Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Sunday, July 31, 2016

Rumah Terbuka Aidilfitri

Hehe.. Hari ini jiran Ratu membuat Rumah Terbuka. Emm, Ratu tidak buat ya sebab Raja pun outstation. Jadi, Ratu tak kan hendak buat. Tak seronoklah nanti. Cuma Ratu ada buat marhaban je di rumah minggu lepas. 

Kali ini Ratu dan Puteri Raja Ratu besiap-siap untuk ke Rumah Terbuka jiran kami. Huhu. Sessi bergambar jap.


Ini pula Puteri Raja Ratu. Kami pakai baju sedondon cuma tudung jer tak sedondon. Huhu..


Inilah salah satu gambar rumah jiran kami. Cantik gak design dan gabungan dalaman rumahnya. Setiap rumah mempunyai cara penampilan dari segi deko rumah dan susunan hiasan dalaman rumah yang berbeza mengikut citarasa masing-masing. Ratu juga terpegun tengok. Kalau orang datang ke setiap rumah kami ni. Keliru gak. Rumah yang pertama, design dalamannya lain. Begitu juga rumah yang kedua dan seterusnya. Hehe. Dari pandangan luar, rumah kami semuanya sama. Tapi dalaman rumah kami berbeza. Hehe. 


Inilah antara salah satu gambar yang sempat Ratu ambil gambaran hiasan gabungan warna dan deko rumah jiran Ratu yang berbeza dengan rumah Ratu. Cantik jugak. Suka Ratu tengok rumah cantik-cantik ni.

Tatapan dari,

Saturday, July 30, 2016

Majlis Marhaban (Selawat Ringkas) Dan Ziarah Aidilfitri

Ratu ada masuk dalam 'group whatsapp' taman Raja Ratu ini. Sekali Ratu terpandang tentang aktiviti yang bakal diadakan nanti iaitu Majlis Marhaban Dan Ziarah Aidilfitri yang meliputi selawat ringkas dan doa selamat. Ratu pun berbincang dengan Raja untuk menjemput mereka datang ke rumah. Raja pun setuju. Tapi Raja tiada di rumah ketika majlis tersebut berlangsung. Raja di Singapura atas urusan kerja. 

Ratu tengok banyak rumah yang terlibat dalam jemputan Marhaban ini. Ratu juga dimaklumkan tentang penyediaan menu makanan yang ringan sahaja dalam Majlis Marhaban ini sebab banyak rumah terlibat. Aktiviti ini diadakan pada selepas solat Maghrib bermula dari pukul 8.00 malam hingga 12.00 malam. Emm, Ratu pun rancang penyediaan kuih muih dan buah-buahan. 

Para tetamu sampai ke rumah Ratu lebih kurang pukul 9.50 malam. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga mereka ke rumah Raja Ratu.


Ini antara gambar yang diambil,


Ini antara menu yang dihidangkan.


Alhamdulillah, selesai sudah majlis marhaban malam ini. Aktiviti mengemas dan membasuh pinggan pula bermula. Seronok pula Ratu bila ada Majlis seperti ini sebab kita dapat berkenalan dan mengeratkan hubungan siraturrahim. Diharapkan akan ada lagi majlis seperti ini di tahun hadapan. Amin..

Tatatapan dari,

Saturday, July 23, 2016

Majlis Makan-Makan Selepas Aidilfitri

Sekarang masih lagi dalam bulan Syawal, jadi beberapa hari lepas Raja dan rakan-rakan adakan majlis sarapan pagi dengan pelbagai menu dihidangkan. Emm, penuh meja dengan menu makanan. 

Emm, berselera nak makan ni. Huhu.


Semalam pula Ratu menerima jemputan ke salah sebuah Majlis Rumah Terbuka. Sebelum makan ambil gambar terlebih dahulu. Huhu..


Sekarang ni sibuk dengan Majlis Rumah Terbuka dari pelbagai agensi diadakan samada badan kerajaan, swasta mahupun di rumah. Seronoknya aktiviti mengisi perut seperti ini di bulan Syawal ini. Hehe..

Tatapan dari,

Sunday, July 10, 2016

Jalan-Jalan Lagi Di Ikea

Hari ini Ratu bergerak ke Ikea untuk membeli papan putih dan papan hitam di Ikea. Di rumah Raja Ratu ini memang sudah ada satu dan selalu Puteri Raja Ratu gunakan untuk sessi pembelajarannya dan kadangkala Ratu juga menggunakannnya untuk menulis sebarang nota untuk peringatan diri Ratu dan Raja. Tapi Puteri Raja Ratu lah paling kerap menggunakannya. 

Kalau Ratu harga pasaran untuk papan putih dan papan hitam ni seperti yang Ratu tengok secara online, harganya agak tinggi sedikit berbanding di Ikea. Jadi Ratu pun belilah 1 lagi papan putih dan papan hitam dan Ratu simpan di bilik stor sementara harga murah kan. Nanti kalau papan putih dan papan hitam yang sedia ada di rumah rosak. Ratu tak perlu beli lagi nanti. Huhu.


Sebelum buat bayaran bergambar jap.. Huhu,


Raja tunggu di dalam kereta bersama-sama Puteri Raja Ratu dan bersedia ke kawasan pengambilan barang apabila Ratu hubungi nanti sebab Ratu bukan nak cuci mata di tingkat ruangan pameran. Ratu cuma hendak beli papan putih dan papan hitam ni sahaja. Hehe..

Tatapan dari,

Sunday, July 3, 2016

Sukanya Puteri Raja Ratu Bermain Bunga Api

Bila Ratu ke bazar Ramadhan, Puteri Raja Ratu ni mula merengek hendak bunga api bila dia ternampak ada orang jual bunga api. Emm.. mula-mula Ratu buat tak tahu jer. Lama-lama emm.. Iya lah.. Ratu layan lah beli bunga api. Tak per la, asalkan jangan mercun.

Bila ditanya hendak main bunga api, Ratu janji main malm nanti selepas berbuka puasa di rumah ibubapa Ratu. Emm.. bila sudah lepas berbuka, Puteri Raja Ratu ni ingat jer pada janji yang Ratu telah ucapkan. Emm.. layan je la main. Janji Puteri Raja Ratu gembira..


Ini antara gelagatnya,


Main la puas-puas sayangku. Banyak Ratu beli bunga api ni. Mainlah puas-puas.. Huhu..

Tatapan dari,

Saturday, July 2, 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Pejam celik.. pejam celil dah nak raya.. sekejap jer kan masa berlalu.. Raya ni semua orang inginkan memakai baju baru kan bersama keluarga. Raja dan Ratu juga tidak mahu melepaskan peluang ini untuk mengenakan baju raya sedondon tahun ini bersama Puteri Raja Ratu.

Tapi tahun ini Raya seperti tidak seronok sedikit. Emm.. Sebab raya tahun ini jatuh pada hari Rabu dan Khamis. Jadi, Raja dan Ratu dapat betul-betul beraya pada Rabu sehingga Ahad. Lima hari jer. Isnin sudah mula hari persekolahan untuk semua pelajar termasuklah Puteri Raja Ratu. Emm, tak dapat hendak cuti lama sedikit. Raja pun Isnin dah mula bekerja. Emm.. tak best la sikit.

Tapi apa-apapun bersyukur la dapat beraya bersama-sama keluarga tercinta. Ini lah baju raya sedondon kami, Ini design baju raya untuk Ratu dan Puteri Raja Ratu,


Inilah Puteri Raja Ratu tengah cuba pakai tapi warna lain,


Ini pula baju melayu Raja. Tapi oleh kerana saiz lah dah habis,


Ambil la design ni. Hensem jugak Raja pakai, Huhu..


Trend baju raya tahun ini, masyarakat kita suka mengenakan pakaian jubah baik lelaki mahupun perempuan. Tapi Ratu belum terbuka hati untuk mengenakan jubah tahun ini. Rasa macam tidak selesa sedikit berbanding baju kurung atau kebaya. Kalau Puteri Raja Ratu pun Ratu suka mengenakan baju kurung. Ratu rasa lebih selesa. Bagi Ratu kalau berehat macam kat kampung pun, bila Puteri Raja Ratu rasa tidak selesa tukarkan baju kurung jer dengan t-shirt. Kain tidak perlu tukar. Ikut citarasa dan keselesaan masing-masing la kan. Ada orang suka memakai jubah, ada orang tidak selesa. Huhu..

Apa-apa pun Selamat Hari Raya Ratu ucapkan kepada semua. 


Berhati-hati ketika memandu di jalan raya. Sebab Ratu tengok berita kerap sungguh kemalangan berlaku. Moga kita semua selamat dalam perjalanan ke kampung berhari raya dan pulang ke rumah masing-masing untuk kembali bertugas. Hehe..

Tatapan dari,

Friday, July 1, 2016

Hasil Photomural Dari Pelanggan RR Raudah

Kali ini Ratu ingin kongsikan hasil pemasangan photomural dari pelanggan Ratu, Puan Ima Sidek dari Seremban. Pada bulan-bulan sebelum ini, Puan Ima telahpun membeli acuan simen dari RR Raudah. Kemudian membeli wallpaper dan kali ini beliau membeli photomural dari RR Raudah. Terima kasih kerana membeli belah di RR Raudah.

Kali ini, Ratu ingin kongsikan gambar yang dikongsikan oleh puan Ima melalui whatsapp. Inilah gambarnya,


Cantik kan. Ukuran photomural yang ditempah ini adalah 8 kaki x 7 kaki. Ukuran ini terpulang kepada pelanggan kami mengikut budget masing-masing. Jika ingin pasang penuh dinding tu, ukurannya lebih besar sedikit. Ratu hanya cetak gambar ini ikut ukuran pelanggan kami.

Inilah kod gambar yang dipilih oleh Puan Ima iaitu kod L003. Jika berminat boleh menghubungi Ratu di talian yang tertera di bawah atau bolehlah singgah di page Ratu RR Raudah.


Ada pelbagai lagi design dan gambar photomural ini. Ada gambar permandangan di tepi pantai, air terjun, kartun, bunga dan lain-lain. 

Jika berminat boleh menghubungi Ratu 012-6844870
Boleh

Singgah la dan LIKE page Ratu RR Raudah,
Supaya anda tidak ketinggalan dengan design-design baru dan promosi-promosi terkini nanti.
Boleh tengok pelbagai photomural dan wallpaper di sini.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267