katakan thanks Raja ku sayang kerana membawa Ratu ke tempat yang tak dirancang ni. Nasib baik juga lah baju yang digantung dalam kereta tak dibawa keluar masa kami sampai di rumah ibu Raja. Kalau tidak..emm..Kami rasa ingin datang kembali bersama keluarga kami kelak.

Tatapan dari,

Tuesday, February 9, 2010

Nak tengok wayang..TAK JADI !!!!

Hujung minggu Raja & Ratu pulang ke rumah ibu Raja. Malam minggu kami bertolak & kami bermalam di rumah ibu Raja. Keesokkan harinya, Raja mula 'AJAK -AJAK AYAM' dengan Ratu nak pergi ke air terjun. WAA.. Raja dah mula kemaruk nak berjalan. Haha. Hujung minggu lepas, Ratu ajak pergi TAMAN BURUNG KUALA LUMPUR. Minggu ni lak, Raja nak ajak Ratu pergi air terjun. Ratu pasal berjalan ni memang no 1, terutama sekali bila Raja ajak. Minggu ni lak nak ke mana lak kan. Baik korang cadangkan 1 tempat. Kalau cadangan korang tepat, leh Ratu belanja makan ikan bakar dalam mimpi. Haha.


Sebelum berangkat, kami singgah dulu di rumah abang Raja nak pulangkan pancing yang telah lama Raja pinjamkan. Haha. Dah cam harta Raja simpan pancing tu. Bila Raja dah jumpa abangnya, terus BERPALING TADAH. Mana taknya. Raja inform Ratu tak jadi gi air terjun lak. Abang Raja ajak gi tengok wayang kat Jaya Jusco cerita '2 HATI 1 JIWA'. hUA.. hUA.. hUA.. APA DAH JADI. APA DAH JADI. Bila dah jumpa abang lak dah bertukar lokasi.. haha. Whatever.. Tapi tak per lah tengok wayang pun seronok gak. Dah lama tul Ratu & Raja tak tengok wayang. Waktu tayangan malam. Bila kami sampai saja nak booking tiket, kami dimaklumkan tempat dah penuh. Waduh..waduh..waduh.. Nasib tak baik lak.

Setelah perbincangan keluarga dibuat, kami memutuskan tukar plan. Plan apa? Nak tau.. Kitaorang pergi makan di Pizza Hut. Melantak lah sampai kenyang. Geram semua plan TAK MENJADI. Bila dah makan, kami pusing2 kat Jaya Jusco tu dan terus balik ke rumah ibu Raja. Lepas tu Kami kemas baju & pulang pula ke kediaman kami. Begitulah cerita SEDIH Raja & Ratu. Masalahnya dah dapat makan, SEDIH lagi ker.. Haha. Whatever.

Tatapan dari,

Friday, February 5, 2010

Tips kaji diri untuk jadi yang terbaik !!!!

Ratu ada baca 1 buku untuk dikongsi bersama.. Diharapkan ilmu ini berguna untuk semua. Perbaikilah diri untuk jadi yang terbaik dan terbaik.. dan boleh menjadi ikon untuk anak kita, adik kita, isteri/suami kita dan bla..bla..bla.. haha

1. KENALI LAH DIRI KITA
Kenalilah siapa diri kita. Kaji apakah KEKURANGAN dan KELEBIHAN yang ada pada diri kita. Dari situ nanti kita akan mengenali diri kita.

2. SENARAIKAN APA YANG KITA SUKA TENTANG DIRI KITA
Kita sendiri yang tahu siapa kita. Kita boleh senaraikan apa sahaja yang tabiat, sikap kita yang disukai dalam SEHELAI KERTAS. Dari situ, kita dapat membangunkan diri & menghargai segala kelebihan & personaliti diri kita yang positif.

3. PERBAIKI DIRI
Kaji KELEMAHAN diri kita. Klasifikasikan semua kelemahan dari segi sifat, tabiat & tanggapan buruk diri kita. Dari situ kita boleh cuba perbaiki diri kita & mengikis kelemahan tersebut. Mungkin agak sukar untuk mengikis kelemahan diri & mungkin ianya mengambil masa yang lama. Tapi kita boleh lakukan sedikit demi sedikit untuk perubahan diri. PASTI BERJAYA!!!

4. CINTALAH & TERIMALAH DIRI KITA SEADANYA
Apa yang kita lakukan, capai & inginkan, semua tu adalah untuk diri kita. Oleh itu, JANGAN SESEKALI BANDINGKAN DIRI KITA DENGAN ORANG LAIN. Ingatlah, SETIAP ORANG MEMPUNYAI KEKURANGAN & KELEBIHAN DIRI MASING-MASING. Tiada orang yang 'SEMPURNA'. Cuma pandai-pandailah kita mengatur perjalanan diri kita.

5. PERBAIKI PENAMPILAN & PERSONALITI DIRI
Jagalah penampilan diri kita LUARAN & DALAMAN. LUARAN tu meliputi penampilan dari segi pakaian, gaya rambut/ cara kita bertudung & penjagaan wajah kita (mekap). DALAMAN tu cam kebersihan hati, tingkah laku, pergaulan kita. HATI YANG BERSIH.. PENAMPILAN DIRI YANG CANTIK!! PASTI MENAMBAHKAN KEYAKINAN DIRI KITA.

6. JANGANLAH MENGONGKONG DIRI
Berilah kebebasan pada diri kita. Kadangkala, kita terlalu memaksa diri kita untuk mengejar sesuatu tanpa menghiraukan waktu kita untuk BEREHAT. Inilah menyebabkan diri menghadapi TEKANAN. Dan kadangkala kita terlalu kecewa apabila kita menghadapi KEGAGALAN. Jangan begitu, Jangan sampai diri kita tak boleh terima KEGAGALAN. Kegagalan itu kadangkala MENGAJAR KITA UNTUK BANGKIT MENCAPAI KAJAYAAN.

7. TERIMALAH 100% TANGGUNGJAWAB DIRI KITA
Dalam 1 masa kita mempunyai tanggungjawab pada DIRI SENDIRI, SUAMI/ISTERI, ANAK2, IBUBAPA, PEKERJA dll. Oleh itu, rancanglah MATLAMAT JANGKA PENDEK & JANGKA PANJANG untuk memastikan diri kita berjaya menjalankan tanggungjawab tersebut. Fokuskan pada kejayaan yang akan kita capai daripada matlamat tersebut. Pastikan ianya menambahkan keyakinan diri.

8. JAGALAH DISIPLIN & KESABARAN DIRI
Kalau diri kita tak berdisplin, pastinya segala yang kita inginkan ada halangan & sukar dicapai. Jagalah kesabaran diri untuk mencapai kejayaan. Kalau diri kita ditegur sesuatu yang betul, JANGANLAH MUDAH MELENTING. Terimalah kesilapan & belajarlah dari kesilapan tersebut. Ingatlah, segala apa yang kita lakukan BERDOA & BERSERAH pada Yang Maha Esa. Moga2 apa yang kita lakukan diberkati... AMIN

Tatapan dari,


Wednesday, February 3, 2010

Taman Burung Kuala Lumpur...

Raja tension kerja!!! Ratu pun nak rehatkan minda!!! Haha.. Dengar sini semua.. Kami nak LARI DARI KESIBUKAN KERJA!!! Waa, rasa2 bergema tak telinga korang mendengar luahan jeritan batin kami yang memberontak. Ratu memberi cadangan nak jalan2. Ratu dan Raja ni suka jalan-jalan. Bila Ratu ajukan pada Raja, Raja dengan terus bergolek2 & melonjak kegembiraan menyatakan setuju. BOLEH PERCAYA KER? Haha.. Semestinya tidak kan, sebab Raja tak bergolek2 pun. Haha.
Ratu menyatakan cadangan Ratu nak pergi Taman Burung KL. Raja pun setuju & kami pun bergeraklah. Ratu pun beli tiket tengok ada promosi untuk ahli J-Card. Sepatutnya tiket masuk RM15 tapi untuk ahli J-Card, tiket masuk jadi RM10 seorang. Dah beli tiket, kami masuk. Baru 10 minit berjalan bateri hand phone Ratu lak kong. Ratu mengadu Raja. Nasib baik Raja tak marah & melayan karenah Ratu. Hehe. Ratu ni pun kat rumah tadi tak nak caj. SORRY SAYANG!!! Kami keluar balik & caj handphone kat kereta. Nasib baik dalam kereta ada caj handphone. Pas tu kami masuk balik. Korang jangan terkejut. Taman ni boleh keluar masuk, kerana 1 tiket tu untuk 1 hari. Maknanya, korang leh keluar masuk sesuka hati korang cam rumah sendiri. Haha.
Ni antara gambar yang sempat diambil, cantik kan.
Ini lak ayam..
Ni bangau dengan gelagatnya...
Tengoklah burung merak yang ingin menunjukkan kehebatan & kecantikkannya.
Cantik tak..
Ratu & Raja juga ada masuk di bahagian burung2 dilepaskan. Waa.. seronok tengok gelagatnya.. Burung ni leh duk kat tangan kita, bila ada makanannya. Tapi tu lah sayang seribu kali sayang, tak dapat nak ambil gambarnya. Bateri handphone dah kongggg !!!! Penat memang penat sebab luas betul kawasannya. Tapi seronok tengok keindahan CIPTAAN ILLAHI. Dah penat berjalan, kami berhenti jap di gerai kecil dalam taman tu minum air. Raja tengok Ratu teringin nak makan aiskrim, Raja terus belikan. Waa, seronoknya dapat makan aiskrim. Dah keluar taman, kami pun gi makan & pulang lah dengan hati yang girang. Haha.


Tatatan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267