Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Monday, April 13, 2009

Drift kereta

Sabtu ari tu, Raja & Ratu nk g MYDIN, tapi ramai giler. So, makan la kat Restoren Ikan Bakar Malim bersama ayah & mak Ratu. On de way nk ke Restoren tu kita org nampak la show drift keta. Pas makan terus park keta, g tgk.

Starting point utk drift


Antara keta2 yg drift. Semua keta bikin punya.



Ni aksi drift, tak hitam jalan bukan drift namanya..

Tuesday, April 7, 2009

Pengalaman mengerjakan umrah

Umrah-Pakej Rayhar
Ni pengalaman manis Ratu semasa pertama sekali mengerjakan umrah. Ha..ha..mesti ko org berbulu dengar perkataan Ratu kan. Lantak ko org lah. Ok lah sambung balik. Ratu tengok keindahan KAABAH di hadapan mata terus tak terkata bak kata pepatah ‘lidah kelu tak berkata’ ‘tak dapat digambarkan dgn kata-kata’. Peh, cam berfalsafah lak. Tapi tul beb.. Berkata dalam hati betul ke Ratu berada di sini. Rasa bersyukur sangat Tuhan beri peluang mengerjakan umrah. Tapi kena beringatlah mengerjakan umrah ini bukan boleh suka-suka. Berpesan sebelum pergi selesai segala hutang kalau boleh. Bukan la hutang pinjaman kereta ke..rumah ke..belajar lah beb. Maksudku hutang cam hutang puasa. Minta ampun kepada rakan-rakan dan saudara mara terdekat.

Sebenarnya Ratu sendiri tak jangka dpt pergi. Satu malam…ceh nak mula cita la ni..Ayah Ratu beritahu dia terima tawaran di pejabatya utk mengerjakan umrah. Memang pejabatnya sponsor pekerja yg berkhidmat lebih 5 tahun. Ni kira nama ayah naik la ni. Dah rezeki Ratu lah beb..dah Tuhan nak bagi.. Ayah inform nk sponsor Ratu pergi sama. Emak pula menggunakan duit simpanannya. So, kitaorang pergi menggunakan agensi yg sama iaitu RAYHAR. Apa yg RAYHAR bg, nk tau..TUL NI..Jgn jadi cam UPIN & IPIN lak…tul..tul..tul..

Beg ni siap de lambang MALAYSIA. Malaysia Boleh!! Haha. Ingat nak bersukan ke. Bukan ape. Yg pergi umrah tu dari pelbagai negarakan. Senang kalau de apa2 hal. Yg bestnya beg ni, ia berzip & beroda. Kalau banyak nak isi buka la zip tu, nanti beg tu bertambah tinggi. TANDAKAN BEG NI beb. Ratu siap wat NAMA, ALAMAT & NO TEL. Pas tu laminate..Ikat dgn riben kat pemegang beg ni. Bukan pe, takut gak. Ramai yang pergi beb..Sekali kat JEDDAH kang, tak jumpa beg kang susah lak. Dah lah semua pakai beg yg sama. Haha jgn wat pasal beb. Menangis gua nanti.

Beg dlm gambar 1 & 2, Ratu leh bawa ke kerusi penumpang dlm kapal terbang. Beg gambar 2 tu leh bawa ke mana2 utk wat umrah. Dlm beg ni lah Ratu letak buku dlm gambar 3 tu. Buku tu complete beb & leh gantung kat leher. Senang nk wat umrah. Ratu kerap rujuk buku tu masa Sa’i. Ni lah yang Ratu dapat utk pakej yang Ratu pergi. Selain tu UNCANG KASUT pun RAHYAR de bagi.


Persediaan sebelum berangkat utk umrah
Ratu nak cita preparation sebelum pergi. Ni tuk semua yang nak pergi, Ratu bagi panduan. Barang2 yang nak beli..
Kalau PEREMPUAN
  1. TELEKUNG. Bahagian kepala telekung tu, jahitkan gambar MALAYSIA. Bukan pe kalau sesat, ternampak lak de org kai telekung lambang tu. Kita tau tu orang Malaysia. Biasaya lambang ni agensi tu de bagi. RAYHAR pun de bagi.
  2. SARUNG TANGAN. Beli yg tutup lengan tangan dari siku. Bukan sarung tangan yg tutup pergelangan tangan tu beb.
  3. SKAF. Beli skaf yg tul2 menutupi rambut sebab masa IHRAM rambut tak leh gugur. Kalau tak kena DAM. Per tu DAM? Nanti Ratu cita.
  4. SEJADAH KECIL. Ni utk kemudahan solat di Tanah Suci.
  5. STOKIN. Ni perlu dipakai semasa solat, umrah di Tanah Suci.
  6. BUKU SOLAT SUNAT. Buku ni berguna gak beb sebab di Madinah/ Mekah, azan kedengaran 2X, iaitu 15 minit sebelum waktu & ketika sampai waktu. Jadi sementara tunggu waktu solat, leh amalkan sonat sunat jika perlu.
  7. UNCANG KASUT. Kalau pihak agensi tak beri, better beli. Cam Ratu, RAYHAR dah beri 1 uncang kasut. Uncang ni cam beg uncang. Fungsinya tuk masukkan kasut ke dalam uncang & bawa ke tempat solat dalam masjid. Kalau letak kat luar masjid, leh hilang beb.
  8. SELIPAR & KASUT. Selipar ni perlu utk kemudahan kita bergerak dari hotel ke masjid. Bila sampai di masjid, masukkan selipar ni ke dalam UNCANG KASUT. Kasut pula boleh digunakan semasa mengerjakan umrah.
  9. BAJU JUBAH IHRAM. Jubah ni berwarna putih. Lebih afdal. Tapi warna lain pun leh gak. Ia tak wajiblah. Ratu beli 2 pasang warna putih.
  10. TUDUNG. Tudung ni Ratu beli 2 pasang berwarna putih.
Barang2 ni leh dibeli kat kedai yang jual barang keperluan haji/ umrah.
Kalau LELAKI
  1. KAIN IHRAM. Kain ni de 2 pasang & berwarna putih. Cara pemakaiannya Ratu akan tunjukkan nanti.
  2. TALI PINGGANG IHRAM. Tali pingang ni dipakai semasa mengenakan kain Ihram.
  3. BUKU SOLAT SUNAT.
  4. UNCANG KASUT. Kalau pihak agensi tak bagi, perlulah beli.
  5. SELIPAR. Selipar ni tuk kemudahan ke masjid & wat umrah.
  6. KETAYAP/ SONGKOK. Ni kai tuk ke masjid. Tapi tak wajib beli, terpulang lah kepada kita.
Barang2 ni leh dibeli kat kedai yang jual barang keperluan haji/ umrah.
Semasa ayah Ratu dapat tawaran tuk mengerjakan umrah, kitaorang terus menghadiri kelas belajar Umrah dengan Ustaz Yaacob. Nasib baiklah, kelasnya belum bermula. Ramai gak yang hadir kelas tu. Kelas start pas solat margrib pada malam minggu kat surau. Atas inisiatif Ustaz Yaacob, dia ubah kelas pd Sabtu & Ahad waktu pg. Takut tak sempat abis sampaikan ilmunya pada kitaorang sebelum pergi. Terima kasih lah ustaz.

RATU NASIHATKAN. KALAU NAK MENGERJAKAN UMRAH, BETTER CARI KELAS UTK BELAJAR. JGN AMBIL MUDAH DGN BELAJAR MELALUI BUKU/CD. PENTING TU BEB, WAT UMRAH NI KENA FAHAM TUL2. KALAU SILAP KENA DAM BEB. DAMNYA DE SEEKOR KAMBING, UNTA.

Hari berangkat 07 April 2007
Masa kelas, ustaz Yaacob pesan pd hari berangkat kena wat SOLAT SUNAT MUSAFIR. Apa tu solat sunat Musafir? Haha..cam tau lak ko orang nk tanyakan. Nanti Ratu cita. Ustaz pesan, wat solat sunat ni di rumah sebelum bertolak. Katakan kita bertolak selepas Asar, wat solat sunat tu selepas kita wat solat Zohor. Kenapa? Sebab kalau wat masa hampir nk bertolak, takut tak sempat. Masa nk gerak ramai org dtg, org nak jumpa kita sebelum pergi & nk azankan kita sebelum bertolak. Tul tak. Jadi kita jgn tunggu sampai masa suntuk baru wat solat sunat tu. Cam Ratu bertolak ke KLIA selepas Isyak, so wat solat sunat tu pas solat Margrib.

Ni Ratu nk cita apa tu SOLAT SUNAT MUSAFIR?
Solat Sunat Musafir tu solat yg dilakukan sebelum bertolak bila nak jalan jauh.

CAM NER NIATNYA?

CAM NER CARANYA?

Pas solat tu doa. Apa yg Ratu mohon?

  • Minta permudahkan ibadah umrahku di tanah suci.
  • Rapatkan diriku dengan keluargaku, jgn sesatkan kami & jgn pisahkan kami di tanah suci.
  • Ampunkan dosaku dll

Lagi 1 Ratu nk inform la, pada hari berangkat sebelum solat sunat ni better lah mandi hadas & bersihkan diri.

Tuah Umrah 2007

Detik 2007, Tahun kenangan & memang Ratu tak sangka dpt wat umrah. Kenapa Ratu kata tuah 2007? Nak tau pe sebabnya? Haha..

Pertama, tak sangka beb ramai gak member ofis Ratu wat umrah. Diaorg gi dgn agensi lain. Salah seorangnya Kak Noriza, Ratu jumpa di Tanah Suci Mekah. Tahun tu gak, pihak sykt de sponsor 6 org staff wat umrah tapi Ratu tak jumpa diorg sebab Ratu & Kak Noriza balik dr tanah Suci, diorg lak gi... Ish! Isk! Isk!

Kedua, sepatutnya Ratu gi 28 Mac 2007, tapi masa tu baru abis musim Haji, so visa semua jemaah umrah yg gi dlm bln Mac tak lepas. Tapi de hikmahnya. Nak tau pe hikmahnya? Haha..Ni yg Ratu nak inform ni. Tarikh 28 Mac tu dianjakkan ke 7 April dgn penambahan 3 hari. Kalau ikut jadual 3 hari di Madinah & 8 hari di Mekah. Tapi bila tarikh dianjak, Ratu dpt berada di Mekah 11 hari. Tul..tul..tul..jgn jealous..cam Upin & Ipin lak.

Ketiga, pihak sykt bg duit saku perbelanjaan ke Tanah Suci RM500 beb & cuti lak bergaji. Siapa tak suka beb.

Keempat, Ratu bersyukur sgt sebab masa di Tanah Suci, Ratu tak sesat. Barang keperluan pun tak hilang. Rakan ayah Ratu de gak sesat di sana sebab terlepas cakap. Ok Ratu cita ya. Lepas selesai umrah, rakan ayah Ratu ni nk cukur rambut. Masa tu kedai & hotel memang dekat dgn Masjidil Haram. Jln kaki je. Tapi sekarang dengar khabar kedai & hotel tu dah dirobohkan. Kitaorg ni temankan la org tu, takut sesat. Tapi dia kata “Ala balik dulu, sy tau balik nanti. Bukan jauh pun”. Lebih kurang cam tu lah dia cakap. Sok tu baru tahu yg dia tak jumpa jln & dpt balik nk dekat Subuh.

Kelima, cuaca masa Ratu di sana tak la panas. Masa di Madinah, cuaca sejuk & di Mekah lepas 3 hari di sana cuaca baru berubah ke panas. Alhamdulillah. Rakan ofis yg gi lepas kepulangan Ratu ke Malaysia mengadu cuaca agak panas, 40 0 C. Panas kan.

Keenam, tak sangka Ratu, ramai tul org dtg ke rumah utk jumpa & bersalaman sebelum Ratu sekeluarga diazankan & berangkat ke KLIA, sampai de duk di luar rumah. Ratu sungguh terharu beb..Nak nagis ni. Uhuk..uhuk.. Nak tau siapa yang hantar Ratu ke KLIA..Haha…mestilah Raja hatiku. Masa tu kami dah bertunang.

Keberangkatan ke KLIA pd 07 April 2007

Bila de Jom Heboh TV3, teringat umrah 2007 sebab mlm tu la Ratu bertolak ke KLIA. Ni ibuku dgn sepupuku di KLIA. Sepeninggalan Ratu n family, uma kami dijaga bapa sedara. Ni gambar anaknya la.

Ratu tiba KLIA kul 1.00 pg. Tak tido dibuatnya..tak selesa beb Ratu diterbangkan ke Jeddah kul 7.35pg dgn SAUDIA AIRLINES bukan MAS tau. Ratu sampai Jeddah kul 12.45 tgh hari. Beza waktu Malaysia dgn Arab Saudi 5 jam. Klu Malaysia kul 12.45 pg, Arab Saudi lak kul 5.45ptg. Setiba Ratu di sana Ratu wat SOLAT SUNAT SYUKUR.
Apa tu SOLAT SUNAT SYUKUR?
Solat sunat syukur tu solat yg dilakukan bila sesuatu hajat tercapai.


CAM NER NIATNYA?


CAM NER CARANYA?

Di Madinah
Pas solat sunat syukur & Zohor, Ratu g Madinah dgn bas. Hotel Ratu di Madinah dekat dgn Masjid Nabawi. Sampai je, terkejut tgk indahnya Masjid Nabawi. Ustaz Yaakob inform tiba di pintu Gerbang je, start tak leh ckp bukan2 sebab kita dah jadi tetamu Nabi. Yakkan selawat ke atas Nabi. Esok pagi, Ratu solat Subuh di Masjid Nabawi. Terkejut beruk !!!! belalang kunyit yak kat lantai luar masjid. Ok ni gambar yg diambil di Masjid Nabawi. Gambaran indahnya masjid ni de di tv masa azan margrib keudara.

Gambaran sebelum Subuh.

Ni Ratu curi2 ambil. Diam2, jgn inform org. Haha.. Mana leh bawa tel bimbit dlm masjid beb. Setiap pintu de penjaga yg check brg2 kita. Tapi pandai2 la nak hidup. Tel tu utk kemudahan Ratu. Ramai beb. Ko org tgk gambar yg Ratu ambil sebelum solat Subuh tu, ramaikan. Sampai solat kt luar masjid. Kalau kuar masjid dgn mak nanti tak jumpa ayah lak, leh Ratu call. 1 hari Ratu dpt peluang ni, dah Tuhan nak kasi. Masa tu pas solat Margrib, nak tunggu solat Isyak. Ratu guna la ambil gambar ni. Rezeki ko org la dpt Ratu tunjukkan kit rekabentuk dalam masjid. Cantikkan..

Gambaran waktu siang

Ni tempat ambil air zam2 di hadapan masjid Nabawi. Dlm masjid ni pun disediakan tong air zam2 & gelas (pakai buang).

Program hari-1 di Madinah, Ratu dibawa RAYHAR ziarah ‘Selamat Datang’ ke makam Rasulullah S.A.W, Saidina Abu Bakar, Saidina Umar & Raudhah. Masa ziarah dinasihatkan beri salam & sedekah al-fatihah. Bila suk Raudhah berdoa la, kerana doa akan dimakbulkan. Ratu yak doa minta Umrah Mabrur, jemput di haji /umrah yg lain & jgn jadikan umrah ini pertama & terakhir serta sampaikan salam jiran, rakan & keluarga ke atas nabi. Tapi ramai beb berebut masuk Raudhah dr pelbagai negeri. Ratu tak melepaskan peluang ni, rebut sama. Bukannya datang selalu. Tul tak. De org takut nak masuk. Ratu pesan jgn takut, peluang pasti ada. Rezeki Ratula, Ratu masuk pegang tgn mak, tak lepas. Kami berhimpit2 sambil berdoa. Izin Tuhan, terbuka ruang & kami dipanggil solat sampai di hadapan sekali. Dpt la wat solat sunat tahiyatul masjid 2 rakaat & berdoa. Ratu pun bersyukur la tak dtg haid sepanjang mengerjakan umrah. Ubat yg doctor bg berkesan. De gak org yg makan tapi tak berkesan, sampai tanah suci, dah tak leh wat ibadah.

Ni bacaan masa ziarah makam Rasulullah S.A.W.
Assalamualaika yahabibaallah, yarasulullah s.a.w. warahmatullah hiwabarakatuh

Makam Saidina Abu Bakar,
Assalamualaika ya saidina Abu Bakar Al-Siddiq radiallahuanhu warahmatullah hiwabarakatuh

Makam Saidina Umar,
Assalamualaika ya saidina Umar al-Khatab Al-Farouki radiallahuanhu warahmatullah hiwabarakatuh

Gambaran kedududukan Raudhah.

Masa ni diberi penerangan sebelum Ratu dibawa ziarah. Tudung hitam tu pembimbing masa ziarah. Takut sesat.

Hari ke-2, Ratu dibawa menziarahi Masjid Quba’, Jabal Uhud, Masjid Qiblatain, Medan peperangan Khandaq & pasar kurma. Ni masa di Jabal Uhud.

Ptg tu Ratu diberi penerangan sal pantang larang ihram krn keesokkan hari kami akan jatuh niat di Bir Ali. Pantang larang ihram? Bir Ali? Jgn takut, Ratu akan cita. Ilmu jgn lokek..bak kata Upin & Ipin..tul..tul..tul..

Hari ke-3, Ratu wat ziarah ‘Selamat Tinggal’ ke makam Rasulullah S.A.W, Saidina Abu Bakar & Saidina Umar. Ratu beri salam, sedekah al-fatihah & berdoalah. Klu wanita yg dtg haid, tak leh suk masjid. So, hampir dgn masjid, beri salam & berdoa la. Wajib wat ya..Ziarah ni cam menghormati & inform cam kita dh nk meninggalkan Madinah

13 Perkara Yg Dilarang Semasa Ihram

  1. Kai pakaian berjahit/ bercantum/ bersarung
    Lelaki, dilarang kai seluar, baju, sarung kaki & kasut berjahit. Selipar ‘Jepun’ leh kai. Perempuan, dikecualikan.
  2. Tutup kepala/ sebahagian darinya
    Lelaki, jgn kai songkok/ ketayap.
  3. Tutup muka
    Cam selsema, jgn tekap hidup lama2
  4. Kai sarung tangan
    Jgn kai sarung yg tutup pergelangan tangan
  5. Kai bau-bauan
    Jgn sentuh minyak wangi d kedai/ salam org yg kai wangian. Klu terkena, lekas2 basuh. Klu ubat gigi yg dipakai tu wangi, tu tak per krn keperluan harian.
  6. Kai minyak di kepala/ jangut/ bulu2 muka
    Minyak angin tak leh kai. Klu cam sakit kepala sgt, leh kai krn keperluan harian.
  7. Tanggal/ cabut rambut/ bulu2 badan
    Klu garu kepala, jatuh 1 bulu spt rambut, kena dam. Damnya ikut helaian rambut. Cam 3 helai rambut, 3 cupak beras.
  8. Potong kuku
    Klu tak potong kuku tul2 cam de serpihan kit, tertanggal masa ihram kena dam
  9. Tebang/ cabut pokok2 di Tanah Haram
    Klu sentuh pokok, jatuh 1 daun, kena dam
  10. Buru haiwan buruan yg halal makan di Tanah Haram
    Klu jatuh 1 bulu haiwan yg dipegang, kena dam
  11. Lakukan pendahuluan persetubuhan
    Tak leh bercium, kucupan/ peluk hingga naik nafsu syahwat.
  12. Bersetubuh/ berjima’
    Damnya 1 ekor unta. Tak dpt 1 ekor lembu/ 7 ekor kambing. Klu tak dpt, beli makanan yg sama harga dgn 1 ekor unta & bahagikan kpd fakir miskin. Klu tak kup duit, puasa la sama dgn bil cupak beras yg sama nilai dgn 1 ekor unta.
  13. Bernikah/ jadi saksi/ jadi wali.
    Klu nk nikah biar pas abis ihram

Pantang larang ni mula dr jatuhkan niat sampai abis selesai ibadat umrah.

Monday, April 6, 2009

Jatuh Niat di Bir Ali

Pas wat ziarah ‘Selamat Tinggal’ Ratu blk hotel, siap2 utk ke Mekah & mula mandi sunat ihram serta kai pakaian ihram. Niatnya,

Sebelum tu, Ratu nk cita Apa tu umrah? Umrah ialah ziarah Baitullahil Haram krn beribadat kerjakan tawaf & saie ikut syarat2 serta laksanakan wajib pd bila2 masa di luar ihram hj. Rukun Umrah iaitu,
  • Niat
  • Tawaf (mengelilingi) Kaabah 7 kali pusingan
  • Saie dr Bkt Safa ke Bkt Marwah (ulang-alik 7 kali)
  • Bercukur/ bergunting
  • Tertib

Tempat jatuh niat umrah di Bir Ali/ Zulhulaifah. Bg umrah tambahan, leh jatuh niat di Tanaiem, Jiranah & Hudaibiyyah. Ustaz ckp, klu takut terlupa jatuh niat di Bir Ali nanti, leh jatuh niat di Hotel pas mandi sunat ihram. Tapi klu dah niat, mula jaga 13 pantang larang ihram. Niat tu tak leh diluputkan klu nk niat sekali lg di Bir Ali. Bg Ratu better jatuh niat di Bir Ali

Ratu naik bas ke Bir Ali. Tiba sana, solat sunat tahiyatul masjid & solat ihram. Cam ner solatnya?

Pas tu bacala niat umrah,

Pas niat bertalbiah la dlm perjalanan sampai ke Mekah

Tiba d Tanah Haram Mekah, ingat jgn ckp sebarangan. Jaga tatatertib berbicara, niat, & tingkah laku.

Umrah Di Mekah
Tiba d Mekah, Ratu letak brg dulu di hotel. Pas tu wat tawaf. Syarat2 tawaf:

  • Suci dari hadas kecil & hadas besar
  • Mula & tamat d Hajar Aswad
    Better tamatkan di Pintu Kaabah, utk elak pusingan tu batal
  • Suci dr najis badan pd pakaian, badan/ tempat tawaf.
    Bg perempuan, better kai pantiliner utk kebersihan
  • Kelilingi Kaabah 7 kali
  • Tak blh menyentuh Kaabah
    Kalau sentuh, dikira spt tawaf dlm Kaabah. Klu tersentuh, pusingan semasa saja batal. K la, Ratu bg cth, katakan dh tawaf pusingan ke 3 & tersentuh Kaabah. Maka pusingan ke 3 je batal & 2 pusingan sebelumnya sah
  • Tak ubah niat/ tujuan, iaitu hanya utk tawaf saja.
    Jgn jln pantas utk tawaf. Tawaf tak rosak klu berhenti krn org lalu, jalan sambil tanya sal bacaan tawaf. Klu kawan/ pasangan terbatal wuduk, jgn tunggu. Teruskan tawaf
  • Menutup aurat
  • Berwuduk
  • Bahu kiri kena mengadap Kaabah
  • Tawaf luar Kaabah tapi dlm Masjidil Haram

Ni niat utk tawaf & mulakan di Hajar Aswad,

Kelilingi 7 pusingan, setiap pusingan de bacanya. Ustaz ckp klu takut keliru dah abis ke lum, atur bacaan setiap pusingan ikut keselesaan kita. Tak ikut bacaan buku tak per, yg penting jaga bahu kiri krn bahu kiri kena mengadap Kaabah. Tiba di Hajar Aswad setiap pusingan, kucup dgn tgn 3 kali dr jauh. Di Rukun Yamani, baca ni. Apa tu Rukun Yamani? Ratu cita di Tawaf sunat..

Abis tawaf, wat solat sunat tawaf di belakang Makam Ibrahim & berdoa la.

Ingat masa tawaf, tak leh bawa uncang kasut. Kena tinggalkan di tempt letak kasut.

Saie, syarat2 nya,

  • Dilakukan selepas tawaf Rukun/ Qudum
  • Mulai dr Bkt Safa & akhiri d Bkt Marwah
  • 7 kali ulang alik
    Safa ke Marwah – pusingan pertama
    Marwah ke Safa – pusingan kedua
  • Setiap pusingan kena sampai di penghujung saie di Bkt Safa & Bkt Marwah
  • Saie di Batnu Wadi iaitu tempat yg ditentukan
  • Tak ubah niat/ tujuan iaitu hanya utk Saie

Jgn kir tempat saie ni jauh beb. Mulanya Ratu pun ingat cam tu. Tempat Saie ni mengadap Kaabah je. Niatnya,

Ni bacaan bila tiba di Bukit Safa & Marwah

Bacaan setiap pusingan Ratu ikut buku Rayhar. Abis saie, baca doa & gunting/ cukur rambut sekurang-kurangya 3 helai. Dah selesai wat umrah.

Sunday, April 5, 2009

Tawaf Sunat

Sepanjang di Mekah, Ratu tgk Kaabah ni tak putus2 org wat tawaf sama ada tawaf sunat/ tawaf utk umrah. Tawaf sunat ni biasanya dilakukan klu nk mohon sesuatu & blh wat pd bila2 masa. Plg ramai org rebut termasuk Ratu ialah lepas Margrib, sementara nk tunggu Isyak. Berhimpit-himpit.

Ni video yang Ratu ambil menggambarkan kawasan kaabah utk tawaf.

Ni Ratu ambil pas solat Asar.

Bezanya dgn tawaf umrah, tawaf ni leh sentuh & cium kain Kaabah, cium Hajar Aswad & leh kai baju biasa. Pas tawaf & solat sunat tawaf, doa la. Kat mana tempat yg doa mustajab??? Nak tau. Rebut lah solat & doa di sini..

  • Di belakang Maqam Ibrahim. Cam ni lah rupanya

  • Menagadap di Pintu Kaabah (juga kaw Multazam iaitu antara pintu Kaabah hingga Hajar Aswad)
  • Di kaw Hijir Ismail
  • Di kaw Pancur Emas

Kedudukan Rukun Yamani, Rukun Syami, Rukun Iraqi & Rukun Hajaratul Aswad de pd gambar rajah Kaabah di atas.



Lawatan di Mekah

Masa ni Ratu dibawa oleh Rahyar ke Jabal Thur, Arafah, Muzdalifah, Mina, Jabal Nur (Gua hira’) & Masjid Janarah utk melakukan umrah.

Ok ni pandangan luar kaw Saie antara Safa & Marwah

Ni lak lawatan kami ke ladang unta. Peh kecik lak mata ayah & mak Ratu sbb silau cahaya matahari.

Ni lawatan kami ke Gua Hira’

Ni lak Jabal Thur…

Cantik tak unta ni beb…ni kat Arafah…

Di Arafah..Masa ni kami tak dinasihatkan naik bukit belakang ni sbb nk wat umrah

Ni Ratu ambil dlm bas.. khemah utk jemaah Haji bermlm di Mina.

Ni Ratu ambil masa lawatan dlm muzium. Ni kain di pintu Kaabah

Ni lak gambaran penuh Masjid Nabawi.

Hari ke 4 di Mekah, Ratu wat umrah 2 kali. Pg Ratu di bawa ke Taneem utk jatuh niat. Ptg lak di Hudaibiah. Umrah yg ni, leh niatkan tau utk org lain tapi yg tlh meninggal. Peluang ni Ratu gunakan niat 1 umrah yg Ratu wat utk arwah adek.

Saturday, April 4, 2009

Keberangkatan ke Malaysia (21 Apr 2007)

Sebelum blk, kena wat tawaf Wida’ dgn pakaian biasa sbg tanda kita akan pulang. Niatnya,Kemudian sunat tawaf & doalah wat kali terakhir. Ratu sampai KLIA pd kul 8.30 pg 22 April 2007. Raja yg tunggu dari kul 8.00 pg sambut kepulangan Ratu & family di KLIA & hantar kami pulang. Sampai di uma, terharu tgk ramai jiran dah tunggu & sambut kepulangan kami di uma termasuk Busu.



Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267