Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Monday, September 30, 2013

Mengapa Saya Memilih Public Gold?

Ada 9 sebab mengapa saya mencadangkan anda untuk memilih Public Gold sebagai 1 bentuk pelaburan.

*** SEBAB PERTAMA ***
Public Gold merupakan syarikat yang membeli dan menjual emas terbesar di Malaysia sejak tahun 2008. Public Gold berdiri kukuh dengan menyasarkan jenama ini untuk bakal berada di Bursa Malaysia menjelang tahun 2014. Bagi memberikan keselesaan kepada pelanggannya, Public Gold kini telah mempunyai sebuah anak syarikat yang mengoperasikan Peti Simpanan Selamat (Safe Deposit Box) dengan kapasiti sebanyak 5,000 buah peti simpanan.

*** SEBAB KEDUA ***
Harga emasnya jauh lebih murah daripada kedai emas. Public Gold mempunyai kilang emasnya sendiri. Ini kerana Public Gold mempunyai kilang emasnya sendiri. Jadi, sudah semestinya harga emasnya murah berbanding dengan harga kedai emas (Jimat RM20 ke RM30 ++ segram)

Ingat harganya berubah setip 20 minit berbanding dengan kedai emas yang mana harga 1 hari 1 harga.

*** SEBAB KETIGA ***
Susutnilai ataupun spread di kedai emas jauh lebih tinggi berbanding dengan Public Gold iaitu sekitar 18% ke 30%. Akan tetapi, sustnilai di Public Gold adalah kecil. Jadi, pilihlah spread emas yang LEBIH RENDAH untuk mendapatkan LEBIH KEUNTUNGAN.

*** SEBAB KEEMPAT ***
Public Gold mengeluarkan pelbagai prduk mengikut citrasa & kemampuan pelanggan. Antara produk-produk Public Gold adalah jongkong emas, dinar emas, barang kemas, jongkong perak & dirham perak.

Pilihlah produk mengikut citarasa & kesesuaian budget kita.

*** SEBAB KELIMA ***
Sistem tempahan & jualan balik online yang diamalkan adalah 24 jam sehari. Ini memudahkan pelanggan untuk 'lock' harga emas itu terlebih dahulu sebab harga berubah setiap 20 minit. Kemudian, barulah melakukan urusan pembayaran dan pengambilan produk Public Gold tersebut. Sistem ini sentiasa beroperasi 24 jam sehari & 365 hari setahun. Jadi anda boleh membeli atau menjual kembali emas yang anda miliki secara online pada bila-bila masa sahaja tidak kira sama ada pukul 2.00 pagi, 6.00 pagi ataupun hujung minggu. Seronok bukan.

*** SEBAB KEENAM ***

Public Gold menerima pelbagai pengiktirafan termasuklah:
[ a ] Malaysia Book of Records pada tahun 2008 & 2010
[ b ] KWYP Centennial Enterprise Award pada tahun 2010
[ c ] Asean Retail Chains & Franchise Federation (ARFF) Award pada tahun 2010
[ d ] Golden Bull Award pada tahun 2011
[ e ] The Star Outstanding Business Award pada tahun 2011
[ f ] The Brand Laureate SMEs Chapter Award pada tahun 2011
[ g ] JCI Award pada tahun 2012

Pengiktirafan-pengiktirafan yang diterima ini membuatkan kita sebagai pelanggan berasa yakin & tidak menyesal memilih Public Gold kerana pengiktirafan seperti ini melambangkan betapa teguhnya Public Gold ini di Malaysia.

*** SEBAB KETUJUH ***
Harga emas yg dinamik & berubah setiap 20 minit. Inilah perkara yg menariknya di sini & perubahan harga ini adalah mengikut perubahan harga pasaran dunia. Ini berbeza dengan perubahan harga di kedai emas yang agak lambat.

*** SEBAB KELAPAN ***
Apabila anda membeli emas di Public Gold, maka anda akan mendapat emas fizikal. Anda simpan emas itu. Bukankah ini adalah 100% mengikut syariah Islam. 

Contoh, urusniaga yang tidak mematuhi syariah adalah apabila kita membeli emas melalui akaun simpanan em
as yang ditawarkan oleh bank-bank. Walaupun nampak harga emasnya murah, tetapi pembelinya tidak dapat mendapat emas fizikal tersebut. Cuma catatan di dalam buku sahaja.

*** SEBAB KESEMBILAN ***
Emas Public Gold mempunyai sijil keaslian atau ketulenan emas yang ditandatangani oleh Assayer (Penguji Ketulenan Emas) yang bertauliah. Jadi, kita sebagai pelanggan akan berasa yakin untuk memilikinya. Sijil ketulenan ini akan diserahkan sekali bersama-sama emas yang kita beli itu.

Facebook saya, silalah LIKE --> RR Wealth Management
Antara topik lain :
Keuntungan Memiliki Emas Fizikal
Produk Public Gold - Dinar
Emas Menurut Islam
Kini Harga Emas Semakin Meningkat


Tatapan dari,

Daftar Elektrik TNB Untuk Rumah Baru

Hari ini, Ratu agak sibuk sedikit. Ada beberapa perkara yang perlu Ratu uruskan termasuklah urusan rumah baru Raja Ratu ini. Pada awalnya, Ratu fikir Ratu hendak ambil cuti dalam 1 hari untuk selesaikan beberapa perkara ini. Akan tetapi, Ratu agak sibuk sedikit dengan kerja-kerja di pejabat. Jadi, Ratu membatalkan sahaja niat untuk mengambil cuti dan menggunakan cuti pada hari Sabtu ini untuk uruskan semuanya.

Puteri Raja Ratu ini juga tidak ketinggalan hendak ikut Ratu untuk sepanjang urusan Ratu hari ini. Hehe.. Emm, tapi Ratu rasa seperti tidak sempat hendak selesaikan semua urusan hari ini memandangkan di sebelah petang pula Ratu ada temujanji. Tapi tidak mengapa, janji Puteri Raja Ratu bersama-sama Ratu menemani Ratu sepanjang hari ini. Lihatlah betapa seronoknya Puteri Raja Ratu pada hari ini.


Di sebelah pagi, Ratu perlu selesaikan urusan pendaftaran elektrik dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk rumah baru Raja Ratu. Terus Ratu tepuk dahi apabila terfikir bahawa Ratu terlupa untuk membawa pulang semua salinan dokumen untuk pendaftaran elektrik ini. Aduh hai, macam mana boleh lupa ni ? Nampak gayanya Ratu terpaksalah singgah dahulu di pejabat untuk ambil semua salinan dokumen itu dan kemudian bawanya terus ke Tenaga Nasional Berhad (TNB). Emm, nasib baik juga lah ada UTC. Ini memudahkan urusan Ratu di hari Sabtu ini. Sampai sahaja di UTC, Ratu tengok parking telah penuh. Sedihnya, banyak pula halangan hari ini. Huhu. Terpaksalah Ratu tunggu sebentar sambil pusing-pusing mencari parking kereta.

Selesai sahaja urusan di Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ratu membawa Puteri Raja Ratu untuk makan tengah hari dengan menu peceh leleh. Suka Ratu tengok Puteri Raja Ratu hari ini beselera makan. Kemudian, Ratu terus membawanya untuk termujanji Ratu di hotel Seri Malaysia. Selesai sahaja kedua-dua urusan ini, Ratu pun pulang ke rumah dan menidurkan Puteri Raja Ratu. Kecian, keletihan dia hari ini. Emm..

Tatapan dari,

Thursday, September 26, 2013

Tips Dalam Pemilihan Kertas Dinding

Dalam sesi motivasi kali ini, Ratu ingin berkongsi mengenai tips dalam pemilihan kertas dinding yang sesuai untuk ruang dinding rumah kita. Tips ini juga amat berguna untuk Raja Ratu untuk rumah baru kami ini.

Kertas dinding atau lebih dikenali sebagai 'wall paper' sangat popular di kalangan pemilik kediaman masa kini. Aplikasi kertas dinding pada ruang kediaman seperti ruang tamu dan ruang bilik tudur dilihat mampu memberikan kelaianan pada suasana ruang tersebut. Bagaimanapun pastikan kertas dinding yang dipilih adalah tepat supaya kediaman tidak kelihatan pelik. Berikut disertakan tip pemilihan kertas dinding pada kediaman sebagai panduan.

1.  Sebelum memutuskan untuk memasang kertas dinding di bilik tidur, anda harus fikirkan siapa yang menggunakan bilik tersebut pada tempoh masa yang lama.

2.   Andai kata ruang itu sempit, pilih motif kertas dinding bergaris horizontal supaya memberi kesan luas. Pilih motif yang sederhana agar ruangan tidak nampak padat dan semakin sempit.

3.   Andai memilih kertas dinding dengan motif , sebaiknya pasangkan pada 1 bahagian dinding sahaja seperti bahagian atas kepala bilik tidur.

4.  Hati-hati dalam pemasangan kertas dinding dan sebaliknya menggunakan pakar supaya hasilnya memuaskan. Ia penting supaya kertas dinding tidak cepat mengelupas dan jauhi kertas dinding daripada rembesan air.

5.   Sesuaikan warna kertas dinding dengan perabot dalam sesuatu ruangan. Misalnya, jika anda ingin memasang kertas dinding pada ruang tamu, maka sesuaikan dengan warna sofa ruang tamu agar kelihatan harmoni.

SEKIRANYA RUANG ITU TERHAD.
Kerap kali pemilik kediaman berhadapan dengan kesukaran memilih kertas dinding yang sesuai untuk ruang terhad. Namun usah bimbang kerana anda boleh mencuba mengikuti panduan ini :-

1.   Sekiranya, anda ingin menggunakan border, pastikan ia tidak dilekatkan pada bahagian tengah dinding. Ia akan merendahkan atau memotong ketinggian siling secara drastik dan akhirnya memperlihatkan kesan siling yang rendah. Border ini perlu dilekatkan pada bahagian atas dinding berhampiran kaki siling. Pilihan rekabentuk border tidak terbatas. 


2.   Menggunakan kertas dinding berjalur menegak atau vertikal merupakan pilihan bijak kerana ia akan memberi kesan siling yang tinggi dan seolah-olah terdapat tiang tinggi dalam ruang tersebut. Pandangan mata juga akan mengarah ke bahagian atas adan akan melekakan seketika pandangan mata terhadap ruang terhad ini.

3.   Pilihan warna yang dicadangkan untuk jalur vertikal ialah daripada kumpulan warna-warna putih, natural dan rona lembut.

4.   Elakkan motif kertas dinding yang terlalu kecil atau terlalu besar. Pilihan corak biarlah bersaiz sederhana dan tidak sarat.

5.   Bagaimanapun, jika masih mahu menerapkan kertas dinding bermotif terlalu kecil atau besar, pastikan hanya pada 1 permukaan dinding sahaja dan bukannya untuk keseluruhan ruang bagi dijadikan dinding hiasan (feature wall)

Moga-moga tips ini dapat membantu anda dalam pemilihan bagi menghiasan rumah anda melalui penggunaan kertas dinding.

Tatapan dari,

Tuesday, September 24, 2013

Keuntungan Memiliki Emas Fizikal

PERBANDINGAN HARGA ANTARA 12 JULAI 2013 & 09 SEPTEMBER 2013

Sebelum diceritakan dengan lebih lanjut, kita lihat dahulu gambar ini. Melalui gambar ini, kita lihat dahulu kenaikan harganya.



Kenaikan harga dinar (emas 916)
[✔] 1 Dinar ~ Naik sebanyak RM 65.00
[✔] 2 Dinar ~ Naik sebanyak RM 131.00
[✔] 5 Dinar ~ Naik sebanyak RM 327.00
[✔] 10 Dinar ~ Naik sebanyak RM 651.00

Kenaikan harga jongkong emas (emas 999)
[✔] 10 gram ~ Naik sebanyak RM 164.00
[✔] 20 gram ~ Naik sebanyak RM 325.00
[✔] 50 gram ~ Naik sebanyak RM 809.00
[✔] 100 gram ~ Naik sebanyak RM 1,611.00
[✔] 250 gram ~ Naik sebanyak RM 3,970.00
[✔] 500 gram ~ Naik sebanyak RM 7,942.00

Rugi ke tidak sebab anda tidak memiliki emas dari sekarang ?
Jawapannya, SANGAT RUGI.

SEMAKIN TINGGI BERAT EMAS, SEMAKIN TINGGI KENAIKANNYA
.


Sekarang kita lihat pula keuntunggan yang diperolehi melalui pelaburan emas ini melalui gambar ini.


UNTUNG harga dinar (emas 916)
[✔] 1 Dinar ~ Untung sebanyak RM 26.00
[✔] 2 Dinar ~ Untung sebanyak RM 54.00
[✔] 5 Dinar ~ Untung sebanyak RM 149.00
[✔] 10 Dinar ~ Untung sebanyak RM 330.00

UNTUNG harga jongkong emas (emas 999)
[✔] 10 gram ~ Untung sebanyak RM 35.00
[✔] 20 gram ~ Untung sebanyak RM 134.00
[✔] 50 gram ~ Untung sebanyak RM 374.00
[✔] 100 gram ~ Untung sebanyak RM 822.00
[✔] 250 gram ~ Untung sebanyak RM 2,207.00
[✔] 500 gram ~ Untung sebanyak RM 4,415.00

PERLU DIINGATKAN di sini, harga berubah setiap 20 minit mengikut harga pasaran dunia.

Yang mana satu produk yang menjadi pilihan anda. Tepuk dada tanya selera. KEPUTUSAN TERLETAK DI TANGAN ANDA KERANA ANDA YANG MENENTUKAN MASA DEPAN ANDA.


Sekarang, kita lihat pula perbandingan antara keuntungan atas pelaburan emas vs dividen ASB.

Bagi produk dinar,
UNTUNG harga dinar (emas 916)
[✔] 1 Dinar ~ Harga beli RM583.00
Kalau simpan di ASB (8%) - RM 46.64
Kalau beli emas (2 bulan) - RM 26.00

[✔] 2 Dinar ~ Harga beli RM 1,165.00
Kalau simpan di ASB (8%) - RM 93.20
Kalau beli emas (2 bulan) - RM 54.00

[✔] 5 Dinar ~ Harga beli RM 2,900.00
Kalau simpan di ASB (8%) - RM 232.00
Kalau beli emas (2 bulan) - RM 149.00

[✔] 10 Dinar ~ Harga beli RM 5,773.00
Kalau simpan di ASB (8%) - RM 461.84
Kalau beli emas (2 bulan) - RM 330.00

Apa yang saya ingin ceritakan di sini, dalam tempoh 2 bulan anda telah menerima melebihi separuh daripada dividen ASB. 
Cuba bayangkan berapa anda akan terima dalam tempoh setahun.. 2 tahun.. 5 tahun.. 10 tahun..

Rugi ke tidak sebab anda tidak memiliki emas dari sekarang ?
Jawapannya, SANGAT RUGI.


Bagi jongkong emas pula,
UNTUNG harga jongkong emas (emas 999)
[✔] 10 gram ~ Harga beli RM 1,442.00
Kalau simpan di ASB (8%) - RM 115.36
Kalau beli emas (2 bulan) - RM 35.00

[✔] 20 gram ~ Harga beli RM 2,857.00
Kalau simpan di ASB (8%) - RM 228.56
Kalau beli emas (2 bulan) - RM 134.00

[✔] 50 gram ~ Harga beli RM 7,109.00
Kalau simpan di ASB (8%) - RM 568.72
Kalau beli emas (2 bulan) - RM 374.00

[✔] 100 gram ~ Harga beli RM 14,152.00
Kalau simpan di ASB (8%) - RM 1,132.16
Kalau beli emas (2 bulan) - RM 822.00

[✔] 250 gram ~ Harga beli RM 35,214.00
Kalau simpan di ASB (8%) - RM 2,817.12
Kalau beli emas (2 bulan) - RM 2,207.00

[✔] 500 gram ~ Harga beli RM 70,427.00
Kalau simpan di ASB (8%) - RM 5,634.16
Kalau beli emas (2 bulan) - RM 4,415.00

Apa yang saya ingin ceritakan di sini, dalam tempoh 2 bulan anda telah menerima melebihi ada yang separuh daripada dividen ASB. Tidak kurang juga ada yang menerima melebihi 3/4 daripada dividen ASB.

Cuba bayangkan berapa anda akan terima dalam tempoh setahun.. 2 tahun.. 5 tahun.. 10 tahun..

Rugi ke tidak sebab anda tidak memiliki emas dari sekarang ?
Jawapannya, SANGAT RUGI.

Yang mana satu produk yang menjadi pilihan anda. Tepuk dada tanya selera. KEPUTUSAN TERLETAK DI TANGAN ANDA KERANA ANDA YANG MENENTUKAN CORAK MASA DEPAN ANDA.

Jangan teragak-agak untuk membeli. Beli ikut kemampuan.
Saya bantu anda untuk UNTUNG dalam pelaburan.


Berminat boleh < SMS> 012-6844870

Antara topik lain :
Produk Public Gold Dinar
Pelaburan Emas Menurut Islam
Harga Emas Kini Meningkat
Mengapa Saya Memilih Public Gold ?

Facebook saya : RR Wealth Management

Tatapan dari,

Sunday, September 22, 2013

Selamat Hari Lahir Sayangku..

Dua hari lepas, Ratu rasa bimbang melihat kesihatan Puteri Raja Ratu ini kerana ulang tahun kelahirannya yang ke 2 akan tiba. Nampaknya, sudah besar anak ibu ini. Pada ketika itu, Puteri Raja Ratu mengalami demam panas. Apabila dibawa ke klinik, doktor periksa suhu badannya mencecah 39 darjah celsius. Ini amat merisaukan Ratu. Ratu berharap Puteri Raja Ratu ini cepat sembuh dan dapat menyambut hari kelahirannya dalam keadaan sihat. Amin.

Ratu sudah pun membuat persiapan bagi menyambut Hari Lahir Puteri Raja Ratu ini. Semua perancangan telah tersusun rapi di fikiran Ratu. Tunggu masa sahaja untuk dilaksanakan. Raja pula tidak bersama Ratu dan Puterinya kerana terlibat dengan tugas di luar. Emm.. tidak mengapalah. Raja pun ada tugas. Semalam, Ratu tengok Puteri Raja Ratu nampaknya semakin sihat dan nampak ceria. Semangat Ratu untuk jalankan aktiviti seperti yang dirancang pada Hari Jadinya ini berkobar-kobar untuk dilaksanakan. Harap-harap cuaca berada dalam kedaan baik.

Hari ini, seperti mana yang dinanti-nantikan Puteri Raja Ratu kini sudah genap 2 tahun. Pagi-pagi lagi Ratu telah siapkan keperluan Puteri Raja Ratu. Ratu tidak mahu terlepas peluang keemasan seperti ini. Ratu hendak Puteri Raja Ratu hari ini berada dalam keadaan ceria. Hari ini, Ratu ingin lihat Puteri Raja Ratu memakai baju baru dan menemaninya menghabiskan masa di Taman Rama-Rama sepanjang hari. Di waktu tengah hari, setelah Ratu akan membawanya menjamu selera di Restoren Upin Ipin. Sambil makan, Puteri Raja Ratu boleh menonton Upin & Ipin. Emm.. Setelah Ratu bersama Puteri Raja Ratu bersiap, kami pun bertolak ke Taman Rama-Rama sambil ditemani oleh ibubapa Ratu. Ini lah antara pakaian di Hari Lahirnya.


Ini adalah antara gambar-gambarnya keriangan di hari lahirnya. Ini adalah gambar sebelum bertolak.


Ini pula gambar dengan cermin mata barunya,



Ada banyak lagi gambar-gambar yang diambil ketika berada di Taman Rama-Rama. Semuanya, Ratu telah tersusun cantik di dalam video ini.


Ini pula video yang ke 2 yang mana Puteri Raja Ratu berlmba-lumba menguji kenyaringannya dengan burung. Pada awalnya, Ratu sendiri pun tidak menyedarinya. Akan tetapi apabila Ratu tengok burung itu berbunyi, Puteri Raja Ratu pun turut sama menjerit. Ratu pun apa lagi rakam lah. Ini lah hasilnya.


Ini pula, Puteri Raja Ratu menjamu selera di Restoren Upin Ipin. Alhamdulillah, keseronokkan terpancar di raut wajah Puteri Raja Ratu apabila melihat kegembiraannya melihat pelbagai binatang di Taman Rama-Rama di samping menonton Upin & Ipin di Restoren Upin Ipin.


Tatapan dari,

Sunday, September 15, 2013

Selamat Pengantin Baru Syikin

Hari ini 14 September 2013, sepupu Ratu syikin telah melangsungkan perkahwinannya. Raja pula sepanjang bulan ini memang sibuk dengan tugasnya. Jadi, Raja tidak dapat menemani Ratu untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu Ratu ini. Jadi, Ratu bersama-sama Puteri Raja Ratu sahaja hadir bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan tersebut. Majlis perkahwinan ini diadakan pada hari Sabtu dan Ratu turut sama mengikuti rombongan ke rumah pengantin lelaki pada keesokkan harinya. 

Korang nak tahu bagaimana keadaan Puteri Raja Ratu pada ketika itu? Emm.. Ratu rasa tidak perlulah hendak di ceritakan di teratak ini. Memang kecoh jadinya apabila dia menemui dua pupunya. Terjerit sana, terjerit sini. Kejar sana, kejar sini. Inilah antara gambarnya,


Ini pula gambar persembahan silat yang diadakan di rumah pengantin lelaki,


Raja dan Ratu ingin mengambil kesempatan di sini ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada sepupu Ratu Syikin. Semoga perkahwinan ini berkekalan hingga ke anak cucu. Amin.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267