Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Sunday, June 26, 2011

Atur strategi untuk siapkan tugas di pejabat sebelum bersalin..

Emm.. Pejam celik.. Pejam celik.. Sekejap saja dah 6 bulan lebih usia kandungan Ratu. Ini bermakna Ratu ada masa lebih kurang 3 bulan lagi untuk Ratu siapkan kerja mana yang tertunggak secepat mungkin sebelum Ratu mula bercuti bersalin selama 2 bulan dan mula berpantang. Emm.. Ratu kena mula aturkan strategi ni mana kerja yang perlu disiapkan dahulu dan mana kerja yang perlu disiapkan kemudian.

Bila fikir pasal kerja-kerja yang tertunggak ni.. PENING !!! PENING !!! Tak per.. Ratu berehat sekejap. Ratu mula berchatting di facebook. Hilang rasa pening fikir kerja, Ratu mula susun atur strategi untuk siapkan kerja. PEMBANTU ??? Memang betul Ratu kini sudah ada pembantu. Tapi tak kan pembantu baru Ratu tu.. Baru mula kerja saja dah tahu apa kerja nak buat kan. Nak kena ajar juga sikit2. Ianya mengambil masa sedikit. Ratu perlu lihat apa yang pembantu tu boleh bantu Ratu nanti. Ratu juga perlu mengambil masa untuk ajar serba sedikit tugas-tugas yang perlu dia lakukan serta tanggungan tugas yang perlu dilakukan semasa Ratu mula bercuti bersalin nanti.

Ratu bukan sahaja perlu susun tugas-tugas di pejabat tapi perlu turut fikirkan TERATAK ISTANA RAJA RATU ni yang dah lama bersawang dan perlu dikemaskini dengan perkembangan terkini Raja Ratu. Raja Ratu juga perlu aturkan strategi dengan harapan agar APA YANG RAJA RATU INGIN CAPAI TAHUN INI atau dengan erti kata lain AZAM UTAMA Raja Ratu tahun ini tercapai. Kalau boleh Ratu harap dapat mencapainya sebelum Ratu cuti bersalin nanti. Insya Allah.

Bila difikirkan hal-hal sebegini memang PENING.. Bila banyak masa dihabiskan untuk urusan kerja-kerja pejabat, kadangkala Ratu tak sempat untuk kemaskini perkembangan terkini Raja Ratu. Kesihatan Ratu ni kadangkala agak terganggu juga sejak akhir-akhir ni. Bukan Ratu tak sihat kerana Demam.. Selsema.. Batuk.. Tapi Ratu ingin kurangkan sedikit untuk kerja-kerja berat kerana kadangkala Ratu rasa badan Ratu ni tak larat sedikit dengan situasi Ratu ni berbadan dua ni.

Apa-apa pun Ratu rasa Ratu tidak kesuntukkan masa untuk aturkan dan uruskan semua ini. Ratu yakin RATU BOLEH CAPAINYA!!! Dari segi kerja-kerja pejabat, Ratu sudah ada pembantu kini. Ratu perlu aturkan tugas untuknya.. Ratu perlu aturkan apa yang perlu dilakukannya kelak. Dari segi AZAM tahun ni, Raja Ratu hanya ada 50 % lagi untuk mencapainya. Harapan Ratu agar apa yang Ratu akan aturkan ini berjalan dengan lancar.. AMIN.. AMIN.. AMIN..

Tatapan dari,

Friday, June 24, 2011

Akhirnya Ratu sudah ada Pembantu..

Kalau korang ada mengikuti perkembangan TERATAK ISTANA RAJA RATU ini, Ratu ada menceritakan sebelum ini tentang temuduga untuk jawatan pembantu Ratu yang diadakan sebelum ini. Mengikut perancangan asal, selepas temuduga yang lepas akan ada tapisan dan akan dipanggil untuk temuduga yang kedua dan kali ini ditemuduga oleh pengarah. Tapi setelah Ratu berbincang dengan Pengarah, ianya tidak seperti perancangan awal yang telah dibuat. Emm.. sedihnya. Apa boleh buat kalau sudah itu keputusan pengarah.

Sebenarnya pengarah tu sudah ada calonnya sendiri untuk mengisi jawatan tersebut. Terasa juga Ratu penat sahaja buat sesi temuduga sebelum ini. Tapi tidak mengapa. Ratu perlu berfikiran positif. Bagi Ratu sekurang-kurangnya Ratu dapat mempelajari bagaimana sesi temuduga itu dijalankan sebab Ratu tiada pengalaman sebelum ni dalam mengendalikan sesi temuduga ni.

Apapun, jawatan ini telah diisi dan Ratu kini sudah lega kerana Ratu kini sudah ada pembantu yang akan membantu Ratu dalam menguruskan akaun syarikat. Pembantu Ratu yang baru ini adalah seorang perempuan.. Berkelulusan Diploma.. Mahu berkenalan dengannya ke? Namanya TEJA ATIQAH MOHD AMER.. Masih solo lagi belum berpunya. Hehe.. Sesiapa yang ingin berkenalan. Ni nombor telefonnya 01234.. Call.. Call.. Mesti tak dapat.. Hehe..

Inilah orangnya,
Minta maaf la dek, Ratu curi gambar ni.. Hehe.. Beliau akan secara rasminya mulakan tugasnya membantu Ratu pada awal bulan Julai 2011. Raja Ratu ucapkan SELAMAT MEMULAKAN TUGAS ya.

Tatapan dari,

Tuesday, June 21, 2011

TAHNIAH kepada pemenang MAHARAJA LAWAK..

Semua peminat MAHARAJA LAWAK termasuk Ratu pastinya tidak akan terlepas untuk menonton Maharaja Lawak Akhir ni. Tak sabar rasanya nak menonton persembahan peserta akhir ni iaitu Kumpulan JOZAN, NABIL, KUMPULAN JAMBU & KUMPULAN SEPAH. Ratu nak tanya sikit, kalau Raja Ratu yang buat lawak dalam Maharaja Lawak ni, rasa-rasanya korang akan undi Raja Ratu tak.. Haha.. Entah-entah Raja Ratu mendapat undian tercorot.. Haha.. Nak buat lawak ni bukannya senang tau..

Tapi Ratu rasa sedih la kerana Raja tiada bersama Ratu semasa menonton Maharaja Lawak ni. Raja outstation. Emm.. sedihnya. Nampaknya Ratu menonton Maharaja Lawak ni bersama bayi dalam kandungan ni la.. Emm.. Sedihkan.. Uhuk !!! Uhuk !!! Uhuk !!! Dah nak nagis dah ni..

Dalam Maharaja Lawak ni tempat keempat dimenangi oleh Kumpulan JAMBU. Kumpulan JAMBU ini menerima wang tunai sebanyak RM25,000. Tempat ketiga pula dimenangi oleh NABIL dan menerima wang tunai sebanyak RM130,000. Tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan JOZAN dan menerima wang tunai sebanyak RM250,000. Tempat pertama dimenangi oleh Kumpulan SEPAH dan menerima wang tunai sebanyak RM350,000. Tahniah Kumpulan SEPAH. Waa !!! Rezeki anak Shuib la ni, salah seorang daripada Kumpulan SEPAH yang mana isterinya sedang mengandung kini. Emm.. Kalau Raja Ratu pulang menang, rezeki anak Raja Ratu juga la kan.. Emm.. Sempat lagi berangan tu. Ni lah gambar Juara MAHARAJA LAWAK iaitu Kumpulan SEPAH.

Bagi Ratu dari segi jumlah wang yang diterima, Nabil lah penerima terbanyak. NABIL menerima wang sebanyak RM130,000. Diikuti oleh Kumpulan JOZAN yang mana JOHAN dan ZIZAN masing-masing mendapat RM125,000 seorang. Kumpulan SEPAH pula yang dianggotai oleh Shuib, Jeff, Mamat menerima lebih kurang RM116,000 seorang. Kumpulan JAMBU pula yang dianggotai oleh Yus dan Taukeh menerima RM12,500 seorang.

Rasa-rasa korang lah kan, mana kita nak pandang. Adakah dari segi kedudukan peserta akhir ni dalam Maharaja Lawak ke ataupun dari segi habuan sejumlah wang yang mereka terima. Emm, apapun ni rezeki masing-masing. Raja Ratu tertanya-tanya juga adakah MAHARAJA LAWAK ni akan ada lagi selepas ni kerana semua peserta-pesertanya adalah dari peserta akhir RAJA LAWAK. Emm.. Kita tunggu dan lihat sahaja la apa yang ASTRO akan lakukan nanti.

Tatapan dari,

Thursday, June 16, 2011

Temuduga pembantu Ratu bermula..

Di awal kandungan Ratu, majikan Ratu ada menyatakan hasratnya untuk meminta Ratu membuka 1 jawatan kosong sebagai pembantu Ratu. Jawatan ini dibuka dengan tujuan untuk membantu Ratu terutama sekali ketika Ratu dalam cuti bersalin nanti. Pada awalnya, Ratu agak terkejut juga mendengarnya. Emm.. Ratu mengandung ni terus dapat pembantu baru. Hehe.. Rasa beruntung pula.

Bila 1 jawatan kosong dibuka, pejabat Buruh dihubungi untuk memaklumkan berkaitan jawatan ini. Sampai 1 masa, semua resume dikumpulkan untuk dipanggil temuduga. Setelah berbincang dan ditapis semua resume yang diterima, hanya 6 orang dipilih untuk dipanggil temuduga.

Kini tibalah masanya hari untuk temuduga mereka. Ratu pun bukan ada pengalaman untuk temuduga orang. Ratu pun berbincang dengan rakan sepejabat beberapa hari sebelum tu untuk mengatur langkah seterusnya kerana ini melibatkan bahagian lain seperti ISO. Hasil daripada perbincangan, pada hari temuduga tu Ratu bersama seorang rakan mulakan temuduga. Ratu juga ada menyediakan beberapa soalan untuk menguji kelayakan mereka bagi memegang jawatan yang ditawarkan. Soalan yang pertama, SIAPA NAMA KUCING KESAYANGAN RATU? Haha.. Soalan mengarut ni. Tapi kalau mereka dapat menjawabnya.. Peh memang Raja Ratu sudah ada peminat di TERATAK ISTANA RAJA RATU ni.. Emm, seronok tu. Em..

Semasa temuduga timbul perasaan nak buli pun ada.. hehe.. RATU !!! KAWAL DIRI OK. TAK BAIK TAU.. hUA.. hUA.. hUA.. Akhir kata, Ratu rasa gembira kerana temuduga tu berjalan dengan lancar TANPA BULI.. haha..

Tatapan dari,

Tuesday, June 14, 2011

Tahniah Peserta Akhir Maharaja Lawak..

Pertama sekali, sudah pastinya Raja Ratu ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta Maharaja Lawak yang telah berjaya masuk ke peringkat akhir. Pada mulanya Raja Ratu fikir selepas tersingkirnya kumpulan BALAS pada minggu ke 9 kami fikir kelima-lima kumpulan yang terselamat ketika itu daripada penyingkiran iaitu R2.. NABIL.. JAMBU.. SEPAH.. JOZAN.. yang akan berjaya masuk ke peringkat akhir. Tapi selepas pengumuman penyingkiran kumpulan BALAS, satu kejutan diumumkan oleh AC MIZAL iaitu ada persembahan yang akan diadakan secara langsung di PULAU PINANG.. KUANTAN, PAHANG.. dan JOHOR BAHRU..

Walaubagaimanapun, Raja Ratu fikir pada permulaannya persembahan yang akan diadakan di ketiga-tiga tempat ini tiada penyingkiran sebab kalau nak diikutkan memang minggu ke 10 adalah minggu AKHIR MAHARAJA LAWAK yang menentukan siapa pemenang antara FINALIS RAJA LAWAK dari siri 1 hingga siri 5. Kelima-lima kumpulan ini pun memang kumpulan kegemaran Raja Ratu yang mana persembahan mereka ini nampak menghiburkan.

Tapi Raja Ratu tengok akan ada penyingkiran di setiap lokasi iaitu di PULAU PINANG.. KUANTAN, PAHANG.. JOHOR BAHRU.. Emm.. rasa berdebar juga bila difikirkan siapa yang akan TERSINGKIR dan siapa yang akan BERJAYA MASUK ke peringkat akhir MAHARAJA LAWAK.. Keputusan di PULAU PINANG ternyata menunjukkan tiada penyingkiran. Jadi, Raja Ratu fikir mungkin persembahan yang akan diadakan di ketiga-tiga tempat ini hanyalah untuk suaikenal peserta akhir dengan penonton yang merupakan para pengundi mereka. Ini kira untuk meraih undi lah ni. Keputusan di KUANTAN, PAHANG menambahkan lagi keyakinan Raja Ratu apabila tiada penyingkiran berlaku. Tapi Ratu agak terkejut apabila diumumkan ada 2 penyingkiran semasa persembahan di JOHOR BAHRU. Dua peserta yang diumumkan tersingkir itu adalah dari Kumpulan R2 dan kumpulan JAMBU.. Akhirnya, pihak juri menggunakan kuasa mereka untuk memilih antara kumpulan yang tersingkir dan JAMBU menjadi pilihan mereka.

Ini bermakna, 4 peserta yang layak masuk ke peringkat akhir MAHARAJA LAWAK. Inilah gambar mereka,
Apa-apa pun tahniah sekali lagi Raja Ratu ucapkan. Diharapkan mereka ini dapat membuat persembahan yang terbaik nanti. Kepada R2.. jangan berputus asa, pasti ada rezeki kalian nanti di luar sana.. Raja Ratu juga ingin ucapkan SELAMAT MENEMPUH DUNIA SENI di luar sana.. hehe..

Tatapan dari,

Thursday, June 2, 2011

Tips ketika menghadapi kegagalan...

Dalam episod motivasi ini, Raja Ratu ingin memberi petua yang boleh kita ikuti ketika menghadapi kegagalan diri:-

a) Hendaklah kita duduk dengan tenang selama sejam setiap hari. Lakukanlah demikian selama beberapa hari. Dari situ kita mungkin dapat menyemak semula dengan hati-hati dan sabar segala sejarah hidup kita di zaman lampau. Mulakan dengan mengenang peristiwa kita semasa kecil, kemudian beransur hingga dengan peristiwa hidup selanjutnya hingga ke zaman sekarang untuk mencari peristiwa tertentu yang dapat melahirkan semangat diri ini.

b) Mencurahkan kekecewaan kepada seorang sahabat secara berterus terang terutama sekali mereka yang berpengalaman dalam masalah-masalah yang berkaitan. Dari situ kita dapat membetulkan dan memperbaiki titik kelemahan diri kita.

c) Berdiri depan cermin dan bercakap atau bercerita dengan bayang-bayang sendiri. Dengan ini perasaan kita akan rasa tenang. Ada oarang dapat berbuat demikian selama beberapa minit sahaja. Kemudian dia hilang kesabaran, kemudian dia meneriak di hadapan cermin, "AWAK AKAN BERJAYA"

Diharapkan tips ini dapat memberi manafaat kepada semua pengunjung TERATAK ISTANA RAJA RATU ini.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267