Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Sunday, May 27, 2012

Puteri Raja Ratu Menemui Dua Pupunya

Baru-baru ni, Ratu mendapat tahu bahawa salah seorang daripada sepupu Ratu mengalami masalah yang agak serius dengan suaminya yang mana dia mengambil keputusan ingin bercerai. Di hari Sabtu ni, Ratu merancang ingin berjumpa sepupu Ratu tersebut di kampung bersama-sama Raja dan ibubapa Ratu. Kebetulan, Ratu juga ingin pergi ke rumah Mok Teh, ibu saudara Ratu untuk menghantar kain pasang yang telah dibeli untuk tempahan hari Raya Aidilfitri nanti.

Niat Ratu ingin berjumpa dengan sepupu Ratu tu untuk memberikan kata-kata semangat dan nasihat kepadanya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang dipikul. Ya tak. Mana tidaknya, hasil daripada perkahwinan mereka, mereka menimang 2 orang cahaya mata dan anak keduanya sebaya dengan Puteri Raja Ratu. Kedua-dua anaknya masih kecil lagi. Bagi Ratu, pasti perit dirasainya.

Selepas itu, Ratu ingin berangkat ke rumah Mok Teh iaitu ibu saudara Ratu pula. Sempat pula ayah Ratu mengambil gambar Puteri Raja Ratu bersama dua pupu yang sebaya dengannya. Inilah gambarnya,


Kemudian, Raja Ratu bersama ibubapa Ratu bergerak ke rumah Mok Teh. Sampai di rumah Mok Teh, Ratu membawa kain yang dibeli untuk tempahan baju raya untuk Ratu dan Puteri Raja Ratu. Ratu bercadang Raya tahun ini Ratu ingin mengenakan baju kurung moden manakala Puteri Raja Ratu pula baju kurung. Ratu dan Puteri Raja Ratu diukur untuk memudahkan urusan jahitan nanti. Selesai segala urusan, kami pun pulang.

Tatapan dari,

Friday, May 25, 2012

Al-Quran Digital Mendapat Sambutan Baik..

Alhamdulillah, inilah yang dinamakan rezeki. Al-Quran Digital yang Ratu jualkan kini mendapat sambutan yang baik. Sudah hampir 2 bulan kini, sudah 12 unit Al-Quran sudah terjual.. Iaitu 4 buah Al-Quran terjual pada bulan lepas & 8 buah Al-Quran terjual pada bulan ni. Syukur Alhamdulillah. Ratu mengambil keputusan untuk meluaskan lagi cabang jualan ni kepada pelbagai jenis Al-Quran Digital yang lain. Ratu akan mulakan penjualan produk Al-Quran Digital yang baru ini bermula bulan Jun nanti. Jadiiii Tunggguuuu keluarannya nantiiiii..
 
Kali ini jualan melalui online juga sudah ada pembelinya. Pada bulan ini, ada seorang pelanggan online yang juga berminat untuk membeli Al-Quran ini sebagai barang hantaran di Majlis Pertunangannya pada 1 Jun 2012. Pembeli ini membeli 2 buah Al-Quran Digital. Alhamdulillah. Satu dibelinya untuk hantaran dan 1 lagi dibelinya untuk dihadiahkan kepada ibubapanya. Seronok pula Ratu dengar bila pembeli ni membeli untuk ibubapanya. Bagus lah niat sucinya tu.

Beli apa-apapun ingat ibubapanya.. 
Ada juga pelanggan Ratu membeli untuk dihadiahkan kepada suami / isteri mereka..
Ada juga yang beli unttk kegunaan sendiri..
JADI ANDA BILA LAGIIII ????

Haha.. Sempat lagi berpromosi di sini. hUA.. hUA.. hUA.. Tapi Ratu sendiri pun rasa seronok menggunakan Al-Quran Digital ni sebab :
Ianya mudah di bawa ke mana-mana..
Boleh mengaji di dalam kereta ketika Raja memandu..
Boleh Ratu memanafaatkannya jika Raja Ratu diberi peluang untuk menunaikan umrah kerana ianya ada 74 doa untuk tunaikan umrah & haji..
Boleh mempelajari 102 kisah teladan Islam di dalamnya..
Memudahkan Ratu mengaji walaupun lampu bilik tidur tutup, maklumlah si kecil tidur kan..
Memudahkan Ratu dodoikan Puteri Raja Ratu sambil mengaji kerana ianya kecil seperti telefon bimbit..

Apa-apapun inilah Al-Quran Digital yang dibeli oleh seorang pembeli online iaitu NUR IDAYU HANIS 

Raja Ratu ucapkan ribuan terima kasih di atas pembelian Al-Quran Digital. Ratu terharu mendengar apabila NUR IDAYU HANIS sanggup membeli Al-Quran Digital ni untuk dihadiahkan kepada IBUBAPA HANIS sendiri. Raja Ratu juga mendoakan agar Majlis Pertunangan yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Amin..

Untuk maklumat lanjut sila layari,
ataupun

boleh juga dihubungi melalaui talian telefon 012-6844870/ 017-6611202

Tatapan dari,

Wednesday, May 23, 2012

Datuk Hamzah Beli Khaleefa

Emm, Datuk Hamzah ni merupakan salah seorang daripada Pengarah syarikat di tempat Ratu bekerja. Hari ni, Datuk Hamzah ni singgah ke pejabat untuk tandatangan beberapa cek. Selepas Datuk Hamzah menandatangan cek-cek tersebut. Ratu pun menceritakan mengenai produk Al-Quran Digital. PROMOSI !!! PROMOSI !!!! PROMOSI !!!!

Alhamdulillah, Datuk Hamzah berminat untuk membeli. Datuk Hamzah terus membeli 2 buah Al-Quran Digital sekaligus yang berjenama Khaleefa. Datuk beli 2 buah Al-Quran digital ni.. Satu untuk dirinya.. Satu lagi untuk dihadiahkan kepada isterinya. Hehe..

Inilah Al-Quran Digital yang dibeli oleh Datuk Hamzah,


Bagaimana pula dengan anda..
Tidak mahukah memilikinya..
Untuk diri sendiri mahupun untuk dihadiah kepada yang tersayang..
Tak rugi kalau anda membeli..
Kerana selain al-quran dan terjemahan..
Ada juga 81 doa harian..
Ada juga doa Umrah dan Haji..
Ada juga 102 Kisah Teladan untuk dipelajari..
Harganya tidaklah mahal..
Dengan rekabentuk sekecil seperti telefon bimbit..
Yang  mudah dibawa ke mana-mana..
Harganya hanya RM260.00..
Termasuklah kos penghantaran..
 Selain itu RM5 setiap pembelian disumbangkan kepada Badan Kebajikan..

Untuk maklumat lanjut sila layari,
ataupun

boleh juga dihubungi melalaui talian telefon 012-6844870/ 017-6611202

Tatapan dari,

Friday, May 18, 2012

Gelagat Kucing Si Baby

Ratu sudah lama tidak menceritakan kisah si 'Baby' kucing kesayangan Raja Ratu ini. Semenjak kelahiran Puteri Raja Ratu ni, Raja Ratu kurang memberikan tumpuan kepada si 'baby'. Ala kecian si baby. Dah lama jugalah kisah si 'baby' ni tidak dikemaskini. 
 
Oklah, kali ini Raja Ratu ingin berkongsi kisah gelagat si 'baby' yang memang mencuit hati Raja Ratu yang melihatnya. Terfikir di kotak fikiran Ratu, bagaimanalah agaknya bila Puteri Raja Ratu ni sudah boleh berjalan nanti. Bagai nak pecah rumah ni kot dengan jeritan Ratu. Haha.. Budak kecil ni kalau dah jumpa kucing. Ada yang menagis ketakutan. Ada yang berani sampai habis kucing tu dipukulnya. Tu yang Raja Ratu takutkan tu. Tapi Raja Ratu tengok Puteri Raja Ratu ni memang tak takut kucing nanti. Mana tidaknya, Puteri Raja Ratu ni membesar dengan kehadiran si 'baby' kat rumah ni. Sekarang ni si 'baby' lalu kat sebelahnya pun dia nak dapatkannya. Emm.. Kalau si 'baby' ni yang dia nak kejarkan. Ratu boleh kawal lagi. Kalau kucing lain kat tempat lain.. kat rumah orang lain ke.. Pening juga Ratu nak mengawalnya nanti bila Puteri Raja Ratu ni dah berjalan nanti.

Bila malam si 'baby' ni kadang-kadang naik atas katil dan tidur di tepi katil. Kalau si baby ni tengok Puteri Raja Ratu tidur di atas katil. Dia tidur di hujung katil. Emm.. So sweet. 

Satu malam tu, si 'baby' ni tidur di atas katil. Sekali Ratu dukung Puteri Raja Ratu ni untuk pergi mengambil barang di dalam bilik. Sekali Puteri Raja Ratu ni sudah nampak si 'baby', dia punyalah menjerit. Aduh hai. Terus 'baby' tersedar.

Terus 'baby' posing cam ni dan telefon bimbit yang berada di tangan Ratu pada ketika itu terus snap,



Nasib baiklah Raja Ratu bela seekor kucing. Kalau 2 atau 3 ekor ni.. Tak terkejar Raja Ratu.. Hehe..

Tatapan dari,

Thursday, May 10, 2012

Raja Menerima Tawaran Di Tempat Kerja Baru

Syukur ke hadrat Illahi di atas rezeki yang diberikan ini. Macam mana Ratu nak ceritakan ni ya. Oklah. Raja sebenarnya terlibat dengan kursus NIOSH di kawasan berhampiran dengan tempat kerja Ratu. Jadi, senanglah bila nak balik nanti sebab dah dekat kan. Waktu rehat Raja, Raja menelefon Ratu. Aik, dah rindu ke.. Haha.. Baru pagi tadi Ratu hantar Raja ke tempat kursus. Ataupun nak ajak makan tengah hari sama-sama ni. Emm.. Rupa-rupanya, Raja ingin mengkhabarkan berita gembira kepada Ratu. Raja menerima panggilan telefon dari rakan Raja yang juga merupakan orang kuat dalam sebuah syarikat yang mana ingin menawarkan pekerjaan kepada Raja dengan gaji yang lebih tinggi. Alhamdulillah.. Biar betul. Inilah namanya rezeki anak ni.

Ratu difahamkan Raja akan mula bertugas pada bulan Jun ini. Raja diminta datang ke pejabat untuk tandatangan surat tawaran dan daripada situlah Raja akan mengetahui kelayakan cuti berapa.. Masuk Kerja pukul berapa.. Dan balik pukul berapa.. Raja tidak risau sangat kerana pada ketika ini urusan kerja bagi projek paip gas di tempat kerja yang sekarang ni sudah selesai. Kalau masih belum selesai, sudah tentu Raja terpaksa minta mengangguhkan dahulu tarikh mula bertugas di tempat barunya ini.

Dalam tempoh lebih kurang tak sampai sebulan ni, Raja menyiapkan segala urusan di tempat kerja lama dan segala urusan lain sebelum Raja melangkah di tempat baru. Memang Ratu rasa bersyukur sangat. Dengan gaji Raja yang baru ini, dapatlah Raja Ratu merancang kewangan kami dengan lebih baik.

Diharapkan Raja lebih bersemangat bekerja di tempat baru dan persekitaran baru. Hehe.. AMIN..

Tatapan dari,

Tuesday, May 8, 2012

8 Langkah Bebas Diri Dari Hutang

Terjerat dengan masalah hutang meruapakan gejala yang boleh mendatangkan padah jika kita kurang bijak dalam menanganinya. Jika salah guna gaya, hutang terus bertambah dan masalah kewangan akan semakin meruncing. Jadi, dalam segmen motivasi kali ini Raja Ratu ingin mengupas topik hangat ini.

Dalam perkara ini, kita seharusnya bertindak bijak dengan mencari inisiatif terbaik dalam membebaskan diri dari beban hutang ini. Antara tindakan yang boleh dilakukan adalah :-

1. SEDAR BAHAWA KITA SEBENARNYA BERHUTANG
Langkah pertama untuk bebas daripada bebananan hutang adalah kita perlu tahu bahawa kita kita memiliki hutang, tak kiralah hutang itu kecil ataupun besar. Dengan menyedarinya, secara tidak langsung akan menjadi motivasi terbaik untuk diri kita mencari jalan keluar. Jika kita membiarkan hutang tersebut, maka kita tidak akan berusaha untuk mencari jalan penyelesaiannya.

2. KETAHUI JUMLAH HUTANG 
Catat segala hutang kita termasuklah hutang-hutang kecil yang kita tidak sedari seperti hutang kepada rakan mahupun keluarga. Begitu juga hutang wajib seperti bayaran kad kredit, perabot mahupun peralatan elektrik yang kita beli secara hutang. Jangan lupa hitung bersama kadar faedah atau caj perkhidmatan yang dikenakan. Cara ini akan memberi gambaran secara jelas jumlah hutang kita secara keseluruhan. 

3. ANGGARAN PENDAPATAN
Bagi memudahkan membuat pembayaran hutang. tulis anggaran perbelanjaan dan pendapatan bulanan kita. Dengan demikian, kita tahu secara jelas ke mana wang kita mengalir. Paling ideal, anggaran bayaran hutang seharusnya tidak melebihi daripada 30 peratus daripada pendapatan kita. Namun jika keadaan mendesak, peratusan tersebut mungkin boleh diubah. Apabila sebahagian hutang berjaya dilangsaikan, kita boleh mengalihkan bajet tersebut kepada tabungan pula.

4. SEGERA BAYAR
Selepass hutang disenaraikan dan anggran bayarannya telah dibuat berdasarkan kemampuan kita, maka pastikan ia dibayar dengan segera yakni menepati waktunya. Jangan sesekali menangguhkan tempoh pembayarannya bagi mengelakkan pertambahan kadar faedah terutamanya melibatkan aset bernilai tinggi seperti rumah dan kereta.

5. PENDAPATAN TAMBAHAN
Jika hutang kita dalam skala yang besar dan melebihi daripada anggaran pendapatan bulanan, maka cari jalan penyelesaian bagi menanganinya. Ketika ini kita seharusnya berusaha mencari pendapatan tambahan untuk menambah sumber kewangan. Kita mungkin boleh bekerja sampingan atau melakukan perniagaan kecil-kecilan. Ini bagi memudahkan kita menjelaskan hutang yang berbaki secara berjadual. 

6. TAHAN NAFSU BERBELANJA
Semakin tinggi jumlah bayaran hutang yang kita buat, maka semakin pendek tempoh masa berhutang berakhir. Apabila jumlahnya ditingkatkan, maka jumlah perbelanjaan pula terpaksa dikecilkan. Dalam tempoh ini ada baiknya kita menahan nafsu berbelanja sementara waktu. Lupakan seketika pakaian baru, beg tangan berjenama mahupun aktiviti hiburan kita.

7. TURUNKAN TARAF HIDUP
Jika langkah di atas masih belum menampakkan hasil untuk membebaskan diri kita dari cengkaman hutang, kita harus berkorban menurunkan sedikit taraf hidup kita. Daripada menyewa kediaman mewah, berpindahlah ke rumah sewa yang lebih murah harganya. Tukar corak kehidupan mewah kita kepada hidup yang lebih sederhana.

8. BERHENTI BERHUTANG
Cukuplah dengan kesilapan yang kita lakukan sebelum ini. Apabila semua hutang berjaya dibayar, maka jauhi diri kita daripada sikap berhutang lagi. Berbelanjalah mengikut tahap kemampuan kewangan kita bukan demi kepuasan untuk hidup mewah semata-mata. Lupakan kad kredit kerana ia adalah punca utama untuk kita terus berbelanja secara hutang. Lebih baik hidup sederhana daripada hidup runsing dek dikejar hutang.

Jadi, kita semua perlu perlu bijak dalam menguruskan kewangan diri dalam membebaskan diri dari hutang. Memang betul, kita perlu berhutang untuk memiliki sesuatu terutama sekali mengumpul aset. Itu tidak dinafikan. Kalau kita tak berhutang, macam mana kita nak beli rumah atau kereta. Betul tak !!!! Tapi, jangan jadikan sehingga hutang itu membebankan dan menjerat diri kita. Diharapkan langkah-langkah ini dapat membantu kita dalam membebaskan diri kita dari dibelenggu hutang.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267