Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Thursday, March 28, 2013

7 Tip Jadi Bos Yang Disenangi

Dalam segmen motivasi kali ini, Ratu ingin kongsikan tips untuk menjadi bos yang disenangi. Bukan mudah untuk memikul tanggungajawab sebagai seorang ketua, bos ataupun majikan. Pasti ada sahaja perkara yang tidak disenangi jika seseorang ketua itu melakukan sesuatu. Ramai beranggapan bahawa bos itu dan ini. Ada sahaja yang tidak disukai. Tetapi seorang ketua itu tidak perlu risau dengan situai itu, jika apa yang dilakukan itu ikhlas dan berniat baik pasti akan disenangi jua. Betul tak !!! Teruslah menjadi ketua yang disenangi dan memiliki ciri-ciri hebat seperti yang disenaraikan ini.

 a)   BERTANGGUNGJAWAB
Sikap ini amat penting bagi seorang ketua. Sikap ini bukan hanya pada organisasi tetapi juga kepada kakitangan di bawah seliaannya. Seorang ketua yang bertanggungjawab akan sentiasa peka dengan apa yang terjadi dan bakal terjadi kepada organisasi dan kakitangannya. Sebagai ketua anda harus tahu sama ada organisasi itu berada dalam keadaan baik, lancar dan kakitangannya selesa dengan kerja dan tugas masing-masing.

b) BERPENGETAHUAN
Ketua yang baik harus mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang yang diceburinya. Pengetahuan yang luas boleh membantunya membuat keputusan yang bijak dan pertimbangan yang wajar dalam setiap keadaan yang memerlukan dia berbuat demikian. ini akan menambahkan lagi kepercayaan kakitangan terhadap kewibawaannya sebagai seorang ketua. 

c) BIJAK MERANCANG
Seorang ketua perlu mempunyai sikap bijak merancang. Keupayaan merancang akan menunjukkan kewibawaan dan daya mengawal pengikut sehingga kakitangan dapat mengikut arahan seorang ketua dengan secara sukarela. 

Seorang ketua juga tidak boleh mempunyai perasaan berat sebelah pada kakitangan. Sikap ini hanya akan menampakkan kelemahan ketua itu sendiri dan akan membuka ruang kepada kakitangan untuk menunjukkan sikap protes mereka dan menurunkan motivasi bekerja.

d) TIDAK MUDAH TERPENGARUH
Cuba melatih diri agar tidak mudah terpengaruh dengan keputusan majoriti. Kebiasannya orang yang suka pada keputusan majoriti akan memuaskan orang lain dan kadangkala terpaksa mengetepikan diri sendiri. 

Bagi melatih diri menjadi pemimpin, kita tidak seharusnya terikat dengan keputusan pemimpin. Ada masanya idea yang tidak disukai majoriti itu ada kebaikkannya. Seorang pemimpin yang baik perlua bijak melihat kebaikan daripada idea yang ditentang.

e) MEMPUNYAI VISI YANG JELAS
Seorang ketua benar-benar sangat dituntut untuk memiliki tujuan atau visi yang jelas yang ingin dicapai oleh organisasinya ataupun dirinya sendiri. Jika tidak ada visi maka dirinya hanya akan menjadi orang yang bekerja tanpa arah dan kejelasan. Oleh itu ia akan sangat mudah digoyangkan dan dihancurkan. 

f) KOMUNIKASI LISAN YANG BAIK
Komunikasi adalah satu perkara yang tidsak pernah terlepas dalam kehidupan seharian. Setiap hari kita akan berkomunikasi dengan pelbagai jenis lapisan masyarakat. Oleh itu komunikasi dengan rakan sejawatan atau sekerja haruslah menggunakan komunikasi yang baik.

Ketika pemimpin memberi arahan dengan tegas, ramah dan penuh empati kepada kakitangannya akan berbeza dengan pemimpin yang memberikan arahan dengan kasar, tidak jelas dan dalam keadaan marah. Ini akan terlihat daripada hasil kerja kakitangannya. 

g) BIJAK BUAT KEPUTUSAN
Ketua yang baik tidak akan membuat keputusan itu dengan penuh emosi. Keputusan itu mestilah keputusan yang terbaik dirasakan oleh pemimpin walaupun ada pendapat yang mengatakan keputusan itu kurang baik. Membuat keputusan memerlukan ketegasan, kenyakinan dan keberanian.

Diharapkan tip yang diberikan ini dapat digunakan sebaik mungkin. AMIN !!!

Tatapan dari,

Sunday, March 24, 2013

Bersiar-siar Bersama Saudara Mara

Di hujung minggu ni, Ratu tidak menyangka pula bahawa ibu saudara Ratu bersama-sama anak dan cucunya akan berkunjung ke rumah Ratu. Tak alih-alih ayah Ratu menerima panggilan telefon bahawa mereka dalam perjalanan ke rumah Ratu. Aik, alamak. Macam mana ni. Raja pula pada ketika ini sedang sibuk dengan Projek di Petronas Penapisan Melaka (M) Sdn. Bhd. Mereka mengajak Ratu bersama-sama ibubapa Ratu bersiar-siar di Melaka. Hehe. Ratu memang amat bersetuju. Disebabkan Raja sibuk dengan tugas, Ratu ada teman lah untuk bersama-sama Puteri kesayangan Raja Ratu ni bersiar-siar. Hehe. Ratu pun pasal berjalan memang suka !!!!! SUKA SANGAT !!!!! Alamak korang dengar ke Ratu menjerit ni. Hehe..

Inilah gambarnya yang sempat di ambil,


Gambar ni diambil pada waktu malam semasa kami menaiki MENARA TAMING SARI. Tapi Ratu sebenanranya ada rasa galat sedikit. Sebenarnya dalam perjalanan Ratu dan sepupu Ratu ke Taman Rama-Rama di Ayer Keroh, kami terpandang ada papan tanda Taman Burung yang baru dibuka. Puas juga kami menacri. Tapi tidak berjumpa. HAISHHH !!!! Rasa teringin juga nak masuk ke Taman Burung tu. Maklumlah, Ratu pernah pergi ke TAMAN BURUNG di Kuala Lumpur. Memang seronok & puas menerokai di dalamnya. Kali ini, Ratu ingin cuba menerokai Taman Burung di Melaka pula. Tapi sayangnya tidak berjumpa. Emm..Tak mengapa. Nanti Ratu nak ajak Raja pula membawa Ratu dan Puteri kesayangan kami ke Taman Burung tersebut kelak. Ratu nak rasai perbezaannya dengan Taman Burung di Kuala Lumpur.

Aktiviti kami berakhir jam 10.00 malam. Badan pun letih. Kami balik ke rumah. Lepas mandi, terus tidur.. Hehe. Dah tak tahan mengantukkk !!!

Tatapan dari,

Thursday, March 21, 2013

Dapat Juga Akhirnya Berjumpa Seorang Usahawan Berjaya..

Ratu ingin kongsikan kegembiraan Ratu bersama pengunjung Raja Ratu. Memang Ratu tidak menyangka saat-saat sebegini menjelma. Ratu menjadi kaku seketika apabila menerima panggilan telefon daripada seorang usahawan berjaya Dr Nikki. Bagaimana Ratu mengenalinya???? Anda semua hendak tahu ke? Apa dia? Ratu tidak dengar? ok, Ratu sudah mendengar anda semua menjerit HENDAKKK !!!!  Baiklah, Ratu akan mulakan cerita.

Ratu ada menonton rancangan ENTRI JAMELAA di saluran 106 Astro Oasis. Ratu suka menonton kisah-kisah orang yang telah berjaya di dalam salah satu segmen rancangan tersebut. Salah seorang yang Ratu kagumi dan ingin sekali berjumpa untuk mengetahui rahsianya adalah Dr Nikki. Ratu tengok beliau seorang usahawan yang berjaya dan telah menerima lebih kurang 99 anugerah. Wow !!! Ratu terasa teruja untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Ratu pun mulalah baca kisah latar belakangnya. Ratu ingin mengetahui siapakah Dr Nikki? Apa perniagaan yang dijalankan? Bagaimana dia boleh berjaya?

Dr Nikki adalah seorang pakar unit trust dan dia sering bersiaran melalui radio bernama 24 untuk berkongsi tips kewangan. Semasa Ratu cuba memabca kisahnya, Ratu terjumpa laman webnya. Dari situ, permulaan Ratu dapat mendengar sendiri suara Dr Nikki melalui panggilan telefon. Pada asalnya, Ratu ingatkan setiausaha atau pekerjanya yang menghubungi Ratu. Tapi, Ratu amat terkejut. Tergamam seketika, apabila Ratu difahamkan kini Ratu sedang berbual dengan Dr Nikki melalui telefon bimbitnya. Dari situlah, Dr Nikki ingin meluangkan selama sejam bersama Ratu untuk bercerita tentang kewangan. Dr Nikki meminta Ratu menyenaraikan apa yang Ratu ingin bertanya kepadanya dan apa yang ingin Ratu tahu mengenai kewangan.

Masa pertemuan antara Ratu dan Dr Nikki telahpun diaturkan. Hari ini adalah hari yang amat bermakna buat Ratu. Ratu dapat berjumpa secara peribadi dengan orang yang telah berjaya, yang sering keluar televisyen dan sering bersiaran dalam radio. Inilah gambarnya sebagai bukti. 


Pelbagai soalan yang ingin Ratu tanyakan telahpun Ratu senaraikan. Cuma menunggu jawapannya sahaja dari  mulut Dr Nikki. Kami berjumpa kira-kira pukul 11.00 pagi. Ratu yang pada ketika itu sedang bertugas di pejabat terpaksa keluarga sebentar. Masa yang diperuntukkan oleh Dr Nikki untuk bertemu dengannya adalah 1 jam. Tapi Ratu rasa seperti tidak puas berbual dengannya.

Moga-moga saat seperti dapat Ratu ulanginya dengan pertemuan usahawan-usahawan yang lain.

Tatapan dari,

Tuesday, March 12, 2013

Sibuk Dengan Urusan Audit

Minggu ini Ratu sibuk dengan penyediaan beberapa fail dan beberapa dokumen untuk tujuan audit. Pihak atasan ada memaklumkan kepada Ratu mengenai keinginan mereka untuk mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah sekitar bulan April dan Mei 2013. Jadi, Ratu perlu kemaskini fail-fail untuk tujuan audit termasuklah Fail Baucer Bayaran Syarikat, Penyata Kewangan Syarikat, Fail Aset dan beberapa fail kewangan yang biasa diperlukan untuk tujuan audit.

Sepatutnya, pihak audit ni mulakan tugas mereka sekitar awal bulan ni. Tapi oleh mereka sibuk dengan urusan audit luar, maka tarikh untuk membolehkan pihak audit memulakan tugas mereka adalah pada hari ini. Ratu pun silap kerana lambat menghubungi mereka untuk setkan masa bagi membolehkan mereka mengaudit. Haha. Hehe.. PADANLAH MUKA !!!

Urusan audit kali ini tidaklah seperti tahun-tahun lepas kerana tahun ini Ratu mulakan audit untuk 2 buah syarikat sahaja. Kebiasannya, Ratu uruskan kemasukan pihak audit untuk mengaudit 4 atau 5 buah syarikat sekaligus. Sebenarnya, daripada 4 atau 5 buah syarikat ini, salah satu daripadanya adalah syarikat induk manakala yang lainnya adalah anak syarikat. Ratu menguruskan kewangan syarikat induk manakala penolong Ratu menguruskan kewangan anak-anak syarikat.

Oleh kerana, penolong Ratu belum menyiapkan lagi dokumen-dokumen untuk audit bagi anak syarikat. Maka, Ratu terpaksa meneruskan urusan audit kali ini bagi syarikat induk dan salah 1 anak syarikat.

Moga-moga proses pengauditan pada minggu ini berjalan dengan lancar.

Tatapan dari,

Monday, March 4, 2013

6 Lagi Anggota Terkorban di Lahad Datu..

Apabila disebutkan sahaja perkataan 'LAHAD DATU' pastinya ramai orang yang terkedu.. sedih.. cemas terutama sekali ahli keluaga anggota yang terlibat dalam serangan di Semporna.. dan tidak kurang juga kita semua ingin mengetahui perkembangannya. Ratu sendiri pun tidak mahu TANAH AIR kita diserang dan diceroboh orang.

Ratu sendiri amat terkejut dengan berita 6 orang lagi anggota polis yang terkorban. Malam tadi ketika Ratu sedang makan di salah sebuah restoren, Ratu terkejut dengan pengumuman berita 6 orang yang dipercayai anggota polis yang terbunuh ketika mereka diserang hendap oleh sekumpulan lelaki bensenjata di perkampungan atas air, Semporna. Serangan ini mempunyai kaitan dengan pengganas Sultan Sulu. Ini menjadikan jumlah mereka yang terkorban setakat ini adalah 8 orang. Tergamam Ratu mendengarnya. Macam manalah keadaan keluarga terbabit bila mendengar berita ini. Memang tidak digambarkan dengan kata-kata.

Kejadian itu tercetus kira-kira pukul 6.30 petang kelmarin ketika 25 orang polis mengadakan pemeriksaan di kampung berkenaan setelah menerima maklumat mengenai kehadiran sekumpulan lelaki bersenjata di situ. Bagaimanapun, sebaik tiba di kampung tersebut, kumpulan bersenjata yang dipercayai daripada kumpulan penceroboh Sulu terbabit menyerang hendap pasukan polis berkenaan dengan melepaskan beberapa tembakan. Ratu difahamkan pihak polis kemudian telah mengerahkan bantuan ke kampung tersebut untuk membantu baki 19 orang anggota polis yang terparngkap di situ. Operasi pasukan bantuan tersebut selama hampir 24 jam yang berakhir pada pukul 6.30 petang semalam dan berjaya menyelamatkan 19 anggota terbabit serta mengeluarkan mayat semua anggota polis serta 6 anggota kumpulan pengganas.

Hari ini barulah Ratu dapat kenalpasti 6 anggota polis yang terkorban itu. Inilah gambarnya,

  

Salam takziah Ratu kepada keluarga arwah anggota polis tersebut. Sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah buat anggota polis yang mati sahid ini. AL-FATIHAH..

Tatapan dari,

Saturday, March 2, 2013

2 Anggota Polis Komando VAT 69 Terkorban Dalam Pencerobohan Di Lahad Datu

Kejadian semalam agak memeranjatkan Ratu apabila mengetahui ada berlaku tembak menembak di Lahad Datu. Kejadian tersebut menyebabkan 2 anggota polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari Selatan Filiphina. Mereka terkena serangan peluru mortar ketika sedang berkawal di salah satu dari pos di sekitar Kampung Tanduo. 

Ratu pun dapat tahu melalui facebook yang mana ada menyiarkan gambar 2 anggota yang tebunuh dalam operasi pencerobohan di Lahad Datu. Inilah gambarnya anggota yang terlibat,


Ratu ingin mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Zulkifli b. Mahat yang mana Ratu difahamkan balunya kini tengah mengandung. Peh !!! Satu tamparan yang hebat buat dirinya dalam keadaannya sebegini. Kecian anak yang bakal dilahirkan itu tidak dapat merasai langsung kasih sayang arwah sebagai bapa. Sedih Ratu mendengar keadaan balu yang beberapa kali pengsan apabila mengetahui kehilangan suaminya. Begitu jugalah salam takziah Ratu kepada keluarga Sabarudin b. Daud. Marilah kita sedekah Al-Fatihah kepada mereka berdua. Al-Fatihah ..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267