Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Monday, November 23, 2015

Khasiat Sesudu Madu

Ratu ingin kongsikan di sini melalui apa yang Ratu baca melalui majalah mengenai madu. Seperti mana yang kita tahu sejak zaman dahulu lagi, madu bukan sahaja dijadikan makanan kesihatan malah ia juga digunakan secara meluas untuk merawat pelbagai masalah kulit dan dipercayai mampu merawat kecantikan dalaman wanita. 

Antara khasiat madu :-

MENYEGARKAN TUBUH DAN WAJAH
Pengambilan secara konsisten mampu memberi tenaga kepada tubuh sekaligus menaikkan seri wajah. Amalkan 1 sudu madu setiap hari ketika perut kosong. Tapi perlu diingatkan !!! Elakkan menggunakan sudu besi sebaliknya gunakan sudu plastik kerana ianya dikatakan dapat mengekalkan khasiat madu. 

MELINDUNGI DAN MELEMBAPKAN KULIT
Kandungan antioksidan dalam madu dapat melindungi kulit daripada jangkitan. Ianyanya juga membantu memulihkan luka dan mengatasi pelbagai masalah seperti bintik-bintik hitam serta jerawat. 

Gunakan madu sebagai masker wajah. Oles madu pada wajah, kemudian biarkan kering. Bersihkan wajah dengan air perahan limau nipis. Lakukan petua ini 2 kali seminggu, kulit wajah akan kelihatan lembap dan kemerahan. 

AWET MUDA
Khasiat dalam madu dikatakan dapat menentang radikal bebas. Ianya bersifat antipenuaan. Minum madu bersama perahan lemon atau madu bersama air suam. Ia bukan sahaja melawas malah membantu membuang toksin dalam tubuh badan.

SEBAGAI PEMBERSIH WAJAH
Madu juga boleh dijadikan sebagai pembersih wajah. Kandungan enzim dalam madu apabila dicampur dengan air menjadi cairan lembut yang dapat membersihkan kotoran dari dalam dan membuatkan kulit wajah lembut dan tegang. Ia adalah pembersih semulajadi yang selamat dan berkesan. 

MENGATASI JERAWAT DAN PARUT
Madu sangat mujarab untuk mengecutkan dan menghilangkan jerawat tanpa meninggalkan parut. Madu merawat kulit dari dalam seterusnya menjadikan kulit lebih sihat dan licin. Ia juga dikatakan dapat menghilangkan parut pada wajah. Sapukan madu pada bahagian yang bermasalah, biarkan sehingga kering. Kemudian, bilas dengan air suam.

MENCERAHKAN KULIT
Untuk mendapatkan kulit tubuh yang halus dan cerah, kita boleh berendam dalam tab yang dicampur dengan madu, susu dan air mawar. Kombinasi ramuan ini mampu meredakan tekanan dan menjadikan kulit gebu. Ia juga merawat tubuh  dengan cara yang lembut.

ATASI BIBIR HITAM
Bagi anda yang mengalami masalah bibir gelap atau hitam, sapukan madu pada bibir setiap malam. Sebaik sahaja bangun tidur, bersihkan bibir dengan air suam. Lakukan secara konsisten sehingga bibir anda menjadi kemerahan. 

Semoga tip ini dapat membantu anda.

Tatapan dari,

Friday, November 20, 2015

Tuan Anas Mikael

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sejak kebelakangan ini, Ratu sudah mula terjebak dengan kisah drama bersiri. Emm.. Selalunya, Ratu kurang sedikit mengikuti drama bersiri ini. Kalau tengok pun tidak ikuti sepenuhnya setiap episod. Tapi kali ini TUAN ANAS MIKAEL telah menarik perhatian Ratu untuk menontonnya dari mula hingga akhir.

Ratu tertarik dengan jalan ceritanya melalui iklan atau sedutan drama bersiri ini sebelum ianya mula ditayangkan di Astro Ria. Emm.. kadangkala kalau Ratu bermalam di rumah ibubapa Ratu, berebut jugalah tengok tv dengan mak Ratu. Mak Ratu hendak menonton TV3 untuk drama bersiri Dhia Sofea, Ratu pula hendak menonton Astro Ria untuk drama bersiri Tuan Anas Mikael. Ayah Ratu pula tidak kisah. Dua-dua cerita tu dia tengok. Haha.. Puteri Raja Ratu ? Puteri Raja Ratu pula hendak tengok rancangan rakamannya Robocar Poly. Jadi, berebut lah nak tengok tv. Nasib baik Ratu ambil Astro Beyond yang siap boleh rekod. Apa lagi, Ratu mengalah. Ratu rekod drama bersiri Tuan Anas Mikael dan Ratu akan menontonnya kembali selepas drama bersiri Dhia Sofea habis. Huhu.

Inilah antara pelakon drama bersiri yang menjadi kegilaan Ratu ni,



Cerita ni memang best. Yang buat menarik perhatian Ratu adalah rekabentuk rumahnya yang sangat cantik. Rumah siapa la agaknya yang tersergam indah ini. Ratu difahamkan salah 1 rumah dalam drama bersiri ini adalah milik Dato Aliff Syukri pemilik D Herbs. Ini rumahnya,


Cantik kan rumahnya dan Ratu difahamkan rumah yang diduduki oleh Tuan Anas Mikail pula adalah milik Ziela Jalil. Pehh, sangat tersergam indah rumahnya. Ratu amat menyukainya. Tapi apapun Ratu amat bersyukur sangat dengan apa yang Allah berikan kepada Raja Ratu untuk rumah baru kami, Walaupun tidaklah sebesar rumah Ziela Jalil tu, tapi Alhamdulilah Allah permudahkan kami menyiapkannya seperti apa yang kami impikan.

Apa-apapun Ratu bagi 10 bintang untuk drama ini. Haha. Awal-awal lagi Ratu dah bagi bintang sedangkan drama ini sedang berjalan dan belum habis ditayangkan lagi. Huhu..

Tatapan dari,

Friday, November 13, 2015

Habiskan Masa Bersama Puteri Raja Ratu

Kebelakangan ini Raja sangat sibuk dengan tugasnya di Penapisan Petronas Melaka. Jadi, Ratu mengambil keputusan di hujung minggu ini ingin mencari kasut di Jaya Jusco. Kebetulan kasut yang sedia ada ini sudah rosak. Ratu pun keluar bersama-sama Puteri Raja ratu dan ibubapa Ratu.

Ibubapa Ratu kebetulan beberapa hari lepas ada membeli baju baru untuk Puteri Raja Ratu. Emm, cucu kesayangan la katakan. Kejap-kejap belikan baju. Malangnya, kali ini baju tersebut saiznya seperti kurang sesuai untuk digayakan dengan Puteri Raja Ratu. Kebetulan hendak keluar ini, singgah sekali ke kedai pakaian tu untuk buat pertukaran.

Sampai sahaja, Puteri Raja Ratu sudah nampak dan merengek hendak naik. Inilah permainannya,


Bukan main suka dia naik bot pelampung air ni.. Hehe.. Lepas itu singgah pula di sini,


Emm. naik motor besar,


Naik keretapi pulak,


Sampai di Jaya Jusco hendak bergambar pula. Emm.. Lama-lama ni Ratu ni tak beli kasut jugak ni kang. Hasihhh....


Gambar seterusnya,


Sudah puas hatinya, barulah Ratu boleh bergerak untuk mencari kasut. Tapi perut lapar. Singgah dulu makan di Chicken Rice Shop. Kemudian barulah mencari kasut. Hari ini Ratu rasa, masa banyak dihabiskan dengan melayan keinginan Puteri Raja Ratu ini. hUHU.. Tapi tak per. Janji dia gembira, Ratu pun suka hati.. hUHU..

Tatapan dari,

Wednesday, November 4, 2015

Hasil Testimoni Dari Pelanggan

Kali ini Ratu ingin kongsikan beberapa keping gambar yang dihantar oleh salah seorang pelanggan Ratu dari Perlis Encik Syed Shukran. Ratu terpegun melihat keunikan rentak dan kreativiti yang dipersembahkan oleh pelanggan Ratu dalam menggunakan acuan simen ini. 

Inilah antara gambar testimoninya,


Ini gambar yang kedua,


Ini pula gambar ketiga,



Ini gambar seterusnya,



Inilah cara saya membantu anda dalam mencantikkan halaman rumah anda mengikut citarasa anda.
Lebih berpuashati jikalau anda dapat lakukannya sendiri. Jimat masa, jimat kos. 
Lakukannya ikut kelesaaan masa anda. 
Dengan adanya alatan ini, ianya membantu anda dalam merealisasikan impian anda.
Anda berpuashati, Ratu lagi sukahati.

Berminat --> hubungi 012-6844870 Ely

Kunjungilah ruangan facebook --> RR Raudah

Tatapan dari,

Alhamdulillah.. Majlis Berjalan Lancar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung Teratak Istana Raja Ratu. Alhamdulillah, Ratu bersyukur sangat apa yang Raja Ratu rancangkan berjalan dengan lancar. Akhirnya, majlis untuk kenduri Rumah Baru Raja Ratu terlaksana. 

Raja dan Ratu memang merancang hendak buat kenduri rumah baru kami dan tahlil arwah. Tapi Raja pula menambah aktiviti majlis dengan merancang membuat Aqiqah untuk Puteri Raja Ratu. Jadi, majlis sekali jalan.. sekali penat.. tetamu sekali datang untuk 3 aturcara majlis. Hehe..

Raja dan Ratu rancang pada mulanya, ingin buat pada hari sabtu 17 Oktober 2015. Tapi Raja menolak kerana kena ada urusan luar. Jadi kami tunda ke tarikh 24 Oktober 2015. Raja menolak sekali lagi kerana tarikh ini belum gaji lagi. Nanti susah saudara mara yang jauh hendak datang. Jadi, kami tunda ke tarikh 31 Oktober 2015 iaitu pada hari Sabtu. Kalau hendak diikutkan pada tarikh ini Raja memang sibuk sebab Penapisan Petronas Melaka sudah mula 'shutdown'. Kalau ikut jadual Ratu difahamkan sepatutnya 'shut down' pada 15 November 2015. Tapi kali ini jadual shutdown diawalkan pula tarikhnya di saat-saat akhir. Oleh kerana, Ratu pun sudah siap urusan majlis termasuklah makanan, khemah, tahfiz dan anak yatim serta penyewaan bas untuk membawa anak yatim dan pelajar tahfiz datang ke rumah, majlis kena berjalan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. 

Aturcara majlis dimulakan dengan kehadiran anak yatim dan pelajar tahfiz pada pukul 11.00 pagi. Mereka mulakan dengan bacaan surah Al-Baqarah untuk rumah baru dan Yassin untuk tahlil. Selepas Zohor barulah mula menjamu selera dan tetamu mula membanjiri rumah baru kami. 

Inilah antara gambar yang sempat diambil,


Gambar kenangan,


Khemah yang dipasang,


Anak yatim dan budak tahfiz mulakan bacaan,


Antara menu kambing yang dihidangkan,


Antara tetamu yang hadir,


Alhamdulillah, ramai tetamu yang hadir. Majlis berakhir pada pukul 10.30 malam. Raja dan Ratu memang sudah kepenatan. Esok adalah sesi Raja dan Ratu mula mengemas. Nasib baik ibubapa Ratu datang membantu mengemas. Kalau tidak terkejar-kejar juga Ratu dibuatnya. Hehe..

Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang hadir. Bersyukur kerana tercapai salah satu lagi matlamat Ratu pada tahun ini. 

Tatapan dari,

Tuesday, November 3, 2015

Apa Yang Puteri Raja Ratu Buat Tu ???

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung setia teratak istana ini. Apa khabar semua ? Hari ini Ratu leka tengok gelagat Puteri Raja Ratu ini bermain di rumah ibubapa Ratu.

Ratu tengah lipat baju. Sekali tengok Puteri Raja Ratu ni tengah main masak-masak. Bila di tanya masak apa tu ? Katanya masak kari.. ooo.. karii.. Huhu..

Inilah gelagatnya,


Bila Ratu leka menonton tv sambil lipat baju. Tak alih-alih Puteri Raja Ratu bawa makanan katanya untuk dihidangkan kepada Ratu. Katanya dah siap masak. Makanlah.. Erkk !!! Oklah, Ratu pun layankan kehendaknya. hUHU.. Buat-buatlah makan. Hehe..


Lepas itu, Puteri Raja Ratu bawa pula pingggan dan air minuman. Emm.. Katanya, senang nak makan dah ada pinggan. Senang nak minum dah ada air minuman. Emm.. Geli hati Ratu tengok gelagatnya.


Kasi layan !!!!

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267