Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Thursday, February 28, 2013

Jadi ahli SUSTA Club..

Hari ni Ratu ada menerima satu surat daripada syarikat SUSTA CLUB yang mengandungi 3 paket kecil susu SUSTAGEN. Emm.. Nampaknya bulan ni adalah bulan rezeki Puteri Raja Ratu ni. Hari tu Puteri Raja Ratu menerima 36 keping lampin pakai buang dari Drypers. Kali ini Puteri Raja Ratu menerima susu SUSTAGEN pula. Ratu pun tumpang gembira menerimanya. Hehe..

Baru-baru ni Ratu memang ada mengisi borang untuk menyertai SUSTA Club. Masa tu Ratu ingin membeli susu SUSTAGEN JUNIOR untuk Puteri kesayangan Ratu. Sekali promoter tu ajak Ratu menjadi ahli SUSTA Club dengan mengisi borang yang disediakan. Apa lagi Ratu pun isi lah sebab Puteri Raja Ratu ini memang menggunakan susu SUSTAGEN sebagai minuman hariannya. Bila sudah jadi ahli SUSTA Club ni bolehlah Ratu mengumpul point untuk ditukarkan kepada apa-apa barang yang ditawarkan nanti.

Inilah dia susu yang diterimanya,

Moga-moga Puteri Raja Ratu dapat membesar dengan kuat dan sihat melalui susu SUSTAGEN JUNIOR.. Hehe.. Pihak syarikat SUSTAGEN ni kena bagi Ratu komisen sikit sebab ni dah dikira Ratu buat promosi ni. Emm..

Tatapan dari,

Sunday, February 24, 2013

Menduduki Peperiksaan Penting

Semalam 23 Februari 2013 bersamaan dengan hari Sabtu. Tepat jam 3.00 ptg Ratu telah menghadiri satu peperiksaan. Emm, korang nak tahu peperiksaan apa yang Ratu ambil ni ???? Sebenarnya Ratu mengambil peperiksaan Takaful. Tak per.. Nanti suatu bila sampai masanya nanti Ratu akan ceritakan. Ratu pun tidaklah mengetahui bagaimana exam ni diadakan.. Berapa soalannya.. Apa yang perlu dibawa.. Apa yang Ratu tahu, Ratu hendak lulus exam ni. Setelah Ratu dapatkan maklumat lanjut dari rakan, barulah Ratu tahu peperiksaan ini dilakukan secara online bukan lagi secara manual. Dan yang paling Ratu rasa takut dan gementar, keputusannya akan dapat diketahui lebih kurang 5 minit selepas jawapan peperiksaan itu dihantar. Bila nak ambil exam ni, Ratu teringatlah masa Ratu mengambil peperiksaan di UITM dahulu. Masa tu Ratu sambung belajar secara e-pjj. Emm.. Dah sudah. Ratu dah mula terkenang balik ni zaman-zaman dulu lak ni. Hehe..

Raja pada ketika ini sedang sibuk dan Ratu dimaklumkan bahawa Raja akan pulang lewat sedikit. Ratu pun memaklumkan kepada Raja bahawa Ratu ingin mengambil peperiksaan dan kalau boleh ingin Raja menemankan. Emm.. Raja pula bersetuju untuk pulang awal sedikit bagi menemankan Ratu untuk ke tempat peperiksaan. Waa.. bertambah semangatlah Ratu. Tapi tu lah Puteri Raja Ratu pula buat hal masa tu. Biasalah budak kecil kan. Nasib baik lah ibubapa Ratu ada pada ketika itu dan membantu Ratu menguruskan Puteri kesayangan Raja Ratu ni. 

Peperiksaan bermula pukul 5.00 ptg. Ratu rancang ingin bersiap awal untuk segera ke tempat peperiksaan dan dapatlah menelek buku.. Membaca & mengingatkan kembali mana fakta-fakta penting sebelum peperiksaan bermula. Tapi oleh kerana Puteri Raja Ratu ni asyik merengek jer.. Ratu pun dah tak dapat nak datang awal sedkit. Ditambah pula, Raja lambat sedikit sampai rumah. Ratu dengan tidak makan tengah hari terus bergegas naik kereta.. Raja pun pada ketika itu tidak terus masuk rumah.. Menunggu Ratu di dalam kereta.. Nasib baik sampai tepat pada masanya. Hehe..

Sementara Ratu menjawab soalan peperiksaan, Raja menunggu Ratu dengan penuh setia di dalam kereta. CEWAHHH !!!! Peperiksaan itu berlangsung selama 2 jam. Emm.. nampak gayanya 2 jam lah Raja tunggu dalam kereta. Hehe.. Masa peperiksaan itu berlangsung ada juga dalam menjawab soalan peperiksaan itu lebih awal tapi bila mereka dapat tahu keputusan, mereka mengeluh. Rupa-rupanya mereka dapat tahu bahawa mereka gagal. ALAMAK !!!! Lagilah takut Ratu dibuatnya. Ratu terus fokus dan berikan tumpuan sepenuhnya untuk menjawab kesemua soalan peperiksaan itu.

Sebenarnya, Ratu sudah siap awal dah jawab semua soalan tu. Tapi Ratu rasa takut kalau Ratu ada buat kesilapan. Memandangkan masa ada lagi 1 jam lebih, Ratu mengambil keputusan untuk menyemak kembali jawapan yang telah dijawab tadi. Bila sudah hampir tamat masa yang diberi, Ratu pun hantarlah jawapan bagi semua 100 soalan tersebut. Selepas tu, Ratu pun tunggu sebentar untuk mengetahui keputusannya. Takut dan gementar pun ada ni. Takut gagal dan kena ambil sekali lagi. Tak sanggup dibuatnya. Mana dengan anak lagi.. Mana dengan kerja lagi.. Mana dengan nak baca buku lagi.. Uruskan rumah lagi.. No !!!  No! !!  No !!!

Sekali bila tengok result. Alhamdulillah. Ratu telah lulus. Ratu dapat gred B. Alhamdulillah. Ratu terus pergi dapatkan Raja dengan hati yang riang. Terus Ratu salam dan cium tangan Raja. Lantas memaklumkan kepadanya bahawa Ratu sudah lulus. Hehe.. Kami pun pulang dengan hati yang riang.

Tatapan dari,

Wednesday, February 20, 2013

Posmen hantar hadiah.. TING ! TONG !

Hari ni Ratu menerima 1 bungkusan. Emm.. bungkusan apa ni yek.. Nak kata hadiah Hari Jadi lambat lagi.. Haha.. Ker ada orang nak bagi hadiah Hari Jadi awal pada Ratu. Adakah Raja Yang bagi nak buat kejutan untuk Ratu.. JEN !!! JEN !!! JEN !!! 

Inilah bungkusannya.

Tengok punya tengok.. Telek punya Telek.. Rupa-rupanya bungkusan ini mengandungi 36 keping lampin pakai buang daripada pihak Drypers. Emm.. Aik, ini hadiah untuk Puteri Raja Ratu lah rupanya. Aduh hai macam mana ni. RATU DAH TER OVER FEELING LAK INGAT HADIAH NI RATU PUNYA. hUA !!! hUA !!! hUA !!!! Fikir punya fikir.. Baru Ratu teringat bahawa Ratu ada menyertai satu kempen Drypers Happy Family Club yang diadakan pada hujung tahun 2012. Dalam kempen ini, Ratu kena mengumpulkan semua barkod lampin pakai buang yang pernah dibeli dari jenama Drypers dan mengumpul point berpandukan kepada kiraannya. Kemudian boleh pilih barang apa yang dikehendaki. Antara barang yang ditawarkan adalah beg bekas makanan.. buku kain.. pek mini drypers wee wee dry.. baju tidur baby.. 3 set bekas makanan.. tikar nylon dan jam pendidikan fabrik. Ratu pula pada ketika itu memilih DRYPERS WEE WEE DRY. Ratu rasa barang-barang yang lain tu tak lah menjadi keutamaan berbanding dengan lampin pakai buang. Sebabnya barang-barang yang lain kebanyakkan sudah ada dan jika diperlukan nanti Ratu boleh beli.. Berbanding dengan lampin pakai buang ni, ianya menjadi keperluan harian Puteri Raja Ratu. So, bila barang ni sudah sampai.. Emm, Ratu rasa bersyukur sangat. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan sedikit perbelanjaan untuk membeli lampin pakai buang untuk bulan ini. Hehe. Mana tidaknya.. dapat 36 keping lampin pakai buang. Banyak tu. hUA !!! hUA !!! hUA !!! Sukanya Ratu.... Terima kasih Drypers.

Tapi Ratu tak sangka lampin pakai buang Ratu terima dalam bulan ni, sebab Ratu difahamkan penghantaran kesemua barang dalam kempen ini akan dilakukan pada bulan April 2013. Emm.. Cepat juga ya..

Akhir kata, Ratu ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada pihak Drypers di atas pemberian yang tak seberapa ni. Hehe.. Tiba-tiba sopan lak.. Moga-moga nanti di masa akan datang, Ratu dapat terima lagi.. Hehe..

Tatapan dari,

Sunday, February 10, 2013

Membeli pakaian untuk Puteri Kesayangan Raja Ratu..

Ratu ada mengadu kepada Raja mengenai pakaian harian Puteri kesayangan Raja Ratu yang sedia ada ni sudah kecil dan tidak sesuai lagi untuk dipakai oleh Puteri Raja Ratu. Memandangkan hari ini 1 Malaysia menyambut Tahun Baru Cina.. jadi Raja Ratu fikir.. Hari ini adalah hari yang paling sesuai untuk Raja Ratu keluar membeli pakaian untuk Puteri kesayangan kami. Di sebelah pagi setelah Puteri Raja Ratu siap bersarapan, Puteri Raja Ratu ni ditidurkan sekejap. Maklumlah nanti nak bawanya keluar belikan baju. Takut nanti dia merengek pulak kalau tak cukup tidur. Emm..

Bila Puteri Raja Ratu ni sudah tidur. Ratu mulalah macam ribut bergegas siapkan keperluan mana yang patut. Siap-siapkan botol susu.. Susu.. Sediakan air panas untuk masukkan ke dalam termos.. Lampin pakai buang.. Tisu basah.. Hehe.. Nak kena kejar masak air ni.. Dah siap semua keperluan. Ratu terus gosok pakaian Raja dan Ratu untuk dipakai pada hari tersebut dan kemudian bergegas mandi. 

Setelah Raja dan Ratu bersiap, tiba-tiba Puteri kesayangan Raja Ratu ni sudah sedar dari lamunan mimpinya. HISSSSS !!!!! cam tau-tau lak Raja Ratu dah bersiap sedia nak bawanya keluar membeli belah. iSH !!! iSH !!! iSH !!! Bila Puteri Raja Ratu ni sudah bangun. Ratu pun siap-siapkan dirinya. Emm.. basuhkan mukanya.. sikatkan rambutnya.. pakaikan bedak.. tukarkan lampin pakai buang.. Raja pula letak barang dalam kereta dan mula panaskan enjin kereta. Seteklah semuanya siap, kami pun bergerak lah.

Sebelum Raja Ratu mula membeli belah, perut perlu diisi dulu beb. Setelah makan, barulah Raja Ratu memulakan langkah mencari baju baru untuk Puteri Raja Ratu. Raja Ratu mencari baju 'jalan' dan baju tidur.
Shopping punya shopping.. Hehe.. Inilah hasilnya.. Gabak poket Raja dibuatnya. Haha..



Akhir kata, semoga Puteri Raja Ratu bergembira mengenakan pakaiana barunya nanti. Hehe..  

Tatapan dari,

Friday, February 8, 2013

I Believe I Can Fly

Dalam sesi motivasi kali ini Raja Ratu ingin kongsikan antara lirik lagu yang perlu kita ambil iktibar dan jadikan ianya sebagai sumber inspirasi dalam menaikkan semangat kita untuk terus berjaya dalam mencapai apa yang di impikan. Ratu pun dapat tahu lagu ni melalui kursus yang Ratu hadir pada bulan lepas. Dalam kursus tu lah Ratu didedahkan dengan lagu ni. Bila Ratu dengar je lagu ni, terus Ratu ingin muatkan dan kongsikan di dalam Teratak Istana Raja Ratu ni bagi sesi motivasi pada kali ini.

Inilah liriknya..

I used to think that I could not go on
And life was nothing but an awful song
But now I know the meaning of true love
Im leaning on the everlasting arms

If I can see it, then I can do it
If I just believe it, theres nothing to it
I believe I can fly
I believe I can touch the sky

I think about it every night and day
Spread my wings and fly away
I believe I can soar
I see me running through that open door

I believe I can fly
I believe I can fly
I believe I can fly
See I was on the verge of breaking down



Some times silence can seem so loud
There are miracles in life I must achieve
But first I know it starts inside of me
(Riff-oh oh)

If I can see it, then I can be it
If I just believe it, theres nothing to it
I believe I can fly
I believe I can touch the sky

I think about it every night and day
Spread my wings and fly away
I believe I can soar
I see my running through that open door

I believe I can fly
I believe I can fly
Oh I believe I can fly
Cause I believe in me

Oh oh oh
If I can see it, then I can do it
If I just believe it, theres nothing to it
I believe I can fly

I believe I can touch the sky
I think about it every night and day
Spread my wings and fly away
I believe I can soar

I see my running through that open door
I believe I can fly
(choir-I can fly)
I believe I can fly

(choir-I can fly)
I believe I can fly
(choir-I can fly)
If i just spread my wings

(choir-I can fly)
I can fly
(choir-I can fly)
i can fly

(choir-I can fly)
I can fly
(choir-I can fly)
If I just spread my wings

(choir-I can fly)
Riff-i can fly
choir
I can fly

I can fly
I can fly
hum
fly!!!!!!

Jangan korang nyanyi lagu ni tanpa membaca dan menilai apa yang nak disampaikan dalam lagu ni lak ya.. Semoga terhibur dan hayatilah lagu ni. Hehe..

Tatapan dari,

Thursday, February 7, 2013

Ratu Tak Menang Tangan..

Hari ni Ratu memang tak menang tangan bila ramai pula yang bertanyakan tentang Al-Quran Digital. Nasib baik lah hari ni Raja dan Ratu mengambil cuti rehat selama 2 hari. Sekali ramai pula yang telefon bertanyakan mengenai Al-Quran Digital ni. Ratu kena aturkan strategi yang uruskan jualan Al-Quran Digital ni. Dua hari ni sahaja Raja Ratu sudah berjaya menjual sebanyak 10 buah Al-Quran Digital Al-Razzaq dan 1 unit Al-Quran Digital Red Pen. Emm.. Alhamdulillah.. Al-Quran Digital Red Pen ni adalah antara produk lain yang Raja Ratu jual selain Al-Quran Digital Khaleefa dan Al-Razzaq. Terpulanglah kepada pembeli. Tepuk dada, tanya selera. Setiap pembeli mepunyai citarasa masing-masing untuk memiliki Al-Quran Digital ini. 

Yang pasti RM5.00 dari setiap pembelian tuan-tuan dan puan-puan akan disumbangkan kepada anak-anak yatim. Untuk 2 hari ni Raja Ratu berjaya mengumpulkan sebanyak RM55.00. Alhamdulillah. Dapat juga disumbangkan kepada mereka yang memerlukan.

Ini adalah salah satu darinya. Pelanggan ini membeli 4 buah Al-Quran Digital Al-Razzaq sekaligus. ANDA PULA BAGAIMANA !!!!!


Tak rugi memiliki Al-Quran Digital ni.. Ini kerana Al-Quran Digital ini mempunyai pelbagai fungsi. Antara kandungannya:
1.         Al- Quran 30 juzuk, 114 surah
Beserta dengan TERJEMAHAN, TEKS & AUDIO
Teks Al-Quran menggunakan Resam Uthmani
Bacaan oleh Shaikh Abdul Rahman Al-Suddais & Shuraim
Terjemahan Al-Quran : Bahasa Melayu, Indonesia, Urdu, Turkish dan lain-lain
2.         Panduan solat & taharah
3.         Asma Ul-Husna
4.         Waktu solat & azan automatik beserta arah Kiblat
5.         74 Doa Haji dan Umrah beserta TEKS dan AUDIO. Memudahkan mereka yang ingin mengerjakan umrah & haji.
6.         14 Doa selepas solat beserta TEKS dan AUDIO
7.         81 Doa harian
8.         Radio.fm 
9.         Mempunyai ruangan untuk MEMORY CARD,  VIDEO              
            KLIP, NASYID, RECORDING
10.       Belajar Muqaddam
Pembelajaran KESELURUHAN Muqaddam beserta TEKS & AUDIO 

JADI, APA TUNGGU LAGIIII !!!! 
HARGA PROMOSI RM285.00 (TERMASUK KOS PENGHANTARAN)
Untuk makluman, RM5.00 setiap pembelian akan disumbangkan kepada Badan Kebajikan.

Untuk maklumat lanjut sila layari,
ataupun

boleh juga dihubungi melalui talian telefon 012-6844870/ 017-6611202

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267