Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Sunday, April 17, 2016

Bawa Puteri Raja Ratu Bermain Di Taman Tema Air

Raja dan Ratu rancang untuk membawa Puteri Raja Ratu bersiar-siar di Melaka. Ratu mengambil beberapa tempat yang boleh membuatkan Puteri Raja Ratu seronok. Antaranya, Taman Rama-Rama, Taman Tema Air atau Melaka Upside Down House.

Kaji punya kaji.. Fikir punya fikir.. Raja dan Ratu pun memilih Taman Tema Air Gold Coast Resort Melaka. Sampai sahaja di sana, paling nampak kegembiraan sekali sudah semestinya Puteri Raja Ratu. 

Inilah gambarnya,


Suka dia bermain air. Ini pula gambar yang ke 2,


Inilah antara gambaran di Taman Tema Air tersebut,


Alhamdulillah, semua permainan di taman tema air ini kami dapat merasainya walaupun ramai. Mula-mula datang tak berapa ramai. Lepas tu, mulalah orang datang. Maklumlah, aktiviti hujung minggu kan. Bila dah penat kami pun pulang. Tapi belum sempat sampai rumah Puteri Raja Ratu dah tertidur kepenatan di dalam kereta sampai mengingau-ngingau. Kecian dia. Tapi seronok bila melihat Puteri Raja Ratu ni gembira bermain air. Huhu..

Tatapan dari,

Thursday, April 14, 2016

Penghantaran Acuan Simen Pelanggan RR Raudah

Minggu ni Ratu sibuk dengan penghantaran wallpaper dan pengeposan acuan simen kepada pelanggan kami.

Alhamdulillah, rezeki dari Yang Maha Esa. Sebelum pengeposan dibuat, sempat pula Raja berposing untuk pos salah satu daripada acuan yang hendak dipos.. Huhu..


Ini antara wallpaper yang perlu dihantar kepada pelanggan RR Raudah,


Terima kasih Ratu dari RR Raudah ucapkan kepada semua pembeli. Terima kasih kerana membeli belah di RR Raudah.

Jika berminat boleh menghubungi Ratu melalui whatsapp --> 012-6844870
untuk melihat pelbagai design wallpaper, photomural dan acuan simen dari pelanggan Ratu.

Boleh juga singgah di page Ratu --> RR Raudah 
Sudi-sudilah LIKE page ini supaya anda tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan
termasuklah promosi terkini dan design-design baru dari RR Raudah

Tatapan dari,

Apa Yang Kucing Jiran Ratu Buat Ni

Beberapa hari lepas, Raja lepak sekejap di bahagian ruang rehat di luar rumah kami. Raja duduk di buaian sambil melayan whatsapp telefon bimbitnya. Sekali kucing kesayangan belaan jiran kami ini datang melepak sebelah kaki Raja. Raja pun terperanjat. Terus Raja mengambil gambar dan hantar kepada Ratu melalui whatsapp. Ratu ketika itu ada urusan luar.

Ini gambar yang dihantar dan inilah kucingnya. Comel kan.


Bulunya sangat lembut. Geram tengok ekornya yang sangat kembang. Kalau Puteri Raja Ratu nampak ni. Habislah dia kerjakan kucing ni. Raja hendak masuk ke dalam rumah terus mengambil gambar kucing ini sekali lagi. Huhu..


Nama saya 'MOON'.

Masa tengah menonton tv dim ruang tamu utama rumah Raja Ratu ni, tanpa disedari rupa-rupanya si Moon ni ikut masuk ke dalam rumah dan lepak di sebelah sofa kami. Tengok lah ni,


Alamak Puteri Raja Ratu sudah nampak la pulak. Huhu.

Tatapan dari,

Sunday, April 10, 2016

Apa Yang Puteri Raja Ratu Ni Buat

Hujung minggu ni Raja dan Ratu balik dan bermalam di rumah ibubapa Ratu. Sekali Puteri Raja Ratu mengadu lapar. Ratu pun rasa teringin nak makan nasi goreng. Jadi, Ratu pun mulalah ke dapur dan masak nasi goreng. 

Bila dah siap kupas bawang, potong sayur dan sediakan bahan-bahannya, Puteri Raja Ratu ini pula datang ke dapur. Katanya ingin membantu. Tengoklah apa yang dibuatnya,


 Dia pun hendak menumbuk bawang jugak. Emm, ini gambar ke 2,


Dah lapar ya. Iya la. Tolong Ratu tumbuk bawang ya. Bila nasi goreng sudah siap masak, kami pun makan sekeluarga. Bila sudah kenyang, tapi pun riang. Huhu..

Tatapan dari,

Friday, April 8, 2016

Hasil Kerja Mewarna Puteri Raja Ratu

Bila Ratu pulang sahaja dari pejabat, Raja dan Ratu mengajak Puteri Raja Ratu makan malam bersama-sama di rumah ibubapa Ratu. Bila kami sudah habis makan, Ratu pun bertanyakan kepada Puteri Raja Ratu mengenai kerja sekolahnya dan perkembangan di sekolahnya.

Puteri Raja Ratu pun pergi mengambil beg sekolahnya. Ratu pun terdiam dan melihat sahaja gelagatnya. Rupa-rupanya Puteri Raja Ratu ingin menunjukkan sesuatu kepada kami. 

Waa.. Cantik.. Terdiam Ratu seketika.


Puteri Raja Ratu ni kadangkala bila mewarna dia akan mewarna seperti burger tu 1 warna dan kotak susu tu 1 warna. Kadangkala, Puteri Raja Ratu ini mewarna sanpai terlajak dari gambar burger. Bila Ratu tengok hasil kerjanya. Emm.. Bagus. Sekarang sudah pandai mewarna. Huhu. Syabas, sayangku. 

Tatapan dari,

Thursday, April 7, 2016

Penghantaran Acuan Simen Kepada Pelanggan

Alhamdulillah, kali ini Ratu ingin menghantar acuan simen kepada salah seorang pelanggan RR Raudah dan ada juga acuan simen yang akan di poskan kepada pelanggan kami.

Bila acuan sudah siap dibungkus untuk tujuan pengeposan. Raja dan Ratu pun mulalah bergerak ke pejabat pos terlebih dahulu untuk tujuan pengeposan sebelum kami menghantar acuan kepada pelanggan kami yang lain pula, Inilah antara acuan simen yang akan di poskan,


Aktiviti pengeposan bermula untuk barangan kami,


Apabila selesai pengeposan, kami bergegas menghantar acuan simen kepada pelanggan kami pula.

Alhamdulillah, acuan simen sudah sampai ke tangan salah seorang pelanggan kami. Ini anaknya,


Berminat bolehlah menghubungi Ratu di talian 012-6844870 Ely
Boleh

Boleh juga singgah ke page facebook kami RR Raudah
Sudi-sudilah LIKE page ini untuk tidak ketinggalan mengikuti perkembangan kami termasuklah promosi-promosi terkini kami nanti.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267