Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Tuesday, June 30, 2015

Pejam Celik Sudah Hendak Hujung Bulan

Pejam Celik.. Pejam Celik sudah masa sudah menjejak ke hujung bulan Jun 2015 dan kita bakal menyambut Aidilfitri lebih kurang 2 minggu lagi. Ratu sudah ada rasa risau sedikit sebab persiapan di rumah baru Raja Ratu belum lengkap sepenuhnya. Ada 3 bilik lagi yang belum lengkap lagi kelengkapannya di mata Raja Ratu, ruangan branda kecil kami dan ruangan dapur masih belum lengkap lagi. Barang-barang memang Ratu sudah tempah cuma Ratu berharap sangat ianya berjalan lancar seperti mana yang dirancang. Langsir pun sudah ditempah untuk rumah baru Raja Ratu.

Kalau soal kabinet. Emm, memang tak boleh hendak elak la. Kosnya memang tinggi kan. Aduh, termenung juga Raja Ratu. Apa-apapun jom kita cuci mata tengok wajah kabinet yang nampak serba moden ini. Mungkin menjadi sumber inspirasi kepada kita semua.


Wow, cantikkan. 


Design ini pun cantik.. tapi duit je kena disediakan. Kalau ada duit boleh je kalau hendak buat kan. Emm.. 


Memang cantik kan. Tapi Raja dan Ratu ikut kemampuan dan keselesaan kami untuk ruangan dapur rumah baru kami. Nantilah bila sudah siap nanti Ratu tunjukkan ya. Insya Allah.

Tatapan dari,

Baju Mickey Mouse Untuk Puteri Raja Ratu

Bebrapa hari lepas AEON Jaya Jusco ada membuat hari J-Card untuk semua ahli J-Card. Ratu pun apa lagi. Tidak mahu melepaskan peluang bershopping. Kebetulan pula, Ratu memang sedang mencari barang elektrik untuk rumah baru Ratu. 

Belek punya belek.. jalan punya jalan.. lain yang Ratu cari lain yang Ratu beli. Ratu sudah berkenan pula dengan kasut yang ditayangkan di bahagian kasut. Sekali tengok tengah promosi. Emm.. kasut raya belum beli.. Emm.. kena kabas juga kasut ni. Terpandang lak beg tangan yang juga sedang diberikan diskaun. Emm, fikir punya fikir.. tenung punya tenung.. Ratu kebas juga beg tangan ini untuk raya nanti. Emm.. gabak duitku. Ratu sebenarnya hendak beli barang rumah. Tapi barang raya pula yang Ratu beli.. Huhu..

Inilah beg tangannya,


Selepas itu, Ratu terpandang ramai pula yang berpusu-pusu ke bahagian pakaian kanak-kanak. Hendak diikutkan Ratu sudahpun membeli baju dan kasut raya untuk Puteri Raja Ratu. Tapi Ratu berkenan pula dengan baju Minie Mouse yang ada kat situ. Emm.. harga pun murah.. Kena kebas juga baju ni. Hoho. Apa peruntukkan yang tinggal untuk barang elektrik nanti ??? Emm.. 

Inilah bajunya,


Ratu berkenan di bahagian bahu baju ni,


Akhirnya, Ratu insafkan diri sekejap. Ingatkan diri bahawa Ratu ke AEON untuk membeli barang elektrik. Haha. Terus Ratu naik ke bahagian barangan elektrik. Ratu tengok harga tv untuk rumah baru. Ratu pun ada membeli termos air panas. Sekali tengok jam. Aaaaa !!! Ratu sudah lambat. Huhu. Lama juga Ratu kat Aeon Jaya Jusco ni. Ratu terus bergegas keluar Jaya Jusco. Tak sempat nak beli tv. Tapi sempat lah ambil baucer RM40 hari hasil dari mengabakkan sejumlah wang RM400 hari ini, sebab sempena hari J-Card setiap pembelian RM100 dapat baucer RM10.

Emm.. petang kang sambung lagi hendak beli tv pula. Hoho..

Tatapan dari,

Friday, June 19, 2015

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Pelik celik.. pejam celik dah masuk bulan Ramadhan.. Raja dan Ratu meletakkan harapan penuh agar Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kami sekeluarga. Raja dan Ratu hanya ada 1 bulan sahaja lagi untuk merealisasikan impian kami untuk beraya di rumah baru kami. Cuma 1 bulan sahaja lagi... AAAAA !!!!! Rasa nak menjerit sahaja. Hishhh !!!!

Dalam tempoh 1 bulan ini banyak urusan Raja dan Ratu yang belum selesai. Rumah belum basuh lagi. Ada barang-barang dalam rumah yang belum habis dibawa masuk lagi. Kerja-kerja di pejabat Ratu pun berlambak. Akaun pelanggan Ratu pun Ratu belum siap lagi. Rumah ibubapa Ratu pun belum dibersihkan lagi. Tarik nafas.. Ambil mood jap.. 

Insya Allah, selagi ada masa ni.. Insya Allah, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Yang penting jangan cepat berputus asa. Sebab Raja dan Ratu bukannya kesuntukkan masa.

Hari ini 1 Ramadhan. Ratu meletakkan harapan agar rumah baru Raja Ratu mesti sudah selesai dibasuh sepenuhnya. Sebenarnya, rumah baru Raja Ratu ini sudah pun dibasuh sebelum ini. Tapi kesan dari tebukan dinding akibat pemasangan rod langsir.. penambahbaikan serba sedikit di kawsan rumah Ratu ini menyebabkan rumah kami ini berhabuk balik dan tidak selesa untuk dipijak. Habuk sahaja di sana sini. Jadi, Ratu bertekad untuk bersihkan rumah baru ini sepenuhnya hari ini. Boleh dikatakan separuh rumah ini telahpun dibersihkan semalam. Tinggal separuh sahaja lagi. Insya Allah.. caiyok Ratuuuuu !!!!

Cepatnya masa berlalu. Sekali tengok jam, sudah pukul 4.00 petang. Rumah baru Raja Ratu tinggal bersihkan kawasan dapur dan kawasan luar branda dapur. Insya Allah, sempat ni siapkan hari ini..

Akhirnya, sekitar pukul 6.00 petang, Ratu siap sepenuhnya pembersihan rumah. Alhamdulillah.. Ratu sudah tidak larat lagi. Terlepak sekejap. Raja tolong angkat dan buang sampah guna kenderaan 4 x 4 nya. Akhirnya, penatnya pun berbaloi sebab 'target' Ratu hari ini tercapai. Cuma tinggal beberapa urusan di rumah baru Raja Ratu yang belum selesai termasuklah kemasukkan beberapa barang rumah. 

Lepas ini Ratu fokuskan pada akaun syarikat pelanggan Ratu pula.

Apa-apapun Ratu ingin ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua. Semoga Ramadhan kali ini memberikan manfaat kepada semua. Amin..


Tatapan dari,

Sunday, June 14, 2015

Hari J-Card AEON Jaya Jusco

Beberapa hari lepas AEON Jaya Jusco ada membuat hari J-Card yang mana Ratu rasa promosinya sangat mengancam kalbuku. Tapi Ratu terkilan sedikit sebab hari J-Card ini diadakan pada pertengahan bulan. Jadi, perbelanjaannya terbatas sedikit. Niat Ratu kali ini hendak borong barang rumah dan membeli keperluan raya untuk Puteri Raja Ratu dan ibu Ratu serta ibu mertua Ratu.

Beli barang kecil-kecil pun, sekali borong penuh juga troli. Belum lagi dalam kereta. Huhu.. Ratu tengok baju raya untuk Puteri Raja Ratu dan membeli kasut raya untuknya. Inilah yang Ratu beli. 


Inilah kasut raya untuk Puteri Raja Ratu. Emm, Puteri Raja Ratu ini tak habis-habis membelek kasut barunya.


Ini pula Ratu borong bantal untuk rumah baru Raja Ratu. Bantal ini harganya RM1++. Tapi sekarang ini tengah promosi harga RM99 dapat 2 bantal. Apa lagi, Ratu pun kebas. Sebab Ratu memang sedang mencari bantal ini. Bantal ini ada jaminan selama 3 tahun.


Ini pula Ratu belikan kasut untuk ibu Ratu dan ibu mertua Ratu. Design kedua-duanya sama cuma warnanya sahaja yang berbeza. Kasut untuk ayah Ratu, Ratu belum beli lagi. Nanti tunggu hujung bulan ini. Raja Ratu akan belikan. Huhu.


Inilah keadaan dalam kereta selepas bershopping untuk hari ini. Penuh kan. Tempat duduk belakang ini hanyalah untuk diduduki oleh barang-barang ini. Huhu.


Alhamdulillah, selesai hajat Ratu untuk membeli barang untuk Puteri Raja Ratu dan ibu Ratu serta ibu mertua Ratu. Nanti kasut untuk ayah Ratu pula akan Ratu belikan.

Tatapan dari,

Friday, June 12, 2015

Kursus GST Di Kastam

Beberapa hari lepas, Ratu menerima panggilan telefon dari pihak kastam di pejabat Ratu. Pihak Kastam bertanyakan tentang laporan GST yang perlu dihantar bagi bulan April 2015. Alamak !!!! Ratu belum hantar lagi. Huhu. Tempoh penghantaran laporan  bagi bulan April ini telah tamat. Emm.. pihak kastam memaklumkan bahawa banyak syarikat masih belum lagi menghantar laporan GST. Ratu pula kurang faham mengenai penyediaan laporan GST ini. Jadi, kenalah belajar. Tapi GST ini bagi Ratu memeningkan kepala sahaja. Nak kena tambah kerja kita lagi untuk penyediaan laporan serta kena buka fail baru khusus untuk GST ini. Emm.. kan dah kena tambah kerja. Leceh kan.

Pihak kastam memaklumkan penambahan 2 minggu bagi penghantaran laporan ini. Selang beberapa hari selepas itu, Ratu menerima panggilan lagi dari pihak Kastam mengenai kursus penyediaan laporan GST yang akan dibuat di pejabat Kastam. Kenalah Ratu hadir dalam kursus ini. 


Ramai juga yang hadir dalam kursus ini. Ada yang sampai senaraikan apa yang hendak ditanyakan mengenai GST. Maklumlah GST ini masih baru lagi dilaksanakan. Tapi rasa macam tak seronok pun ada sebab mana-mana syarikat yang berdaftar dengan pihak kastam boleh buat tuntutan jika kita telah membayar lebih daripada apa yang telah kita terima dari pihak pelanggan kita ke atas 6% daripada 'tax invoice' yang dikeluarkan. Bagaimana pula dengan 'end user' ??? Mestilah jawapannya tidak boleh tuntut sejumlah wang dikeluarkan ke atas caj GST ynag dikenakan. Betul tak ??. 

Tapi yang seronok kursus seperti ini ada disediakan makanan. Huhu. Makan je Ratu ni. Hehe..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267