Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Friday, January 29, 2016

Puteri Raja Ratu Siapkan Kerja Sekolah

Kali ini Ratu tengok hampir setiap hari Puteri Raja Ratu ada ditinggalkan kerja sekolah untuk disiapkan. Ratu pun mula lah mengajar Puteri Raja Ratu dalam menyiapkan kerja sekolah di sebelah malam.

Ini antara kerja sekolah yang perlu disiapkan. Kali ini, Puteri Raja Ratu perlu belajar menulis mengikut garis putus-putus.


Inilah hasil kerja sekolahnya setelah disiapkan.


Hehe..

Tatapan dari,

Tuesday, January 26, 2016

Pemasangan Photomural Di Rumah Pelanggan

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana Ratu tidak putus job untuk perniagaan Ratu ini. Kali ini Ratu menerima job pemasangan photomural untuk rumah pelanggan Ratu yang merupakan sepupu Ratu sendiri. Photomural yang dipilihnya kali ini adalah untuk bilik kedua-dua anaknya.

Inilah adalah antara proses pemasangannya,


Inilah hasilnya,


Inilah adalah di bilik anak perempuannya. Anak perempuannya minta 'Frozen'. Maka inilah hasilnya untuk biliknya.

Ini pula proses pemasangan photomural di bilik anak lelakinya,


Ini adalah hasil pemasangannya,


Terima kasih kerana menggunakan khidmat kami di RR Raudah Wealth Management.

Anda boleh singgah ke page facebook Ratu --> RR Raudah
Boleh lihat pelbagai gambar wallpaper di page ini.
Boleh juga hubungi Ratu < call > < whatsapp > 012-6844870 Ely

Tatapan dari,

Tuesday, January 12, 2016

Pemasangan Wallpaper Di Sekolah Agama

Alhamdulillah, kali ini Ratu menerima panggilan telefon daripada seorang guru agama dan meminta Ratu dan team memasang wallpaper batu bata 3D di kelasnya di sekolah agama. Ratu pun setkan masa yang sesuai dan yang paling penting kerja-kerja pemasangan ini dilakukan semasa ketiadaan budak sekolah. 

Inilah hari yang ditunggu-tunggu. Inilah kawasan yang akan ditampalkan dindingnya dengan wallpaper. 


Ini adalah gambaran sebelum pemasangan,


Ini pula selepas pemasangan,


Cantikkan, seakan real.


Alhamdulillah. Yang penting pelanggan kami puashati.

Tidak perlu hendak ketuk-ketuk dinding..
Lantai pun tidak berselerak dengan habuk simen ni..
Tampal sahaja di dinding.. Kan senang.. Jimat masa.. Jimat kos.. 
Kan dah nampak seperti dinding batu bata..
Lebih istimewa design ini 3D lagi.. seakan real..

Kami bantu anda untuk cantikkan dinding rumah,
Anda puas hati.. Kami pun gembira.. ;-)

Berminat ??? Hubungi saya 012-6844870 Ely
Boleh   < we chat > < whatsapp> < msg>
Layari ruang facebook Ratu --> RR Raudah

Tatapan dari,

Sunday, January 10, 2016

Pemasangan Wallpaper

Alhamdulillah, hari ini Raja dan team terlibat dengan pemasangan wallpaper di salah sebuah rumah pelanggan kami Ustazah Hajah Pon. Sebenarnya, sudah 2 ke 3 kali ustazah ini menghubungi Ratu. Masa itu, stok untuk design wallpaper pilihan hatinya telah kehabisan. Apabila stok sampai, bertanya pula bila hendak pasang di rumahnya. Huhu. Berkobar-kobar hendak lihat dinding ruang rehatnya berwajah baru.

Ratu pun tetapkan masa dengan pelanggan Ratu ini dan kini masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Inilah wajah dinding sebelum pemasangan,


Ini pula ketika proses pemasangannya,


Dan inilah hasilnya,


Terpegun ???


Hasil gabungan 2 warna untuk design ini,


Design yang mana?? Inilah dia designnya,


Inilah gabungan kod 6006 dan 6005,



Ustazah pun suka dan berpuashati dengan perubahan dinding ruang rehatnya. Alhamdulillah..

Tidak perlu hendak ketuk-ketuk dinding..
Lantai pun tidak berselerak dengan habuk seimen ni..
Tampal sahaja di dinding.. Kan senang.. Jimat masa.. Jimat kos.. Tidak perlu upah orang..
Kan dah nampak seperti dinding batu bata..
Lebih istimewa design ini 3D lagi.. seakan real..

Kami bantu anda untuk cantikkan dinding rumah,
Anda puas hati.. Kami pun gembira.. ;-)

Berminat ??? Hubungi saya 012-6844870 Ely
Boleh   < we chat > < whatsapp> < msg>
Layari ruang facebook Ratu --> RR Raudah

Tatapan dari,

Friday, January 8, 2016

Berposing Sebelum Ke Sekolah

Sejak beberapa hari ini Ratu mula menghantar Puteri Raja Ratu ke Tadika. Emm.. Agak terkejut pula Ratu sebab selalunya Ratu hantarnya ke sekolah, Puteri Raja Ratu ini tidak menagis. Tapi kali ini dia menagis pula. Emm.. Ratu perasan sejak semalam lagi Ratu menghantarnya ke sekolah. Raja dan Ratu syak mesti ada sesuatu yang berlaku di sekolah tadikanya ni. Semalam pun ketika Ratu menghantar Puteri Raja Ratu, Ratu tengok dia diam tidak seceria seperti biasa. Hari ini pula, Ratu hantarnya, dia mula nagis hendak ikut Ratu pulang. Emm.. Jenuh juga Ratu memujuknya.

Ratu ada juga bertanyakan kepada guru kelasnya tentang perkembangannya akhir-akhir ini. Cikgu berkenaan memaklumkan kepada Ratu bahawa Puteri Raja Ratu ini menagis inginkan susu. Emm.. Sebenarnya, Ratu telahpun memberikannya minum susu sebelum pergi sekolah. Puteri Raja Ratu inipun ada mengadu dia menagis di sekolah tadikanya kerana berebut barang. Emm.. keliru pula Ratu. Tapi Ratu pun ada perasan tudung Puteri Raja Ratu ini basah hampir separuh tudungnya ketika mengambilnya balik sekolah. 

Ratu mula memujuknya dan menasihatinya agar tidak bergaduh dengan rakan sekolahnya dan setiap kali Ratu menghantarnya, Ratu memberitahu bahawa Ratu menemaninya dengan menunggunya di dalam kereta.  Tapi Ratu acah jer. Bila Ratu tengok dia senyap ajer, Ratu pun duduk dalam kereta tidaklah lama dalam beberapa minit. Kemudian, Ratu bergerak balik. 

Inilah gambarnya sebelum ke sekolah,


Belajar pandai-pandai dan jangan menagis lagi ya sayang. Huhu..


Moga hari ini Puteri Raja Ratu ini ke sekolah dengan penuh keceriaan dan kegembiraan. Moga menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat. Amin. Amin.. Amin...

Tatapan dari,

Monday, January 4, 2016

Gelagat Puteri Raja Ratu Di Tadika

Tahun ini bermulalah Puteri Raja Ratu bersekolah. Sebelum memulakan persekolahan Raja dan Ratu telahpun membelikan beg sekolah, kasut sekolah, stokin, kapur kasut, alatulis sekolah termasuklah pencil warna. Emm.. Dalam kotak fikiran Ratu bukan memikirkan takut-takut Puteri Raja Ratu ini menagis bila Raja dan Ratu tinggalkan dia di tadika tersebut tapi takut Puteri Raja Ratu berebut barang dengan rakan kelasnya. Huhu..

Malam tadi Ratu sudah minta tolong Raja bawakan Puteri Raja Ratu untuk tidur awal. Nanti hendak bangun pagi sebab hendak ke sekolah. Huhu. 

Inilah gambar ketika hari pertama persekolahan,


Ini pula gambar kedua,


Hari masa Ratu dan Ratu banyak dihabiskan dengan mengintai Puteri Raja Ratu di tadikanya. Tapi kami tidaklah duduk di tadika tersebut dari pagi sampai habis waktu persekolahan. Cuma kami singgah jengah sekejap-sekejap tengok gelagat Puteri Raja Ratu ini di kelasnya. Ratu tengok hari ini, Puteri Raja Ratu tidak menagis dan tidak berebut barang dengan rakan sekelasnya cuma pencil warna tertukar dengan kawannya. hEHE.. Hari ini Puteri Raja Ratu sudah mengetahui di mana kelas belajarnya. Bila tiba waktu tamat persekolahan, Ratu tengok tudung Puteri Raja Ratu ini tidak betul sampai terkeluar rambut-rambutnya. Haishhh !!! Kan dah hilang kecomelannya. Emm..

Apa-apapun Ratu tengok dia seronok berjumpa, bermain dan belajar bersama rakan barunya di sekolah. Hehe..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267