Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Tuesday, October 28, 2014

Wallpaper Pelanggan

Hari ini, Ratu perlu menghantar 2 roll wallpaper seperti mana yang diinginkan oleh pelanggan ini yang bernama Syaripah Mastura atau lebih dikenali sebagai Mas. 

Ini dia wallpapernya,


Ini pula designnya,


Harganya RM60 untuk setiap roll + RM5 untuk kos pengeposan

Ratu ingin tunjukkan antara design lain yang boleh di pilih.


Ini adalah design yang ke 2 corak bunga,


Ini pula design yang ke 3 corak bunga,


Ini design yang ke 4, corak bunga


Ini design yang ke 5, corak bunga


Ini adalah design ke 6, corak bunga


Kesemua design di atas adalah pada harga RM60 per roll
Ukurannnya 10 meter x 45 cm
Wallpaper sudah siap gam di belakangnya.
Jadi, senang untuk pemasangan--> Tidak perlu kos upah

Berminat ??? Boleh menghubungi Ratu --> 012-6844870 Ely
Layarilah ruang facebok Ratu --> RR Raudah

Tatapan dari,

Monday, October 27, 2014

Bersiar-siar Di Perkampungan Hang Tuah

Di kesempatan hujung minggu, Ratu bersama-sama ibubapa Ratu dan bapa saudara Ratu bersiar-siar di Perkampungan Hang Tuah. Lokasinya sangat berhampiran dengan perigi Hang Tuah yang mana ianya terletak di kampung Duyong. Perigi Hang Tuah dikatakan mempunyai kaitan dengan Hang Tuah iaitu seorang pahlawan yang terkemuka suatu ketika dahulu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Beliau dilahirkan di kampung Duyong dan dipercayai menggali sendiri perigi ini untuk kegunaan dirinya. Pada asalnya perigi ini kecil. Lama-kelamaan makin besar dan makin dalam. Perigi ini dikatakan tidak akan kering walaupun di musim kemarau. Inilah kelebihan Perigi Hang Tuah ini dan airnya juga dikatakan dapat menyembuhkan penyakit. Kebanyakkan yang datang melawat perigi Hang Tuah ini akan mengambil kesempatan membasuh muka dan mandi menggunakan air perigi ini. 

Perkampungan Hang Tuah ini dibina dengan rekabentuknya yang sangat unik yang melambangkan perkampungan rumah melayu. Setiap rumah dibina untuk setiap seorang adik beradik Hang Tuah iaitu sebuah rumah untuk Hang Tuah, sebuah rumah untuk Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi. Terdapat juga Rumah Tradisional Melayu, Muzium Hang Tuah, Auditorium, Balai Adat dan Pentas Kebudayaan. 

Ratu sangat sukakan rekabentuk rumahnya yang semuanya menggunakan kayu dan menggambarkan rumah seperti dahulu kala. Sekali Ratu sampai memang terpukau. Rumahnya sangat besar dan tinggi. 


Besar kan. Yang ini sebelah kiri.


Yang ini pula sebelah kanan.


Emm, sempat pula ayah Ratu ini bergambar. Huhu.


Sekali tengok teringat rumah arwah atuk, nenek dahulu. Hehe.. Marilah kita mensedekahkan Al-fatihah atuk dan nenek Ratu. Al-Fatihah.

Tatapan dari,

Saturday, October 25, 2014

Awal Muharam

Muharam adalah bulan pertama dalam kalendar Islam (Hijrah). Apa itu awal Muharam? Awal Muharam atau Maal Hijrah merupakan hari yang penting bagi umat Islam yang mana ianya memperingati dalam sejarah Islam tentang penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi. Hijrah Rasulullah memberikan impak yang sangat besar kepada Islam. Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' dari melakukan sebarang bentuk peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian, larangan ini ditamatkan setelah pembukaan kota Mekah (Rujuk surah Al-Baqarah, ayat 91).


DOA AKHIR TAHUN
Doa ini perlu dibaca sebanyak 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Jom kita baca,


Barang siapa yang membaca doa ini, syaitan berkata,
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku pada 1 saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"


DOA AWAL TAHUN
Doa awal tahun ini elok dibaca sebanyak 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharam.

Jom kita baca,

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata,
"Telah amanlah anak adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan 2 malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan"

Ratu ingin kongsikan apa yang Ratu baca sebentar tadi iaitu antara amalan yang disunatkan dalam bulan Muharam,

1.  Berpuasa. Maksud hadis, Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa selama 30 tahun. Maksud hadis lagi barang siapa yang berpuasa selama 3 hari iaitu pada hari khamis, jumaat dan sabtu, maka Allah akan tulis padanya pahala seperti mana beribadah selama 2 tahun.
2.  Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

Moga ilmu ini memberikan manfaat kepada semua.

Tatapan dari,

Mainlah Puas-Puas Sayang

Hari ini Rtau ingin meluangkan masa bersama-sama Puteri Raja Ratu sepanjang hari ini. Ratu rancang selepas mengemas rumah, Ratu ingin mengepos barang-barang pelanggan Ratu. Kemudian, Ratu hendak ke AEON (Jaya Jusco) untuk membeli barang. 

Setiba di sana, Puteri Raja Ratu ini sudah nampak playground di bahagian 'Food Court'. Apa lagi merengek-rengek hendak naik. Ya la.. Ratu bawakan. Mainla puas-puas. Hampir sejam juga la Puteri Raja Ratu ini bermain.

Ini lah gambarnya. Apa yang dibelek tu,


Entah apa yang Puteri Raja Rtau ini cakap dengan kawan-kawannya ni,


Dah masuk lorong lak,


Hehe.. Seronok pula Ratu tengok gelagatnya. Setelah puas Puteri Raja Ratu ini bermain. Ratu terus membawanya membeli barang di dalam Jaya Jusco itu.

Tatapan dari,

Makan KFC dengan Puteri Raja Ratu

Hari ini, Ratu ada urusan sekejap dengan pelanggan. Selepas urusan selesai. Ratu membawa Puteri Raja Ratu ni ke KFC. Puteri Raja Ratu ini merengek je 2 ke 3 hari kebelakangan ini nak KFC. Emm.. Kebetulan ada masa terluang ini, Ratu pun penuhilah kehendaknya.

Ratu                     : Anak eebuu.. Anak eebuu nak makan apa ? Nak makan nasi ayam
Puteri Raja Ratu  : Nak 
Ratu                     : Nak
Puteri Raja Ratu  : Nak
Ratu                     : Nak nasi ayam ke.. Nak makan KFC ???
Puteri Raja Ratu  : Nak nasi ayam..
Ratu                     : Nak nasi ayam ke.. Nak makan KFC ???
Puteri Raja Ratu  : Nak KFC
Ratu                     : Mana 1 anak eebuu ni nak makan. Nak nasi ayam ke.. Nak makan KFC ???
Puteri Raja Ratu  : Nak makan KFC
Ratu                     : Nak
Puteri Raja Ratu  : Nak

Ratu suka sakat Puteri Raja Ratu ini. Hehe.. Tiba sahaja di KFC, Ratu terus order '1 piece Rice Plate Combo'. Emm.. dah habis makan tak cukup lak. Huhu. salah order daa.. Sepatutnya ambil ' 2 piece Chicken Rice Combo'. Huhu. Tak per, kang kita makan lagi ya. Huhu.



Berselera Ratu tengok Puteri Raja Ratu ini makan


Habis makan jer. Ratu bawa Puteri Raja Ratu ini ronda-ronda 1 bandar. Huhu. Selepas itu, kami pulang.

Tatapan dari,

Thursday, October 16, 2014

Redem Point Susta Club

eMM.. Lama rasanya Ratu tidak semak point yang terkumpul di Susta Club. Susta Club ??? Hehe.. Ini kelab untuk ibubapa yang memilih susu Sustagen untuk anak mereka. Ratu tengok Puteri Raja Ratu serasi minum susu ini. Sekali dah masuk, Ratu pun merajinkan diri mengumpul barcode susu ini untuk dapatkan point. Sekali semak, banyak guna point jejak 1 ribu lebih. Ratu pun mengambil keputusan untuk mengambil barang. 

Pilih punya pilih.. 
Belek punya belek..
Fikir punya fikir..

Ratu pun ambil pembuka tin. Emm, boleh letak kat rumah baru Raja Ratu. Ratu pun isi borang. Tapi lama juga la hendak tunggu barang ini sampai. Lebih kurang 3 minggu.

Sekarang barangnya sudah sampai. Ini dia,


Inilah pembuka tinnya,

Ratu hendak hantar barcode lagi, untuk tebus barang seterusnya. Hehe.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267