Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Wednesday, September 30, 2015

Rawat Diri Dengan Sumber Alam

Kali ini Ratu ingin kongsikan di sini beberapa petua kesihatan yang Ratu ambil dari salah sebuah majalah yang Ratu baca.

ATASI MASALAH BULU KETIAK
Antara paling mudah dan berkesan ialah menggunakan bahan seperti kapur sirih dan kunyit hidup. Caranya, cabut semua bulu ketiak. Selepas itu celup ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan gosokkannya hingga rata selama beberapa minit. Kemudian bilas semula dengan air bersih. Lakukannya beberapa kali hingga masalah anda selesai. 

Petua ini juga sangat bagus dicuba oleh anak perempuan dan lelaki yang masih belum tumbuh bulu ketiak bagi menghalangnya daripada tumbuh.

PELEMBAP MUKA SEMULA JADI
Ambil beberapa lebar daun kubis, sesudu madu lebah dan sedikit air. Kisar daun kubis sehingga halus dan gaulkan kedua-dua bahan ini. Sapukan ke wajah hingga ke leher dan biarkan selama 20 minit. Cara pembersihan menggunakan kapas lembap dan bersihkan dengan lembut. Pastikan kulit anda akan sentiasa lembap dan tegang.

PENAWAR KURAP
Jika ada dikalangan anda yang mengalami masalah kurap, ini adalah petua mudah menyembuhnya. Ambil beberapa helai daun peria dan cuci hingga bersih. Kemudian ramas-ramas daun itu dan gosokkan pada badan atau bahagian tubuh yang dijangkiti. Lakukan beberapa kali sehingga sembuh

KURANGKAN SAKIT GIGI
Sakit gigi amat menyakitkan. Ia membuatkan anda tidak tenang, cepat marah dan tidak boleh membuat kerja dengan selesa. Caranya, ambil setangkai bunga cengkih dan masukkan ke dalam gigi yang berlubang. Biarkan beberapa ketika, sakit gigi anda akan berkurangan.

RAMBUT LAMBAT BERUBAN
Ada petua mudah mendapatkan rambut hitam berkilat dan juga lambat beruban. Apabila membancuh teh, hampasnya jangan terus buang. Setiap pagi, apabila mandi basahlah rambut dan gosokkan rambut dengan air rendaman hampas teh. Lakukan banyak kali, Selain rambut menjadi hitam pekat dan lembut, ia juga membuatkan rambut lambat beruban.

Moga tips ini membantu. Selamat mencuba

Tatapan dari,

Saturday, September 26, 2015

Wallpaper Design Yang Terbaru

Alhamdulillah, kali ini Ratu ingin menunjukkan design terbaru wallpaper. Inilah designnya..

Wallpaper 3D grade A1, kod 8006,


Wallpaper 3D grade A1, kod 8007,


Wallpaper 3D grade A1 kod 8008,


Wallpaper 3D grade A1 kod 8009,


Wallpaper 3D grade A1 kod 8010,


Wallpaper 3D grade A1 kod 8011,


Wallpaper 3D grade A1 kod 8012,


Wallpaper 3D grade A1 kod 8013,


 Wallpaper 3D grade A1 kod 8014,


Wallpaper 3D grade A1 kod 8015,


Wallpaper 3D grade A1 kod 8016,


* Harga RM90 termasuk pengeposan.
* Ukuran 10 meter x 60 cm
* Wallpaper ini sudah gam di belakang
* Senang pemasangannya -> jimat masa -> jimat kos
* Ianya kalis air

Kami bantu anda untuk cantikkan dinding rumah,
Anda puas hati.. Kami pun gembira.. ;-)

Berminat ??? Hubungi saya 012-6844870 Ely
Boleh  < we chat >
Layari ruang facebook Ratu --> RR Raudah

Tatapan dari,

Kejadian Yang Tidak Dingini Berlaku Di Rumah Jiran Ratu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung setia Teratak Istana Raja Ratu ini. Beberapa hari lepas, semua umat Islam telahpun menyambut Hari Raya Aidiladha. Raja dan Ratu di sini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Korban kepada semua umat Islam.

Cuma Ratu ingin kongsikan di sini 1 berita sedih yang mana berlaku musibah ke atas keluarga jiran Raja Ratu. Jiran ini tinggal di lorong yang berhampiran dengan rumah Raja Ratu. Rumah jiran kami ini terbakar pada petang hari memantai Hari Raya Aidiladha. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 3.00 petang.

Pada hari memantai tersebut, Ratu bekerja setengah hari manakala Raja pula terlibat dengan kerja luar. Dalam perjalanan Ratu pulang ke rumah, Ratu ternampak kepulan asap di lorong berhampiran dengan rumah Raja Ratu. Ratu sangat terkejut. Sampai sahaja di rumah berkenaan, Ratu tengok beberapa orang mula kelam kabut. Mungkin jiran-jiran Ratu baru perasan akan kebakaran rumah tersebut. Ratu difahamkan, pada mulanya mereka ingat ada jiran yang membakar sampah.

Bomba sampai di tempat kejadian kira-kira pukul 4.00 petang. Mereka menggunakan pili bomba di hadapan rumah Raja Ratu. Orang ramai mula membantu mana yang patut untuk mengeluarkan barang rumah. Tapi, tidak banyak yang dapat diselamatkan kerana banyak bahagian dalam rumah 90% sudah terbakar. Tuan rumah pada ketika ini tiada di rumah.

Inilah gambarnya,


Ini pula dalam bilik,


Ini gambaran dari luar rumah,


Ini ketika bomba sampai di tempat kejadian,


2 buah kereta bomba tiba di tempat kejadian,


Jika dilihat dari luar rumah, semua orang akan fikir kebakaran ini tidaklah sebesar mana dan tidak banyak bahagian yang terbakar. Tapi bila tengok di bahagian dalam rumah. Terkedu seketika, sedih kan. Dalam sekelip mata sahaja, bahagian dalam rumah habis terbakar. Raja dan Ratu yang melihat pun memang sedih. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Orang semua tengah sibuk membuat persiapan untuk Hari Raya Korban. Masak juadah untuk raya. Tidak diduga musibah datang menerpa.

Apa-apapun setiap musibah pasti ada hikmahnya. Raja Ratu berharap keluarga terebut tabah dalam menempuh dugaan ini. Yang penting, tiada yang terkorban dalam kebakaran ini. 

Tatapan dari,

Friday, September 25, 2015

Selamat Hari Lahir Puteri Raja Ratu

2 hari lepas adalah hari lahir Puteri Raja Ratu yang ke 4 tahun. Tepat pukul 12.00 tengah malam, telefon bimbit Ratu telahpun berbunyi mengingatkan Ratu tentang Hari Lahir Puteri Raja Ratu. Ratu yang tengah sibuk mengemas di dapur pun boleh terlupa saat yang indah ini. Raja pula tengah tidur manakala Puteri Raja Ratu tengah menonton tv. Ratu terdengar telefon berdering terus Ratu terfikir 'reminder' apa pula tengah malam ni. Ingatkan Puteri Raja Ratu yang main telefon tu sampai telefon berbunyi. Bila Ratu membaca 'reminder' itu, Ratu terus melihat kalendar. Terus Ratu memeluk Puteri Raja Ratu dan berbisik di telinganya mengucapkan Selamat Hari Lahir. Ratu mula berfikir apa yang akan Raja dan Ratu lakukan untuk Puteri kesayangan kami ini esok.

Pada keesokkan hari, Ratu mengingatkan Raja tentang Hari Lahir Puteri Raja Ratu. Emm.. Raja ni telefon bimbitnya ada problem sedikit baru-baru ini, Bila dah ok, dia tak setkan reminder bithday anaknya. Emm.. Lupa la tuuu.. Ratu terus mengajak Raja untuk membuat kejutan. Hasil perbincangan, tengah hari tu Ratu terus menempah kek di kedai kek yang berhampiran dengan pejabat Ratu. Pada mulanya Ratu fikir hendak beli kek yang sudah siap sahaja di Jaya Jusco. Tapi memandangkan Ratu sudah berkenan dengan sebiji kek di kedai kek yang berhampiran dengan pejabat Ratu ini, Ratu pun tanpa tunggu lagi terus menempah kek oreo dan minta mereka buat kek sebiji seperti sample kek yang sudah siap itu. Kek sample itu sebenarnya besar sedikit. Ratu tempah kek yang kecil sedikit sebab bukannya ramai pun.

Ratu terus whatsapp design kek yang Ratu tempah itu. Raja juga berkenan. Oklah. Raja Ratu tak rancang nak celebrate besar-besaran memandangkan budget kami terlari banyak kat rumah baru kami yang baru siap dan baru diduduki. Jadi, kami celebrate secara kecil-kecilan dalam family jer janji Puteri Raja Ratu gembira.  Raja pula mencari hadiah untuk Puteri Raja Ratu. Emm, dia pun carilah di Jaya Jusco.

Sebelah petang, Ratu terus mengambil kek yang telah siap ditempah. Ratu menunggu Raja pulang dan kami bersiap-siap ke rumah ibubapa Ratu dan membuat kejutan untuk Puteri Raja Ratu di sana. Tiba di hadapan rumah, Ratu mengeluarkan kek dan memasang lilin atas kek manakala Raja pula menghidupkan api kat lilin. Terus Raja buka pintu rumah dan Ratu pun mulalah menyanyikan lagu selamat hari lahir kepada Puteri Raja Ratu. Puteri Raja Ratu terus menerpa Ratu. Akibatnya, lagu tak habis nyanyi lagi lilin kat kek dah padam ditiup oleh Puteri Raja Ratu. Emm..

Inilah kek nya,


Ini antara gelagat Puteri Raja Ratu,


Emm, tengah makan,


hEHE..


Emm.. Robocar Poli,


Antara yang diterima,


Bukan main suka Puteri Raja Ratu makan kek. Puteri Raja Ratu gembira, Raja dan Ratu pun ikut sama gembira.

Tatapan dari,

Friday, September 11, 2015

Service Kereta

Kali ini, kedua-dua kenderaan Raja dan Ratu sudah tiba masa untuk tukar minyak hitam. Ratu mula pergi ke bengkel kereta yang berdekatan untuk tanya kos untuk 'service' kedua-dua kenderaan ini. Setelah diketahui kosnya, Ratu terus mengambil kenderaan Raja terlebih dahulu untuk tukar minyak hitam. Kemudian, Ratu hantar ke kedai cuci kenderaan untuk dicuci. Selepas itu, barulah Ratu membawa kenderaan Ratu pula. Raja kebetulan pada ketika ini tengah sibuk untuk projek di Petronas di Sungai Udang, Melaka. Raja menggunakan kenderaan pacuan 4 roda. 

Untuk kenderaan jenama Toyota ini Ratu suka beli minyak hitam jenama Toyota juga. Raja dan Ratu tidak suka jenama lain. sebab biarlah kenderaan ini menggunakan minyak hitam jenamanya kerana minyak hitam yang dikeluarkan memang khusus untuk kenderaan ini. Jadi, kenderaan ini akan terjaga. 

Kebiasaannya, kebanyakkan bengkel kereta kurang menjual minyak hitam jenama Toyota. Mereka lebih suka pelanggan menggunakan minyak hitam yang ada di kedainya. Mulalah cakap minyak hitam ini bagus lah. Tapi bagi Raja Ratu, minyak hitam ini sensitif. Ianya penting untuk pelancaran perjalanan enjin. Berbeza dengan alat ganti. Alat ganti mungkin kita boleh gunakan jenama lain. Walaupun bengkel kedai tetap menyatakan minyak hitam jenamanya bagus. Ratu tetap menggunakan minyak hitam Totota. Ratu terus membeli minyak hitam di kedai yang menjual barangan Toyota. Kemudian barulah Ratu ke bengkel tadi untuk penukaran. Maknanya, Ratu cuma membayar upah penukaran minyak hitam sahaja kat bengkel ini. 

Inilah gelagat si comel kat bengkel kereta,


 Gambar seterusnya,


Selesai sahaja urusan kereta, Ratu pun lega. Senanglah sedikit kalau hendak berjalan jauh sebab kenderaan sudah ditukar minyak hitamnya.

Tatapan dari,

Saturday, September 5, 2015

Layan Puteri Raja Ratu Ke Zoo Melaka

Beberapa bulan yang lepas Ratu telahpun berjanji akan membawa Puteri Raja Ratu ke Zoo Melaka selepas rumah baru Raja Ratu siap. Ratu kecian melihat Puteri Raja Ratu. Ratu sibuk beberapa bulan lepas pada hujung minggu dengan urusan rumah baru Ratu. Selagi rumah baru ini tidak siap seperti mana yang Raja Ratu inginkan, Ratu tidak senang diam. Jadi, Ratu tidak dapat membawa Puteri Raja Ratu bersiar-siar sepenuhnya. Pada ketika itu, masa kami banyak habis di rumah baru Raja Ratu. 

Alhamdulillah, kali ini Raja dan Ratu dapat duduk di rumah baru kami pada raya Aidilfitri 2 bulan lepas. Dan kali ini, Ratu kena tunaikan janji Ratu kepada Puteri Raja Ratu. Puteri Raja Ratu ini sudah beberapa kali menyatakan hasratnya untuk ke Zoo Melaka. Katanya, ingin melihat zirafah, buaya, kuda belang, gajah dan binatang lain. Emm.. Maklumlah, Ratu pun sudah berjanji dengannya sebelum ini. Jadi, Puteri Raja Ratu kali ini menuntut janji Ratu kepadanya. Emm.. ok lah.. untuk Puteri Raja Ratu, Ratu sanggup tunaikan. hAHA..

Kali ini Ratu mengajak Raja untuk membawa Puteri Raja Ratu ke Zoo Melaka. Akhirnya tiba juga kami di sini buat kali ke 2, 


Inilah antara binatang yang dikunjungi,


Zirafah dan kuda belang,


Badak sumbu,


Penat jugalah Raja dan Ratu ni melayan Puteri Raja Ratu di sini. Terasa longlai kaki ini melangkah setelah penat berjalan. Adakalanya, Puteri Raja Ratu ini minta di dukung. Haha.. Ratu dah lah tak larat. Tapi kena kuat semangat, sikit lagi dah nak ke pintu keluar zoo. Haha. Tapi ralat sedikit sebab kami terlambat sedikit untuk menonton persembahan binatang. Kami sampai sahaja persembahan dah habis. Emm.. Tidak mengapa janji Ratu dah tunaikan janji Ratu kepada Puteri Raja Ratu dan membuatkan dia seronok. Itu yang penting. Huhu..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267