Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Tuesday, March 31, 2015

Mydin Penuh Dengan Pelanggan

Hari ini Ratu ke Hypermarket Mydin untuk membeli barang keperluan bulanan. Maklumlah bila bercakap mengenai GST. Semua bimbang harga akan naik. Bagi Ratu walaupun ada barangan yang akan turun harga akibat GST, tapi jangan lupa ada juga barangan harian yang bakal naik harga. Produk juga cara pembungkusan tidak seperti dulu. Macam susu tepung, kalau dulu dengan harga yang sama dapat beli dengan kandungan susu 1 kg. Sekarang susu memang dijual pada harga yang sama, cuma kandungan susunya dikurang 100 gram iaitu 900 gram. Pencuci muka juga ada yang kurangkan kandungannya. Emm.. Situasi sekarang walaupun ada barang yang tidak boleh berubah harga, tapi bagaimana pula dengan kandungannya?

Ratu yang membeli barangan bulanan hari ini terkejut juga melihat ramai yang membeli barangan di Mydin. Ratu pun tidak terlepas juga membeli mana yang perlu. Tapi barangan bulanan ni bukan sekali kita beli macam perabot atau barangan elektrik yang sekali kita beli, jangka hayat penggunaannya lama. Barangan harian ni bulan depan pasti kena beli juga. Tapi ada yang Ratu beli lebih sedikit. Buat stok bulan depan. Huhu..


Apa-apa pun Selamat Membeli Belah semua di saat-saat ini yang hampir menjelang GST.

Tatapan dari,

Wednesday, March 25, 2015

Makan Bersama Rakan Sepejabat Sebeum Menjelang GST

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Hari ini Ratu bersama rakan-rakan sepejabat Ratu akan makan besar hari ini. Hehe. Maklumlah nak GST bulan depan. Ni kira makan besar sebelum GST. hUHU..

Lokasi pilihan kami kali ini adalah Pizza Hut. Emm, Ratu yang tengah sibuk ni pun terpaksa datang juga kerana ingin mengisi perut yang tengah lapar ni. Huhu. Lagipun bila makan ramai-ramai ni lagi mengeratkan siraturrahim kan.

Inilah antara menu hari ini,


Inilah gelagat salah seorang rakan Ratu,


Apa-apa pun Ratu santap dulu..

Tatapan dari,

Saturday, March 14, 2015

Stok Acuan Sudah Ada di Tangan

Alhamdulillah.. Beberapa hari lepas acuan batu ini sudah ada di tangan.. Ratu rancng hendak pergi ambil hujung minggu ni. Tapi oleh kerana ramai sangat yang sudah bertanya. Ratu usahakan untuk pergi mengambil beberapa hari yang lepas.

Ini dia stoknya. Sebenarnya Ratu ingin mengangkatnya menggunakan pacuan 4 roda. Tapi oleh kerana sudah berebut dengan Raja kerana Raja pun hendak menggunakannya untuk projek di Penapisan Minyak Petronas Melaka. Ratu pun pergi mengambilnya menggunakan kereta. Jadi, acuan batu ini tidak dapat ambil banyak. Tapi ini pun sudah bertuan juga ni. Minggu depan Ratu akan pergi ambil lagi. Insya Allah. Ratu letakkan terus di rumah baru Ratu nanti. Senang. Sebelum ini nak letak semua takut terganggu sebab rumah baru Ratu dalam pengubahsuaian dan belum lagi dicuci. Kali ini rumah pun sudah siap cuci. Cuma ada kerja-kerja renovation sikit lagi yang perlu disiapkan. Ratu akan angkat semua stok letakkan di rumah baru Ratu ini. Senang untuk urusan pengambilan. Huhu..

Ini dia acuannya,


Ini gambar ke 2,


Semua ini sudah berpunya,


Hari ini saya hendak uruskan pembungkusan,


Hari ini bekerja keras untuk pembungkusan barang ini. 

Jika anda bermiant dengan acuan abtu ini boleh hubungi saya 012-6844870 Ely
Boleh juga layari facebook saya RR Raudah

Tatapan dari,

Wednesday, March 11, 2015

Acuan Batu (Stepping Stone)

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Di sini Ratu ingin memaklumkan kepada peminat-peminat landskap yang inginkan kawasan halaman rumah anda ada ruang yang menyenangkan dan mendamaikan khususnya dari segi lantai. Ratu ada penyelesaiannya.

Inilah yang Ratu maksudkan. Ini adalah acuan batu,


Ini adalah hasil dari pemasangan acuan batu ini,



Ini pula adalah gambaran tentang cara pemasangannya,


*     Ini adalah barangan import.
*     Acuan batu ini membuatkan kerja kita menjadi lebih mudah dan kreatif.
*     Tidak perlu upah orang.. Boleh buat sendiri.. Jimat Kos.. 
*     Boleh dibuat laluan pejalan kaki.. Lantai.. 
*     Ia diperbuat dari plastik yang berkualiti khusus untuk pemasangan simen ini. 
*     Ia tidak mudah pecah, rosak dan patah.
*     Stok terhad.. SIAPA CEPAT, DIA DAPAT !!!
*     Harganya murah sahaja... iaitu RM89 

Jom dapatkannya kerana stok semakin berkurangan kini.

Korang boleh layari ruangan facebook saya --> RR Raudah
Jangan lupa LIKE

Boleh menghubungi saya --> 012-6844870 Ely
Boleh < WE CHAT >  < SMS >  < WHATSAPP > < TELEGRAM >

Tatapan dari,

Tuesday, March 10, 2015

GST Akan Dilakasanakan Pada 1 April 2015

Apa yang dimaksudkan dengan GST? GST adalah cukai barangan dan perkhidmatan yang mana semua barangan dan perkhidmatan akan dikenakan GST. GST menggantikan SST (Salas Tax and Service Tax) iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

Ratu tersentuh dengan salah sebuah petikan di facebook mengenai GST dan Ratu bersetuju dengan kirimannya. Tiada cukai yang membebankan. Namanya pun "cukai" maka rakyat selaku pengguna perlu membayar sejumlah wang yang telah ditetapkan. 

Cuma GST ini berbeza sedikit dengan SST. Melalui SST tidak semua barangan dan perkhidmatan dikenakan cukai dan cukainya pula berbeza-beza kadarnya. GST pula yang bakal dilaksanakan pada bulan depan yang mana kadara cukainya semuanya sama iaitu 6%. Walaubagaimanapun, ada barangan termasuklah barangan makanan mentah, ubatan-ubatan, buku minyak dan sebagainya tidak dikenakan GST.

Ini adalah antara budget 2014 yang dibentang oleh Perdana Menteri kita,



Ini pula barangan yang tidak dikenakan GST,


Antara barangan yang dijangkakan akan turun selepas perlaksanaan GST adalah:-
*  Barangan elektrik seperti peti ais, tv, mesin basuh
*  Perabot rumah
*  Lampin pakai buang
*  Minuman ringan
*  Alat ganti kenderaan
*  Buah-buahan import
*  Tuala mandi
*  Pencil warna
*  Berus gigi & ubat gigi
*  Kenderaan
*  Tikar plastik

Antara barangan yang dijangkakan akan naik disebabkan GST adalah:-
*  Barangan elektronik dan telekomunikasi seperti telefon bimbit, android, komputer
*  Mesin fotokopi
*  Pengangkutan banrangan
*  Air mineral
*  Bebola ikan
*  Makanan bertin seperti sardin atau tuna
*  Lipstik
*  Sos cili & tomato
* Gandum dan makanan cereal

Antara barangan yang tidak berubah harganya selepas GST:-
*  Makanan mentah seperti ayam, daging, sayur-sayuran, ikan
*  Minyak masak
*  Buah-buahan tempatan
*  Minyak dan diesel
*  Susu tepung
*  Beras
*  Tambang pengangkutan darat dan air
*  Kadar X-Ray di klinik dan hospital swasta
*  Kadar tol

Bagi sesiapa yang berminat hendak beli barangan yang mana dijangkakan akan naik, belilah barangan itu sekarang termasuklah telefon bimbit, komputer, android kerana barangan ini asalnya tidak dikenakan cukai. Jadi, dengan perlaksanaan GST harganya akan naik bermula bulan depan.

Barangan yang dijangkan turun ini berlaku disebabkan kadar SST yang mana ada diantara dikenakan 10% termasuklah barangan elektrik serta perabot dan 7% melalui SST. Jadi, dengan perlaksanaan GST pada kadar cukai 6%, harga barangan tersebut akan turun dengan penjimatan sebanyak 1% ke 4%.

Tatatapan dari,

Monday, March 9, 2015

Beli Barang Rumah Di Ikea.

Semalam Raja dan Ratu meluangkan masa 1 hari menghabiskan duit kami dengan membeli serba sedikit barang rumah di Ikea. Sebenarnya, Raja dan Ratu sudah berapa kali hendak pergi tapi asyik terhalang sahaja. Sebelum ini pun kami sudah pergi. Cuma ada barang yang kami inginkan tiada stok. Kali ini, Raja dan Ratu sudah bertekad ingin pergi. Ratu pun sudah tangguhkan beberapa temujanji untuk hari ini. Huhu..

Kali ini Raja dan Ratu pergi ke Ikea dengan pacuan 4 roda. Haha. Ini namanya kami hendak borong habis. Tak de lah kejap-kejap nak datang. Huhu. Sampai sahaja di Ikea, ramai orang yang datang. Emm, maklumlah hujung minggu kan.

Ratu sebenarnya sudah ambil kod barang atau nombor artikel barang tu di laman web Ikea. Tinggal hendak kami hendak semak sahaja dengan pekerja Ikea tentang rak dan seksyen sahaja di mana barang itu berada. Maklumlah Ikea ni besar. Huhu. Sekali cari punya cari. Rupa-rupanya baru Ratu teringat salinan rekod kod semua barang yang Ratu inginkan ni sudah tertinggal kat office. Aduh hai, tepuk dahi Ratu sekejap. Ini nanti akan melambatkan masa Raja dan Ratu. Kami kena naik kat tingkat atas ambil kod kat barang di bahagian pameran. Lepas itu, baru boleh kami turun ke tingkat bawah pula. Emm..

Inilah yang kami borong. Ini di bahagian bawah di bahagian gudang barang-barang Ikea..


Ini pula troley yang berisi barang-barang,


Ini gambar yang ke 2.


Itu troley yang ke 2, nasib baik Raja ada tolong angkat. Berat betul almari tu.


Kerusi ini pun kami kebas.


Raja pergi ambil kereta pacuan 4 roda. Ratu dan Puteri Raja Ratu menunggu di sini sambil menjaga barang. Sampai sahaja kereta, kami susun barang-barang yang panjang di bahagian belakang kereta. Puteri Raja Ratu, Ratu letakkan di tempat duduk hadapan. Senang Ratu hendak susun barang. Mana barang-barang kecil Ratu susun di tempat duduk belakang. Huhu. Lepas itu, kami pulang dan susun barang ini pula di rumah baru kami. Huhu.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267